You are on page 1of 3

Pencegahan serangga merbahaya dari membiak BSMM

Pencegahan serangga merbahaya dari membiak

(i)

Menggunakan

tumbuhan

tertentu

untuk

menghapuskan

serangga.

Antaranya adalah pokok NILAM atau dari segi botani dikenali sebagai Pogostemon cablin yang dikatakan sesuai untuk menghapuskan serangga perosak.Pokok ini adalah dari jenis renek dengan batang bercabang dan tumbuh dalam bentuk rimbun. Ia sering ditanam di kawasan kampung. Daunnya pula berbentuk bujur dan bergigi di tepi serta mempunyai permukaan yang seolah-olah berbulu.Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan yang jenis payah berbunga ini dikatakan mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak. Ia seolaholah bersifat antiserangga. Bendasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, pokok ini bagi manusia mempunyai bau yang wangi semerbak.Mungkin benar kerana serangga perosak tidak gemar suasana yang wangi. Mereka cepat membiak jika kawasan rumah kita busuk dan kotor. Malah, daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan

mengembalikan kewangian kepada pakaian kita. Selain itu, air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan bagi mengambalikan kewangian kain batik di samping itu, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi.

(ii)

Mengesan kewujudan serangga Mengesan dengan memeriksa di seluruh kawasan yang lembab seperti di beberapa bahagian di kawasan berhampiran dengan tandas. Kebiasaannya serangga ini akan mula menyerang dikawasan yang lebab dan sejuk. Ianya boleh belaku di kawasan yang berhampiran dengan tandas. Anda juga boleh mengesan melalui pendengaran. Biasanya kaedah ini boleh dilakukan pada waktu malam sahaja. Hanya pada waktu itu anda dapat mendengar bunyi sesuatu di kawasan yang diserang. Jika rumah anda menggunakan lantai kayu pakir,andamengesyaki sesuatu telah berlaku, sila periksa kawasan itu dengan segera.Periksa di kawasan stor atau tempat menyimpan barang yang jarang digunakan. Biasanya dikawasan ini anda jarang masuk dan jarang menggunakan tempat ini. Jika dikawasan tersebut anda ada menyimpan akhbar lama, disitulah tempat utama yang akan menjadi pembiakan serangga tersebut.

(iii)

Tanya pakar

Pencegahan serangga merbahaya dari membiak BSMM


Mengenal pasti lokasi tempat tinggal anda. Jika lokasi rumah anda di kawasan yang menjadi punca pembiakan serangga,memang sah rumah anda juga akan menjadi mangsa anai-anai. Saya cadangkan kepada anda dapatkan nasihat daripada pakar-pakar kawalan serangga untuk nasihat percuma daripada mereka dengan segera. Jika tidak! Kejadian buruk boleh berlaku pada bila-bila masa dan kemungkinan anda juga akan mengalami kerugian yang amat besar. Maksudnya ialah anda terpaksa mengeluarkan bajet yang tinggi untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh serangga anai-anai. Jadi elakkanlah kerisauan ini dengan cara berjumpa dengan pakar-pakar kawalan serangga untuk menyelesaikan masalah ini.

(iv)

Penggunaan Kapur Insektisida Kapur insektisida boleh diguna pakai bagi pencegahan semut. Cara ini dapat dilakukan pada kedudukan sudut-sudut rumah dana meletakkan pada makanan yang akan dihidangkan dikerumuni semut. Cara penggunaan kapur insektisida ini dilakukan dengan cara meletakkan bahan tersebut pada jalan-jalan semut di sudut-sudut rumah atau tempat makanan tersebut. Semut yang berani melangkawi jaringan tersebut akan mati.

(v)

Penggunaan Sabun Cuci

Cara penggunaannya ialah satu teh sabun cuci dilarutkan dalam air. Air bekas cucian pakaian juga boleh digunakan. Cairan tersebut dimasukkan ke dalam penyembur dan disemburkan ke arah semut-semut.

(vi)

Musnahkan

tempat

pembiakan

nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah: Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya. Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu. Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu. Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

Pencegahan serangga merbahaya dari membiak BSMM


Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
(vii)

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.

You might also like