Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembelajaran dan Kajian Bahasa Melayu

Pembelajaran dan Kajian Bahasa Melayu

Ratings: (0)|Views: 4,246|Likes:

More info:

Published by: Drs. Islyas Mahyudin on Mar 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

09/11/2013

pdf

 
Pembelajaran dan Penelitan Bahasa Melayu di Thailand danPemanfatan TIK 
Islyas MahyudinThaksin University, Songkhla, Thailand
Pengenalan
Makalah ini mencuba menghuraikan perkembangan Bahasa Melayu (BM) di selatanThailand dari sudut pengajaran dan penelitian serta melihat sejauh mana telahmemanfaatkan TIK yang ada. Pemanfaatan TIK dalam pengjaran dan penelitian BMdi selatan Thailand perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan penelitian BM di wilayah tersebut.
Sekilas Tentang Perkembangan BMP
Secara geografis, penyebaran bahasa Melayu di Thailand meliputi kawasan yang luas.Amorn Thwisap (1987) dalam kajiannya, sepertim dipetik Ruslan Uthai (2008),menemukan penggunaan bahasa Melayu tersebar, selain di tiga wilayah sempadanselatan Thailand, juga terdapat di beberapa kawasan selatan yang lain, sepertiSongkhla, Setul, Nakhonsithammarat, Kerabi, Phuket, Phatlung, Terang danSuratthani. Selain kawasan-kawasan itu, penggunaan bahasa Melayu juga tersebar dikawasan tengah, iaitu Bangkok, Samutprakan, Nonthaburi dan Pathomthani (Tadmor ;1995 dalam petikan Ruslan Uthai : 2008). Bagaimana pun, menurut Ruslan (2008 : ), bahasa Melayu di kawasan-kawasan tersebut digunakan dalam masyarakat minoriti,kecuali di tiga wilayah selatan, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, bahasa Melayudigunakan dalam masyarakat mayoriti, iaitu suatu rumpun masyarakat Melayu, sepertiyang disebut Astri Suhkre (1989 : 1) : “They are Malays of the Malayo-Polynesianethnolinguistic group…”Menurut Ruslan Uthai, sekitar 80-85 penduduk yang tinggal di wilayah-wilayahtersebut menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan sehari-hari. Pada tahun 1989diperkirakan jumlah penutur Bahasa Melayu Patani (BMP) mencapai 1 juta orang(International Encyclopedia of Linguistics, Vol.2, 1992) Dengan demikian bahasaMelayu Patani, yang termasuk salah satu daripada keluarga bahasa Austronesia1
 
(Ruslan Uthai, 1999) itu, dapat dianggap sebagai bahasa ibunda bagi penduduk Melayu di selatan Thailand, sebagaimana juga bahasa Melayu di Berunei yangdikatakan mencapai taraf bahasa ibunda kerana merupakan bahasa bagi 60 peratus penduduk (Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia, 1998:56).Walaupun pun sebagai bahasa daerah atau dialek, BMP mempunyai peranan yangluas, seperti dinyatakan oleh Worawit Baru (1990) “BM pula berfungsi sebagaisebuah bahasa vernakular penduduk minoriti di Negeri Thai. Namun demikian peranannya berlainan dengan bahasa-bahasa vernakular lain di negeri itu. Selain jumlah penututr BM yang melebihi dua juta orang, BM berfungsi sebagai bahasa berdefusi luas di WSST yang dikaitkan statusnya dengan agama Islam, sepertimenjadi bahasa yang digunakan dalam semua urusan kegamaan, bahasa pengantar  pendidikan agama Islam dsb” (Worawit : 169). Sementara itu, Paitoon M.Chaiyanaradalam kertas kerjanya :
 Lama Waktu Pemencilan Antara Dialek Patani dan Dialek Orang Laut di Perairan Mayanmar dan Thailand (1999),
mengatakan “Kini Dialek Melayu Patani memain peranan yang luas hingga dijadikan sebagai bahasa pengantar diinstitusi pengajaran agama di Selatan Thai.” Begitupun dalam pergaulan harian danupacara adat , “..jelas terlihat peranan Dialek Melayu Patani digunakan sepenuhnya.”(Paitoon,1999 : 11) Bahkan dalam lapangan pendidikan, BMP dikatakan berkembangsemakin meningkat, sebagaimana dinyatakan oleh James T. Collins (1999 : 18) : “DiThailand sahaja jumlah mahasiswa yang belajar bahasa Melayu telah meningkat daninstitusi yang menawarkan kurusus bahasa Melayu kini berlipat ganda.”Dalam perkembangan yang terbaru, Ruslan Uthai (2008 : ) mengatakan :…dewasa ini Kerajaan (Thai) telah membuka peluang agak luas bagi penggunaanBMP, seperti penggunaan BMP dalam siaran radio dan televisyen, menyusunrancangan kursus bahasa Melayu, menyediakan anggaran untuk tenaga pengajar  bahasa Melayu di berbagai universiti dan juga Rancangan Sekolah Dwibahasa telah pun dilaksanakan di tiga wilayah selatan Thailand.” (terjemahan pengkaji)Menurut Sayed Abdullah Al-Jufri (2008 : 8), Rancangan Pembelajaran danPengajaran Dwibahasa (selepas ini RPPD) akan diselenggarakan sejak dari jenjang pendidikan tadika sehingga ke darjah 6 pada jenjang pendidikan dasar ( selama 9tahun). RPPD merupakan lanjutan daripada beberapa rancangan sebelumnya iaituRancangan Penyusunan Kamus BMP, Rancangan Pembinaan Sistem Tulisan BMP2
 
dengan menggunakan abjad Thai dan Jawi, dan Rancangan Pemantauan SituasiBahasa di tiga wilayah sempadan Thailand (iaitu memantau penggunaan bahasadalam kehidupan sehari-hari, termasuk kebolehan berbahasa, dan sikap orang ThaiMuslim (penutur BMP – pengkaji) terhadap bahasa berkenaan. Tujuan dilancarnyaRPPD ialah supaya menjadi model suatu institusi pendidikan dwibahasa bagi generasimuda Thai Muslim yang menutur dialek Melayu, dengan sasaran utama adalah untuk membina generasi muda rumpun Melayu di wilayah sempadan selatan Thailand agar mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, kerjaya dan kehiduapan bermasyarakat,mampu menjaga jatidiri etnik, menutur dan menulis dalam dua bahasa, iaitu bahasadaerah dan bahasa Thai, mampu menempatkan diri dalam kontek budaya Melayu dan juga sebagai warga negara Thai.Sehubungan dengan perkembangan di atas, Syed Abdullah Al-Jufri (2008 : )memandang perlunya ada usaha untuk membakukan BMP (dialek Patani) , “sebabapabila kegiatan pengajaran itu semakin meningkat di masa akan datang, makakeperluan terhadap kepiawaian bahasa tersebut semakin penting pula.” (terjemahan pengkaji). Bagaimana pun menurut Syed Abdullah : (2008 : ) “Pembakuan bahasadaerah itu berada pada tahap mengkaji sistim bahasa tersebut.” Berikutan dengan perkembangan tersebut, maka terdapat berbagai usaha untuk menentukan lambang bagi sebutan BMP (dialek Melayu Patani), yang akan digunakan di sekolah-sekolahKerajaan.Bagaimana pun menurut pandangan pengkaji, usaha pembakuan Dialek MelayuPatani, termasuk menentukan lambang tulisannya tidak akan memberikan kesan yangmenguntungkan terhadap keberadaan BMP itu sendiri. Kerana BMP sebenarnyaadalah bahasa Melayu yang sama seperti bahasa Melayu lainnya yang telahmempunyai sistem tulisannya tersendiri, iaitu tulisan jawi dan tulisan rumi. Bagi pengkaji, upaya untuk menetapkan sistem tulisan bagi sebutan dialek tidaklah perlukerana ia akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu Baku sebagai bahasa Nusantara dan bahasa ilmu. Dialek Melayu Patani haruslah difahami sebagai variasidialek Melayu, bukan bahasa baku atau bahasa formal. Kenyataan tentang BMP ini pula dikemukakan oleh Sayed Abdullah (2008 : ) sebagai berikut :3

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
Islyas Mahyudin liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
nico liked this
Hasnah Dumeedae liked this
Hasnah Dumeedae liked this
Hasnah Dumeedae liked this
azimahmb liked this
Kamika Lassa liked this
mah75 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->