You are on page 1of 4

TRANSKRIP TEKS UCAPAN YAB.

DATO SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA 2 JULAI 2012

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri serta warga JPM. Alhamdulillah kita dapat mengadakan perhimpunan bulanan sekali lagi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, 2. Sebagai sebuah perkhidmatan awam, kita sentiasa berusaha dengan

gigih serta bersungguh-sungguh dan kita melakukan secara terancang untuk mencapai peningkatan dari segi prestasi supaya rakyat akan merasakan sebuah perkhidmatan sebagai sebuah kerajaan. Kita sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat dan rakyat. Dalam pertemuan saya dengan Ketua Setiausaha Negara yang baru, YBhg. Dato Dr. Ali Hamsa saya telah menekankan bahawa sebagai sebuah perkhidmatan kita perlu dikenali dengan beberapa ciri, yang boleh kita jadikan sebagai panduan. Ciri-ciri itu adalah penegasan dan tumpuan yang perlu kita lakukan supaya kita tidak bergerak sebagai urusan biasa atau pun bussines as usual tetapi dalam ingatan kita, dalam minda kita,

kita ada sedikit sebanyak panduan yang perlu kita berikan dalam penugasan seharian kita. 3. Sehubungan dengan ini saya dapat simpulkan dengan akronim city

tapi ini bukan city scan tapi CTI. Yang Pertama CTI, maknanya Cepat, Tepat dan berIntegriti. Ini perlu disokong dengan satu lagi akronim yang boleh jadi tumpuan kita yakni PCI, Produktiviti, Kreativiti, Inovasi. Saya fikir kalau kita ingat kepada dua akronim CTI dan PCI ia mencerminkan proses pembaharuan yang perlu kita lakukan, proses yang lebih inovatif yang kita ingin sebagai sebuah perkhidmatan dan kerajaan sentiasa mencari ideaidea baru, idea-idea yang lebih bernas kadang-kadang tidak begitu konvensional tetapi yang penting adalah bukan output tetapi outcome yakni keberhasilan. 4. Kalau kita gunakan ideologi EURO 2012, Sepanyol menang tanpa

ada striker, enam midfielder masing-masing boleh menjaringkan gol. Satu bentuk formation yang unconventional, untested tapi akhirnya berjaya menjadikan Sepanyol sebagai juara Eropah. Sebagai sebuah kerajaan juga kita sentiasa mencari idea-idea yang ada kelainan. Salah satu kejayaan muktakhir ini menepati PCI dan CTI ialah apabila kita dapat mewujudkan Urban Transformation Center/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula di Melaka dalam tempoh enam minggu sahaja. Ianya menjadi kenyataan. Apa yang menarik perhatian saya bila saya telah melawati bangunan tersebut ialah bahawa kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang dulunya begitu compartmentalize, yang dulunya dalam silo masing-masing tetapi sekarang ini dalam satu bumbung. Di mana sebagai seorang rakyat kalau kita hendak bayar cukai tanah, cukai pintu, zakat, bayar income tax, bayar saman, tukar mykad kita, dapatkan international passport, kita boleh

berurusan di bawah satu bumbung dan tempoh masa pembukaan pejabat itu ialah antara 8.30 pagi sampai 10.00 malam tiap-tiap hari. Ini merupakan satu pembaharuan. Mungkin tidak ada negara lain di dunia yang ada perkhidmatan seperti ini, yang mampu sediakan untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada rakyat. Inilah yang saya maksudkan supaya kita sentiasa fikir, cari idea baru di bawah lembayung gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan . 5. Saya percaya kita boleh terus perjuangkan perkhidmatan kepada

rakyat. Berkaitan dengan ini, di dalam majlis ini, sukacitalah saya menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memenangi anugerah UN Public Services Awards (United Nations Public Service Awards) di bawah Advancing Knowledge Management in Government dan hadiah itu diberikan kepada usaha kita untuk mensifarkan kemiskinan melalui konsep e-Kasih yang dibangunkan oleh ICU [Unit Penyelarasan Pelaksanaan]. 6. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ketua Pengarah ICU

dan warga ICU di atas kejayaan ini yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Ini bukanlah calang-calang award tapi inilah anugerah yang diberi oleh United Nations dan inilah satu kebanggaan bagi kita walaupun ada juga pihak yang cuba menidak apa yang kita hendak lakukan kerana tujuan dan motif politik, tetapi kita mesti yakin bahawa usaha kita dengan niat yang baik, insyaAllah boleh mencapai kejayaan dan pengiktirafan di peringkat nasional. Kita akan teruskan usaha kita, kejayaan demi kejayaan walaupun ada rintangan, walaupun ada usaha untuk menggagalkan apa yang hendak kita lakukan, tapi kalau kita tabah, kita gigih, lambat laun kebenaran akan timbul jua.

7.

Satu lagi contoh ialah listing Felda Global Ventures di mana peringkat

awalnya macam-macam usaha dilakukan, nak digagalkan. Ada yang tuduh Felda bankrap, ada yang kata bahawa Felda listing ini tak boleh, nak buat injunction, macam-macam perkara tapi akhirnya bila listing, kita berjaya, kita menongkah arus kedua terbesar listing dunia capital market. The second largest in the word selepas facebook dan pencapaiannya lebih baik daripada facebook sebab facebook ini merudum tapi nilai saham Felda Global Ventures melonjak hampir 20%. 8. Kesimpulannya tuan-tuan dan puan-puan, kita kena yakin dan tabah

sebab ada pihak yang cuba eksploit semata-mata bertujuan politik. Semata-mata hendak duduk di Putrajaya. Tetapi kita tetap pertahankan Putrajaya kerana kita yakin dan percaya hasrat kita itu insyaAllah akan dapat rahmat dari Allah s.w.t . Terima kasih saya ucapkan dan saya berharap tuan-tuan dan puan-puan akan beri kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Setiausaha Negara yang baru dan kita akan bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan berdasarkan kepada perkhidmatan yang cepat, tepat, beringeriti dan memberi tumpuan kepada produktiviti, kreativiti dan inovasi. Assalamulaikum warahmatullahi wabarakartuh

You might also like