You are on page 1of 3

KISAH QARUN DI TELAN BUMI.

( LELAKI 2012 )

Assalamualaikum wtw. Terima kasih pengacara majlis.Para Hakim, guru-guru dan rakanrakan 1. Siapakah Qarun?.......... Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 :

Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Berketurunan Bani Israel dan sepupu kepada Nabi Musa.Qarun dikenali sebagai al-Munawwir kerana perawakannya yang tampan dan An Nur kerana suara yang merdu ketika membaca kitab Taurat. Qarun miskin tetapi rajin berkerja, warak dan alim. Beliau sentiasa berfikir dan gigih berusaha untuk menambah pendapatan. Kerajinannya ini menjadi contoh kepada kaum Nabi Musa A.S. Bagaimana caranya agar aku mendapat rezeki yang bayak?Qarun meminta kepada Nabi Musa mendoakannya menjadi kaya raya. Qarun tidak jemu bermunajat. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah.

Rakan-rakan Rajin berusaha pasti berjaya. NKRA pendidikan yang diperkenalkan Negara memacu kita berusaha kearah kejayaan untuk mencapai Sekolah Berprestasi tinggi.

2.Qarun berjaya mencipta emas. Haapalagi, kekayaannya mula melimpah ruah.Kehidupannya yang mewah menjadikannya mula tamak, sombong dan bangga diri. Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 :

Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak.Kematian Muamar Gaddafi menjadi pengajaran kepada mereka yang angkuh dengan kekuasaan.

3. Surah Al-Qasas ayat 79 :

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya HaHaHaAku kaya! Sekarang aku telah kaya raya. Kau! Kau! Mari ikut aku!

Si Qarun semakin angkuh. Ada yang mula memujanya. Orang miskin dianggap menyusahkan sahaja. Perintah Allah sudah dilupa ( Nasyid )

Nabi Musa menyeru kepada Qarun agar kembali beriman kepada Allah. Baginda meminta Qarun menunaikan zakat jika mahu rezekinya berkat EmmmYaYaYa! aku sedang mengira jumlah yang akan dikeluarkan alasan Qarun. Sekali, dua kali, tiga kali, dan banyak kali Nabi Musa menyeru dan mengingatkan Qarun. Harta kuadalah milikku..Sedekahamal jariahAhhh.. peduli apa!! Qarun mula lupa akan perintah Allah. Seruan dan nasihat Nabi Musa tidak dipedulikan.

Rakan-rakan, Zakat menyucikan harta.Menteri Besar kita menggalakkan pembayaran zakat melalui pemotongan gaji untuk peningkatan kutipan zakat. Marilah kita membantu mereka yang kurang berdaya. 4.Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78:

Berkata Qarun dengan sombongnya, Aku diberi kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku Qarun terus berdebat dengan Nabi Musa. Beliau cuba mempengaruhi kaum Nabi Musa dengan menabur fitnah. Beliau mengatakan bahawa Nabi Musa mahu merampas hartanya. Seorang pelacur diupah untuk mengaku berzina dengan Nabi Musa. Ish Ish. Ish. melampau sungguh Qarun ini.

Hari ini fitnah banyak disebarkan melalui blog-blog, FB, email dan sebagainya. Janganlah kita tergolong didalam golongan ini kerana fitnah itu besar dosanya.

5.Dengan sabar , Baginda menghadapinya Fitnah diselidiki untuk membersihkan nama Allah menggerakkan wanita ceritakan segalanya Qarun mengupah untuk memalukan baginda ( Syair )

Mamandangkan sikap Qarun yang tidak dapat dibendung lagi, maka Nabi Musa berdoa agar Qarun diperingatkan Allah. Surah Al-Qasas ayat 81:

Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah. Akhirnya, tamatlah riwayat Qarun. Beliau ditelan bumi bersama pengikut dan hartanya di sebuah kawasan dalam daerah al-Fayyum, Mesir. Kaum Bani Israil yang dahulunya ingin menjadi seperti Qarun lantas bersyukur kepada Allah di atas pengaturan yang sebaikbaiknya kepada mereka. Rakan-rakan.. Begitulah akhirnya Allah memewahkan rezeki kepada yang dikehendakinya dan Dia jugalah yang menyempitkannya.. Gempa bumi di Jepun dan banjir besar di Thailand pada tahun lepas jadikan pengajaran.

Harta hanya hiasan dunia Zakat bagi mereka yang berada Janganlah tamak atas rezekinya Kisah Qarun ditelan bumi ambil ibrohnya. ( pantun )

Sekian assalamualaikum wbt

( MZAR ACS 2012 )

You might also like