You are on page 1of 8

BMM 3110 201 3

1.0 Kepentingan Pengetahuan Tentang Sintaksis Kepada Guru-Guru Bahasa Melayu


Pada era globalisasi ini, guru bahasa melayu semakin memandang enteng tentang bidang sintaksis. Sintaksis ialah satu kajian tentang ayat. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa yang mempunyai makna yang lengkap dan ia boleh terbentuk dengan satu perkataan atau lebih. Dari segi pengucapannya ia bermula dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim 2006) .Sintaksis juga ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan serta konstrusi ayat. Guru bahasa merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa. Oleh yang demikian guru-guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajarkannya. Antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi guru-guru bahasa adalah berkait rapat dengan pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis. Hal ini kerana bahasa terdiri dari ayat-ayat, sedangkan sintaksis pula berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimana mungkin guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa? Berdasarkan persoalan tersebut, dalam penulisan ini cuba membincangkan pentingnya pengetahuan tentang sintaksis bagi guru-guru bahasa Melayu dan bagaimana pengetahuan dan kefahaman tersebut boleh diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Oleh yang demikian para guru bahasa Melayu perlulah memahami bidang sintaksis dengan lebih mendalam kerana guru bahasa Melayu merupakan pengerak atau perantaraan untuk murid-murid sempurna . Masalah yang akan timbul apabila guru bahasa melayu kurang mahir dalam bidang sintaksis ialah murid akan menulis ayat dengan salah tanpa dapat membezakan antara rumus yang telah ditetapkan. Misalnya pengunaan ialah dan adalah. Hal ini akan membuatkan murid melakukan kesilapan yang sama berulang kali kerana mereka kurang memahami apa yang diterangkan oleh guru mereka. Selain itu juga, guru seharusnya memikirkan cara untuk menarik perhatian murid
1

lebih memahami bidang ini dengan lebih

BMM 3110 201 3


dalam mengajar bidang ini. Hal ini kerana kadang-kadang perkara yang ingin diajar telah berlaku tetapi murid tidak sedar akan perkara itu dan sering kali ibubapa akan menyalahkan guru sedangkan anak mereka yang tidak dapat memahami konsep dengan lebih jelas. Selain itu juga, kepentingan guru menguasai bidang sintaksis ialah supaya murid dapat mengenalpasti yang mana jenis-jenis ayat yang dibuat seperti ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Hal ini kerana masalah yang selalu timbul disekolah ialah murid tidak pandai untuk membezakan antara jenis-jenis ayat. Hal ini dapat dibuktikan melalui ujian UPSR yang dibuat. Kebanyakan murid di sekolah rendah masih lagi lemah dalam mengenal pasti jenis-jenis ayat yang dibuat. Hal ini akan menyebabkan mereka semakin ketinggalan dalam bidang ini. Hal ini kerana jika murid terbabit ialah darjah enam maka apabila mereka masuk ke sekolah menengah segala konsep yang telah diajar tidak akan diulang kerana guru-guru disekolah menengah mengangap mereka telah mahir dalam bidang tersebut. Hal ini selalu terjadi kepada murid yang berada di kelas belakang. Oleh yang demikian,guru-guru disekolah menengah perlu melakukan aktiviti pengukuhan serta mengulangkaji bidang ini tanpa mengenal rasa penat dan lelah. Masalah yang akan timbul juga jika seorang guru tidak dapat mengajar bidang sintaksis dengan betul ialah murid selalu akan terikut mengunakan bahasa sms. Hal ini dapat dibuktikan dengan ujian yang telah dilakukan disekolah secara rambang. Hal ini merupakan perkara yang serius perlu kita kupaskan. Zaman ini merupakan zaman yang serba moden dan murid-murid mudah untuk dipengaruhi. Misalnya, dari sepuluh karangan yang dibuat, 2/10 dari karangan tersebut sering mengunakan bahasa sms. Dalam bahasa Melayu pengguguran boleh berlaku tetapi ia mempunyai syarat-syarat yang tertentu. Contohnya pengguguran frasa nama sebagai subjek. kamu keluar dan perkataan kamu boleh digugurkan dan boleh hanya disebut keluar. Bidang pengguguran ini tidak dapat dilakukan dengan sewenang-wenangnya seperti bahasa sms dan guru perlu selalu memantau tentang perkara ini dengan lebih kerap. Hal ini memerlukan guru menguasai bidang sintaksis
2

BMM 3110 201 3


ini dengan lebih mendalam supaya murid tidak melakukan kesilapan lagi pada masa akan datang. Guru juga perlulah mengunakan ayat yang betul untuk sebarang aktiviti atau untuk tujuan mencantikan sekolah. Contohnya,guru ingin menampal ayat-ayat yang dapat memberikan motivasi kepada murid di kantin mestilah mengunakan bahasa yang betul bukannya hanya menampal secara membuta tuli kerana ia akan memberi kesan kepada murid pada masa hadapan. Misalnya contoh ayat ialah Dilarang Makan dan sebagainya. Diharap dengan cara ini ia secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi konsep atau fahaman murid yang terlibat. Dalam masalah ini,pihak kementerian serta seluruh rakyat Malaysia perlu memberi kerjasama yang baik kepada guru dalam merealisasikan impian supaya murid mengunakan bahasa yang betul. Hal ini kerana pada zaman sekarang, pihak kerajaan memberikan kelonggaran kepada kakitangan kerajaan untuk membuat sesuatu kertas kerja dalam bahasa melayu atau pun bahasa inggeris. Hal ini memberikan kesan yang kurang baik kepada pengunaan ayat dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana mereka yang bertanggungjawab dalam membuat kertas kerja tersebut kepada anak-anak mereka sedangkan mereka mengunakan bahasa yang salah dari segi sintaksis. Hal ini merujuk kepada faktor ibubapa kerana bagi anak-anak apa yang dilakukan atau dituturkan oleh ibubapa mereka adalah perkara yang betul tetapi dalam penggunaan bahasa mereka salah. Selain itu juga,kita sebagai guru juga perlu menguasai bidang sintaksis kerana ia akan mengukuhkan lagi tentang kefahaman untuk menguasai konstituen ayat. Konstituen ayat bermaksud struktur ayat tersebut. Misalnya tentang subjek dan predikat. Hal ini kerana ada lagi segelintir murid yang masih kurang jelas dalam hal ini. Sedangkan ini merupakan satu benda yang asas dalam pembinaan ayat. Dalam hal ini guru perlu memantapakan lagi pengetahuan murid dengan mengunakn kaedah yang lebih baik seperti kaedah terus,pandang sebut dan sebagainya. Semoga murid tersebut akan lebih memahami lagi apa yang hendak disampaikan.
3

BMM 3110 201 3


Selain itu juga, guru juga boleh membuat aktiviti yang menitikberatkan bidang sintaksis. Misalnya murid perlu membuat satu ayat pada setiap hari supaya mereka lebih mengukuhkan fikiran mereka. Guru menetapkan begini pada hari isnin ayat yang diperlukan ialah ayat aktif dan diikuti seterusnya dengan ayat yang lain. Aktiviti akan meningkatkan lagi penguasaan murid dalam bidang sintkasis yang semakin dilupai dalam zaman teknologi maklumat ini. Sintaksis juga merupakan 3 bidang yang penting dalam bidang ilmu lingustik selain daripada moforlogi serta fonetik dan fonologi. Hal ini dapat menunjukan bertapa pentingnya guru menguasai bidang ini kerana ia akan menberi kesan yang buruk kepada murid jika mereka tidak mnguasai bidang ini dengan baik serta akan akan menyebabkan lagi murid akan bertambah parah untuk menguasai bidang ini. Oleh guru seharusnya master bidang ini kerana mereka akan menjadi rujukan kepada guru-guru lain selain daripada murid-murid. Oleh yang demikian, guru serta ibubapa perlu bersatu untuk mengatasi masalah pengunaan sintaksis yang salah kerana ia melibatkan bahasa ibunda bagi Negara Malaysia. Kata allahyarham P.Ramlee Bahasa menunjukan bangsa. Jika bahasa melayu hancur apa lagi keistimewaan yang akan ada dalam Negara Malaysia. Kita jangan sesekali mempolitikan isu bahasa kerana dia akan melibakan maruah Negara kita. Semoga usaha kita untuk memmartabatkan bahasa melayu standing pada zaman kesultanan melayu Melaka tercapai hendaknya.

2.0 Refleksi
4

BMM 3110 201 3


Dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak tentang sintaksis bermula daripada
Kata Frasa klausa Ayat wacan

Gambar rajah diatas lebih mudah difahami kerana jika hanya kita membaca mungkin kita hanya mendapat teori tetapi jika membuat peta minda ia akan memudahkan lagi untuk kita menghafal. Selain itu juga,saya dapat juga mempelajari perkaitan antara morfologi dengan sintaksis kerana mereka saling menlengkapi antara satu sama lain. Moforlogi menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam

buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Hal ini menunjukan sebelum sesuatu ayat terbentuk ia akan mengalami proses dalam bidang morfologi. Oleh demikian,saya perlu mengulangkaji dalam bidang ini. Selain itu juga, sintaksis merupakan unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa dan telah mempunyai makna yang lengkap. Hal ini menunjukan moforlogi hanya unit yang mempunyai makna tetapi berbeza pula dengan sintaksis ialah makna yang lengkap dan dimulai senyap dan diakhiri dengan
5

BMM 3110 201 3


kesenyapan. (Nik Safiah Karim 2006) dalam ini juga ia dapat membuktikan bahawa sebelum sesuatu ayat itu wujud ia akan melalui bidang moforlogi sebelum menjadi ayat. Manakala bagi (Siti Hajar Abdul Aziz) sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk ,struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Binaan sintaksis pula merujuk kepada perkataan yang merupakan nadi klausa dan frasa. yang penting kerana perkataan ini akan berfungsi sebagai konstituen dalam ayat iaitu Hal ini membuktikan lagi apabila saya dan rakan-rakan menganalisis petikan yang kami pilih malah dalam masa yang sama saya dapat menajamkan lagi akal fikiran serta dapat menganalpasti ayat yang terdapat dalam bidang sintaksis. Contohnya frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif serta frasa sendi nama. Selain itu juga,saya juga telah dapat mengenalpasti bagaimana hendak mencari ayat dasar serta ayat terbitan. Hal ini menujukkan saya begitu faham tentang apa yang perlu saya kuasai dalam bidang ini. Setelah berjaya menganalisis petikan serta mengenalpasti ayat atau frasa yang terlibat,saya juga perlu membuat rajah pohon yang menunjukkan perkaitan antara satu sama lain. Hal ini akan membuatkan saya lebih memahami apa yang perlu saya kuasai dengan baik. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Nor Bin Hamzah kerana banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

3.0 BIBLIOGRAFI

BUKU

BMM 3110 201 3


Nik Safiah et al., (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua, Shah Alam, Oxfor Fajar Sdn. Bhd.

LAMAN SESAWANG http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ragayat.htm (Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/05/ayat-mudah-daan-ayat-majmuk.html (Dilayari pada 10 Februari 2012)

http://munawwarahmumininfamily.blogspot.com/2009/08/kepentingan-pengetahuantentang.html

( Dilayari 12 feb 2012) http://witra.blogspot.com/2005/09/morfologi-bahasa-melayu.html ( Dilayari 12 feb 2012)

BMM 3110 201 3

Lampiran

You might also like