You are on page 1of 42

DEFINISI KOLABORASI

Kolaborasi adalah perkembangan dan pengekalan

yang positif, hormat-menghormati, perhubungan egalitarian dan saling bekerjasama dalam menyelesai masalah dan perkongsian dalam membuat keputusan melalui proses perundingan. Kolaborasi adalah usahasama di antara beberapa pihak, kumpulan, organisasi atau disiplin untuk melaksanakan sesuatu projek.

PIHAK YANG TERLIBAT:


a) Kaki tangan sekolah seperti guru besar, guru pendidikan khas, guru resos, guru kelas, pentadbir dan staf sokongan sekolah. b) Pakar-pakar perubatan, terapi, jurupulih, patologis, jururawat, pakar motivasi, polis, bomba dan lainlain.

c)Ibubapa,penjaga dan ahli keluarga. d)Persatuan-persatuan dalam komuniti. e)Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan lain-lain. F)Organisasi bukan kerajaan (NGO)

Antara sebab mengapa perlunya ada kolaborasi dan kerjasama dalam pendidikan khas di sekolah adalah :a) Menjalankan diagnosis tentang ketidakupayaan dan tahapnya. b) Setiap jenis ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan pengendalian yang berbeza. c) Membuat keputusan mengikut pendapat majoriti tentang penempatan jenis persekolahan.

d) Setiap individu memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan yang berbeza. e) Pendidikan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk dikendalikan. f) Setiap kanak-kanak khas mempunyai masalah sampingan yang berkait rapat dengan masalah kefungsian dan kebolehan untuk belajar. Oleh itu mereka perlu dirujuk kepada beberapa pakar.

g) Pendidikan khas memerlukan sumber kewangan yang besar. h) Masalah tingkah laku dan pembelajaran dalam kelas biasanya dapat diselesaikan dengan lebih efektif jika terdapat usahasama antara pihak-pihak tertentu terutama sekali guru dan ibu bapa.

Penyelaras kehendak

PERANAN IBUBAPA

Pendidikan

Pendorong

Pemberi Maklumat

Seligman dan Darling (1989) mecatatkan

ibubapa mempunyai cabaran dan beban yang tidak diketahui oleh orang lain dalam memenuhi kehendak meraka. Kewangan - mendapatkan rawatan, keperluan perubatan, terapi, alatan khusus, pengangkutan khas. Mendaftar anak mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri(JPN).

-Ibubapa menentukan jenis pendidikan anakanak. Penglibatan ibubapa di sekolah -penglibatan dalam program RPI. -Membincangkan pelajaran si anak dengan guru. -menghadiri mesyuarat -membuat keputusan. -meneliti rancangan. -memeriksa rekod anak.

Penglibatan ibubapa di rumah -menentukan jadual menonton televisyen.

Memastikan kerja rumah dapat disiapkan. -memberi sokongan dan seliaan dalam aktiviti pembelajaran di rumah. -mengajar kemahiran asas:Memahami panggilan nama. Mengenali nama objek. Memadankan gambar. Mengenal warna. Mengenalpasti bentuk.

Memberi maklumat yang cukup mengenai orang lain

supaya dijadikan role-model oleh anak.


Ibubapa sendiri boleh manjadi role-model tingkahlaku

kepada anak. Cth:- menunjukkan mereka petunjuk yang konkrit berkenaan apa yang patut meraka buat dan apakah peribadi yang patut ditonjolkan.

Kanak-kanak istimewa yang mempunyai minat tertentu

dan perlu didorong oleh ibubapa ke peringkat yang termampu oleh kanak-kanak itu. Apabila kanak-kanak menunjukkan bukti mempunyai darjah minat yang tinggi dalam sesuatu bidang, mereka akan menghasilkan pencapaian yang tinggi dan memperoleh kejayaan. Minat perlulah dirancang dengan mengetengahkan kejayaan orang lain. Ibubapa tidak boleh menghalang minat kanak-kanak yang mencerminkan keinginan ibubapa itu sendiri.

PERANAN GURU

Guru-guru Pendidikan Khas


Bertugas sepenuh masa mengajar dan

membimbing pelajar Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti kokurikulum kepada pelajar Menjalankan diagnostik atau ujian kecerdasan mental dan fizikal pelajar Menentukan kelas mengikut tahap kecerdasan mental pelajar

PERANAN KOMUNITI

PERANAN KOMUNITI
Khidmat kepakaran dalam

komuniti Khidmat antara agensi

Khidmat kepakaran dalam komuniti


Memberi rawatan percuma
Latihan kemahiran Khidmat nasihat Sokongan moral Bantuan kemahiran

Khidmat antara agensi


Persatuan (pembaca/menyumbang

tenaga/memberi latihan) Agensi bkn kerajaan (bantuan kewangan/bantuan alatan) Jabatan-jabatan (fasiliti dan kemudahan kesihatan) Khidmat sukarela (persatuan dan pertubuhan untuk aktiviti lawatan, sukan dan rekreasi)

Membantu kakitangan di pusat-pusat persatuan sukarela Membantu guru-guru khas bagi menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Belajar bahasa isyarat atau kod tangan untuk menggalakkan komunikasi dengan murid-murid pekak. Membantu dalam pengutipan wang untuk tabung sekolah/persatuan sukarela.

Membantu guru dalam kelas khas dengan memberi tuisyen individu, kerja kumpulan atau mengawasi kegiatan kokurikulum murid khas.

PERANAN PROFESIONAL

KHIDMAT SOKONGAN KEPAKARAN


Jurupulih (Pakar Terapi )
Pegawai perubatan

Jururawat
Pegawai kebajikan Kaunselor

Juru pulih (pakar terapi)


Pakar terapi pertuturan
Pakar terapi fizikal (fisioterapi) Pakar terapi muzik Pakar pediatrik Pakar neurologi Pakar audiologi

Pakar terapi pertuturan


Bertanggungjawab terhadap terapi pertuturan

dengan cara mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan. Membantu murid-murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui asas tertentu. Aktiviti yang dijalankan seperti lisan,meniup belon,meniup kertas di atas air,mengetap bibir,dan sebagainya.

Pakar terapi fizikal (fisioterapi)


Membantu murid-murid yang

mempunyai masalah kawalan motor Menafsirkan fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak Memberi latihan kemahiran hidup dan mengurus diri

Pakar terapi muzik


Untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar.
Digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis. Murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Menggunakan muzik bagi merangsang minda dan menarik perhatian murid.

Pakar pediatrik
Bertanggungjawab untuk

mengdiagnostik Merawat kanak-kanak Mengesan punca masalah pembelajaran

Pakar neurologi
Bertanggungjawab untuk

mendiagnostik Mengubati penyakit yang berkaitan dengan neurologikal. Mengawal kanak-kanak hyperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan kanak-kanak tersebut ubat rilatin untuk mengawal keaktifannya.

Pakar audiologi
Mengesan tahap pendengaran
Menentukan jenis dan tahap

masalah pendengaran Memberi bimbingan kepada murid, ibubapa, dan guru

Pegawai perubatan
Menimbang syarat khidmat sokongan dengan

tidak mengenakan bayaran kepada ibu bapa. Mendiagnosis dan menilai khidmat perubatan yg diperlu oleh orang kurang upaya. Mencadangkan kes mengikut rundingan jawatankuasa.

Jururawat
Merawat kanak-kanak yang menghadapi masalah

kesihatan. Memberi khidmat nasihat tentang cara pemakanan yang betul kepada ibu-ibu mengandung.

Jabatan kebajikan masyarakat


Mendaftar sebagai orang kurang

upaya Membantu mendapatkan pekerjaan Menyediakan bengkel-bengkel terlindung Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti serta taraf hidup

kaunselor
Memerhati pelajar dari segi tingkah laku dan emosi.
Memberi nasihat serta mengsyorkan pendekatan yang bersesuaian pada guru-guru khas dan ibu bapa. Membantu untuk menyelesaikan masalah peribadi. Membentuk sistem untuk mengurangkan tingkah laku Disruptif atau Distruktif.

DEFINISI (NGO)
NGO merupakan badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan badan kebajikan di seluruh Malaysia. Ia melaksanakan perkhidmatan yang pelbagai jenis dengan beberapa bentuk fungsi kemanusiaan.

Antara peranan yang dilaksanakan oleh

NGO dalam Pendidikan Khas adalah:

1) 2)

Mengadakan pusat - pusat latihan. Mewujudkan Pemulihan Dalam Komuditi (PDK), iaitu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri. Memberi pendidikan dan latihan kepada golongan kurang upaya untuk membolehkan mereka berdikari.

3)

4) Memberikan khidmat bantuan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Contohnya, bantuan daripada segi kewangan dan peralatan.
5) Bekerjasama dengan guru terutamanya ibu bapa dalam memberi teknik-teknik terkini dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas.

You might also like