You are on page 1of 2

LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL TUJU KASUT

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, pada 10 Mac 2013 yang lalu saya dan rakan-rakan daripada Pengajian Melayu A dan B telah menganjurkan dan melaksanakan permainan tradisional secara tertutup di kawasan astaka dan padang IPG Kampus Perlis. Permainan tradisional ini telah dijalankan sepanjang hari. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh 4 buah kampung yang terdiri daripada Kampung Sun Tzu, Kampung Cherok To Kun, Kampung Keberka tan dan Kampung Janda Baik Bujang Senang. Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa bagi penganjuran permainan di Kampung Cherok To Kun iaitu sebagai pencatat masa. Pada hari tersebut, Kampung Cherok To Kun telah menganjurkan permainan tradisional Tuju Kasut. Rakan-rakan yang lain yang turut bersama-sama membantu dan bergilir-gilir menjadi hakim dan pencatat masa bagi memberi peluang kepada setiap penduduk dalam kampung Cherok To Kun merasai cara pengendalian dan menghakimi permainan bersama. Meskipun tugas sebagai pencatat masa tampak remeh, semangat penduduk kampung Cherok To Kun yang gemarkan penerapan nilai bekerjasama dalam diri telah turut bersama-sama membantu tugas ini berikutan permainan yang dijalankan turut dianggotai oleh para penduduk kampung Cherok To Kun. Walaupun setiap individu mempunyai bidang tugas tersendiri, seluruh penduduk kampung turut membantu setiap AJK bagi melancarkan perjalanan kerja masing-masing. Di sini, bukan untuk membangga diri mahupun menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi saya sangat berbangga dengan penduduk kampung Cherok To Kun kerana saling bantu membantu kerana sebagai contohterdapat AJK dari bahagian lain turut membantu AJK persiapan tempat menyediakan tempat dengan sebaiknya kerana jika mengharapkan hanya seorang sahaja yang bekerja kemungkinan tidak akan berlaku sempurna, bak kata pepatah sebatang lidi akan patah tapi seberkas penyapu mengukuhkan begitu juga dengan AJK daripada bahagian lain. Maka tiada istilah sleeping partner dalam penganjuran permainan tradisional kampung Cherok To Kun.

Secara keseluruhannya, penganjuran permainan tradisional ini sedikit sebanyak telah berjaya meninggalkan impak positif kepada mahasiswa pendidik khususnya dalam membentuk peribadi seorang guru serta merapatkan hubungan sesama mahasiswa pendidik berikutan pertemuan di antara kedua-dua kelas hanya di dalam kelas dan tidak begitu rapat jika di luar bilik kuliah. Diharapkan penganjuran permainan tradisional yang telah dilaksanakan ini, tidak akan dilupakan begitu sahaja oleh guru pelatih kerana terlalu banyak perkara yang perlu diambil sebagai iktibar dan pengajaran untuk ke arah memotivasikan diri sebagai bakal guru kelak. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh, .............................................. (SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK) AJK PENCATAT MASA, KAMPUNG CHEROK TO KUN.

You might also like