You are on page 1of 2

Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah seluruh perkataan

Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata Aktiviti utama memandang dan menyebut

Perkara yang dipandang - gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar Perkara yang disebut - perkataan pada bahan yang ditunjukkan Kaedah ini mementingkan dua perkara;

i) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar ii) Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita.

Prosesnya :

a) Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. b) Setelah di cam, tidak dibunyikan, tidak juga dieja tetapi perkataan tersebut harus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan yang disampaikan disertakan dengan gambar. c) Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat-ayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca. d) Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

e) Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.

f) Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja. Kelebihan kaedah pandang & sebut a) Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid. b) Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna. c) Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka. d) Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang betul dari mula. Kelemahan kaedah pandang & sebut a) Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. b) Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. c) Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri. d) Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

Sumber : http://catatannota.blogspot.com/2012/02/pendekatan-dankaedah-pengajaran-bahasa.html

You might also like