You are on page 1of 1

Kejadian Kebakaran di Rumah Jiran

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya sedang leka membaca, tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar tingkap dan saya amat terkejut apabila melihat rumah jiran saya telah terbakar.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan api dan ada yang menolong mengangkat barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau kebakaran itu merebak ke rumah saya pula.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya terus menelefon pihak bomba untuk melaporkan tentang kebakaran yang berlaku. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.

Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada terus merebak. Saya berasa lega kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.

You might also like