You are on page 1of 2

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata(Tatabahasa Dewan Edisi ketiga,

2010:43). Kata pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2005) bermaksud gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikanpengertian atau makna tertentu. Struktur kata yang dimaksudkan dalam definisi morfologidiatas adalah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasayang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atauhasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Demikian pula denganpenggolongan kata yang merujuk kepada proses menjeniskan perkataan berdasarkankeserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek penggolongan kata akan disentuh dalam kajian ini bagi mengenalpasti proses pembentukankata nama ganda berentak.Menurut Ahmad Khair Mohamad Nor (2009), morfologi membawa maksud ilmu ataupengetahuan tentang bentuk kata yang menjadi kajian. Ia merupakan satu cabang ilmulinguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana kata dibentuk. Menurut Nik Safiah Karim (1996), pula sependapat dengan Tatabahasa Dewan yang mendefinisikanmorfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, danpenggolongan kata. Namun, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mendefinisikanmorfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Justeru, dapat dirumuskan bahawa bidangmorfologi adalah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui prosespenyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segistruktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai proses pembinaanya, menjadi bentuk katayang kukuh.Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan melihat definisi, asal-usul, jenisdan ciri binaan kata nama ganda berentak. Terdapat enam bidang kajian morfologi iaitumorfem, alomorf, morfem kosong, struktur kata, penggolongan kata dan pembentukan kata.Kajian yang dijalankan ini adalah berada dibawah aspek penggolongan kata iaitu prosesuntuk menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan atau persamaan fungsi. Kata namadipilih kerana ia merupakan salah satu kelas kata yang penting dan sering kali wujud dalamkomunikasi harian. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti danmenjelaskan ciri-ciri dan struktur kata nama ganda berentak, dan melihat bagaimana proses-proses pembentukan yang berlaku bagi membentuk kata nama ganda berentak.2.0 KONSEP3

rujukan ini sedikit sebanyak amat membantu saya dalam membuat penelitian berkaitan katanama ganda berentak ini.6.0 KESALAHAN BAHASATerdapat beberapa kesalahan yang sering berlaku pada kata nama ganda berentak iaitukesalahan tidak meletakkan tanda sempang dan kesalahan menggunakan kata ganda yangtidak lengkap. Contoh kesalahan adalah seperti dibawah :Kesalahan 1a) Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu.( / )b) Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang marut itu. ( x)Penjelasan : Kesalahan penggunaan kata nama ganda berentak yang tidak lengkap. Perkataanmarut tidak membawa makna tertentu dalam ayat.Kesalahan 2a)Ramai saudara mara Mira datang ke majlis perkahwinannya semalam kata Lina kepadaJannah.( x )b)Ramai saudara-mara Mira datang ke majlis perkahwinannya semalam kata Lina kepadaJannah. ( / )Penjelasan : Kesalahan tidak meletakkan tanda sempang pada kata ganda berentak.7.0 KESIMPULANProses pembentukan kata seperti yang telah dibincangkan adalah terbentuk daripada struktur tatabahasa yang paling kecil iaitu daripada bentuk morfem, kepada bentuk struktur binaankata itu sendiri dan seterusnya kepada proses penjenisan kata untuk dikelompokkan kepadagolongan kata tertentu. Proses ini amat penting untuk menggolongkan sesuatu kata.Seperkara yang amat penting lagi adalah penggolongan suatu kata dilakukan dengan memilihdan menjeniskan perkataan yang serupa dan mempunyai fungsi yang sama dalam satukelompok golongan kata. Bagi konteks pembinaan kata nama ganda berentak ini,penggolongan kata harus meneliti pada aspek asal-usul kata itu terlebih dahulu. Pemfokusanpada ciri suatu kata itu harus dijadikan syarat atau panduan bagi menjeniskan kata tertentu.Disamping itu, kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pakar bahasa terdahulu harus dipujikerana hasil-hasil kajian mereka amat bermakna dan memberi kesan yang baik pada prestasikemajuan bahasa. Selain itu, penerangan-penerangan yang konkrit mengenai suatu bidangkajian Bahasa Melayu juga dapat diperoleh hasil daripada sumbangan penulisan mereka.Justeru, kajian-kajian baru yang terperinci adalah digalakkan supaya generasi akan datang14

mempunyai keinginan untuk mengenal bahasa nenek moyang mereka dengan lebihmendalam. 8.0 RUJUKAN Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.Asmah Haji Omar, (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasadan Pustaka.Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.Abdullah Hassan. (2006). Morfologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.Ahmad Khair Mohd Nor (2003).Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa: Ayat).Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,Ahmad Khair Mohd Nor (2009). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn.BhdDarwis Harahap Mohamad (1991). Persoalan Bahasa. Selangor : Dewan Bahasa & PustakaDarwis Harahap Mohamad (2004).Perbincagnan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &Pustaka,Hashim Haji Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu : satuhuraian dari sudut tatabahasa generatif. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan (edisi ketiga) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd Rain Shaari & Abdullah Yusof. (2008). Penyelidikan Bahasa dan Linguistik. KualaLumpur :Pustaka Salam Sdn Bhd.Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood(2004).Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustakaNik Safiah Karim et.al, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim et.al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (perkataan). Selangor : KumpulanBudiman Sdn Bhd.15 SUMBER INTERNET Diperoleh pada 23 julai, 2010 daripada :http://jepri7.blogspot.com/2010/03/morfo-sintaksis-bahagianmorfologi-1.htmlDiperoleh pada 26 Julai, 2010 daripada :http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/kata_penggandaan/penggandaan.htmDiperoleh pada 6 Ogos, 2010 daripada :http://www.scribd.com/doc/14660563/Morfologi-Bahasa-Melayu16

You might also like