Kedua:
Majlis pelancaran ini dilangsungkan di Universiti Kebangsaan Malaysia; sebuahuniversiti yang dilahirkan sebagai puncak manifestasi perjuangan memartabatkan bahasaMelayu. Universiti Kebangsaan merupakan universiti pertama yang menggunakan bahasaMelayu sebagai bahasa penyampaian ilmu di peringkat pengajian tinggi, sekali gusmembuktikan keupayaan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan ilmu.Universiti Kebangsaan adalah manifestasi kesungguhan negara bangsa melaksanakanDasar Bahasa Kebangsaan dan melaluinya, telah membantu meningkatkan tahappencapaian ilmu di kalangan rakyat jelata, berupaya menjadi cerdik pandai di sampingmengembangkan daya intelek di kalangan warga.
Ketiga:
Walaupun bilangan orang Melayu di Malaysia hanya dalam lingkungan 15 jutaorang, kurang dari 0.5 peratus daripada jumlah 350 juta orang yang tergolong dalamrumpun Melayu, namun Profesor Anthony Milner telah memberikan pengiktirafan kepadabumi Melayu di negara yang bernama Malaysia ini untuk dilangsungkan pelancaran
TheMalays
. Halaman 151,
The Malays
, mencatatkan:
Although Malaya (and its expanded form Malaysia) has in many ways been the 'Malay' success story -- an experiment in nation building founded (at least in large part) on 'Malay' ethnic sentiment -- this outcome was not inevitable.'
' Anthony Milner,
The Malays
, mukasurat 151.Milner turut merakamkan antara peristiwa yang memperlihatkan keyakinan rumpun Melayuterhadap kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) seperti yang terkandung dihalaman 168.
"Some 250,000 people signed a petition to the United Nations with the aim of incorporating Pattani and other southern Muslim provinces (Yala, Nrathiwat and Satun) in the emerging Malaya.'' Anthony Milner, The Malays
, muka surat 168.Huraian dan analisis Milner dalam penerbitan beliau sebahagian besarnya ditumpukankepada Malaysia, serta dinamik politik yang berlaku di Malaysia sebagai sebuah negarabangsa yang komposisi warganya terdiri daripada pelbagai agama, kumpulan etnik danbudaya tetapi termaktub di dalam Perlembagaan negara status agama Islam, bahasaMelayu, Raja-Raja Melayu serta keistimewaan dan perlindungan kepada bangsa Melayu.
Keempat:
Pengiktirafan yang diberikan oleh Profesor Anthony Milner kepada KesultananMelayu apabila beliau merafakkan sembah jemputan kepada beta untuk berangkat bagimelafazkan titah menyempurnakan pelancaran
The Malays
'. Beta mentafsirkan,pengiktirafan tersebut adalah pengiktirafan beliau, bukan atas batang tubuh peribadi beta,tetapi pengiktirafan yang didedikasikan kepada institusi Kesultanan Melayu. Ini adalahselaras dengan kupasan-kupasan kajian beliau akan peranan penting Raja-Raja danKerajaan di kalangan rumpun Melayu. Di halaman 233, Anthony Milner mencatatkan:
"The Sultan could be presented as 'cement' helping to bond the bangsa, or as the 'symbol' of the Malay race."
Anthony Milner,
The Malays
, muka surat 233.Di halaman 177, Anthony Milner turut memetik tulisan Wan Syaifuddin pada tahun 2003,berjudul
Kronik Mahkota Kesultanan Serdang
terbitan Yandira Agung, Medan.
"One prominent development in post-Suharto Indonesia has been a widespread revival of sultanates, including many described as 'Malay'. Among these are Landak, Mempawah,Puntianak and Sambas (West Kalimantan); Bulungan, Kutei, and Pasir (East Kalimantan);and Serdang (north Sumatra). There is even a new interest in the Pagaruyung monarchy....The Sultan of Mempaweh in Kalimantan is reported to have declared that in times of
2
Add a Comment