You are on page 1of 4

Persatuan Olahraga Amatur Kedah (Cawangan Kedah Tengah) Sungai Petani, Kedah Darul Aman

MINIT MESYUARAT AGUNG POAK TENGAH KALI KE 49, 2011 TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

: : : :

23 MAC 2011 5.00 PETANG BILIK MESYUARAT, SK TASEK APONG 15 ORANG


9. 10 . 11. 12 . 13 . 14 . 15 . IDRIS BIN MOHAMED JASNI BIN RAMLI MOHD GHAZALI BIN MAT SAAD AS LETCHUMANAN K.KAMARAJAN BKM,PJK RAJOO A/L SINNAPPAN B.SIVAKUMAR

P.SOLOMON SDK, AMN, BKM, PPN, PJK BACHAN SINGH JOHL AMK, BKM,PJK, JP. MOHD ARIFFIN B. AHMAT NAZRI BIN HASSAN HELMI BIN MOHAMMAD MOHD HAFIZ BIN AKIL YAHYA B. MOHD NOR IDRIS BIN SAAD BKM, PJK

Mesyuarat dipengerusikan oleh EN. BACHAN SINGH JOHL AMK, BKM,PJK, JP. AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan serta mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli-ahli POAK Tengah. Beliau juga menyampaikan salam daripada pengerusi yang tidak dapat hadir ke mesyuarat ini kerana masih berkursus di IAB Genting Highland dan berharap agar mesyuarat kali ini dapat berjalan dengan lancar. AGENDA 2 : UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN POAK ( EN. P.SOLOMON ) 2.1 Mengucapkan terima kasih di atas jemputan kepada beliau dan juga terima kasih kepada semua ahli yang dapat hadir serta ucapan tahniah kerana dapat mengadakan mesyuarat agung ini. 2.2 Beliau juga berharap semua pihak dapat bersama-sama untuk meningkatkan mutu olahraga di negeri Kedah terutama POAK khususnya. Pihak persatuan perlu membentuk pasukan pelapis untuk mentadbir olahraga negeri serta meningkatkan lagi imej olahraga negeri Kedah. AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG 3.1 Dicadang oleh : K.Kamarajan BKM, PJK . 3.2 Disokong oleh : Yahya bin Mohd Nor

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit AGENDA 5 : LAPORAN TAHUNAN 5.1 Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan kepada ahli-ahli seperti dalam Buku Mesyuarat Agung : Aktiviti POAK ( T ) tahun 2009 1. Kursus Kepegawaian Olahraga 2. Peperiksaan KOAM 2009 ( April ) 3. Larian Amal AIMST 4. Penyertaan di dalam Kejohanan Olahraga Terbuka POAK 5. Mengedarkan ( menjual ) buku Peraturan IAAF/Koam kepada ahli-ahli dan calon-calon peperiksaan teori. Aktiviti POAK ( T ) tahun 2010 1. Pendaftaran calon-calon untuk peperiksaan teori kepegawaian Gred 2 dan 3 2. Kursus Kepegawaian untuk calon-calon gred 2 dan 3 3. Peperiksaan teori KOAM ( April ) 4. Mengajurkan Kejohanan Olahraga Terbuka POAK ( T ) pada 1 Mei 2010. 5. Menghantar satu pasukan untuk menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka POAK.

AGENDA 6 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KIRA-KIRA 2009/2010 6.1 Dicadang oleh : En. Yahya bin Mohd Nor 6.2 Disokong oleh : En Idris bin Mohamed. 6.3 En. Yahya bin Mohd Nor bertanya sama ada pihak persatuan masih berhutang dengan manamana pihak iaitu semasa pengelolaan Kejohanan Balapan dan Padang POAK ( T ) di SMK Ibrahim tahun 2010. Bendahari menjelaskan tiada hutang. 6.4 Pengerusi bertanya tentang pendaftaran daripada yuran peperiksaan KOAM 2011 kepada tabung POAK Tengah. En. Yahya memberi penjelasan tentang bayaran peperiksaan teori adalah sebanyak RM 22 dan perbelanjaan lain seperti yang dilampirkan di dalam laporan kewangan J/K Kecil Latihan dan Kepegawaian. 6.5 Pengerusi bersetuju akan membawa perkara tentang yuran peperiksaan KOAM ini ke Mesyuarat Agung POAK kerana pihak POAK Tengah tidak dapat sebarang sumbangan daripada yuran peperiksaan yang dijelaskan. 6.6 En. Yahya bin Mohd Nor meminta supaya semua urusan yang melibatkan kewangan masuk dan keluar mestilah dilaporkan atau melalui Bendahari POAK Tengah.

AGENDA 7 : PELANTIKAN JAWATANKUASA POAK TENGAH SESI 2011/2012 7.1 Pengerusi dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa tahun 2009/2010 untuk memberi laluan kepada pemilihan jawatankuasa baru. Pemilihan Jawatankuasa baru telah dikendalikan oleh pengerusi dan keputusannya adalah seperti berikut :

Pengerusi : En. Abu Bakar bin Awang AMN, PPN, PJK Dicadang oleh : En Yahya bin Mohd Nor Disokong oleh : En Rajoo a/l Sinnappan

( diterima sebulat suara )

Naib Pengerusi 1 : En. Bachan Singh Johl AMK, BKM, PJK, JP Dicadang oleh : En Yahya bin Mohd Nor Disokong oleh : En Jasni bin Ramli ( diterima sebulat suara ) Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Ariffin bin Ahmat Dicadang oleh : En Idris bin Saad BKM, PJK Disokong oleh : K.Kamarajan BKM, PJK ( diterima sebulat suara ) Bagi jawatan Setiausaha , ( 2 ) orang telah mendapat pencalonan seperti berikut : Setiausaha : En. Nazri bin Hassan Dicadang oleh : En Yahya bin Mohd Nor Disokong oleh : En Mohd Hafiz bin Akil Setiausaha : En. Helmi bin Mohammad Dicadang oleh : En Rajoo a/l Sinnappan Disokong oleh : K.Kamarajan BKM, PJK Undian telah dijalankan dan berikut adalah keputusannya : En. Nazri bin Hassan 7 undi ( dipilih sebagai Setiausaha ) En. Helmi bin Mohammad 3 undi ( dipilih sebagai Pen.Setiausaha ) Bendahari : En. Mohd Hafiz bin Akil Dicadang oleh : En. B.Sivakumar Disokong oleh : En. Jasni bin Ramli Ahli-ahli Jawatankuasa: En. Soef bin Ismail En. Yahya bin Mohd Noor En. Abd Ghani bin Daud En. Idris bin Saad BKM, PJK En. Jasni bin Ramli En. Mohd Ghazali bin Md Saad En. Idris bin Mohamed 8. En. K.Kamarajan BKM, PJK 9. En Rajoo a/l Sinnappan 10. En A.Letchumanan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

( diterima sebulat suara )

Semua dilantik secara sebulat suara. Juruodit Dalaman : 1. En. B.Sivakumar 2. Pn. Gwee Mee @ Any AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN 8.1 Pengerusi memberitahu 5 orang wakil untuk ke Mesyuarat POAK di Alor Setar pada 25 Mac 2011 adalah seperti berikut :( diterima sebulat suara )

8.1.1 8.1.2 8.1.3 8.1.4 8.1.5

En. Abu Bakar bin Awang AMN, PPN, PJK ( Pengerusi ) En. Mohd Ariffin bin Ahmat ( Naib Pengerusi II ) En. Nazri bin Hassan ( Setiausaha ) En. Mohd Hafiz bin Akil ( Bendahari ) En. Idris bin Mohamed (AJK )

8.2 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini di SK Tasek Apong. Beliau juga berharap jawatankuasa baru akan bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan aktiviti dan prestasi atlit. Akhir kata, pengerusi memohon maaf jika terdapat kesilapan dan kesalahan sepanjang mempengerusikan Mesyuarat Agung kali ke 49 tahun 2011. Mesyuarat ditangguhkan jam 6.45 petang.

Minit disediakan oleh :

( NAZRI BIN HASSAN ) Setiausaha, Persatuan Olahraga Amatur Kedah, ( Cawangan Kedah Tengah ) . Tarikh : 30 April 2011 Dicatat oleh : Encik Helmi bin Mohammad

You might also like