You are on page 1of 3

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil bahagian dalam kempen

menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai PengerusiParti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanyamenimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan PerdanaMenteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakandalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan caloncalon yang rapat dengannya, Dr Mahathir engganmengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen KotaSetar selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja,selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya. (Sebagai ejekan, Dr Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum 1999dengan undi-undi orang Cina, apabila kaum Melayu dipecah disebabkan perselisihannyadengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.)Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam MajlisTertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku AbdulRahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The MalayDilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayutelah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula kedalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalamkabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presidenUMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal duniasecara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagaitimbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itusebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakantimbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.KesihatanPada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan koronari salurandarah arteri bypass di Hospital Besar Kuala Lumpur. (HBKL), Kuala Lumpur . Pada 9 November 2006 sekali lagi dimasukkan ke IJN kerana serangan jantung setelah saluran daraharteri tersumbat. Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di HospitalLangkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 pm.Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan koronari arteri bypass di IJN selama 5 jam.Pembedahan diketuai pakar jantung terkemuka, Tan Sri Dr.Yahya Awang ,Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr. Azahari Yakub, Datuk Dr. VenugopalBalchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo diCalifornia, Amerika Syarikat, Prof. Dr. Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan salurandarah arteri kali ke-2.Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di IJN jam 7.00 pm. Ketika ini beliau berusia 82 tahun.[1]Garis masa 1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember. 1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union. 1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan. 1953: Mendapat ijazah perubatan dari King Edward VII Medical College (yangkemudiannya dike nali sebagai Universiti Malaya) di Singapura; 1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Star, HospitalLangkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis. 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinicdi Alor Star. 1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliaumenewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 819 6 undi. 1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. 1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi. 1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei,dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undiCina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangidalam pilihanraya;o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan pengedaransuratnya kepada Tunku Abdul Rahman;o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September. 1970:

Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (TheMalay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak. 1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA). 1973: Dilantik sebagai senator. 1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September. 1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi denganmajoriti sebanyak 47 undi. 1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac. 1978: Dilantik sebagai Timbalan Pe rdana Menteri oleh Tun Hussein Onn pada 15September;o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan danPerindustrian (1 Jun, 1978 - Julai 1981); 1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang jawatanPerdana Menteri;o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan",the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan barangUK ("Buy British Last");o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London pada 7 September, supayamemulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada rakyat Malaysia. 1983: Mengemaskinikan kuasa Yang Di Pertuan Agung dan Sultan-sultan, supaya rangundang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapat menjadiakta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negerimasing-masing;o Menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional, sebuah projek kereta nasional. 1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27Februari;o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri;o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan PerdanaMenteri;o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan rasmi Chaim Herzog,Presiden negara Israel. 1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNOdengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;o Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri danPerdana Menteri. 1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Saleh Abbas keranamenghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akandiputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan olehMakhamah Tinggi); 1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di sampingmemegang jawatan Perdana Menteri. 1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas peristiwa DouglasGomez;o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot apabilaPaul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil ("recalcitrant") keranaenggan menghadiri Persidangan APEC. 1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supaya mengatasi KrisisEkonomi 1997. 1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalamUMNO pada 2 September;o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan peliwatan dan penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke makhamah pada 2 November;o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib PresidenAmerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di Persidangan APEC yang padamasa itu dianjurkan oleh Malaysia.o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yangmenelan kos sebanyak RM13 bilion;o Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitumenara berkembar yang tertinggi di dunia;o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME. 1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegang jawatanPerdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia. 2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas -tugas Khas (5 Jun 2001) disampingmemegang jawatan Perdana Menteri. 2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelaljaran

Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam PerhimpunanAgung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan. 20 03: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakantimbalannya, Datuk Seri Abdullah

Badawi, sebagai pengganti; beliau memegang jawatanPerdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripada pemimpin-pemimpin negaraAsia yang paling lama perkhidmatannya;o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.

You might also like