You are on page 1of 5

4 INISIATIF 1 MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U)

4 inisiatif empat 1 malaysia for youth 1m4u program KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat (4) inisiatif penting di bawah program 1Malaysia For Youth (1M4U) dalam usaha memperkasakan gerakan sukarelawan belia di negara ini. Perdana Menteri berkata, empat perkara itu ialah penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100juta dan mengisytiharkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U. Najib berkata demikian ketika berucap pada program 1M4U di sini.
1M4U PEMANGKIN KESUKARELAWAN NEGARA Oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) zaid_izlan300@hotmail.com KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2012 Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato Razali Haji Ibrahim dalam temubual selama 45 minit di Radio Nasional FM pagi ini memberikan penekanan terhadap semangat kesukarelaan yang perlu hadir dalam diri individu tidak kira usia, bangsa dan agama.

Semangat kesukarelaan ini perlu dipupuk dari kecil mulai dari peringkat sekolah dan didikan keluarga manakala generasi masa kini, sifat kesukarelaan perlu mengambil contoh daripada negara-negara maju seperti Jepun dan sebagainya.

Beliau turut berkata cara pemikiran yang betul terhadap konsep dan maksud sukarelawan yang sebenar menjadi aspek utama dalam perubahan satu individu di mana daripada sifat atau sikap yang hanya mengaitkan sukarelawan dengan bencana alam seperti banjir sahaja perlu dikembang lagi kepada skop seperti membantu rumah orang tua, menanam pokok, kebersihan terhadap sampah sarap dan macam-macam lagi.

Bercakap mengenai pelancaran 1M4U atau juga disebut I am for youth yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 15 Julai nanti bertempat di Esplanade KLCC di sini menunjukkan bahawa beliau sentiasa mendahulukan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat di Malaysia.

Oleh itu, satu inisiatif telah daimbil bagi bagi memperkasakan pertubuhan sukarelawan oleh Unit Kerjasama Awam dan Swasata ( UKAS) Jabatan Perdana Menteri bagi menggerakkan dan mengurus perlaksanaan aktivitiaktiviti dan idea yang berkonsepkan kesukarelaan atau volunteerism. Menurut Dato Razali lagi, gelombang kesukarelaan di negara ini mempunyai masa depan yang cerah jika semua pihak mengambil tanggungjawab untuk membudayakan semangat itu secara serius. Katanya, tenaga untuk melakukan sesuatu kerja-kerja kemasyarakatan itu percuma tetapi untuk menyediakan perkakasan atau peralatan itu memerlukan sedikit perbelanjaan. Budaya upah atau ganjaran perlu dielakkan bagi memelihara semangat kesukarelaan itu dari terus terhakis dan kian dilupakan.

Beliau juga mengajak golongan muda serta orang ramai yang tinggal di kesemua 16 lokasi yang terlibat dengan kerja-kerja kemasyarakatan di kawasan mereka agar turut mengambil bahagian yang aktif supaya setiap aktiviti yang diadakan meninggalkan impak yang mendalam kepada penduduk setempat.

1M4U memacu Malaysia jadi hab contoh kerja sukarelawan - Najib


PUTRAJAYA 12 Dis. - 1Malaysia for Youth (1M4U) akan memacu Malaysia menjadi hab dan negara contoh dalam kerja sukarelawan kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Beliau berkata, kerajaan dengan visi dan aspirasi murni telah menubuhkan 1M4U sebagai sebuah badan dan platform untuk menggalakkan serta memacu aktiviti berbentuk kesukarelaaan dalam kalangan belia dan generasi muda Malaysia. Najib yang juga Pengerusi 1M4U berkata, kerajaan akan menggalakkan gerakan kesukarelawan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dalam kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sempena Tahun Kesukarelawan Nasional 2013. 1M4U juga akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada bulan Februari bagi mengumpulkan semua sukarelawan yang aktif di Malaysia untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan sukarelawan dalam kalangan rakyat dan generasi muda Malaysia," katanya pada majlis perjumpaan dengan 10 finalis pertandingan "My Uni Rocks" di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121212/dn_37/1M4U-memacu-Malaysia-jadi-habcontoh-kerja-sukarelawan---Najib#ixzz2Gn3Dn6Vf Utusan Melayu (M) Bhd

PUTRAJAYA - 1Malaysia for Youth (1M4U) akan memacu Malaysia menjadi hab dan negara contoh dalam kerja sukarelawan kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Beliau berkata, kerajaan dengan visi dan aspirasi murni telah menubuhkan 1M4U sebagai sebuah badan dan platform untuk menggalakkan serta memacu aktiviti berbentuk kesukarelaaan dalam kalangan belia dan generasi muda Malaysia. Najib yang juga Pengerusi 1M4U berkata, kerajaan akan menggalakkan gerakan kesukarelawan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dalam kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sempena Tahun Kesukarelawan Nasional 2013.

1M4U juga akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada bulan Februari bagi
mengumpulkan semua sukarelawan yang aktif di Malaysia untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan sukarelawan dalam kalangan rakyat dan generasi muda Malaysia, katanya pada majlis perjumpaan dengan 10 finalis pertandingan 'My Uni Rocks' di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Untuk mengalakkan aktiviti kesukarelawan dalam kalangan generasi muda secara tersusun dan berkala, Najib mengumumkan bahawa sebanyak 100 1M4U Outreach Centre akan diwujudkan di semua IPT dalam negara secara berperingkat pada tahun depan yang berfungsi sebagai pemangkin kepada lebih banyak aktiviti kesukarelaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi negara ini.

Bagi merancakkan lagi aktiviti kesukarelawan di semua outreach centre (pusat capaian), pihak 1M4U akan
memberikan sumbangan geran sebanyak RM5,000 kepada setiap outreach centre untuk menggerakkan aktiviti kesukarelaan masing-masing.

Selain itu, 1M4U akan memberi anugerah khas 1M4U kepada outreach centre paling aktif dan paling
banyak menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam kalangan generasi muda dan mahasiswa IPT. Kita akan wujudkan tokoh kesukarelawan 1M4U kepada mana-mana individu yang banyak menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam negara, katanya. Najib juga menyeru semua mahasiswa dan mahasiswi serta generasi muda Malaysia merebut peluang untuk mendaftarkan diri selaku penggerak dan aktivis sukarelawan 1M4U menerusi laman web im4u. Beliau berkata program 1M4U, logo dan lagu, amat popular dan sudah sebati dengan golongan muda di tanah air.

Lagu 1M4U ini sudah menjadi popular. Bagaimanapun ia mungkin tidak sebaik s Gangnam Style (Korea)
tapi pastinya sudah bertapak dalam kalangan belia Malaysia. Mereka menganggap ini sebagai lagu mereka dan begitu bermakna kerana ia menyatakan kerajaan berada di sini untuk anda. Kami sedang melakukan yang terbaik untik merubah negara keseluruhnya, sebaik kerja itu siap, ia untuk anda - belia hari ini untuk memberi manfaat kepada Malaysia yang kita bina bersama. Sementara itu, Najib berkata pertandingan My Uni Rocks merupakan pertandingan unik yang menggunakan platform laman web sosial 'Facebook'. Para belia dan generasi muda boleh bertukar-tukar buah fikiran dan mengadakan perbincangan mengenai idea.

1M4U amat menghargai segala usaha dan dedikasi generasi muda dalam mengenengahkan idea-idea
bernas untuk aktiviti kesukarelaan mengikut cita rasa masing-masing.

Wajarlah pertandingan My Uni Rocks yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para mahasiswa dan
generasi muda IPT di segenap pelusuk tanah air untuk merealisasikan idea aktiviti kesukarelaan mereka menggunakan laman web dan Facebook, katanya. Fasa kedua My Uni Rocks kini dibuka untuk pengundian awam ke atas 10 finalis dan cadangan kesukarelawanan mereka di laman Facebook, im4u dan tempoh pengundian awam, akan berakhir pada 31 Disember. Tiga pasukan yang menerima undi paling banyak akan dinamakan sebagai pemenang dan diumumkan pada 1 Januari depan. Mereka juga berpeluang mengadakan karnival konsert percuma, mendapat Apple iPad serta lawatan sambil belajar ke luar negara.- Bernama

1M4U semarakkan semangat sukarela


Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my

TOKOH pejuang hak kulit hitam Amerika Syarikat (AS) dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1964 , Dr. Martin Luther King Jr. (1929-1968) pernah menyebut: "Kita cenderung untuk menilai kejayaan seseorang itu daripada tangga gaji atau saiz kereta yang dimilikinya dan bukan berdasarkan kualiti perkhidmatan sukarela yang diberikan kepada manusia." Walaupun ayat diungkap tokoh yang hayatnya berakhir dengan penuh tragedi setelah ditembak mati pada usia 39 tahun merujuk kepada sikap masyarakat AS pada zamannya, ia sebenarnya masih lagi relevan kepada kita sekarang. Situasi sama menghantui rakyat Malaysia yang boleh dikatakan sudah hilang semangat kesukarelaan dan gotong-royong. Hakikat ini jelas terbukti apabila media massa sering memaparkan keluhan penduduk yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) apabila penempatan mereka dipenuhi sampah-sarap atau menghadapi masalah longkang tersumbat.

Kita hairan kenapakah penduduk terbabit tidak bertindak secara sukarela bagi menjalankan gotong-royong untuk menyelesaikan masalah berkenaan? Jika di AS semangat kesukarelaan kembali disuburkan apabila kerajaan negara itu menubuhkan organisasi untuk sukarelawan, The Peace Corps pada 1961 dengan peruntukan tahunan AS$374.25 juta, di Malaysia pula kita mempunyai 1Malaysia For Youth (1M4U). Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Esplanade, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 Julai lalu. Program itu diilhamkan oleh Najib dan beliau sendiri ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah 1M4U. Antara matlamat program itu adalah menyemai semangat untuk melakukan aktiviti kesukarelaan di kalangan 12.5 juta belia Malaysia, ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. 1M4U juga bertujuan meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia dan memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global. Bagi menjayakan program berkenaan, Najib turut mengumumkan penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) dengan peruntukan RM100 juta untuk kegiatan kesukarelaan belia. DRe1M bertujuan membiayai aktiviti kesukarelaan berdasarkan minat belia, yang akan menyumbang kepada masyarakat dan negara melalui program seperti gotong-royong, sukan dan kelas tuisyen. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Dr. Yaacob Bahatiar Abdullah berkata, lebih banyak program akan dilancarkan bagi meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan belia. Katanya, langkah itu adalah selaras dengan pengumuman Najib bahawa 2013 adalah Tahun Sukarelawan Negara. Menurut beliau, Perdana Menteri dijadual melancarkan pusat untuk melakukan kerja-kerja kesukarelaan atau 1M4U Outreach Centre peringkat kebangsaan pada 24 November ini. "Kita mempelawa pihak kementerian, syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) untuk berganding bahu bersama 1M4U Outreach Centre yang akan dibuka di 100 lokasi institusi pengajian tinggi (IPT) dan politeknik seluruh negara bagi melaksanakan program khidmat kesukarelaan. "Dengan jumlah pelajar IPT mencecah 1.3 juta orang, kerjasama yang bakal wujud mampu memberikan dimensi baharu dalam landskap khidmat kesukarelaan di negara ini," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Yaacob Bahatiar berkata, 1M4U turut menganjurkan pertandingan My Uni Rocks untuk mahasiswa yang masih menuntut di universiti tempatan dalam Malaysia yang menawarkan dana keseluruhan berjumlah RM100,000. Beliau menjelaskan, objektif utama program itu adalah untuk menggalakkan penyertaan mahasiswa dalam aktiviti yang berbentuk kesukarelaan. Selain itu, katanya, ia juga bertujuan membuka peluang kepada golongan mahasiswa untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Melalui program itu, jelasnya, para mahasiswa berpeluang untuk menganjurkan pelbagai jenis aktiviti kesukarelaan seperti gotong-royong, membantu ibu tunggal dan Orang Asli. "Mahasiswa yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghantar penyertaan mereka dengan mencadangkan sebarang aktiviti kesukarelaan di laman Facebook 1M4U. "Aktiviti yang dicadangkan perlu bersesuaian dengan kos yang diperuntukkan iaitu sebanyak RM10,000. "Penyertaan yang mendapat undian tertinggi di laman Facebook 1M4U bakal bersaing ke peringkat seterusnya sekali gus berpeluang untuk menjadi pemenang utama. "Sebanyak 10 pemenang utama masing-masing bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan wang tersebut akan disalurkan bagi kegunaan aktiviti kesukarelaan mereka. "Mereka juga akan diundang untuk hadir sesi berinteraksi bersama Najib," katanya. Tambah beliau, undian juga akan dibuat di kalangan 10 pemenang utama dan tiga pemenang yang mendapat undian tertinggi berpeluang memenangi pakej lawatan sambil belajar ke luar negara untuk lima orang. "Tiga peserta yang bertuah pula bakal memenangi sebuah Apple iPad untuk setiap seorang," katanya. Kepada para belia, sama-samalah kita melayari laman sosial www.facebook.com/1M4YOUTH bagi mengetahui bagaimanakah cara-caranya untuk menjadi sukarelawan. Langkah menyertai gerakan kesukarelaan besar-besaran yang dicetuskan oleh Perdana Menteri sudah pasti akan menjadikan hidup kita lebih bermakna seperti King yang telah menggunakan sepenuhnya hayat beliau yang singkat itu. Sebagai pembakar semangat kita semua, marilah kita renung ungkapan King iaitu: "Jika saya boleh membantu seseorang ketika saya berjumpa dengannya dan jika saya boleh menggembirakan hati seseorang dengan perkataan atau lagu, maka hidup saya tidak akan sia-sia."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121018/re_05/1M4U-semarakkan-semangatsukarela#ixzz2Gn3zTad0 Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like