You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PROJEK KERJA AMAL PENDIDIKAN MORAL
TEMPAT : PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN, ALMUNIRAH (CAWANGAN GURUN, KEDAH DARUL AMAN) TARIKH ANJURAN : 26 FEBRUARI 2011 : 3 PISMP (PJ/PK/MO), DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

PENGESAHAN

KELULUSAN

TINDAKAN

PROJEK KERJA AMAL

PRAKATA Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun adalah bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan menjalankan satu Projek Kerja Amal anjuran guru pelatih dari kumpulan 3 PISMP PJ/PK/MO 1 dengan bimbingan Unit Pendidikan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

1.0 PENDAHULUAN Projek Kerja Amal ini merupakan salah satu aktiviti yang domain dalam senarai aktiviti anjuran Unit Pendidikan Moral. Projek ini memainkan peranan yang penting dalam menanamkan nilai-nilai murni dalam diri bakal guru.

2.0 MATLAMAT PROGRAM Matlamat program adalah seperti berikut: i. Memberikan pendedahan dari segi kepimpinan kepada semua guru pelatih yang mengambil subjek Pendidikan Moral sebagai pengajian minor dalam kursus ini. ii. Menanam dan membolehkan penghayatan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap tolong-menolong dan tanggungjawab dalam diri semua guru pelatih. iii. iv. Mengaplikasikan konsep nilai-nilai murni secara praktikal dan efektif. Menimba pengalaman mengenai norma kehidupan secara langsung bersama kanak-kanak yatim. v. Menyumbangkan tenaga dan kewangan di bawah kemampuan para guru pelatih dalam usaha menceriakan kehidupan anak-anak yatim.

3.0 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh kumpulan 3 PISMP PJ/PK/MO 1 ambilan Januari 2010, di bawah bimbingan Unit Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

4.0 TARIKH &TEMPAT PROGRAM Butiran adalah seperti berikut: TARIKH TEMPAT 26 Februari 2010 (Sabtu) Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, cawangan Gurun, Kedah Darul Aman.

(Sila rujuk Lampiran 1)

5.0 PESERTA & PENYERTAAN Projek ini akan disertai oleh guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Januari 2010, iaitu 3 PISMP PJ/PK/MO 1 (18 orang guru pelatih), bersama empat orang penyarah mewakili Unit Pendidikan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kami juga membuka peluang penyertaan kepada guru pelatih daripada kumpulan lain. (Sila rujuk Lampiran 2)

6.0 PENSYARAH PENGIRING 6.1 Hari Projek Kerja Amal

i.

Tuan Haji Harun Bin Haji Haya (Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral)

ii.

Cik Teo Lai Yong (Pensyarah Unit Pendidikan Moral)

iii.

En. Ravendran a/l Chelliah (Penyarah dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

iv.

Puan Hajah Rohaya Binti Ahmad (Tutor 3 PISMP PJ/PK/MO 1)

7.0 PENGANGKUTAN 7.1 Hari Projek Amal Bas Institut

8.0 SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. Sumbangan orang perseorangan Projek penjualan epal sempena Apple Day 15 Februari 2011 Perkhidmatan gunting rambut Car wash

(Sila rujuk Lampiran 3)

9.0 PERALATAN DARI STOR IPGKTB Senarai peralatan yang diperlukan untuk Projek Kerja Amal disertakan bersama. (Sila rujuk Lampiran 4)

10.0

JADUAL PROJEK

Sila rujuk Lampiran 5.

11.0

PENGISIAN PROJEK KERJA AMAL

Pengisian projek kerja amal yang dipilih adalah lebih kepada aktiviti gotong-royong. Agenda utama dalam aktiviti gotong-royong ialah untuk mengecat rumah, diikuti dengan aktiviti pembersihan sampingan yang lain seperti: i. ii. iii. Mengemas bilik dan ruang makan Membersihkan laman Tanam pokok

Kesemua aktiviti ini akan dikendalikan oleh guru-guru pelatih dan dipantau oleh beberapa orang fasilitator. Berikut merupakan senarai aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan mengikut kumpulan: Melalui aktivti yang dikendalikan oleh guru-guru pelatih, anak-anak yatim akan didedahkan dengan nilai kerjasama yang tinggi di samping memupuk sikap cintakan kebersihan, tolong-menolong dan lain-lain. Secara tidak langsung, sesi motivasi juga akan diselitkan bertujuan untuk menaikkan semangat penghuni-penghuni rumah AlMunirah untuk terus memajukan diri. Selebihnya, bagi para guru pelatih yang mengambil bahagian dalam program ini, manfaat program seumpama ini adalah dengan melatih para guru pelatih mengawal kanak-kanak dan juga situasi. Guru pelatih juga dapat meningkatkan sikap kepimpinan

dan dapat memupuk nilai-nilai murni, seperti sikap bertoleransi, tabah menghadapi cabaran. (Sila rujuk Lampiran 6)

12.0

JAWATANKUASA INDUK : Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun Tuan Haji Daud Bin Md. Saman

PEMANGKU

PENGERUSI

: Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam & Moral Ustaz Harun Bin Haji Haya

N. PENGERUSI

: Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam & Moral Ustaz Zambri Bin Ahmad

SETIAUSAHA

: Ketua Unit Pendidikan Moral, Jabatan Pendidikan Islam & Moral Cik. Teo Lai Yong

AJK

: Ustaz Mohd Nazmi Bin Desa Ustaz Rahim @ Sateh Bin Ramly Ustaz Md. Zubir Bin Haji Zakaria Ustaz Ahmad Sukari Bin Mohamad Ustaz Subki Bin Haji Mohamed Ustazah Amanisah Binti Shuib En. Eow Boon Hin En. Ravendran a/l Chelliah

13.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROJEK KERJA AMAL

PENASIHAT PENGERUSI N. PENGERUSI SETIAUSAHA N. SETIAUSAHA BENDAHARI AJK PERALATAN

: CIK TEO LAI YONG : MOHAMAD NAIM B. MOHAMAD ZUL : MUHAMMAD FAIQ B. MOHD RASDI : KHAIRUL EFFENDI B. AHMAD : SITI ATHIRAH QISTINA BT. ZAINAL ABIDIN : MOHD FAKRULROZI B. MOHD NOR : MOHD HAFIZUL B. RIDZUAN : MOHAMAD FAIZ B. ZULKIFLI

AJK PENGANGKUTAN

: AHMAD SYARIFF B. AHMAD TAJUDIN : NURUL AKMAL BT. ZULZAIMI

AJK KESELAMATAN

: MOHD HAKIMI B. HASHIM : SITI HASZIRAH BT. HASAN

AJK MAKANAN

: RAJA ZAINAB BT. RAJA MUHAIYATDIN : NURUL NADHIRA BT. MAHFUDZ

AJK AKTIVITI

: MOHD FARIZ B. ZULKIFLI : MOHAMED AINNUDIN B. ABDUL AZIZ

AJK DOKUMENTASI TUGAS-TUGAS KHAS

: AFIFAH FARAH SYAMIRA BT. ABU HASSAN : MOHAMAD BISMIL BASIR B. YAHAYA BASIR : NURUL HAFIZAH BT. JAMIL

14.0

PENUTUP

Projek Kerja Amal merupakan salah satu komponen latihan yang sangat penting yang mana perlu didedahkan kepada para guru pelatih dari segi kepimpinan dan pengendalian. Projek Kerja Amal ini juga mampu melahirkan kelompok guru yang mempunyai penghayatan yang maksima tentang nilai - nilai murni. Pertimbangan yang sewajarnya adalah diharapkan dari pihak pengurusan institut bagi melaksanakan program ini agar guru pelatih mendapat pengetahuan dan maklumat yang berguna seterusnya dapat memberi sumbangan yang besar kepada sistem pendidikan negara.

You might also like