Professional Documents
Culture Documents
Pihak institusi merupakan pengguna terbesar komoditi cendawan ini. Jumlah penggunaan setiap bulan bagi cendawan segar, cendawan kering dan cendawan dalam tin, masing-masing ialah 41.79%, 50.55% dan 7.75%. Manakala purata harga belian masing-masing pula ialah RM11.00/kg. RM71.00/kg dan RM2.14/tin. Jumlah cendawan segar yang dibeli oleh pihak institusi dalam masa sebulan ialah 1 501 kg. Jumlah ini terdiri daripada 310 kg. tiram putih dan kelabu, 591 kg. abalon, 17 kg. cendawan jerami padi dan 583 kg. cendawan butang dan shitake. Jumlah pembelian cendawan dalam tin sebulan pula ialah 20 530 kg. (20.52 tan) iaitu 4 060 kg. tiram putih dan kelabu, 3 910 kg. abalon dan 12 560 kg. cendawan butang. Bagi cendawan kering, jumlah permintaan sebulan ialah 2 013,07 kg. Jenis masakan yang dihidangkan dengan menggunakan cendawan bagi restoran dan hotel mengikut keutamaan ialah sayur campuran, masak dengan daging, masak dengan ayam atau itik, masak dengan ikan, sup cendawan dan masak cendawan sahaja. Pada tahun 1990, Malaysia mengimport cendawan segar atau disejukkan hanya 54 tan bernilai RM336 ribu, tetapi meningkat kepada 487 tan bernilai RM2 juta pada tahun 1996. Import cendawan yang diproses juga meningkat kepada 24 ribu tan bernilai RM50 juta pada tahun 1996 berbanding hanyak 3 ribu tan bernilai RM21 juta pada tahun 1990. Memandangkan penggunaan dan pengimportan cendawan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun maka pengeluaran cendawan tempatan oleh pengusaha sangatlah cerah. Pengusaha cendawan tempatan yang sedia ada atau yang baru melibatkan diri perlu menggandakan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat disamping dapat mengurangkan bil import cendawan oleh Malaysia. - Dipetik dari majalah Agromedia Bil. 7/1999.