You are on page 1of 3

Tujuh Tips Menghadapi Kemelesetan

Ekonomi

Oleh : Team KerjaLah.com


Blog : http://kerjalah.com/blog

© 2009 Kerjalah.com. Hakcipta Terpelihara


Baiklah, semua sudah maklum akan pakej rangsangan ekonomi 2009 yang dikeluarkan
kelmarin.
Sebenarnya ia adalah 'petanda' yang negara kita memang sedang mengahadapi
kemelesetan ekonomi, kesan dari kemelesetan ekonomi dunia yang bermula awal tahun
2008 yang lepas.
Namun, anda sudah pasti tak mahu terperangkap di dalam situasi kemelesetan ekonomi
ini, kan?
Jadi kami, pihak di KerjaLah.com akan membantu anda untuk mengatasi kemelesetan
ekonomi ini dengan berkongsi kepada anda tujuh tips yang kami rasakan sangat dan akan
membantu anda:
Tip #1 : Bayar Segala Bil Anda Secara Online
Dengan perkhidmatan perbankan dalam talian yang disediakan oleh bank-bank seperti
Maybank (Maybank2u.com.my), CIMB (CimbClicks.com.my), Public Bank (PBE.com.my),
Bank Islam (BankIslam.biz), anda kini boleh menjimatkan wang minyak anda, selain
membantu mengurangkan kesesakan lalulintas. :)
Tip #2 : Bawa Bekal Ke Tempat Kerja
Jika anda sudah berkahwin, inilah masanya untuk anda lebih menghargai masakan isteri
anda dengan membawa bekal ke tempat kerja. Isteri anda pastinya lebih gembira untuk
memasak untuk bekalan anda, tak percaya, cubalah dulu!
Dan jika anda masih bujang, tak mengapa, mintalah jiran-jiran sebelah rumah masakkan
lebih sedikit dari biasa. Anda boleh bayar mungkin secara bulanan kepada makcik jiran
anda, dan harganya pastilah lebih murah dari belanja makan anda di restoran atau
kedai-kedai mamak.
Tip #3 : Minum Air Kosong Dengan Banyak
Ya, dengan banyak. Dari sini 'nafsu' minum anda kepada 'Nescafe tarik', 'Carrot Susu',
'Orange Juice' pasti dapat dikurangkan.
Minum air kosong bukan sahaja dapat menjimatkan wang anda, malah ia juga akan
membawa manfaat kepada kesihatan anda.
Tip #4 : Bercuti Di Dalam Negeri
Jika sebelum ini Phuket, Disneyland, Sydney, Paris dan Los Angeles menjadi pusat
percutian anda, sekarang jadikanlah Pangkor, Redang, Lost World Tambun, KLCC,
mahupun Putrajaya sebagai destinasi akan pergi untuk percutian anda.
Masa inilah peluang untuk anda 'membantu' industri pelancongan dalam negeri. Bantu
hotel-hotel dan pusat peranginan di dalam keadaan kemelesetan ekonomi ini.
Tip #5 : Mula Berniaga Secara Kecil-Kecilan
Jika 4 tips sebelum ini lebih kepada untuk menjimatkan wang anda, tip kelima ini akan
membantu anda menambahkan pendapatan anda.
Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kalau di taman, anda boleh mula berniaga
burger di depan rumah, ataupun buat kuih-muih untuk dihantar ke kedai, atau jual
pisang goreng dan keropok lekor. Enak! Makanan sebegini laku setiap masa, tak kira
waktu ekonomi meleset atau tidak. :)

© 2009 Kerjalah.com. Hakcipta Terpelihara


Atau pilihan lain, mulakan perniagaan melalui Internet. Banyak yang boleh dilakukan,
eBay contohnya. Anda boleh meng-google 'make money from the Internet' untuk
maklumat lanjut pasal ini.
Tip #6 : Carpool Ke Tempat Kerja
Masa kemelesetan ekonomi ini lah anda boleh gunakan kesempatan untuk 'carpool'
bersama rakan serumah atau se-taman untuk ke tempat kerja.
Bukan sahaja anda dapat jimat duit minyak dan kurangkan kesesakan di jalan raya,
malah hubungan ukhwah anda dengan rakan kerja anda makin meningkat. Mana
tidaknya, dalam kereta nak pergi kerja anda boleh mengumpat berkongsi apa-apa cerita
yang menarik tentang dunia.
Tip #7 : Berhenti Kerja Merokok
Berhenti merokok. Anda jimat wang, dan usia anda (dan orang sekeliling) anda akan
bertambah.
Jadi, diharap 7 tips diatas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menghadapi
situasi kemelesetan ekonomi ini.
PS: Anda dibernarkan menyalin kembali artikel ini dengan syarat kredit mesti
diberikan kepada laman web KerjaLah.com ini.

© 2009 Kerjalah.com. Hakcipta Terpelihara

You might also like