You are on page 1of 10

BUNGA-BUNGA BAHASA

* Kegramatisan Bahasa *

Dalam meredah arus pembangunan yang semakin mencabar dan kepentingan teknologi, pihak sekolah tidak mahu ketinggalan dengan menjadikan kawasan sekolah dilengkapi kemudahan internet tanpa wayar dan kemudahan lain untuk menjamin usaha melahirkan insan holistik bukan sekadar ungkapan semata-mata.

Maksud??
Meredah holistik

Didikan agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menyekat jenayah remaja ini. Kata pepatah, tepuk dada, tanyalah selera. Jenayah remaja tidak akan dibanteras tanpa kerjasama anda.

Maksud??
ampuh tepuk dada, tanyalah selera

Walaupun berlainan agama, adap resam, dan warna kulit, rakyat tetap hidup bersatu padu di bawah kolong langit yang sama, bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Pelajar-pelajar dinasihati agar membuat persiapan awal dan janganlah bersikap sudah terperlus baru melantai.

Maksud??
hidup bersatu padu di bawah kolong langit yang sama sudah terperlus baru melantai

Sebagai intihanya, rakyat dan badan bukan kerajaan perlu menggembleng tenaga dengan kerajaan, seperti aur dengan tebing, agar perpaduan negara kekal utuh dan padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Beri saya seratus belia waja, nescaya akan saya menggegarkan dunia, begitulah proklamasi Presiden Indonesia yang pertama, Soekarno yang bercakap tentang golongan remaja.

Maksud??
Beri saya seratus belia waja, nescaya akan saya menggegarkan dunia

Remaja merupakan cerucuk utama negara pada masa hadapan yang bakal mengambil alih tampuk kepemimpinan negara.
Cetusan pendapat yang kritis dan bernas harus disuarakan untuk penambahbaikan pentadbiran dan pembangunan negara.
Maksud?? tampuk kritis

Kebanyakan remaja telah menjadikan pusat-pusat hiburan sebagai rumah kedua mereka. Hal ini amat membimbangkan para ibu bapa memandangkan tempat-tempat inilah berputiknya pelbagai gejala sosial.
Segala langkah yang dijalankan bagi mengatasi masalah keganasan kekeluargaan hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Maksud?? berputiknya

Tabiat buruk merokok dalam kalangan remaja perlu dibendung pada peringkat rebung. Hal ini kerana kita percaya bahawa bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Industri pelancongan di Malaysia pernah dibayangi kesuraman akibat masalah jerebu.


Maksud?? peringkat rebung bercakap bohong, lama-lama mencuri dibayangi kesuraman

Isu kenaikan harga barangan keperluan harian hangat diperkatakan baik di warung-warung kopi mahupun di forum menara gading. Masyarakat moden kini yang berkiblatkan kebendaan ini jarang-jarang bertegur sapa dengan jiran tetangga kononnya tidak suka menjaga tepi kain orang.
Maksud?? berkiblatkan kebendaan menjaga tepi kain orang

You might also like