You are on page 1of 15

TAJUK 2 Aktiviti 1 :

1.

Nyatakan implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran murid-

murid pendidikan khas.

a) Masalah penglihatan Untuk memberi gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah, guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah,benarkan pelajar tersebut memegang guru. Semasa mengajar guru hendaklah menggunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama. Benarkan murid menggunakan cara mereka sendiri untuk belajar seperti menjilat objek yang baru bagi mereka tetapi perlulah diawasi oleh guru. Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengan mereka supaya mereka menyedari kehadiran kita berhampiran mereka dan minta mereka juga melakukan perkara yang sama.

b) Masalah pendengaran Guru hendaklah mengajar murid-murid ini cara untuk mereka menyampaikan idea, kehendak dan melepaskan perasaan mengikut cara yang sesuai. Ini kerana mreka tidak dapat bertutur untuk menyampaikan hal-hal tersebut. Murid-murid yang boleh mendengar suara yang kuat, perlu diajar mendengar dan bercakap dengan baik kerana mereka selalunya mengalami perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka juga boleh diajar berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. Bagi mengatasi masalah murid yang suka meradang dan kurang tumpuan, guru perlulah kreatif dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik. Guru juga perlu mengajar murid berkaitan bacaan bibir supaya murid mudah memahami percakapan orang lain melalui pembacaan bibir.

c) Masalah pembelajaran Bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keperluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada RPI Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.

2.

Berikan satu contoh pengajaran yang mengaplikasi salah satu teori di atas.

Untuk soalan ini saya telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian seperti di muka surat sebelah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP

KELAS TARIKH MASA TAJUK KEMAHIRAN

: PPKI Harapan : 23 Februari 2013 : 9.00 pagi 10.00 pagi (1 jam) : Mari belajar memakai kemeja : Kognitif : Murid dapat menyatakan perbezaan baju kemeja yang

mempunyai butang dengan baju biasa yang tidak berbutang Psikomotor : Murid dapat membuka dan memasang butang baju kemeja dengan betul Afektif : Murid dapat memakai kemeja dengan betul dan kemas.

BILANGAN MURID

: 5 orang

Kumpulan 1 Nama Pelajar 1. Nur Fathin Nabila Bt. Md. Hashim 2. Muhd. Ikhwan Shafiq B. Ismail 3. Abdul Majeed B. Zainuddin Kategori Slow learner Slow Learner Slow Learner

Kumpulan 2 Nama Pelajar 1. Muhd. Idham B. Abdullah 2. Nurfazreen Nabihah Bt. Zakaria Autisme Sindrom Down Kategori

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid-murid telah mempelajari jenis pakaian dan ciri-cirinya.

OBJEKTIF/ HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : i) Kumpulan 1 : Menyatakan langkah memakai kemeja dengan betul : Menunjukkan cara memakai kemeja dengan betul

ii)

Kumpulan 2 : Menunjukkan cara memakai kemeja dengan betul

PERENTASAN KURIKULUM : Pengurusan Diri dan Pendidikan Seni

PENYERAPAN NILAI : Yakin, Sistematik, teliti dan sabar.

UNSUR TERAPI : Fisio

BAHAN BANTU MENGAJAR : Baju kemeja,cermin

TEORI YANG DIGUNAKAN : Teori Pemodelan Bandura

PROSES P&P :

LANGKAH / MASA Set Induksi ( 5 minit) Soalan : 1.

ISI PELAJARAN Soal jawab bersama murid

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

1. Guru bersoal jawab dengan murid. 2. Guru menyatakan tajuk pelajaran.

Nilai : Yakin

Siapa yang tahu pakai kemeja ?

Langkah 1 (10 minit)

Ciri baju kemeja Berkolar Butang & lubang Lengan

1. Guru memaparkan sehelai baju kemeja di papan tulis 2. Guru melabelkan bahagianbahagian baju kemeja.

Nilai:Teliti Unsur terapi: Fisio BBM: Kemeja Perentasan kurikulum: Pendidikan Seni

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Langkah 2 (15 minit)

Cara memakai kemeja.

1. Guru menunjuk cara memakai

Nilai : Sabar

1. Letakkan baju di atas meja, baju kemeja. hadapan baju menghadap ke atas. 2. Pegang kolar baju dengan kedua tangan. 3. Masukkan tangan kanan ke lubang lengan baju bahagian kanan. 4. Kemudian masukkan tangan kiri ke lubang baju bahagian kiri. 5. Bermula dari bawah, Perentasan kurikulum : Pengurusan diri BBM :Kemeja Unsur terapi : Pertuturan

masukkan butang baju ke dalam lubangnya dengan

berhati-hati. 6. Setelah siap, tarik baju ke bawah supaya kemas. 7. Berdiri di hadapan cermin untuk melihat hasilnya.

Langkah 3 ( 15 minit)

Langkah2 memakai baju kemeja ( Rujuk langkah 2)

1. Guru meminta murid menunjukkan cara memakai kemeja. 2. Guru menilai semasa murid memakai kemeja dan bagi peneguhan kepada murid.

Nilai : Sistematik

Unsur terapi : Fisio

BBM :Kemeja

Perentasan kurikulum : Pengurusan diri

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN Nilai :Teliti

Langkah 4 (10 minit)

Amali memakai kemeja

1. Guru membahagikan kepada dua kumpulan. 2. Guru minta murid memilih salah seorang ahli kumpulan sebagai model untuk aktiviti memakai kemeja. 3. Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilakukan. Perentasan kurikulum: Pengurusan Diri BBM: Kemeja Carta cara memakai kemeja Unsur terapi :Fisio

Penutup (5 minit)

Soal jawab bersama murid Soalan : 1. Penting atau tidak kita membutang baju dengan betul ? 1. Guru bersoal jawab dengan murid

Nilai : Yakin

Unsur terapi :Fisio, pertuturan Perentasan kurikulum : Pengurusan diri

Aktiviti 2 :

1. Rancangkan Analisis Tugasan untuk Kemahiran Memasak , teknik-teknik mengoreng, merebus, membakar dan memanggang. a. Teknik Menggoreng Kentang Goreng

Analisis Tugasan : Teknik Menggoreng Nama Murid : .. Kemahiran : Menggoreng kentang

Bil

Aktiviti

DBS

DBG

TBG

Catatan

Tarikh mula

Tarikh mula

Tarikh mula

1.

Ambil sebiji kentang dan pisau

2.

Kupas kulit kentang menggunakan pisau

3.

Potong kentang kepada 6 bahagian memanjang

Bersihkan kentang yang telah dipotong dan masukkan ke dalam mangkuk

5.

Ambil secubit garam dan gaulkan bersama kentang

6.

Letakkan kuali di atas dapur

7.

Tuangkan kira-kira secawan minyak ke dalam kuali

8.

Hidupkan api. Guna api yang sederhana

9.

Tunggu minyak hingga panas iaitu kira-kira 1 minit

10.

Apabila minyak sudah panas, masukkan kentang ke dalam kuali

11.

Goreng kentang sambil dikacau sedikit menggunakan sudip

12

Tunggu sehingga masak iaitu apabila kentang kuning keperangan.

13.

Tutup api

14.

Keluarkan kentang daripada kuali dan masukkan kentang ke dalam pinggan

DBS : Dengan Bantuan Sepernuhnya

DBG : Dengan Bimbingan Guru

TBG : Tanpa Bantuan Guru

b. Teknik Merebus Telur Rebus

Analisis Tugasan : Teknik Merebus Nama Murid : .. Kemahiran : Merebus telur

Bil

Aktiviti

DBS

DBG

TBG

Catatan

Tarikh mula 1. Ambil sebiji telur

Tarikh mula

Tarikh mula

2.

Basuh telur di singki

3.

Masukkan 2 cawan air di dalam periuk yang kecil

Letakkan periuk di atas dapur

5.

Masukkan telur ke dalam periuk

6.

Hidupkan api

7.

Tunggu sehingga air mendidih

8.

Biarkan telur direbus dalam air mendidih kira-kira 3 4 minit

9.

Tutup api

10.

Keluarkan telur daripada periuk menggunakan senduk berlubang.

11.

Masukkan telur rebus kedalam mangkuk.

DBS : Dengan Bantuan Sepernuhnya

DBG : Dengan Bimbingan Guru

TBG : Tanpa Bantuan Guru

c. Teknik Memanggang Sosej Panggang

Analisis Tugasan : Teknik Memanggang Nama Murid : .. Kemahiran : Membakar Sosej

Bil

Aktiviti

DBS

DBG

TBG

Catatan

Tarikh mula 1. Keluarkan sosej daripada peti sejuk beku dan biarkan kira-kira 5 minit (nyah bekukan sosej) 2. Letakkan alat pemanggang di atas dapur gas 3. Hidupkan api. Biarkan alat pemanggang dipanaskan. 4 Keluarkan sosej dari plastik

Tarikh mula

Tarikh mula

5.

Susun sosej di atas alat pemanggang menggunakan penyepit

6.

Balik-balikkan sosej menggunakan penyepit

7.

Panggang sehingga sosej masak iaitu kira-kira 3 hingga 5 minit.

8.

Angkat sosej menggunakan penyepit

9.

Susun sosej di dalam pinggan

DBS : Dengan Bantuan Sepernuhnya

DBG : Dengan Bimbingan Guru

TBG : Tanpa Bantuan Guru

Aktiviti ini adalah menggunakan alat pemanggang yang menggunakan dapur gas.

d. Teknik Membakar Roti Tuna Bakar

Analisis Tugasan : Teknik Membakar Nama Murid : .. Kemahiran : Membakar Roti

Bil

Aktiviti

DBS

DBG

TBG

Catatan

Tarikh mula 1. Ambil dulang pembakar

Tarikh mula

Tarikh mula

2.

Balut dulang pembakar dengan alunimium foil dan letak di tepi

3.

Ambil tin ikan tuna

Buka penutup tin ikan tuna

5.

Keluarkan isi ikan tuna dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan

6.

Keluarkan 4 keping roti dari bungkusan plastik

7.

Sapu mayonis pada permukaan setiap roti

8.

Kemudian sapukan sos tomato pada setiap permukaan roti tadi dan ratakan

9.

Susun roti di atas dulang pembakar

10.

Ambil isi ikan tuna menggunakan sudu kecil

11.

Letakkan isi ikan tuna di atas kesemua roti di atas dulang pembakar

12.

Ratakan isi ikan tuna di atas setiap permukaan roti

13.

Masukkan dulang pembakar ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan

14.

Bakar roti selama 5 minit

15.

Setelah roti masak, matikan suis ketuhar

16.

Keluarkan dulang pembakar menggunakan kain pelapik

17.

Angkat roti dari dulang pembakar menggunkan penyepit

18.

Susun roti di dalam pinggan DBG : Dengan Bimbingan Guru TBG : Tanpa Bantuan Guru

DBS : Dengan Bantuan Sepernuhnya

DISEDIAKAN OLEH: NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN PPG PJJ AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1) PENDIDIKAN KHAS NO. KP : 750506-01-7460 NO. MATRIKS : 28087

You might also like