You are on page 1of 12

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

HNS2013: KENEGARAAN

TAJUK

TUGASAN 1
KUMPULAN

UPSI-A02 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA YIP SIEW MUN NO. ID 840901-08-5622 NO. TELEFON 016-5430319

NAMA TUTOR E-LEARNING: Mohamad Kamal bin Kamaruddin TARIKH SERAH: 6 APRIL 2012

HNS2013 KENEGARAAN 2

Tugasan 1 Esei

Jelaskan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam proses kemerdekaan negara kita.

Latar Belakang

Dato Onn bin Jaafar Mengikut Edward Gent: He is not pure Malay but mother was Circassian and his character, thought and speech are of keen and more restless than customary Malays. Good demagogic speaker, apt to speak and write rudely and thoughtlessly, and is inherenty distrustful and suspicious, (Gent kepada Creech Jones, 17 Dec 1947, CO 537/2144, no 318, Stockwell, 1995:371). Tokoh yang dinyatakan ialah Dato Onn Jaafar. Dato Onn bin Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Johor Bahru. Beliau adalah anak ketiga kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama ( 1 8 3 8 - 1 9 1 9 ) . Ketika usia Dato Onn Jaafar 8 tahun, ibunya Cik Rogayah Hanim meninggal dunia. Ibunya adalah keturunan bangsawan yang berasal dari Turki yang terpelihara di Istana Harem. Dato Onn Jaafar merupakan anak angkat Sultan Ibrahim dan mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke Alderburgh Lodge School, England. Dato' Onn adalah pelajar yang terbaik dalam Pengajian Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Apabila Dato Onn Jaafar berusia 15 tahun, beliau pulang dari England dan

HNS2013 KENEGARAAN 3

kemudian telah dihantar oleh bapanya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak untuk belajar Bahasa Melayu. Beliau bekerja sebagai kerani di pejabat Penasihat British di Johor dan kemudian menyertai Perkhidmatan Awam Johor. Beliau menjadi wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, beliau menjadi pengarang Lembaga Melayu dan Berita Lembaga. Pada 1 Oktober 1946, Dato Onn Jaafar menjadi Menteri Besar Johor ke-7 tetapi beliau meletak jawatan pada 3 tahun kemudian untuk menumpu perhatian kepada United National Malays Organisation (UMNO). Beliau merupakan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Penaja dan Pengerusi RIDA. Pada tahun 1951, beliau meletak jawatan sebagai presiden UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1954 untuk mengganti Parti Kemerdekaan Malaya dengan tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Pada 19 Januari 1962, ketika beliau berumur 67 tahun, beliau meninggal dunia di Wad Pegawai, Hospital Besar, Johor Bahru dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.

Pengenalan Pada bulan September 1945 (selepas kekalahan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua), tentera British kembali ke Tanah Melayu. Tanah Melayu dengan membawa beberapa polisi baru ketika ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British (BMA). Pada 1 April 1946, pentadbiran itu dipindahkan kepada sebuah pentadbiran awam yang lebih dikenali sebagai Malayan Union. Kemunculan semual pentadbiran British dengan pembentukan Malayan Union, yang menjalankan dasar-dasar yang merugikan orang-orang Melayu dan beberapa dasar lain yang menggugat kedudukan orang-orang Melayu telah mencetuskan kemarahan bangsa Melayu seluruhnya. Antara dasar Malayan Union yang menimbulkan kemarahan bangsa Melayu ialah Malayan Union mempunyai satu kelas kerakyatan sahaja. Semua penduduk yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura, dan menetap di Tanah Melayu sewaktu pelaksanaan cadangan ini. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu dari 10 hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan

HNS2013 KENEGARAAN 4

secara automatik. Bagi mereka yang telah bermastautin selama 4 hingga 8 tahun juga boleh memohon. Semua warganegara boleh diterima ke dalam perkhidmatan awam.

Penentangan Terhadap Malayan Union Cadangan Malayan Union telah mendapatkan tentangan yang besar daripada orang-orang Melayu. Penentangan orang-orang Melayu hampir meliputi seluruh Semanjung Tanah Melayu. Malayan Union yang ditaja oleh Harold Mac Michael telah mendapat tentangan orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar. Malayan Union yang diperkenalkan oleh British membakar semangat kebangsaan orangorang Melayu terhadap hak-hak asasi mereka sebagai kaum peribumi. Mereka perlu membahagikan hak asasi secara sama rata dengan kaum-kaum yang lain. Mereka perlu mempertahankan hak-hak mereka dari digugat oleh kuasa asing yang mahu menghancurkan hakhak utama orang Melayu. Gerakan menentang Malayan Union semakin bersemangat apabila terdengar berita menyatakan Raja-raja Melayu dipaksa untuk menandatangani perjanjian itu. Malayan Union menjadi ancaman terbesar kepada hidup matinya orang Melayu di Tanah Melayu. Apabila hak-hak asasi orang Melayu digugat oleh kuasa asing, Dato Onn Jaafar muncul sebagai penyelamat. Beliau berjaya menyatupadukan orang-orang Melayu untuk mengambil balik hak orang-orang Melayu dan menumbangkan Malayan Union. Marilah kita tunjukkan dengan persatuan di antara kita, maka kita berkehendak melahirkan satu bangsa yang tegap dan subur, boleh berdiri di atas kaki sendiri dan ambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu. Inilah ucapan Dato Onn Jaafar yang menggesa orang-orang Melayu meningkatkan perpaduan mereka yang selama ini terlalu rapuh. Cara Penentangan Orang-orang Melayu Dengan terbentuknya Malayan Union, kuasa Raja-raja Melayu akan terhakis sama sekali.

HNS2013 KENEGARAAN 5

Pada masa itu, Raja-raja Melayu hanya bertanggungjawab terhadap soal agama saja. Pihak British ingin terus berkuasa di Tanah Melayu. Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union dilakukan dalam dua bentuk, iaitu secara persendirian dan berkumpulan. Penentangan secara persendirian dibuat dalam pelbagai cara, terutama sekali dengan menyuarakan bantahan mereka melalui akhbar-akhbar di seluruh Tanah Melayu. Akhbar-akhbar ketika itu seperti Warga Negara di Pulau Pinang, Utusan Melayu di Singapura dan Majlis di Kuala Lumpur turut berperanan menyeru semua pertubuhan Melayu supaya bersatu padu menentang Malayan Union sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Ada beberapa orang Melayu menulis surat secara persendirian kepada para pegawai British di London meminta mereka menggunakan pengaruh supaya rancangan tersebut dikaji semula. Malah, ada juga yang bertindak menghantar kawat ke London untuk menyuarakan bantahan mereka. Misalnya, Sultan Kedah dan Sultan Perak menghantar kawat kerana mengadu bahawa mereka menurunkan tandatangan secara paksa. Tidak lama kemudian, orang-orang Melayu mula bergerak menentang Malayan Union dengan lebih teratur dan secara berkumpulan. Pada 20 November 1945, Liga Melayu Johor ditubuhkan oleh lapan buah persatuan di Johor. Pada 3 Januari 1946, Gerakan Melayu Semenanjung Johor telah diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. Pada bulan Januari 1946, orang-orang Melayu berusaha gigih dengan mengiatkan semula persatuan-persatuan lama dan menubuhkan persatuan-persatuan yang baru untuk bergabung tenaga menentang Malayan Union secara berkumpulan. Mereka menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan di seluruh Negara untuk menunjukkan kebangkitan dan penentangan orang-orang Melayu secara menyeluruh dengan lebih teratur.

Kongres-kongres Melayu Perkembangan di Johor yang dicetuskan oleh Dato Onn Jaafar selepas itu merebak ke negeri-negeri lain. Pelbagai pertubuhan politik dan masyarakat ditubuhkan meskipun sebelum itu

HNS2013 KENEGARAAN 6

memang telah wujud beberapa parti lain. Pertubuhan-pertubuhan itu berazam untuk menentang dan menjatuhkan Malayan Union. Dato Onn Jaafar telah berkempen di seluruh Tanah Melayu, membakar semangat orangorang Melayu agar bangkit berjuang mengembalikan hak mereka. Beliau menjadi pelopor utama membangkitkan kesedaran orang-orang Melayu ketika itu. Ancaman Malayan Union telah menyebabkan orang-orang Melayu berada di ambang maut, kata Dato Onn Jaafar. Gesaan beliau disambut oleh orang-orang Melayu dan teriakan Hidup Melayu bergema di mana-mana. Dato Onn Jaafar telah mengadakan satu perjumpaan dengan semua pertubuhan orangorang Melayu untuk berbincang tentang cara menggagalkan rancangan tentera British. Dato Onn Jaafar berjaya mengumpulkan 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh Tanah Melayu yang diwakili oleh 107 orang dalam Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1, 2, 3 dan 4 Mac 1946 untuk menubuhkan sebuah parti politik tunggal di Tanah Melayu dan melantik jawatankuasa penaja parti politik Melayu. Kongres Melayu pertama telah menghasilkan lima resolusi: (i). That white flashes should be worn in their sonkoks by all Malays for one week as a sign of mourning for their lost rights. (ii). That Malay members of H.E. the Governors Advisory Council should be asked to resign. (iii). That the Rulers should be asked to rerain from attending any ceremonies relating to the Malayan Union, including the installation of H.E. the Governor. (iv). That Malay associations should not recognize H.E. theGovernor at any meeting or in any speeches of welcome. (v). That a protest be made to the Arab League in Cairo, with request that it be forwarded to the United Nations Organisation. (MSS Journal, April 1946 in MSS.Ind.Ocn.S.251/1946:3-4) Kongres Melayu Kedua pada 29 dan 30 Mac 1946 diadakan untuk menyekat raja-raja Melayu dari menandatangani perjanjian Malayan Union di Hotel Station Kuala Lumpur.

HNS2013 KENEGARAAN 7

Dalam Kongres Melayu Ketiga pada 11 dan 12 Mei 1946, orang-orang Melayu dari pelbagai pertubuhan bersetuju membubarkan pertubuhan dan persatuan masing-masing dan menubuhkan UMNO yang dahulunya dikenali sebagai PEKEMBAR.

Penubuhan UMNO, Perjanjian Persekutuan Kongres yang diadakan di Istana Besar Johor Bahru telah melahirkan UMNO dan Dato Onn Jaafar telah dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO pertama. Dato Panglima Bukit Gantang dilantik sebagai Setiausaha Agung, Abdul Rahman Mohd. Yassin menjadi Bendahari Agung, Dato Hussein Onn menjadi Ketua Hal-Ehwal Pemuda dan Putih Mariah menjadi Ketua Wanita. Pada zaman Dato Onn Jaafar, laungan Hidup Melayu terus bergema. Kerajaan British menghantar dua orang wakilnya untuk meninjau keadaan Tanah Melayu selepas terjadinya penentangan yang hebat dari orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Sebelum itu Dato Onn Jaafar dan rombongannya dihantar ke London untuk membincangkan tentangan orangorang Melayu dengan kerajaan British. Dato Onn Jaafar telah mengadakan rundingan secara tidak rasmi dengan MacDonald, Gabenor-Jeneral British bagi Malayan Union, Singapura dan Borneo British serta Edward Gent, Pesuruhanjaya Tinggi Malayan Union dan juga Raja-raja Melayu pada 2 Jun 1946. Pada 25 Julai, sebuah jawatankuasa kerja telah dibentuk dan ahli-ahlinya terdiri daripada Dato Onn yang mengetuai UMNO, wakil-wakil Sultan dan pegawai-pegawai colonial British untuk berbincang dan merangka satu cadangan perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Sebelum mengemukakan cadang-cadangan, jawatankuasa kerja mengambil masa selama 5 bulan untuk merangka dan berbincang. Kerajaan British telah memberi persetujuan sementara kepada rangka perlembagaan baru yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan. Pegawaipegawai British dan orang-orang bukan Melayu telah membentukkan sebuah Jawatankuasa Perundingan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan balas terhadap rangka perlembagaan Persekutuan. Perjanjian Persekutuan memperkenalkan beberapa modifikasi daripada rancangan Malayan Union yang antaranya ialah memulihkan kedaulatan dalaman Raja-raja Melayu,

HNS2013 KENEGARAAN 8

membuat peruntukan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu, dan membuat perubahan besar terhadap skim kewarganegaraan. Perlembagaan baru itu telah memenuhi matlamat utama British untuk menubuhkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan mendapat kedaulatan "luaran" berhubung dengan hal-ehwal luar dan pertahanan. Nama Malayan Union digugurkan dan digantikan dengan nama Persekutuan Tanah Melayu yang secara simbolis mengakui konsep Tanah Melayu sebagai negeri Melayu. Matlamat Persekutuan Tanah Melayu i a l a h untuk membentuk sebuah

k e r a j a a n s e n d i r i ya n g berdaulat. Sebagai langkah awal untuk membawa Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri satu perundangan bagi memperkenalkan pilihanraya peringkat Majlis Negeri akan dibuat. Dato Onn Jaafar berharap Johor dapat mengorak langkah memperkenalkan pilihan raya bagi peringkat Majlis Negeri Johor secepat mungkin. Tetapi pilihanraya peringkat munisipalakan diperkenalkan terlebih dahulu. UMNO yang dibawa pimpinan Dato Onn Jaafar Berjaya melumpuhkan Malayan Union dan akhirnya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Ini merupakan kejayaan terbesar Dato Onn Jaafar sebagai pelopor menentang Malayan Union. Terhasilnya perlembagaan persekutuan Tanah Melayu, dianggap telah menjamin hak dan bangsa Melayu tidak tercicir atau diketepikan lagi di tanah airnya sendiri. Dato Onn Jaafar menjadi pemimpin UMNO selama beberapa penggal. Selepas itu beliau keluar dari UMNO kerana cadangannya membuka keahlian UMNO kepada kaum yang lain telah mendapat penentangan yang hebat. Beliau meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO pada bulan Ogos 1951. Beliau terus keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang keahliannya terbuka kepada semua kaum. Masyarakat orang Melayu tidak dapat menerima IMP kerana perjuangannya berasaskan politik tidak perkauman dan dasarnya yang terlalu liberal terhadap orang bukan Melayu. Idea kenegaraan Dato Onn Jaafar terus diamalkan oleh pemimpin UMNO selepasnya. Ia menjadi panduan dalam pembentukan sebuah negara bangsa. Dalam idea perjuangan tersebut, warga negara dapat mengiktirafan sempadan negara apabila mendapat kemederkaan. Pembentukan negara bangsa menjadi lebih jelas dengan panduan Perlembagaan Negara yang dimasyhurkan pada tahun 1957 sempena menempa kemederkaan. Asas-asas Perlembagaan

HNS2013 KENEGARAAN 9

Persekutuan diambil daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diusahakan oleh Dato Onn Jaafar. Perkembangan kependudukan di Tanah Melayu menjadi terkawal dengan adanya peraturan kewarganegaraan. Kaum pendatang yang masuk beramai-ramai pada zaman penjajah ditawarkan keistimewaan sebagai warganegara dan dilindungi serta mempunyai suara di bawah sistem demokrasi. 3 ciri asas pembentukan Negara bangsa ialah kedaulatan sempadan Negara, Perlembagaan Negara dan kewarganegaraan. British menerima uasaha tersebut dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah lama wujud di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial. Idea kenegaraan tersebut telah menghasilkan formula memupuk perpaduan Melayu, mencetus semangat nasionalisme, menggerak perpaduan kaum, menebus maruah bangsa, menegak keadilan ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Kejayaan Dato Onn Jaafar Dato Onn Jaafar pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 1951 dan Pengerusi RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun 1950. RIDA kini ditukarkan menjadi MARA. Penubuhan RIDA bermatlamat untuk memperbaiki ekonomi orang Melayu dan meningkatkan taraf hidup mereka. Dato Onn Jaafar terkenal sebagai pemimpin politik yang pintar. Kepetahannya berpidato menarik perhatian umum. Karisma dan ketokohannya sebagai penyatu orang-orang Melayu menentang Malayan Union merupakan kejayaannya yang terpenting. Kegagalannya kerana tidak dapat menyelami hakikat kebimbangan orang-orang Melayu bila beliau merancang untuk membuka keahlian UMNO kepada orang-orang bukan Melayu. Fikirannya yang mendahului zaman mungkin tidak dapat ditanggapi oleh pengikut-pengikutnya. Dato Onn Jaafar merupakan seorang penulis atau wartawan yang tajam penanya. Beliau merupakan pengarang pertama akhbar Warta Malaya mulai 1 Januari 1930. Sebelum beliau

HNS2013 KENEGARAAN 10

bertugas sebagai pegawai pentadbir negeri Johor, di Pejabat Tanah Muar untuk jawatan Ketua Pejabat Sekatan Getah. Beliau dilantik menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudian bertukar ke Johor Bahru memegang jawatan yang sama sehingga tahun 1926. Selepas terjadi perselisihan faham antara beliau dengan Sultan Johor (Sultan Ibrahim). Beliau telah berhijrah ke Singapura. Di Singapura beliau mencuba bakatnya di bidang penulisan dan ternyata beliau memang berbakat di bidang itu. Pada akhir tahun 20-an, Dato Onn Jaafar menjadi penulis kepada sebuah akhbar Inggeris. Tulisannya mendedahkan berbagai-bagai kepincangan dalam masyarakat khususnya yang terjadi di Johor. Dato Onn Jaafar menjadi pengarang akhbar Warta Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga akhir tahun 1933. Setahun kemudian beliau bersama beberapa orang penulis lain menerbitkan akhbar mingguan Lembaga Malaya (1934) dan Harian Lembaga (1935). Beliau bertugas sebagai pengarang kepada kedua-dua penerbitan sehingga dipindahkan ke Johor Bahru pada tahun 1938. Pada tahun 1936, Dato Onn Jaafar dilantik oleh Sultan Ibrahim Johor menjadi ahli yang bukan rasmi bagi Majlis Mesyuarat Negeri Johor. Beliau telah menerima lantikan tersebut dengan syarat, ia bebas member fikirannya terhadap perkara-perkara yang dipandangnya penting dan bermanfaat kepada rakyat dan negeri Johor. Disebabkan tugas-tugasnya semakin bertambah, beliau tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada akhbar Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Beliau berhenti menjadi pengarang dan meninggalkan dunia kewartawanan.

Penutup Dato Onn Jaafar, pemimpin ulung dan pembangkit semangat kebangsaan Melayu yang berjasa besar menyatupadukan orang-orang Melayu menumbangkan Malayan Union dan menggerakkan bangsa Melayu agar sedar akan hak asasi mereka. Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada Hidup Melayu kepada Merdeka.

HNS2013 KENEGARAAN 11

Perjuangan dan usaha-usaha Dato Onn Jaafar untuk merapatkan hubungan kaum telah menukar sikap UMNO di bahawa pimpinan Tunku Abdul Rahman yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan MCA untuk menghasilkan satu kontrak sosial yang kemudian termaktub dalam perlembagaan Malaya dan Malaysia. Kontrak sosial ini yang masih releven dan menjadi asas perpaduan masyarakat Malaysia sehingga hari ini. Jasanya wajar dikenang oleh generasi pada hari ini, sikap gigih dan pengorbanannya terhadap bangsa Melayu wajar diteladani oleh bangsa dan rakyat negara ini.

Rujukan
1) Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa, Onn Jaafar,

<ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar> (19 Mac 2012)

HNS2013 KENEGARAAN 12 2) Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Dato Onn Pengasas Negara Bangsa,

<http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index2.php? option=com_content&task=view&id=321&pop=1&page=0&Itemid=29> (4 Disember 2006)


3) SEO Dummies, Dato Onn Jaafar Pengasas UMNO,

<http://melayubolehle.blogspot.com/2009/04/dato-onn-jaafar-pengasas-umno.html> (16 April 2009)


4) The One, Latar Belakang Dato Onn Jaafar,

<http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.com/2008/10/dato-onn-jaafar.html> (5 Oktober 2008)


5) Tun Sheikh Engku, Dato Onn Jaafar Sebelum Malayan Union, <http://sejarah-

tunsheikh.blogspot.com/2010/06/dato-onn-jaafar-sebelum-malayan-union.html> (23 Jun 2010)


6) Chingoo, Dato Onn Jaafar dan Isu Masyarakat Cina Dalam Pembinaan Negara bangsa Malaya

1948-1952, <http://www.scribd.com/doc/25032228/Dato-Onn-Jaafar-dan-Isu-MasyarakatCina-Dalam-Pembinaan-Negarabangsa-Malaya-1948-1952>
7) Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd. (008974-T), 2003, hlm. 547.


8) Talib Samat, Kenali Tokoh Berjasa Jilid 1, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.,

2010, hlm. 185.

You might also like