You are on page 1of 4

Tafsir Ibn Kathir Menurut Rosmawati (1997), Tafsir Ibn Kathir merupakan salah sebuah kitab Tafsir Bi al-Mathur

yang menduduki tempat kedua selepas Tafsir al-Tabari. Ia adalah sebuah kitab tafsir yang terkenal dan menjadi rujukan utama untuk ulama tafsir dan masyarakan Islam seluruh dunia. Kitab Tafsir Ibn Kathir lebih dikenali dengan nama : Tafsir al-Quran al-Azim ( ) yang telah diterbitkan secara berasingan dalam 4 jilid yang bersaiz besar. Dikatakan lagi, bahawa Ibn Kathir member i penumpuan penuh dalam tafsirnya mengenai apa yang diriwayatkan daripada ahli tafsir dan kalangan ulama salaf serta beliau menjelaskan makna-makna ayat dan hukum-hukumnya dengan cuba sedaya upaya menjauhi daripada perbahasan tentang Irab dan pecahan-pecahan ilmu Balaghah lain. Di mana perkara-perkara itu dibahaskan secara teliti oleh umum ulama tafsir lain. Ibn Kathir cuba menjauhkan diri daripada membahaskan secara panjang lebar berkaitan dengan ilmu yang tiada kaitan dengan tafsir atau memahami al-Quran. Menurut Manna Khalil al-Qattan (2001), Ibn Kathir menafsirkan Kalamullah dengan membicarakan pula masalah jarh dan tadil yang diperlukan, mentarjihkan seahagian pendapat atas yang lain, menetapkan lemah pada sebahagian riwayat dan menyatakan sahih pada riwayat yang lain. Menurut Rosmawati lagi, Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat, beliau akan terlebih dahulu mengaitkan sesuatu ayat dengan ayat yang lain yang dikenali dengan tafsir al-Quran dengan al-Quran. Selepas itu barulah beliau mengaitkannya dengan Hadis dan menyatakan keterangannya. Selepas itu beliau mengaitkan dengan pendapat sahabat, Tabiin dan Ulama Salaf. Beliau sentiasa berbincang dan berhujah dengan gurunya dalam perkara yang mengelirukan demi memperolehi pendapat serta keputusan yang tepat. Dalam kitab Tafsirnya, Ibn Kathir amat teliti dan berhati-hati tentang perkara Israiliyat. Sebagaimana kata-kata beliau: Kami sekali-kali tidak akan memasukkan cerita Israiliyat di dalam kitab kami, melainkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak bercanggah dengan alQuran dan Hadis. Pendekatan inilah yang digunakan dalam penulisan kitab Tafsir al-Quran al-Azim yang cukup terkenal sebagai sumber rujukan para ulama tafsir dan masyarakat Islam.

Metodologi Penulisan Metodologi penulisan yang digunakan oleh Ibn Kathir dalam penulisan tafsirnya adalah seperti berikut:

1. Menafsirkan al-Quran dengan al-Quran. 2. Menafsirkan al-Quran dengan Sunnah. Seandainya tidak diperolehi melalui pentafsiran al-Quran maka opsyen yang digunakan menggunakan hadis. Ibn Kathir telah menggunakan metodologi penulisan dengan cara mentafsirkan alQuran dengan hadis-hadis sahih, athar-athar yang disandarkan kepada perawi yang sah dan thiqah dari kalangan sahabat, tabiin dan tabi al-tabiin. 3. Menafsirkan al-Quran dengan pendapat sahabat. Apabila tidak ditemui juga pentafsiran dengan hadis, maka dirujuk pula kepada pendapat para sahabat. Ibn Kathir menjadikan para sahabat sebagai rujukannya, kerana para sahabat adalah orang yang adil dan mereka sangat mengetahui keadaan turunnya wahyu. Ia menjadikan konsep ini berdasarkan riwayat di atas kata-kata Ibnu Masud: Demi Allah tidak suatu ayat itu turun kecuali aku tahu bagi siapa ayat itu turun dan di mana turunnya. Dan,jika ada seseorang yang lebih mengetahui dariku mengenai kitab Allah, pastilah aku akan mendatanginya. 4. Menafsirkan al-Quran dengan pendapat tabiin. Cara ini dikatakan adalah cara yang paling akhir dalam menafsirkan al-Quran dalam metod bilmathur. Beliau menggunakan cara ini kerana banyak para ulama tafsir melakukannya. Seperti perkataan ibn Ishaq yang telah menukil dari Mujahid, beliau memperlihatkan mushaf beberapa kali kepada Ibnu Abbas, dan ia menyetujuinya. Sufyan ats-Tsauri berkata, Jika Mujahid menafsirkan ayat cukuplah ia bagimu. Selain Mujahid, di antara ulam tabiin adalah Said bin Jabir, Ikrimah, Atha bin Rabah, Hassan al-Basri, Masruq bin al-Ajdi, Saiid bin Musayyab, Abu al-Aliyah, Rabi bin Anas, Qatadah, al-Dahhak bin Muzaahim Radiyallahu anhum.(Pustaka Imam Asy-Syafii, 2010) 5. Rayu atau akal. Pada dasarnya Ibn Kathir amat tidak berkenan jika rujukannya menggunakan akal yang tidak dilandasi dengan ilmu apapun. Jika ada, ia sangat tidak setuju bahkan mengharamkannya, sekalipun penafsirannya betul. Ini berlandaskan hadis barang siapa yang berbicara dalam al-Quran dengan rayunya, dan dengan sesuatu yang tidak diketahuinya, maka siap-sedialah menempati neraka. Sebaliknya, beliau membolehkan penafsiran dengan rayu yang di dasari dengan keilmuan. Ibn Abbas berkata. tafsir itu 4 jenis, orang Arab yang mengetahui orientasinya kerana bahasanya, tafsir seseorang yang tidak berdalil kerana ketidak tahuannya, tafsir yang hanya diketahui oleh para ulama sahaja dan tafsir yang hanya diketahui oleh Allah Taala sahaja.

6.Tidak suka menggunakan cara dan pendekatan yang sama. Ibn Kathir tidak suka menggunakan cara dan pendekatan yang sama dalam mentafsirkan ayatayat,serta beliau amatlah teliti dan berhati-hati serta amanah dalam menyampaikan ilmu dan penulisannya. 7. Ibn Kathir juga mengambil berat tentang ayat-ayat yang mempunyai beberapa makna dengan pendekatan atau kaedah membandingkan di antara mankna-makna tersebut di antara satu dengan yang lain. Seterusnya, beliau akan memilih dan mengemukakan mana-mana makna yang paling kukuh atau rajah, mengikut kesesuaian ayat yang ditafsir dan dibincangkan. 8. Ibn Kathir turut memberi peringatan terhadap ungkapan pelbagai pendapat ulama berkaitan hokum fekah, yang mana kadang-kala melibatkan perbincangan terhadap pendapat-pendapat yang mengemukakan dalil atau hujah menurut fahaman mazhab masing-masing. Sebagai rumusannya, Tafsir Ibn Kathir memberi penekanan kepada riwayat para mufassir salaf, serta menjelaskan makna-makna sesebuah ayat dan menerangkan hukum. Ia banyak memaparkan ayat yang bersesuaian makna. Antara lainnya, ia memberi penumpuan terhadap pentafsiran sesebuah ayat dengan hadis marfu yang mempunyai hubungan dengan ayat yang hendak ditafsirkan. Ibn Kathir juga mengemukakan athar para sahabat, pendapat tabiin dan ulama salaf. Ibn Kathir seperti gurunya Ibn Taymiyyah, bersikap tegas terhadap masalah israiliyat. Walaupun beliau menumpukan kisah-kisah Israiliyat dalam meriwayatkan sesebuah kisah, namun beliau sentiasa memberi peringatan samada secara langsung atau tidak langsung terhadap cerita-cerita Israiliyat itu. Oleh yang demikian, beliau memberi peluang kepada pembaca dan pengkaji untuk membuat penilaian sendiri terhadap riwayat yang beliau sampaikan. Sungguhpun begitu, riwayat Israiliyat yang sahih adalah sesuai dengan apa yang diajarkan oleh syariat Islam.

Rujukan Manna Khalil al-Qattan. 2001. Studi Ilmu-ilmu Quran. Pustaka Litera AntarNusa. Bogor. Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar Ulum Al-Quran. Ilham Abati Enterprise. Kuala Lumpur. Asmawi Haji Ehsan.2004. Ulum Al-Quran. Pustaka Haji Abdul Majid. Kuala Lumpur.

You might also like