You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran / Kelas Tema / Tajuk Masa Bil.murid SP Objektif pembelajaran Dunia Sains & Teknologi / 3 Panglima Sains Hayat / Manusia 8.10 9.10 pagi 35 orang 2.1.1 dan 2.1.2 Di akhir pembelajaran, murid dapat: a) mengenalpasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham b) menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsinya. Set induksi 1. Guru bertanya soalan kepada murid samada mereka menggosok gigi atau tidak sebelum ke sekolah. 2. Murid diminta menunjukkan gigi masing-masing dan diminta melihat gigi rakan bersebelahan mereka. 3. Guru memanggil beberapa orang murid untuk bercerita tentang gigi rakan mereka (dari segi warna, bentuk dsb). Langkah 1 4. Guru menunjukan model gigi kepada murid. 5. Guru memperkenalkan tajuk yang hendak diajar. 6. Guru membimbing murid mengenal pasti jenis gigi, iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham (sambil menunjukan kedudukan gigi tersebut pada model gigi). 7. Murid diminta berbincang secara pasangan tentang fungsi gigi mengikut jenisnya. 8. Beberapa kumpulan diminta mempersembahkan hasil perbincangan mereka. 9. Guru membimbing murid menghubungkaitkan antara jenis gigi dan fungsinya (murid memperbetulkan jawapan mereka). Langkah 2 10. Murid diminta membentuk kumpulan seramai 7 orang. 11. Murid menjalankan aktiviti mencantumkan gambar. Aktiviti: a) Setiap kumpulan diberi manila kad dan dua sampul surat. Sampul surat 1 mengandungi gambar tiga jenis gigi yang telah digunting, manakala sampul surat 2 mengandungi fungsi-fungsi gigi. b) Murid diminta mencantum semula gambar dan tampal pada manila kad serta memadankan fungsi

Aktiviti P&P

dengan jenis gigi yang betul. 12. Murid mempersembahkan hasil kerja kumpulan mereka. Langkah 3 13. Murid membuat latihan pada lembaran kerja yang diberi. Penutup 14. Murid menyanyi lagu Gigi Saya mengikut lirik yang diberi. 15. Guru membuat kesimpulan tentang tajuk yang telah dipelajari. EMK Bahan Bantu Belajar Penilaian P&P Refleksi Nilai murni, TMK Model gigi, Manila kad, Sampul Surat, Gambar, Laptop, dan LCD Guru mengedarkan lembaran kerja Semua murid menguasai tajuk yang dipelajari.

Lampiran: Lirik lagu: Gigi Saya Saya ada gigi cantik, putih, bersih sekali, Hari-hari gosok gigi, Gigi kuat, senang hati. Gigi kacip .. potong-potong, Gigi taring.. koyak-koyak, Gigi geraham... hancur-hancur, Itu fungsi gigi saya.

You might also like