80 Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malayanegara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsadan negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. (Kementerian PendidikanMalaysia, 1990, ms. 8-9)Frasa "warganegara ... berakhlak mulia ... " merupakan salah satu ciri utama yangdiberipenekanan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia(1990) (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan jelas menyatakan ciri-ciriakhlakmulia iaitu insan yang mempunyai pengetahuan mengenai nilai-nilai baik dan buruk;mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan baik dan buruk; yakinterhadapnilai murni; mengamalkan perbuatan yang baik; menghindari perlakuan yang buruk;danmenghayati nilai-nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan,dankewarganegaraan.Individu yang "memiliki sahsiah seimbang dan sepadu" di dalam Falsafah PendidikanKebangsaan antaranya bermatlamat ke arah pembentukan akhlak yang mulia:menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawabdan penanggungjawab, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta,memupuk dan membina disiplin diri serta membentuk akhlak mulia. (KementerianPendidikan Malaysia, 1990, ms. 12)Bagi mencapai cita-cita Falsafab Pendidikan Kebangsaan maka Falsafab PendidikanGuru telah dibentuk yang antaranya juga bermatlamat ke arab pembentukan akhlakyangmulia:Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersediamenjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjaminperkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin. (Kementerian Pendidikan Malaysia,2001, ms. 1)Oleh itu, adalah jelas bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan FalsafahPendidikanGuru bermatlamat ke arah pembentukan akhlak mulia, yang juga selaras dengantuntutanfirman Allah dan hadis berikut:Dan sesungguhnya, kamu (Muhammad saw) benar-benar memiliki akhlak yangagung (Maksud Al-Qur 'an 68:4)Sesungguhnya aku telah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia(Maksud sabda Rasulullah saw dlm, 'Ali Muttaqi, 1989, jld. 3, ms. 6)Ini bermakna, proses pembentukkan akhlak generasi muda negara kita masa kini dangenerasimasa depan terpikul di atas bahu para pendidik khususnya guru Pendidikan Islamitu sendiri.
Leave a Comment