You are on page 1of 12

TAJUK 1 : SOSIOLOGI PEMBELAJARAN TAJUK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Seorang pendidik akan berdepan dengan pelbagai masalah dan isu berkaitan pelajar sama ada dari segi masalah sosial,pengajaran dan pembelajaran atau tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. Guru perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana sahaja sehingga mengabaikan pelajar yang cerdas. Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang cerdas sehingga pelajar pelajar yang lain terabai. Guru perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan elektrik atau cuaca yang tidak menentu.

Pelajar akan cepat bosan apabila sentiasa berada dalam kelas dan ia adalah salah satu cabaran kepada guru dan pihak sekolah untuk mengekalkan minat pelajar supaya setia berada dalam kelas sehingga tamat persekolahn setiap hari. Oleh itu, warga pengurusan haruslah mencari inisiatif tersendiri untuk mengelak rasa bosan pelajar dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru perlu menampilkan konsep Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul yang menggunakan pedagogi lebih aktif yang memerlukan pembabitan pelajar yang telah dilakukan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Taman Megah Ria, Johor Bahru dan memenangi Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan Hari Guru 2005. Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul adalah satu usaha pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran menggunakan bahan sebenar atau alam sekitar. Program ini dilaksanakan melalui kaedah pengurusan alam sekitar. Program ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan dengan pelajar, guru dan warga sekolah boleh melakukan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul yang disediakan. Program ini diwujudkan bagi mencapai beberapa objektif antaranya ialah menghilangkan kebosanan pelajar sepanjang hari duduk di bilik darjah selain meningkatkan keceriaan sekolah sebagai satu tempat yang kondusif.

Pengajaran berkesan dengan pelbagai cara dan kaedah yang bersesuaian bagi seorang guru mempraktikkan interaksi dan komunikasi yang berkesan dalam membantu meningkatkan perkembangan murid secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Sebagai contoh, guru menguruskan aktiviti berkumpulan kepada pelajar. Melalui aktiviti berkumpulan, pendekatan

interaksi pelbagai hala akan wujud. Guru akan memberi arahan kepada murid akan perkara yang perlu dilakukan kemudian murid akan melakukan aktiviti seperti yang diarahkan di dalam kumpulan dan wujud interaksi antara murid dengan murid. Pendekatan ini membantu murid untuk proses pertukaran idea sesama mereka disamping memupuk sikap bekerjasama, bertolak ansur dan bersosial.

Justeru, guru perlu sentiasa peka dan menguasai tahap tinggi

dari aspek

pengurusan, teknik pengajaran, kandungan pengetahuan dan kaeah penilaian pembelajaran pelajar dalam bidang yang diceburi. Penguasaan guru dalam konteks kurikulum tersebut yang disesuaikan dengan pendekatan gaya belajar perseptual serta kadar minat pelajar yang tinggi terhadap pelajarannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pembelajaran pelajar. Oleh itu, konteks kurikulum guru hendaklah dipelbagaikan dengan melihat gaya pembelajaran serta minat pelajar terhadap pelajarannya dan melibatkan proses penilaian berupa pentaksiran secara alternatif bagi meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran yang diambil.

TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri dalam aspek peranan kepimpinan guru disamping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori, tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran, dan membimbing para murid supaya kecekapan mereka dalam pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru termasuk juga memberi penegasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlamat tercapai.

Ciri-ciri yang ada pada sesebuah sekolah sebenarnya memberi kesan yang mendalam perlu diambil kira dalam membentuk model peranan kepimpinan guru yang berjaya. Peranan kepimpinan guru yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah mewujudkan peranan kepimpinan guru yang berkesan.

Organisasi di sekolah merupakan satu badan yang penting dalam merancang, melaksana, dan menambahbaik pengurusan sekolah dan pelajar. Pengurusan organisasi sekolah yang baik amat baik untuk mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dari segi pengurusan dan juga pembelajaran. Hal ini penting untuk merealisasikan impian kerajaan dalam mewujudkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Organisasi sekolah yang baik dapat menjalankan peranan dalam mewujudkan modal insan yang berketerampilan dalam usaha mencapai negara maju menjelang tahun 2020 iaitu bukan sahaja maju dari segi teknologi malah dari segi sahsiah masyarakat Malaysia.

Setiap bahagian dalam organisasi sekolah perlulah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan kerjasama yang erat antara setiap bahagian organisasi tersebut. Ketua setiap bahgian perlulah memainkan peranan dalam memimpin ahli-ahli dibawahnya. Pengetua sekolah juga perlulah mempunyai wawasan yang jitu dalam mengetuai kepimpinan dalam organisasi sekolah. Hal ini hanya dapat dilakukannya apabila sudah

bersiap sedia dengan segala ilmu dan kemahiran kepengetuaan dalam mentadbir sesebuah organisasi.

TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid merangkumi aspek utama yang terdiri daripada merekod murid, persediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid. Bagi mendapatkan impak yang berjaya pengurusan murid disesebuah institusi pendidikan tersebut haruslah dikendalikan dengan penuh komitmen dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat seperti jawatan tertinggi di sekolah yang mentadbir sekolah dan dibantu pula oleh guru, kaunselor serta ibu bapa murid itu sendiri.

Suatu pengurusan murid yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dan mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi kerana melalui rekod pelajar yang dicatat oleh guru bagi seseorang pelajar merangkumi segala perkembangan, kebolehan, kemajuan serta pencapaiaan murid. Maka, segala yang telah direkodkan boleh dijadikan rujukan bagi guru dan ibu bapa untuk membantu memastikan murid tersebut dapat mengekalkan prestasi akdemik dan juga sahsiah murid serta dapat membantu pihak sekolah untuk menghubungi keluarga murid sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar seperti kemalangan atau perkara yang berkaitan displin.

Selain daripada itu, pengurusan murid juga dapat membantu menarik minat murid untuk belajar kerana melalui persedian sebelum belajar yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan dari segi kognitif, afektif dan juga psikomotor. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih bersedia dan berkeyakinan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Misalnya, antara persediaan dari segi kognitif yang boleh disediakan adalah dengan mendedahkan murid terhadap sukatan pelajaran dalam mata pelajaran yang akan mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid akan lebih bersedia untuk memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan murid yang sempurna juga melibatkan proses memotivasikan murid. Bagi melengkapkan sebuah pengurusan murid yang baik, sesebuah sekolah haruslah peka serta mengetahui cara-cara untuk memotivasikan murid. Antara insiatif yang boleh dilakukan adalah dengan menempatkan kaunselor di sekolah tersebut. Memotivasikan pelajar amat penting kerana perkara ini bukan sahaja untuk memotivasikan murid supaya lebih cenderung di dalam akademik tetapi untuk menangani masalah displin serta salah laku murid. Melalui pendekatan ini mungkin lebih sesuai untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid serta memotivasikan murid untuk lebih bersemangat untuk belajar atau menghadapi sesuatu peperiksaan.

Seperti mana yang sering diperkatakan, sesuatu perkara tersebut tidak akan dapat dijayakan sekiranya tiada kerjasama. Secara tuntasnya, kerjasama semua pihak haruslah dipertingkatkan bagi memastikan pengurusan murid yang berkesan dapat dilakukan kerana pengurusan yang berjaya akan menjadi pemangkin prestasi murid.

TAJUK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH Bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya boleh dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusat kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukkan sumber dan mengarahkan kemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yang mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori fungsionalisme yang melihat fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang ke arah penerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer, masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk mereka

menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya, padang permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang wujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yang positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain. Seterusnya, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik darjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunan organisasi pembelajaran perlu diperkemas agar pelajar lebih bersedia untuk belajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar. Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan pelajar selain mendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

TAJUK 7 : PENGURUSAN SUMBER TAJUK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek pelajar, guru, ruang dan alat pembelajaran. Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah memerlukan guru menyusun atur fizikal bilik darjah serta mewujudkan interaksi dan iklim yang positif di antara guru dan pelajar. Unsur fizikal bilik darjah tidak semestinya menunjukkan sesuatu bentuk fizikal yang terdapat dalam bilik darjah. Ia lebih kepada bagaimana bentuk fizikal sesebuah bilik darjah digunakan secara maksimum untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam sesebuah bilik darjah, guru dan pelajar memainkan peranan penting untuk menggunakan bentuk- bentuk fizikal tersebut dengan sebaik mungkin.

Interaksi merupakan proses saling bertindak antara seseorang individu dengan alam sekelilingnya. Interaksi berbahasa bermakna pertukaran percakapan antara individu. Di dalam sesebuah bilik darjah, pelbagai jenis interaksi boleh berlaku di antara guru dengan pelajar. Antaranya adalah interaksi pelbagai hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Banyak kepentingan interaksi di dalam bilik darjah kerana komunikasi antara guru dengan pelajar memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang baik. Gaya kepimpinan guru juga merupakan aspek yang perlu diutamakan dalam merangka strategi mengurus bilik darjah.

Selain unsur fizikal dan interaksi yang berlaku di dalam sesebuah bilik darjah, iklim pembelajaran positif dalam sesebuah bilik darjah juga amat penting dalam membina strategi mengurus bilik darjah. Iklim yang positif akan memberikan ketenangan kepada guru dan pelajar. Sebagai contoh, bilik darjah yang dihiasi dengan pelbagai sumber yang menari, cantik dan pelbagai dapat memberikan ketenangan dan keceriaan kepada pelajar. Sebagai contoh, sumber bercetak dua dimensi, diaroma dan bahan gantungan.

Strategi mengurus bilik darjah yang baik dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan dapat memberi keselesaan kepada guru dan pelajar untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Strategi mengurus bilik darjah adalah sangat penting kerana pengurusan bilik darjah merangkumi banyak perkara yang perlu diambil kira. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan dapat mewujudkan satu suasana yang mampu menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Guru dan pelajar harus bijak mengurus bilik darjah dengan betul agar suasana dan iklim kondusif dapat di wujudkan. Suasana fizikal memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada sesi pembelajaran tersebut adalah menggalakkan atau menghalang pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Marland (1975) , petikan dari buku Pedagogi II, Suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Susunan fizikal bilik darjah boleh member sumbangan dari segi kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dengan pelajar, juga antara pelajar dengan pelajar dan keseronokan bekerja bersama-sama. Ini membuktikan bahawa bilik darjah merupakan komponen penting yang mendorong proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Strategi mengurus bilik darjah sangat penting bagi guru dan pelajar mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

TAJUK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Tugas mengurus tingkah laku pelajar tidak sepatutnya terletak di bahu guru disiplin semata-mata. Semua pihak seperti pengetua, kaunselor dan guru-guru biasa perlu untuk mengurus tingkah laku pelajar. Hal ini kerana, sekiranya semua pihak memainkan peranan penting, masalah tingkah laku pelajar dapat diatasi dengan lebih mudah dan efektif. Pengurusan tingkah laku pelajar merupakan perkara yang penting dan sukar. Jika semua pihak bekerjasama, perkara ini akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun begitu, perlu diingatkan supaya setiap usaha yang dilakukan perlulah berlandaskan peraturan dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kes saman.

Selain itu juga, guru perlu mengambil sesuatu tindakan yang bersesuaian dengan pelajar. Tindakan-tindakan ini perlulah yang akan memberi pengajaran kepada pelajar, bukannya sekadar menghukum sahaja. Oleh yang demikian, perkara ini akan menyedarkan para pelajar bahawa setiap perlakuan yang dilakukan oleh mereka mempunyai hukuman yang tersendiri dan hukuman-hukuman ini hanyalah untuk menyedarkan mereka supaya insaf dan bertaubat. Guru perlu bijak untuk menyampaikan sebab mengapa hukuman itu dijalankan supaya pelajar tidak menyimpan dendam dan perkara itu tidak mendatangkan masalah yang lebih serius. Sekiranya pengurusan tingkah laku dan disiplin berkesan dan berjalan lancar, insyaAllah pelajar akan menerima hukuman dengan rela hati dan mudah untuk berubah. Perkara ini juga akan dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang, gemilang serta berguna kepada agama, bangsa dan negara. Hal ini juga dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti.

TAJUK 10 : PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID

Dalam aspek pengurusan penasihatan murid, terdapat banyak langkah atau cara yang boleh dijalankan untuk menyelami masalah murid, membantu menyelesaikan masalah mereka dan cara pendekatan yang sesuai agar mereka boleh menerima orang luar dalam masalah yang dihadapi. Kepelbagaian langkah dalam bimbingan, penasihatan dan mentoring yang dikupaskan mampu membantu guru dan pihak lain dalam menangani masalah murid masa kini. Langkah yang berbeza ini amat bagus dan bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah dan matlamat yang tersendiri.

Oleh itu, cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid itu harus diwujudkan agar mereka menyedari bahawa ada pihak yang mengambil berat tentang diri mereka. Guru juga dapat melakukan pendekatan yang berbeza semasa berhadapan dengan pelajar yang berbeza. Secara kesimpulannya, pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah harus memainkan peranan penting dalam memastikan proses penasihatan murid dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah. Namun begitu, pihak lain seperti keluarga, kerajaan dan masyarakat harus turut mengetahui cara pengurusan penasihatan yang strategik untuk membantu mengurangkan beban yang harus dipikul oleh guru sekolah.

TAJUK 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan terdiri daripada pelbagai bangsa. Mereka bebas mengamalkan cara hidup, adat resam, agama, bahasa, dan kepercayaan masing-masing. Namun, keadaan ini agak membimbangkan kerana ia boleh menimbulkan masalah yang berpunca daripada ketidaksefahaman jika masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya ini tidak distrukturkan dengan lebih sistematik dan terancang. Pelbagai perbezaan atau jurang yang merangkumi jurang politik, ekonomi, dan sosial antara kaum perlu diatasi dengan segera secara adil dan saksama untuk mengelak daripada timbulnya masalah di kemudian hari.

Pelbagai masalah dan isu kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar perlu diatasi dengan segera. Oleh itu, ibu bapa serta guru perlu berganding bahu dalam mengawal segala perlakuan dan tingkah laku para pelajar. Mereka perlu menggunakan pendekatan yang terbaik dalam usaha menegur dan menasihati para pelajar yang bermasalah. Di samping itu, para pelajar turut perlu diberi pendedahan tentang masyarakat majmuk yang terdapat di negara kita supaya mereka lebih menghormati dan saling menjaga sensitiviti antara kaum. Kita tidak mahu peristiwa pahit yang pernah berlaku di negara kita berulang lagi. Terdapat pepatah yang mengatakan bahawa, sejarah tidak akan berulang kecuali masyarakat itu yang mengulangi kesilapan yang sama.

TAJUK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

Pengurusan murid pelbagai upaya adalah penting dalam sistem pendidikan kerana dapat melahirkan masyarakat yang berilmu tanpa mengabaikan pelajar-pelajar yang

mempunyai keupayaan yang pelbagai. Hal ini kerana, sekolah bukanlah tempat pelajar normal sahaja tetapi juga untuk pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, berkeperluan khas dan juga pelbagai kecerdasan. Mereka juga berhak menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru-guru perlu memahami dan menyediakan keperluan pelajar-pelajar normal dan juga keperluan pelajar-pelajar pelbagai upaya. Antara keperluan tersebut terdiri daripada keperluan bangunan, alatan pengajaran dan

pembelajaran, guru pembantu, guru media dan lain-lain. Hal ini kerana, semua guru mahukan pelajar mereka berjaya, tenang, gembira dan dapat menjalani kehidupan mereka sebagai pelajar dengan positif.

Walau bagaimanapun, ketidakfahaman, ketidakprihatinan dan pendekatan yang tidak sesuai oleh guru sering menjadi punca kepada proses pembelajaran yang tidak berkesan dan pembentukan emosi yang negatif. Oleh itu, guru patut mengambil sesuatu tindakan untuk menambahkan kefahaman mereka tentang murid pelbagai upaya ini serta berusaha membentuk persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi mengekalkan emosi yang seimbang dalam kalangan pelajar sekolah, seterusnya meningkatkan motivasi dan minat mereka untuk belajar.

TAJUK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Melalui tajuk ini dapatlah kita mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sekolah dan juga persekitaran. Dengan adanya hubungan sekolah dengan masyarakat, serta ibu bapa dapatlah membentuk pelajar yang berjaya serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek (JERI). Di samping itu juga, kita dapatlah mengetahui dengan lebih terperinci tentang pihak-pihak yang berkaitan dengan sekolah contohnya masyarakat seperti masyarakat kampung dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) yang telah diwujudkan di sekolah bagi ibu bapa mengetahui pekembangan tentang sekolah anak mereka serta dapat mengetahui prestasi anak mereka dengan lebih lanjut lagi.Persekitaran sesebuah sekolah sangat memainkan peranan dalam membentuk sahsiah seseorang pelajar.Jika persekitaran sesebuah sekolah itu tidak sempurna mahupun tidak dijaga dengan elok, maka berlakulah gejala-gejala yang tidak diingini seperti buli, ponteng, vandalisme dan sebagainya.

Oleh itu semua pihak haruslah memainkan peranan terutamanya pihak sekolah dalam membentuk persekitaran yang sempurna bagi kepentingan pelajar serta sesebuah sekolah itu sendiri.

TAJUK 14 : PERSEDIAAN ALAM PEMBELAJARAN

Guru ialah arkitek negara dalam melahirkan individu yang bertamadun dan berkemampuan serta mempunyai keintelektualan yang tinggi demi menjulang negara ke persada dunia. Kemampuan guru melehirkan insan yang cemerlang bermula dengan secebis rasa tanggungjawab yang perlu memainkan peranan yang mencabar seiring dengan pembangunan negara yang sedang pesat ini. Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap guru semakin hari semakin mencabar. Hal ini kerana, dunia pendidikan hari ini menghadapi cabaran yang jauh lebih hebat berbanding dengan masa-masa yang lalu. Setiap warga pendidik harus bekerja keras dalam menunaikan tanggungjawab dalam bidang pendidikan bagi memastikan generasi akan datang adalah generasi yang kuat, berkualiti tinggi dan mampu menghadapi cabaran perubahan zaman untuk mencapai kejayaan didunia dan diakhirat. Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru, seseorang guru itu perlu mempunyai nilai jati diri yang baik serta mempunyai ilmu yang luas tanpa hanya menekankan kepada subjek bidang sahaja. Persediaan dan motivasi diri yang kuat akan melahirkan seorang pendidik yang berjiwa kental dan sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugas walaupun terpaksa menempuhi pelbagai onak dan duri dalam melaksanakan tugasan. Hasil kegigihan dan kesungguhan serta keikhlasan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru akan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang bermotivasi tinggi. Guru juga perlu peka terhadap perkara yang berlaku disekeliling dan sentiasa mengambil kesempatan masa untuk bermasyarakat.

Pengurusan alam pembelajaran sangat penting kepada semua guru dan bakal guru kerana pengurusan yang sistematik melicinkan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Persediaan mengajar mendorong kepada pengajaran yang efektif kepada pelajar kerana semua pengajaran adalah terancang. Pelajar lebih mudah memahami apa yang diperkatakan oleh guru ketika mengajar. Objektif harian guru akan tercapai. Kajian di sekolah juga penting kerana kebanyakkan pelajar pada masa kini mempunyai masalah disiplin oleh itu kajian telah dibuat untuk mengatasi masalah ini seperti guru menggunakan pendekatan

yang berbeza ketika mengajar dan melaksanakan set induksi ketika permulaan mengajar. Seterusnya aksi guru di sekolah atau tingkah laku guru di sekolah memerlukan keikhlasan dan kesabaran seorang guru ketika mengajar.

Guru yang mempunyai nilai akhlak yang mulia ini akan lebih berkesan pengajarannya berbanding tingkah laku guru yang bersahaja dan tidak bersungguh-sungguh ketika mengajar. Keikhlasan ketika mengajar dan bukan hanya wang ringgit sahaja perlu dititikberatkan kerana guru bukan sahaja bertindak sebagai seorang pendidik malah bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar yang juga merupakan modal insan Negara dan peneraju pada masa hadapan. Dalam memastikan sistem pendidikan yang seiring dengan pembangunan negara ini, sistem pendidikan Malaysia perlu melakukan satu anjakan paradigma dalam melaksanakan perancangan dan pembangunan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara agar ia dapat bergerak maju seiring dengan perubahan arus kemodenan dan ledakan teknologi maklumat masa kini. Anjakan ini perlu berasaskan kepada kecekapan dan kepantasan untuk memastikan ia selari dengan negara maju lain. Malaysia sangat memberi penekanan kepada pembangunan modal insan kelas pertama bagi memastikan pencapaian matlamat Negara maju menjelang 2020. Penghasilan modal insan yang berkualiti adalah hasil daripada pendidikan yang berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.

You might also like