You are on page 1of 30

SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH MENENGAH

TINGKATAN 1V V (KBSM )

PENDAHULUAN 1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik, yang memiliki sahsiah yang seimbang, harmonia, bersepadu dan serba boleh. Insan sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berguna dan bertanggungjawab. Berikutan dengan itu, pendidikan yang diberi selain dari membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, haruslah memberi penekanan yang wajar kepada pemupukan dan penerapan nilai murni kepada pelajar. 3. Nilai Murni
Nilai murni yang dititikberatkan dan diterapkan merentasi kurikulum, adalah dianggap sejagat dan diterima oleh semua bangsa. Nilai tersebut ialah:

2.

Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat menghormati Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian 4.

Kebersihan fisikal dan mental Kejujuran Kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kesyukuran Rasional Semangat bermasyarakat.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bertujuan untuk mencapai Matlamat Pendidikan Negara. Untuk mencapai matlamat ini, KBSM menitikberatkan perkara seperti berikut: a) Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran. b) Peningkatan daya intelek. c) Penguasaan kemahiran belajar. d) Pemupukan dan menerapan nilai. e) Penguasaan dan penggunaan Bahasa Malaysia. f) Kesepaduan: 1) Pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa (Bahasa Malaysia) 11) Pengalaman pembelajaran yang diperolehi dari beberapa mata pelajaran. 111) Di antara teori dan praktis. 1V) Di antara pengalaman pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah dan di luar persekitaran sekolah.

1. 5 Sains Pertanian Sains Pertanian adalah satu pengajian yang saintifik dan sistematik mengenai sumber alam semulajadi (contohnya tanah, tumbuhan dan haiwan) serta bagaimana sumber alam semulajadi ini digunakan untuk menghasilkan makanan dan bahan mentah. Di samping itu ia juga digunakan untuk memenuhi keperluan estetik manusia. Ia menggunakan prinsip dari beberapa disiplin termasuk Matematik, Sains Asas, Sains Sosial, Ekonomi dan Perdagangan. 6. Rasional Sains Pertanian dalam KBSM Sebagai satu mata pelajaran di peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5), Sains Pertanian memenuhi keperluan KBSM atas sebab yang berikut: a) Sifat praktis dan menggunakan pelbagai disiplin untuk membantu menghubungkait dan menyepadukan pembelajaran formal dan tidak formal beberapa mata pelajran. Ini menjadikan pembelajaran lebih bermakna. b) Pertanian adalah asas kepada ekonomi negara memandangkan sebahagian besar daripada penduduk bergantung kepadanya. Oleh itu, adalah sesuai setiap warganegara memahami pengertian mengenai dan kesannya ke atas penduduk. c) Adalah menjadi trend perkembangan pendidikan pada masa sekarang untuk memasukkan pendidikan teknik dan vokasional sebagai komponen dalam pendidikan am. Ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada perkembangan sains dan teknologi serta alam pekerjaan. 7. Kedudukan Mata Pelajaran Sains Pertanian dalam KBSM Sains Pertanian adalah satu dari mata pelajaran elektif yang ditawarkan di Sekolah Menengah Atas disenaraikan dalam KBSM di bawah Sains Tulin dan Teknologi. Mata pelajaran ini adalah kesinambungan dari pelajaran yang diajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, yang merupakan mata pelajaran teras di peringkat menengah rendah. Matlamat Mata Pelajaran Sains Pertanian Untuk menyediakan pelajar di peringkat menengah atas dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif dalam bidang Pertanian 8. Objektif Objektif Sukatan Pelajaran Sains Pertanian adalah: a) b) c) d) e) f) g) Memperoleh dan memperkembangkan pengetahuan dan kefahaman tentang pertanian Memperoleh kemahiran saintifik dan praktis dalam meningkatkan bidang pertanian Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas teknologi pertanian Memperkembangkan minat , menghayati dan menghargai sumbangan pertanian kepada negara Memupuk dan memperkembang nilai dan sikap positif terhadap pertanian Menyelesaikan masalah dalam pengurusan bidang pertanian Memahami dan menghargai kepentingan keseimbangan alam sekitar dalam pertanian

9. Organisasi Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran ini dirangka untuk memberi pandangan keseluruhan mengenai pertanian. Untuk memenuhi matlamatnya ini, Sukatan Pelajaran ini dibahagikan kepada Lima (5) unit yang mana ianya berhubungkait antara satu sama lain seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Pertanian di Malaysia

Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan

Teknologi dalam Pertanian

Faktor yang Mempengaruhi Tumbesar dan Pengeluaran Ternakan

Perladangan sebagai satu Pekerjaan/Perniagaan

Dalam tajuk Pertanian di Malaysia, pelajar dapat mempelajari berbagai jenis tanaman, ternakan dan kepentingannya kepada ekonomi negara serta sumbangan kerajaan dan agensi lain dalam memajukan sektor pertanian. Seterusnya, pelajar dapat juga mempelajari faktor yang mempengaruhi hasil tumbuhan dan pengeluaran ternakan serta mempelajari cara memanipulasi dan mengawal faktor itu untuk meningkatkan hasil atau pengeluaran. Selepas itu, pelajar dapat mempelajari berbagai teknologi dalam pertanian seperti mekanisasi ladang, komputer dan bioteknologi yang boleh digunakan untuk menambahkan hasil atau pengeluaran dengan lebih cekap dan berkesan. Akhirnya, pelajar dapat mempelajari trend, permasalahan dan isu dalam pertanian di Malaysia pada masa sekarang. Di setiap permulaan unit, disediakan satu rangka gambarajah bagi objektif unit dan topik utama yang perlu dipelajari. Objektif ini menghubungkan di antara objektif mata pelajaran dan objektif topik seperti dirangkakan di bawah ini:

111.

Matlamat Pendidikan Negara Objektif KBSM Objektif Mata Pelajaran (Bahasa Malaysia, Matematik dan lain-lain) Objektif Mata Pelajaran Sains Pertanian Objektif Mata Pelajaran (Kejuruteraan, Geografi dan lain-lain)

Objektif Unit Objektif Topik 10. Organisasi kandungan Kandungan Sukatan Pelajaran ini dirangka mengikut perkara/lajur seperti berikut : a) Topik b) Rangka kandungan c) Amali dan Projek d) Nilai dan Sikap e) Topik Berkaitan f) Peruntukan Masa g) Catatan (a) (b) (c) (d) Topik Ini ditujukan kepada topik dan sub-topik unit yang berkenaan. Rangka Kandungan Ini menyatakan tentang kedalaman dan luasnya sesuatu topik itu perlu diajar. Amali dan Sikap Ini perlu dijalankan oleh pelajar sendiri dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh guru. Nilai dan Sikap Nilai dan sikap positif yang dimasukkan adalah spesifik atau intrinsik pada topik berkaitan. Walau bagaimanapun sebahagian daripada nilai-nilai yang dinyatakan itu adalah nilai sejagat juga. Penerapan nilai sejagat perlu dilakukan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini. Selain daripada 16 nilai murni dan nilai intrinsik serta sikap di bawah lajur Nilai dan Sikap Murni yang berikut perlu juga dipupuk dan diterapkan dalam pelajaran amali dan teori: Beramanah Berdisiplin Berminat Berproduktif Keselamatan Ingin meneyelesaikan kerja Ingin menyelesaikan masalah Jimat cermat Keusahawanan Kegigihan Mematuhi arahan 1V.

(e) 11 (f)

Topik Berkaitan Ini menunjukkan perkaitan antara topik mata pelajaran Sains Pertanian dengan: (1) topik lain dalam mata pelajran Sains Pertanian. (11) topik dalam mata pelajaran yang lain. (111) kehidupan harian Peruntukan Masa Ini adalah waktu/masa yang dicadangkan bagi topik yang berkenaan. Ianya tidak termasuk waktu/masa yang diperlukan untuk kerja pengurusan bagi projek yang dijalankan, di mana ia perlu dilaksanakan di luar peruntukan masa. Catatan Di bawah tajuk ini aktiviti yang dicadangkan adalah sebagai tambahan dan pengkayaan kepada pembelajaran bagi pelajar dalam mata pelajaran ini. Peruntukan Masa Masa yang diperuntukan bagi setiap unit tidak dibahagikan sama rata. Ia bergantung kepada jumlah topik dan juga jumlah jangka masa yang diperlukan untuk menjalankan suatu projek atau eksperimen bagi setiap unit. Peruntukan masa/waktu dalam seminggu yang dicadangkan bagi setiap bidang adalah seperti berikut: Bidang 1. Pertanian di Malaysia. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan.
Faktor yang mempengaruhi tumbesaran

(g)

11.

Minggu

Waktu 18 99 67 52 44

12

2.
3.

dan ternakan. 4. 5. Teknologi dalam pertanian. Perladangan sebagai suatu perniagaan. ____ JUMLAH _____

____ 280 ____

Bagi setiap minggu, peruntukan masa mengajar mata pelajaran ini ialah 4 waktu (40 minit sewaktu) untuk selama dua tahun. Ini menjadikan jumlah kesemuanya 72 minggu (288 waktu) Dari 4 waktu yang diperuntukkan itu, adalah disyorkan sekurang-kurangnya satu waktu kembar diberikan untuk menjalankan kerja praktis sama ada di ladang atau di makmal.

V.

12.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran mesti menggambarkan penekanan kepada KBSM seperti yang disebutkan terlebih dahulu. Ini perlu bertdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman di mana pelajar sendiri melibatkan diri secara aktif: Di antara aktiviti yang terlibat adalah:a) b) c) d) e) f) g) sumbangsaran (percambahan fikiran) perbincangan mengumpul maklumat projek/eksperimen/kerja ladang membuat catatan melalui pemerhatian, keputusan dan lain-lain inkuiri dan penemuan membuat laporan secara bertulis atau lisan

Di samping menjalankan projek di sekolah, pelajar digalakkan menanam atau menternak di kawasan sekitar kediaman mereka. Untuk tujuan ini pelajar seharusnya diberi bantuan dari segi mendapatkan bahan yang diperlukan. Sebagai tambahan, adalah disyorkan lawatan ke institusi pertanian dan ladang diadakan. Ini akan memberi pelajar pengalaman secara langsung terhadap amalan pertanian yang dijalankan di luar sekolah. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, bahan dan alat bantuan mengajar hendaklah digunakan di mana perlu. Bahan pengajaran dan alat bantuan mengajar ini boleh disediakan atau diperolehi dari agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang pertanian dan juga firma perdagangan yang berasaskan pertanian. 13. Penilaian
Penilaian kebolehan dan pencapaian pelajar perlu dijalankan. Di sekolah, bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran perlu dinilai, ia juga termasuk pengalaman nilai murni di kalangan pelajar sama ada di bilik darjah atau semasa di ladang. Penilaian secara berterusan ini dijalankan:-

a) b) c) d)

semasa pengajaran di akhir pelajaran atau topik selepas pelajar memperoleh kemahiran di pertengahan semester, di akhir semester atau akhir tahun

Di akhir tahun pengajian, iaitu di Tingkatan V pelajar akan menduduki peperiksaan awam yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan.

V1.

BIDANG 1: PERTANIAN DI MALAYSIA OBJEKTIF BIDANG: Pelajar akan dapat: 1. 2. 3. 4. UNIT 1.1 Kepentingan Pertanian di Malaysia (2 waktu) Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan pertanian kepada negara. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang peranan institusi dalam pembangunan pertanian. Memahami dan peka terhadap trend, permasalahan dan isu dalam pertanian. Menghargai sumbangan pertanian kepada negara HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan pertanian kepada negara: -pengeluaran bahan makanan. -pengeluaran bahan mentah -pendapatan eksport -peluang pekerjaan 1. 2. Menjelaskan taburan tanaman dan ternakan yang utama Membincangkan faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan yang utama - iklim - perkembangan sejarah - ekonomi - dasar kerajaan AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Mendapatkan maklumat daripada media. Mentafsirkan maklumat dan data yang telah dikumpul. Sumbangsaran. Membuat rujukan. Menandakan taburan tanaman dan ternakan pada peta Malaysia. Membuat tinjauan dan menyediakan laporan yang berkaitan dengan taburan tanaman dan ternakan yang utama di kawasan setempat. Membuat rujukan . Mengumpul maklumat. Menyediakan laporan. Pembentangan kumpulan.

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia (4 waktu)

1.3 Trend Pertanian di Malaysia (4 waktu)

Membincangkan trend pertanian di Malaysia : - mempelbagaikan tanaman dan ternakan - pertanian berorientasikan eksport dan komersil - hubungkait pertanian dengan pelancongan - hubungkait dengan landskap - ladang kontrak - penggabungan ladang kecil - perhutani ( Agroforestry )

UNIT 1.4 Isu Pertanian di Malaysia (4 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN Membincangkan isu pertanian di Malaysia : -produktiviti -ketidakstabilan harga -penyebaran dan pengamalan teknologi baru -pendidikan dan latihan -penghijrahan penduduk -pencemaran alam sekitar -kekurangan buruh Menerangkan peranan agensi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian: - penyeliaan - bantuan kewangan - pemasaran - menyediakan infrastruktur - khidmat nasihat dan latihan - penyelidikan dan pembangunan

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Ceramah Penulisan esei. Perbahasan / forum

1.5 Peranan Institusi Dalam Pembangunan Pertanian (4 waktu)

Mengumpul risalah agensi-agensi pertanian setempat. Menjalankan kajian kes mengenai satu institusi pertanian tempatan Lawatan. Melengkapkan pengurusan grafik.

BIDANG 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN OBJEKTIF BIDANG: Pelajar akan dapat: 1. Memahami faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan penghasilan tumbuhan. 2. Menerangkan pengubahsuaian faktor untuk mendapatkan pertumbuhan serta penghasilan yang lebih baik. 3. Mengaplikasikan prinsip saintifik dalam amalan pengeluaran tanaman. 4. Menyelesaikan masalah mudah dalam pengurusan tanaman. 5. Memperoleh kemahiran semasa menjalankan eksperimen dan amali. 6. Menyedari dan menghargai kepentingan hidupan serta keseimbangan alam sekitar dalam aktiviti penanaman. UNIT 2.1 Pengenalan (2 waktu) HASIL PEMBELAJARAN Menyatakan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan: - Iklim - Tanah - Biosis - Genetik - Pengawalatur pertumbuhan AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Sumbangsaran. Soalan - penyoalan.

2.2 Iklim 2.2.1 Unsur iklim (1 waktu) Mengenalpasti unsur iklim yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan: - Cahaya - Suhu - Hujan - Angin 1. Menerangkan bagaimana cahaya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan hasil tumbuhan: Fotosintesis Kefotokalaan 2. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan cahaya diperlukan untuk fotosintesis Sumbangsaran.

2.2.1.1 Cahaya (8 waktu)

Pertunjukan slaid. Membuat pemerhatian ke atas pokok bunga hiasan yang menerima tempoh cahaya yang berbeza. (Contoh Kek Hwa) Amali : Menguji kehadiran kanji dalam daun hijau. Melengkapkan pengurusan grafik

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN 3. Menerangkan faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan: - keluasan permukaan daun - susunan daun - topografi - naungan 4. Menghuraikan kaedah yang digunakan bagi penerimaan cahaya yang optimum: - memilih tapak - menanam pada jarak yang sesuai - menyediakan sokongan - mengawal rumpai - membekalkan cahaya buatan / tiruan - menanam tanaman selingan - mencantas

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Membuat pemerhatian dan catatan terhadap tumbuh-tumbuhan di kawasan sekolah. Inkuiri. Penjagaan tanaman di kawasan sekolah. Gambar / slaid.

2.2.1.2 Suhu (4 waktu)

1.

Menerangkan bagaimana suhu memberi kesan terhadap: - percambahan - transpirasi - kualiti hasil tumbuhan - fizikal tumbuhan Menghuraikan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang sesuai: - memilih tapak - menyediakan naungan - menyediakan sungkupan

Membuat rujukan eksperimen keperluan percambahan biji benih dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 1 3. Sumbangsaran

2.

Lawatan. Memberi naungan / sungkupan kepada tanaman yang sedia ada di sekolah. Tunjukcara. Foto / slaid

2.2.1.3 Hujan (4 waktu)

1. Menerangkan bagaimana air memberi kesan terhadap : - fotosintesis - penyerapan dan translokasi nutrien - transpirasi - kesegahan sel

Eksperimen makmal untuk menunjukkan kesan air terhadap kesegahan sel. Melengkapkan pengurusan grafik.

10

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN 2. Menerangkan kaedah untuk mendapatkan bekalan air yang optimum: - pengairan - penyaliran - penjadualan masa menanam

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Sumbangsaran

2.2.1.4 Angin (2 waktu)

1. Menerangkan bagaimana angin memberi kesan terhadap : - transpirasi - pendebungaan - penyebaran penyakit dan perosak - fizikal tumbuhan. 2. Menerangkan amalan yang digunakan untuk mengelakkan daripada cedera ribut: - mengadakan pengadang angin - memilih tapak - menyediakan sokongan - menanam pada jarak yang sesuai

Foto / slaid. Simulasi.

Peta minda.

2.3 Tanah 2.3.1 Pengenalan (1 waktu) 1. 2. 2.3.2 Kepentingan tanah (1 waktu) Mentakrifkan tanah Mengenalpasti lapisan-lapisan profil tanah lazim. Melabel gambar rajah profil tanah. Perbincangan dalam kumpulan

Membincangkan kepentingan tanah: - sokongan mekanik - bekalan nutrien - bekalan oksigen dan air 1. Membincangkan komponen tanah dan kepentingannya: - bahan mineral - bahan organik - udara - air 2. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan butir pepejal tanah secara mendapan

2.3.3 Komponen tanah (4 waktu)

Melakar carta pai menunjukkan peratus komponen tanah.

Menjalankan eksperimen secara berkumpulan untuk menunjukkan butir pepejal tanah.

11

UNIT 2.3.4 Sifat fizikal tanah 2.3.4.1 Warna (1 waktu) 2.3.4.2 Tekstur (4 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Pemerhatian terhadap beberapa sampel tanah. Menentukan tekstur tanah dengan cara merasa dengan tangan. Menentukan tekstur tanah secara mendapan. Menjalankan eksperimen untuk membandingkan kadar pengaliran air dan keupayaan menyimpan air bagi tekstur tanah yang berlainan Foto / rajah.

Menyatakan kepentingan warna tanah. 1. Mentakrifkan tekstur tanah. 2. Membincangkan kepentingan tekstur tanah. 3. Menentukan kelas tekstur tanah menggunakan : a. Kaedah medan b. Kaedah mendapan

2.3.4.3 Struktur (1 waktu)

1. Mentakrifkan struktur tanah. 2. Membincangkan kepentingan struktur tanah.

2.3.5 Sifat kimia tanah (6 waktu)

1. Menerangkan konsep pH tanah 2. Membincangkan bagaimana pH memberi kesan terhadap: - ketersediaan nutrien - aktiviti mikrob - penyakit tumbuhan 3. Menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan keasidan tanah. 4. Menguji pH tanah menggunakan kaedah : - meter pH - larutan penunjuk.

Sumbangsaran Menginterpretasi carta ketersediaan nutrien tumbuhan.

Melengkapkan pengurusan grafik. Menjalankan eksperimen untuk menentukan pH menggunakan larutan penunjuk dan meter pH.

2.3.6 Unsur perlu untuk pertumbuhan tumbuhan (6 waktu)

1. Menyenaraikan 16 unsur perlu untuk pertumbuhan tumbuhan. 2. Membezakan unsur makro dan unsur mikro 3. Menyatakan peranan unsur makro 4. Menyatakan gejala kekurangan unsur makro.

Slaid / foto tanaman menunjukkan gejala kekurangan unsur makro. Memadankan gejala kekurangan nutrien dengan unsur yang berkenaan. Melengkapkan pengurusan grafik

12

UNIT 2.3.7 Amalan untuk membaiki keadaan tanah (12 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan secara ringkas cara membaiki keadaan tanah: - pembajaan

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

Mengumpul dan melabel sampel baja kimia dan baja organik. Tunjuk cara beberapa kaedah pembajaan.

- pengapuran - pemugaran - pencegahan dan pengawalan hakisan tanah 2. Menghitung kuantiti nutrien, kuantiti baja dan kos baja lurus. 2.4 Biosis 2.4.1 Jenis organisma (4 waktu) Menerangkan jenis organisma: - virus - bakteria - kulat - nematod - serangga - rumpai 1. Menerangkan kebaikan organisma 2. Menerangkan keburukan organisma 2.4.3 Pengawalan organisma (8 waktu) 1. Menerangkan kaedah mengawal organisma : - kaedah fizikal - kaedah kultura - kaedah biologi - kaedah kimia - kaedah undang-undang

Tunjuk cara kaedah pengapuran. Foto / slaid. Foto / slaid. Menghitung keperluan baja lurus.

Slaid / foto / spesimen. Melakar dan melabel.

2.4.2 Kepentingan ekonomi organisma (8 waktu)

Membuat rujukan Slaid / spesimen Lawatan. Membuat rujukan.

13

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN 2. Melakukan pengawalan organisma menggunakan kaedah kimia.

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Mengamalkan langkah-langkah keselamatan. Mematuhi arahan label racun kimia. Membancuh racun kimia Menyembur racun kimia. (Nota : Semua aktiviti hendaklah di bawah pengawasan guru.)

3. Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan pengawalan organisma dengan kaedah - Kawalan kimia - Kawalan biologi 2.4.4 Pengurusan Perosak Bersepadu (2 waktu) 1. Menerangkan konsep pengurusan perosak bersepadu. 2. Menerangkan kaedah pengurusan perosak bersepadu. 2.5 Genetik 2.5.1 Ciri tumbuhan yang dikehendaki (2 waktu) Menerangkan ciri tumbuhan yang dikehendaki : - cepat mengeluarkan hasil - hasil tinggi - hasil berkualiti - resistan terhadap penyakit dan perosak - bernilai estetik Menerangkan prosedur menghasilkan varieti baru : - mengenalpasti baka berpotensi. - melakukan pemilihan - melakukan pengacukan. - menguji generasi F1.

Perbahasan. Kajian Kes Membuat rujukan

Ceramah. Lawatan.

Sumbangsaran. Membuat rujukan. Mengumpul risalah.

2.5.2 Kaedah menghasilkan varieti baru (4 waktu)

Membuat rujukan. Melengkapkan pengurusan grafik.

14

UNIT 2.5.3 Pembiakan (8 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan kaedah membiak varieti baru: - Seks : - biji benih - Aseks : - keratan - tut - cantuman - organ penyimpanan - pembahagian rumpun - kultur tisu 2. Melakukan tut dan cantuman tunas .

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Slaid / foto / video Tunjukcara

Melakukan tut dan cantuman tunas pada pokok hiasan atau buahbuahan.

2.6. Pengawalatur Pertumbuhan 2.6.1 Pengenalan (2 waktu) 1. Mentakrifkan pengawalatur pertumbuhan 2. Menyenaraikan 5 jenis pengawalatur : - Auksin - Giberelin - Sitokinin - Etilena - Perencat tumbuhan 2.6.2 Kesan pengawalatur pertumbuhan. (4 waktu) 1. Menerangkan kesan pengawalatur pertumbuhan: - mempengaruhi pembungaan - mempengaruhi kemasakan - meningkatkan hasil - mengawal pertumbuhan vegetatif 2. Melakukan eksperimen menunjukkan kesan kalsium karbida ke atas proses kemasakan buah. Membuat rujukan. Mempamerkan Spesimen.

Membuat rujukan.

Membandingkan proses kemasakan buah yang dirawat dengan tanpa rawatan. (Contoh: pisang, mangga ) Nota : Pastikan langkah keselamatan diamalkan semasa menggunakan kalsium karbida.

15

BIDANG 3 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN OBJEKTIF BIDANG: Pelajar akan dapat : 1. Memahami faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan. 2. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pengeluaran ternakan. 3. Menjalankan kajian untuk memperkukuhkan pemerolehan pengetahuan dalam bidang pengeluaran ternakan. 4. Menyelesaikan masalah dalam pengurusan ternakan 5. Menghargai kepentingan industri ternakan terhadap pengeluaran makanan. 6. Menyedari kesan industri ternakan terhadap keseimbangan alam sekitar UNIT 3.1 Pengenalan (1 waktu) HASIL PEMBELAJARAN Menyatakan faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan: - iklim - pemakanan - kesihatan - genetik AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Sumbangsaran

3.2.Iklim 3.2.1 Unsur iklim (1 waktu) Menerangkan unsur iklim yang mempengaruhi tumbesaran ternakan: - suhu - hujan / kelembapan - cahaya 1. Menerangkan kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan: - perlakuan semasa meragut - pengambilan makanan - tumbesaran - pengeluaran hasil - pembiakan 2. Menerangkan kesan iklim secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan: - penghasilan bahan makanan ternakan - serangan parasit dan penyakit ternakan - pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan Sumbangsaran.

3.2.2 Kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan (6 waktu)

Memerhati, merekod dan membincangkan kesan himpitan iklim ke atas ternakan. Sumbangsaran. Gambar / sampel makanan ternakan / slaid.

16

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN 3. Menerangkan cara mengurangkan kesan himpitan iklim: - mengadakan perumahan yang sempurna - menanam pokok naungan - mengamalkan ragutan waktu malam - memilih baka yang toleran terhadap haba - memberi makanan bernutrien tinggi

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Projek Kumpulan: Merekabentuk sistem perumahan ternakan yang sempurna.

3.3 Pemakanan 3.3.1 Kepentingan pemakanan (1 waktu) Menerangkan kepentingan pemakanan: - mengekalkan kesihatan - memenuhi keperluan pertumbuhan - memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan Menerangkan jenis dan fungsi nutrien: karbohidrat protein lemak mineral vitamin air 1. Mengenalpasti struktur sistem pencernaan haiwan bukan ruminan dan ruminan. 2. Menerangkan fungsi organ pencernaan ruminan dan bukan ruminan. 3. Melakukan bedah siasat ke atas ayam / burung puyuh dan melakar sistem pencernaan 3.3.4 Bahan makanan ternakan (8 waktu) 1. Mengenal pasti jenis bahan makanan ternakan: - foraj - konsentrat Mengumpul dan mengenalpasti beberapa sampel foraj dan konsentrat. Sumbangsaran.

3.3.2 Kelas Makanan (4 waktu) 3.3.3 Sistem pencernaan (6 waktu)

Membuat rujukan. Mempamerkan sampel makanan ternakan yang lengkap komposisi kelas makanannya Melengkapkan pengurusan grafik.

Melakar dan melabel sistem pencernaan ruminan dan bukan ruminan. Membandingbeza sistem percernaan ayam / puyuh dan lembu / kambing.

17

2. Membandingkan kelebihan dan kekurangan foraj dan konsentrat.

Membandingkan kandungan nutrien dalam beberapa jenis foraj dan konsentrat.

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN 3. Menerangkan ciri rumput baik pilih : - pengeluaran hasil yang tinggi - cepat tindakbalas terhadap baja nitrogen - jenis saka - ketahanan tinggi - kecernaan yang baik - nilai nutrien yang tinggi - kadar tumbesaran dan pertumbuhan semula cepat - kadar daun kepada batang tinggi - digemari ternakan

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Kerja kumpulan : Membuat rujukan mengenai rumput baik pilih. Foto / slaid / video.

3.3.5 Catuan Makanan Ternakan (4 waktu)

1. Menerangkan pengertian catuan makanan seimbang

Mengkaji maklumat kandungan nutrien pada label pembungkus makanan ternak dan melakar carta pai bagi menunjukkan komposisi peratus kandungan kelas makanan. Meneliti dan membincangkan jadual nisbah penukaran makanan. Latihan pengiraan.

2. Menerangkan konsep nisbah penukaran makanan 3. Menghitung nisbah penukaran makanan 3.4 Kesihatan 3.4.1 Kepentingan kesihatan ternakan (2 waktu) Menerangkan kepentingan kesihatan ternakan: - mengurangkan kadar kematian - mencapai keupayaan tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum - mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain - mendapatkan keupayaan penukaran makanan yang optimum

Sumbangsaran.

18

UNIT 3.4.2 Penyakit ternakan (14 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenalpasti simptom ternakan yang sakit: - tiada selera makan - cirit birit - suhu badan tinggi - mata kuyu / berair - tidak aktif - pengeluaran hasil berkurangan - bulu kasar dan kusut - penurunan berat badan 2. Menerangkan punca penyakit ternakan : - serangan patogen dan parasit - kekurangan nutrien - kecederaan fizikal - kecacatan kongenital - pencemaran makanan dan minuman 3. Menerangkan pencegahan dan pengawalan penyakit: - kuarantina - penghapusan - pemvaksinan - penggunaan baka yang resistan - pengawalan vektor - amalan sanitasi - penakaian - pemberian makanan seimbang 4. Menerangkan cara merawat penyakit dengan - antiseptik - bahan kimia - antibiotik - racun parasit luar

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Pertunjukan slaid / gambar ternakan yang sihat dan yang berpenyakit.

Memerhati spesimen parasit luaran dan parasit dalaman / gambar / slaid. Melengkapkan pengurusan grafik .

Menjalankan penyahjangkitan ke atas peralatan dan perumahan ternakan Ceramah Melengkapkan jadual pemvaksinan ayam.

Tunjuk cara merawat penyakit. Spesimen bahan rawatan dan pencegahan penyakit. Mengumpul risalah dan maklumat mengenai beberapa jenis ubat-ubatan veterinar

19

UNIT 3.5 Genetik 3.5.1 Ciri ternakan yang dikehendaki (2 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Membuat rujukan. Sumbangsaran. Meneliti jadual perbandingan ciri baka yang berlainan.

Menerangkan ciri ternakan yang dikehendaki: - cepat membesar - cepat mengeluarkan hasil - berupaya melahirkan banyak anak - hasil tinggi - hasil berkualiti - kecekapan penukaran makanan yang baik - resistan terhadap penyakit - toleran terhadap persekitaran Menghuraikan cara memperbaik baka yang sedia ada: pembiakbakaan kacuk pembiakbakaan seturunan 1. Menerangkan sistem pembiakan ruminan

3.5.2 Memperbaik baka yang sedia ada (4 waktu)

Video / slaid / foto. Melengkapkan pengurusan grafik.

3.5.3 Pembiakan ternakan ruminan. (14 waktu)

Slaid / gambar rajah / model yang menunjukkan sistem pembiakan ruminan. Melakar dan melabel.

2. Menyenaraikan tanda biang: - membenarkan dirinya dipanjat - vulva merah dan bengkak - terdapat mukus di vulva - selalu terkencing - sentiasa menegakkan ekor - mengasingkan diri - kurang selera makan - gelisah dan membising 3. Menerangkan jenis pengawanan: - pengawanan semulajadi - permanian beradas

Video / slaid.

Membuat rujukan.

20

4. Membandingkan kelebihan dan kekurangan pengawanan semulajadi dan permanian beradas.

Melengkapkan pengurusan grafik.

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN 5. Menerangkan langkah penyediaan semen untuk permanian beradas : - mengumpul semen - mencairkan semen - menyimpan semen 6. Menerangkan langkah penyuntikan semen dalam permanian beradas.

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

Video / slaid / model. Melengkapkan pengurusan grafik. Tunjukcara.

21

BIDANG 4 : PERLADANGAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN OBJEKTIF BIDANG : Pelajar akan dapat : 1. 2. 3. 4. 5. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan ladang. Mengaplikasi prinsip pengurusan ladang dalam amalan penanaman dan penternakan. Menjayakan suatu bidang usaha secara terancang dan teratur . Menyelesaikan masalah dalam pengurusan ladang. Menghargai perladangan sebagai satu prospek perniagaan. UNIT 4.1. Perladangan Sebagai Suatu Perniagaan 4.1.1 Pengenalan (2 waktu) 1. Menerangkan pengertian perladangan sebagai suatu perniagaan 2. Menerangkan prinsip pengurusan ladang . - perancangan - pelaksanaan - pengawalan - penilaian 4.2. Perancangan Untuk Memulakan Ladang 4.2.1 Belanjawan bidang usaha (10 waktu) 1. Mentakrifkan belanjawan ladang. 2. Mengenalpasti maklumat yang perlu untuk menyediakan belanjawan ladang: - harga pasaran beberapa hasil - sumber pengeluaran yang ada - kos sumber pengeluaran Pelajar digalakkan memperoleh maklumat harga pasaran hasil pertanian, sumber pengeluaran dan kos sumber. Sumbangsaran Perbincangan kumpulan kecil. Membincangkan carta alir pengurusan. HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

22

3. Membincang dan menyediakan belanjawan ringkas mengenai beberapa bidang usaha. 4. Menentukan bidang usaha berdasarkan belanjawan yang telah disediakan.

Menyediakan sekurang-kurangnya dua belanjawan bidang usaha tanaman atau ternakan yang boleh dijalankan di sekolah. Memilih satu bidang usaha berdasarkan belanjawan yang telah disediakan.

UNIT 4.2.2 Rancangan operasi ladang (4 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

1. Menerangkan dan menyediakan rancangan operasi ladang yang melibatkan: - pelan susun atur ladang - jadual kerja - format rekod yang berkaitan

Pelajar merancang satu bidangusaha secara berkumpulan. Membentangkan rancangan operasi ladang secara berkumpulan.

4.3. Pelaksanaan Operasi Ladang 4.3.1 Pemerolehan sumber pengeluaran (4 waktu) 1. Menyatakan sumber pengeluaran yang diperlukan: - tanah - modal - pekerja - pengurusan 2. Menerangkan bagaimana sumber pengeluaran diperoleh. 4.3.2. Pengurusan pengeluaran (14 waktu) 1. Menerangkan langkah operasi permulaan: - menyediakan kawasan - membina struktur ladang - menyediakan infrastruktur 2. Menerangkan aspek pengurusan berikut : - pekerja - jentera - tanaman - ternakan Lawatan ke ladang berhampiran. Tayangan Video Mendapatkan sumber pengeluaran untuk melaksanakan bidang usaha. Melaksanakan satu bidang usaha yang telah dirancang .

Mengumpul maklumat dari media cetak dan elektronik. Perbincangan dalam kumpulan. Melengkapkan pengurusan grafik

23

3. Menerangkan jenis rekod pengurusan : - Rekod fizikal - Rekod kewangan

Melengkapkan rekod fizikal dan rekod kewangan. Melengkapkan pengurusan grafik

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN 4. Menerangkan aktiviti untuk pemasaran hasil: - mengumpul - memproses - menggred - membungkus - mengiklan - menyimpan - menjual

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Menyediakan peta minda proses aktiviti pemasaran . Membina carta aliran proses aktiviti pemasaran hasil.

4.4 Analisis dan Penilaian Operasi Ladang 4.4.1 Analisis operasi ladang (8 waktu) 1. Menganalisis rekod fizikal : - paras pengeluaran tanaman - paras pengeluaran ternakan - kecekapan penggunaan sumber pengeluaran 2. Membuat analisis rekod kewangan : - jumlah perbelanjaan - jumlah pendapatan - keuntungan kasar - keuntungan bersih - pulangan setiap ringgit yang dilabur 4.4.2 Penilaian operasi ladang (2 waktu) 1. Menilai prestasi bidang usaha berdasarkan : - Untung bersih - pulangan setiap ringgit yang dilaburkan Membentangkan hasil analisis rekod fizikal dalam bentuk laporan (bertulis / lisan).

Membentangkan hasil analisis rekod kewangan dalam bentuk laporan (bertulis / lisan).

Pembentangan

24

2. Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha : - meneruskan bidang usaha - membubarkan bidang usaha - menggantikan dengan bidang usaha lain - mengubahsuai pengurusan bidang usaha

Perbincangan dalam kumpulan. Menjelaskan rasional membuat keputusan.

25

BIDANG 5 : TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN . OBJEKTIF BIDANG : Pelajar akan dapat : 1. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai mekanisasi, teknologi maklumat dan perhubungan, bioteknologi serta pertanian persekitaran terkawal dalam pertanian. 2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang mekanisasi , teknologi maklumat dan perhubungan ,bioteknologi serta pertanian persekitaran terkawal dalam pengeluaran tanaman dan ternakan. 3. Menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknologi dalam sektor pertanian 4. Menyedari dan menghargai kepentingan mekanisasi, teknologi maklumat dan perhubungan, bioteknologi serta pertanian persekitaran terkawal dalam pertanian. UNIT 5.1 Mekanisasi Ladang 5.1.1 Pengenalan ( 1 waktu ) 5.1.2 Faedah mekanisasi ladang ( 1 waktu ) HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

Menerangkan pengertian Mekanisasi ladang Menerangkan faedah mekanisasi ladang: - menjimatkan masa - menjimatkan tenaga pekerja - menghasilkan kerja dengan lebih berkesan - menepati masa - memudahkan kerja 1. Menghuraikan faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang: - fizikal tanah - kos - teknikal 2. Menerangkan penggunaan mekanisasi ladang dalam aktiviti-aktiviti berikut : a. Tanaman - penyediaan tanah - penanaman - pembajaan - pengawalan rumpai dan perosak - pengairan dan penyaliran - penuaian hasil Slaid / video / foto / keratan akhbar / katalog. Menggunakan mekanisasi yang sesuai untuk menjalankan satu aktiviti pertanian seperti traktor dua roda. Sumbangsaran. Temubual. Mempamerkankan contoh mekanisasi ladang

5.1.3 Penggunaan mekanisasi ladang (12 waktu)

Sumbangsaran. Perbincangan kumpulan. Lawatan

26

UNIT

HASIL PEMBELAJARAN b. Ternakan - pemberian makanan - pemberian minuman - pengutipan hasil - penggredan telur

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Slaid / video / foto / keratan akhbar / katalog. Menggunakan mekanisasi yang sesuai untuk menjalankan satu aktiviti penternakan seperti sistem pemberian minuman berautomatik

5.1.4 Sistem pengairan dan penyaliran

1. Menerangkan perbezaan sistem pengairan titisan dengan percikan. 2. Memasang dan menyelenggara sistem pengairan titisan dan percikan.

Perbincangan

Mereka bentuk dan memasang sistem pengairan titisan dan percikan.

5.2 Komputer Dalam Pertanian 5.2.1 Pengenalan ( 2 waktu ) Menerangkan faedah penggunaan komputer: - menyimpan banyak maklumat - mengakses maklumat dengan segera - memproses data / melakukan pengiraan dengan cepat dan tepat - mempersembahkan maklumat dalam bentuk grafik dsb. 1. Menghuraikan secara ringkas penggunaan komputer dalam pertanian: - menyimpan dan memproses maklumat dan data ladang - menyediakan laporan ladang - menggunakan perisian tertentu untuk mereka bentuk Sumbangsaran

5.2.2 Penggunaan komputer dalam pertanian. (10 waktu)

Hands-on komputer di makmal. Menggunakan perisian Autocad dan Lanccad dalam mereka bentuk pelan susun atur dan landskap Menyediakan satu laporan projek menggunakan perisian komputer .

27

UNIT 5.2.3 Peranan teknologi maklumat dan perhubungan dalam sektor pertanian (4 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyenaraikan peranan teknologi maklumat dan perhubungan . 2. Mengakses internet untuk mendapatkan maklumat dan perhubungan.

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN Sumbangsaran Hands-on komputer di makmal.

5.3 Bioteknologi Dalam Pertanian 5.3.1 Pengenalan (1 waktu) 5.3.2 Kepentingan bioteknologi dalam pertanian ( 2 waktu ) Menerangkan pengertian bioteknologi. Menerangkan kepentingan bioteknologi dalam pertanian. - meningkatkan hasil - menambahkan nilai pemakanan - memperbaiki ciri fizikal hasil pertanian - meningkatkan resistan terhadap serangan perosak dan penyakit - meningkatkan toleran ternakan terhadap persekitaran - mengawal penyakit - mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian. 1. Menerangkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian: - inokulasi rhizobium - kawalan perosak biologi - penguraian sisa pertanian - industri makanan berasaskan pertanian - penghasilan varieti baru melalui kejuruteraan genetik 2. Melakukan projek-projek berikut: Menghasilk an baja organik. Menghasilk an makanan melalui proses penapaian. Membuat rujukan. Mengumpul maklumat Membuat rujukan. Mengumpul maklumat. Membuat buku skrap. Lawatan.

5.3.3 Penggunaan bioteknologi dalam pertanian (8 waktu)

Mengumpulkan maklumat melalui internet /rujukan. Lawatan.

Membuat kompos dan tapai secara berkumpulan. Projek tambahan berkumpulan : - Inokulasi rhizobium - Penanaman cendawan - Membuat tempe / tairu / dadih / yoghurt.

28

29

UNIT 5.4 Pertanian Persekitaran Terkawal 5.4.1 Pengenalan . (1 waktu)

HASIL PEMBELAJARAN

AKTIVITI / SUMBER / TEKNIK / PENILAIAN

Menerangkan pengertian pertanian persekitaran terkawal tanaman ternakan Menerangkan kepentingan pertanian persekitaran terkawal: - melindungi tanaman dan penternakan daripada keadaan iklim ekstrem - membolehkan penanaman dan penternakan di luar musim - meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil tanaman dan ternakan 1. Menerangkan contoh struktur binaan pertanian persekitaran terkawal: - rumah hijau - kolam tiruan 2. Menerangkan contoh penggunaan pertanian persekitaran terkawal dalam sistem : - pertanian tanpa tanah - perumahan ternakan 3. Menghasilkan tanaman sayuran menggunakan kaedah hidroponik.

5.4.2 Kepentingan pertanian persekitaran terkawal (2 waktu)

Sumbangsaran Mempamerkan contoh Struktur Pertanian Persekitaran terkawal melalui gambar,model ,video dan lawatan. Membuat rujukan dan mengumpul maklumat.

5.4.3 Struktur binaan pertanian persekitaran terkawal (8 waktu)

Mereka bentuk dan membina struktur binaan pertanian persekitaran terkawal yang mudah.

Tayangan slaid / video Melengkapkan pengurusan grafik.

Menanam satu jenis tanaman menggunakan kaedah hidroponik. Mereka bentuk dan membina kolam ikan sebagai unsur landskap. Menternak ikan ai tawar .

30

You might also like