Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuaidigunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar bolehdisesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakandengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai,sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran.Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya bolehmenggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alatseperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih.
Latar Belakang Pelajar
Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkarayang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar.Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkatrendah.Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atauguru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut.
Jumlah dan susunan pelajar
Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah anghendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalahdari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru bolehmengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagimemilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah-