You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Guru : PN. MURNI BT. ABDULLAH

Sekolah Tarikh pagi


KUMPULAN Nama Murid

: SK Taman Maju Jaya : 3 Julai 2010


A 1. Sukarni bt. Taib 2. Wong May Lin 3. Sukata A/P Muniandy

Kelas Hari

: 3 Cerdas : Rabu

Masa: 9.10 10.10


C Aisyah bt. Alias Zawawi b. Bujang Juwita bt. Adenan Aminah bt. Mustaffa

B 1. Burhan b. Abu 2. Tajol Rosli b. Rasdan 3. Meena Kumari A/P Rajoo MELAWAT ZOO NEGARA

1. 2. 3. 4.

Tajuk / Tema Kemahiran: Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 5. Suku kata KV 1. Memadankan huruf konsonan dengan vokal sehingga melahirkan bentuk bunyi yang betul berdasarkan gambar yang diberi. 2. Menulis semula suku kata KV di awal dengan betul Telah mengenal huruf konsonan dan vokal Kad perkataan Kad suku kata Papan selit Gambar-gambar binatang

14. Perkataan V+KVK 1. Memadan perkataan V+KVK dengan gambar yang diberikan 2. Menulis sekurang-kurangnya 4 daripada 5 nama binatang dengan betul berdasarkan gambar Telah mengenal perkataan KVK

32. Ayat tunggal 1. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat tunggal dengan betul berdasarkan gambar tunggal yang diberi. 2. Membacakan ayat tunggal yang dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul Mengenal perkataan Gambar tunggal Zoo Negara Kad-kad perkataan Kertas mahjong Rakaman bunyi binatang

Pengetahuan Sedia Ada: Bahan Bantu Belajar

Borang Pengurusan Grafik : Mengkategori Bola 3 botol kosong (Botol plastik)

Nilai Murni Kemahiran Berfikir

1. Sayangi binatang 2. Hargai ciptaan Tuhan Mengkategorikan: Binatang peliharaan dengan binatang liar

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

ipgktbbm3/sem3

Langkah Pengajaran:
LANGKAH Set Induksi 5 minit KUMPULAN 1 1. Guru bersoal jawab dengan murid: a. Siapakah yang pernah pergi ke Zoo Negara? b. Sebutkan nama-nama binatang yang anda temui? 2. Murid bercerita pengalaman melawat Zoo Negara dan guru mengaitkan dengan pelajaran hari ini. LEMBARAN KERJA Langkah 1 20 minit 1. Murid menjawab lembaran kerja Cth. AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid bermain bowling (3 botol plastik) yang di dalamnya dimasukkan dengan suku kata V dan KVK 2. Murid menggolekkan bola ke arah botol yang disusun sebaris dalam jarak 15cm. 3. Murid mengambil satu kad dari dalam botol yang terbalik dan membaca arahan. 4. Murid melaksanakan arahan yang diterima. 5. Permainan diteruskan sehingga masa tamat. 1. 2. INTERAKSI P&P Guru menampal sekeping gambar di papan putih. (Gambar Binatang Dalam Zoo) Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar: a. Namakan binatang-binatang dalam gambar. b. Selain di zoo, di mana lagi kita boleh jumpa binatang-binatang seperti: ayam, ikan, badak, harimau dll? c. Apakah perasaan anda apabila melihat harimau, gajah, kuda, ayam,ulat, ular? * Murid menjawab soalan berdasarkan kad-kad ayat yang telah disediakan oleh guru. 3. Muridmembinaayattunggalsecara berpasanganberpandukangambartung gal yangdipaparkan. 4. Muridmembacakantugasan AKTIVITI PENGUKUHAN INTERAKSI P&P LEMBARAN KERJA KUMPULAN 2 KUMPULAN 3

ipgktbbm3/sem3

Langkah 2 15 minit

1. Murid bermain bowling menggunakan 3 biji botol plastik yang di dalamnya dimasukkan dengan huruf konsonan dan vokal. 2. Murid menggolekkan bola ke arah botol yang disusun sebaris dalam jarak 15cm. 3. Murid mengambil satu kad dari dalambotol yang terbalik dan membaca arahan a. Menggabung kan konsonan dengan vokal menjadi suku kata di awal yang sesuai dengan gambar. b. Memadankan suku kata dengan gambar yang diberi. c. Menyalin suku kata yang dibina ke dalam kertas mahjong yang disediakan. 4. Murid melaksanakan arahan yang diterima. 5. Permainan diteruskan sehingga masa tamat.

1. Guru menampalkan gambar-gambar binatang: ulat, ikan, ular, ayam dan itik pada papan putih. 2. Murid mengajuk nama-nama binatang yang disebut oleh guru. 3. Murid mengambil kad perkataan V+KVK dan menampal pada gambar-gambar yang dipaparkan (ulang aktiviti melibatkan beberapa orang murid. 4. Murid-murid membaca perkataan yang terbentuk. 5. Murid menulis semula perkataan yang terbentuk pada papan putih. 6. Murid diminta membaca semua perkataan yang ditulis sambil mengeja. 7. Guru merumuskan isi pelajaran dengan meminta murid menamakan semua gambar yang disediakan. LEMBARAN KERJA 2. Murid menjawab lembaran kerja(lampiran 2) Cth:

1. Murid diminta menjawab lembaran kerja (Lampiran 3)

Ayat: 1._____________________________ __ 2._____________________________ __ 3._____________________________ __ AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Murid bermain bowling (3 botol plastik yang di dalamnya dimasukkan dengan kad-kad perkataan. 2. Murid menggolekkan bola ke arah botol yang disusun sebaris dalam jarak 15cm. 3. Murid mengambil satu kad dari dalam botol yang terbalik dan membaca arahan.

INTERAKSI P&P Langkah 3 15 minit 1. Guru menampal gambar-gambar binatang: kala, kutu, kuda dan rusa pada papan putih. 2. Murid menyebut nama binatang yang ditampal. 3. Murid mengambil kad suku kata awal dan menampalkannya di sebelah gambar yang dipaparkan. 4. Murid membaca suku kata KV di awal yang terbentuk.

ipgktbbm3/sem3

5. Murid menulis semula suku kata KV di awal yang terbentuk. 6. Murid membaca semua perkataan yang ditulis sambil mengeja. 7. Guru merumus isi pelajaran dengan meminta murid menamakan semua gambar-gambar yang terpapar.

4. Murid melaksanakan arahan yang diterima: a. Mencantum kad perkataan untuk membina ayat. b. Menulis ayat yang dibina dalam kertas mahjong yang disediakan. 5. Permainan diteruskan sehingga masa tamat.

Penutup 5 minit

Penutup Kognitif: Murid mengkategori: 1. Binatang liar. 2. Binatang peliharaan. Penutup Sosial Guru memberi ganjaran kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul.

LAMPIRAN 1: Lembaran Kerja Kumpulan A LAMPIRAN 2: Lembaran Kerja Kumpulan B LAMPIRAN 3:Lembaran Kerja Kumpulan C LAMPIRAN 4:Borang Grafik :Mengkategorikan

ipgktbbm3/sem3

You might also like