• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PKG JOHOL
Pusat Kegiatan Guru Johol terletak di dalam kawasan Sekolah KebangsaanUndang Johol. Terletak 20 Km dari Pejabat Pelajaran Kuala Pilah. Ahlinyaterdiri daripada 9 buah sekolah kebansaan, 4 buat sekolah jenis kebangsaandan 3 buah sekolah menengah.
1.1 Latar Belakang.
Dari segi sejarah,penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PSTdiubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD), iaitu selaras dengan konsepdan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (BTPN)di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.Pada Tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber PendidikanDaerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buahsekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurangperbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakanperkhidmatan penjiman alatan dan membina bahan pengajaran danpembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPDsebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar denganasas teknologi pendidikan ( teknopen).Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buahbangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunansekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberigambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut ( lampiran1 ) Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi PerkhidmatanAwam( Lampiran 2 ) sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.
1.2 Objektif.
· Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen· Mengumpal dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnyadalam teknopen ke sekolah-sekolah.
 
· Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).· Membantu dalam menghasil bahan sumber pengajaran dan pembelajaranuntuk sekolah-sekolah.· Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologimaklumat.· Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikanuntuk guru-guru dan masyarakat setempat.
1.3 Konsep.
PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-gurukhususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopendalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan PusatSumber Sekolah (PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari danFalsafah Pendidikan Negara. PKG juga dijadikan pusat perkembanganprofesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
1.4 PKG Sebagai Prasarana Pendidikan.Siapa ?
Pengguna· Guru· Masyarakat setempatPelaksana· Pegawai BTPN dan Penyelaras PKG· AJK Penasihat Teknopen· JK Pengurusan Aktiviti PKG· Pemimpin Tempat
Mengapa ?
· Pemangkin dalam aplikasi teknopen untuk pendidikan bestari· Memenuhi keperluan profesional guru-guru setempat dalam teknopen bagimeningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana ?
· Melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
Di mana ?
· PKG· Sekolah Kelompok
Bila ?
· Mengikut perancangan dan keperluan semasa
Jaringan PKG.PENGOPERASIAN PUSAT KEGIATAN GURU.
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP.
 
Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan. BTP, selakuketua aktiviti menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN iaitu PusatTanggungjawab (PTJ).Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggidaripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasakesepunyaan terhadap PKG.STRUKTUR PENGURUSAN ORGANISASI AKTIVITI PKG.
Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.
Bertanggungjawab merancang aktiviti bagi mempertingkatkan keberkesananpengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan. Membantudalam pembangunan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dengan lebihefisien.
Peranan Jawatankuasa Kerja.1. Latihan Dan Penghasilan.
· Merancang dan melaksana program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG· Mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti latihandan penghasilan bahan teknopen mengikut keperluan setempat.· Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi keperluan tindakan susulan.
2. Pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
· Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolahahli.· Merancang dan melaksana program dan aktiviti PSS.· Memupuk badaya membaca.· Mewujudkan pakatan strategik dengan pelbagai agensi yang relevan.· Memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian sumber.
3. Teknologi Maklumat.
· Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dalampengajaran dan pembelajaran.· Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaanteknologi maklumat.· Mengintergrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan danpenggunaan PSS.
4. Sosial Dan Kebajikan.
· Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal daninformal dengan terancang.· Mengguna kemudahan rekreasi dan bergotong-royong.· Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan,pihak swasta danpertubuhan sosial untuk kecemerlangan pendidikan setempat.· Menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolahuntuk mencapai matlamat PKG
Peranan Pegawai Teknologi Pendidikan.
· Melaksanakan tugas berdasarkan sasaran kerja tahunan (SKT) dan kerjautama PKG.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...