You are on page 1of 4

Fonem Suprasegmental Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang

menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi.

Tekanan

Jeda
Fonem Suprasegm -ental

Kepanjangan

Intonasi

Tona

Tekanan Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti ki ta, ba pa, sa tu dan seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris tekanan boleh membezakan makna. Contohnya,

Prog res bermaksud kemajuan (kata nama) Pro gres bermaksud memajukan (kata kerja) Dengan perkataan conduct insult dan semuanya boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza.

Kepanjangan Ia juga disebut sebagia pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab, Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik . kepanjangan bunyinya

setengah mora ; dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik :: kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan. Contoh, sit bermaksud duduk, dan si:t bermakna tempat duduk.

Jeda Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau persendian ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna. Contoh, I scream saya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan

jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin). Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut: Belikan + tin membelikan tin = tin yang dibeli Beli + kantin membeli kantin = kantin yang dibeli Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contoh : Saya membaca buku kakak boleh dibezakan seperti berikut, 1. # Saya membaca buku kakak# (maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak) 2. # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)

Tona Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar, seperti ibu. Kedua tona meninggi, contoh guni. Ketiga tona turun-naik, contoh kuda dan akhir sekali tona menurun, contohnya marah. Yang kedua memakia tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi (keras) menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah

(lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah) menggunakan empat. Intonasi Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanyapula meninggi apaila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertuturan seharian.

You might also like