You are on page 1of 33

PENDIDIKAN DAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA

Khalid Abdullah

Khalid_ipda

PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN

Mengkaji perubahan merupakan tradisi dalam sosiologi Perubahan dalam pendidikan di Malaysia khususnya peringkat sekolah berlaku dari dalam dan dari luar a. Perubahan dari dalam : pihak-pihak tertentu dalam dunia pendidikan atau di sekolah menginisiatifkan perubahan b. Perubahan dari luar : didorong oleh tenaga Khalid_ipda di luar sekolah

PENDIDIKAN DAN MODENISASI

Keadaan masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai Pendidikan di Malaysia mengalami modenisasi secara beransur-ansur Pemodenan sistem pendidikan negara memerlukan lebih banyak institusi pengajian Kini , hasil adunan pelbagai latar belakang pendidikan, dasar-dasar pendidikan moden diteruskan melalui perubahan mengikut acuan kita sendiri
Khalid_ipda 3

REFORMASI PENDIDIKAN

Reformasi: perubahan-perubahan pendidikan yang secara teratur Peranan Sistem Pendidikan bermotifkan 3 perkara utama: 1. Menyediakan tenaga kerja 2. Asas perpaduan 3. Pembinaan disiplin

Khalid_ipda

Dalam sistem pendidikan di negara kita, reformasi dalam bidang pendidikan begitu pesat sekali . Sistem pendidikan terawal yang wujud berasaskan agama Islam dikenali sebagai Sistem Sekolah Pondok yang kekal hingga ke hari ini dengan kemudahan yang hampir sama dengan sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan
Khalid_ipda 5

Apabila Inggeris datang telah diperkenalkan Sekolah Vernakular Melayu, Cina dan Tamil. Selain itu diwujudkan juga sekolah Inggeris. Sekolah-sekolah ini bertujuan untuk kepentingan bahasa ibunda masing-masing dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan negara asal mereka.

Khalid_ipda

Melalui Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 beberapa reformasi telah dibuat Yang paling ketara ialah daripada segi matlamat pendidikan iaitu untuk mewujudkan satu rupa bangsa yang berteraskan Tanah Melayu
Khalid_ipda 7

Bahasa Melayu dan kurikulum yang berteraskan Tanah Melayu dijadikan dasar penyatuan. Untuk melaksanakan reformasi ini, pendidikan dasar selama enam tahun telah diwajibkan. Keadaan ini diikuti dengan pendidikan menengah hingga ke tingkatan tiga dan sekarang peluang dibuka hingga ke tingkatan lima
Khalid_ipda 8

Untuk mewujudkan kesaksamaan peluang pendidikan sekolah-sekolah telah didirikan di luar bandar dengan mengadakan kemudahan yang hampir sama dengan yang di bandar Begitu juga beberapa program lain diadakan seperti skim biasiswa kepada yang kurang mampu dan bantuan buku teks serta pelbagai bantuan lain yang difikirkan sesuai
Khalid_ipda 9

Untuk menerokai pendidikan yang terkini, MARA telah menghantar pelajar-pelajar ke luar negara sama ada melalui biasiswa dan pinjaman Tumpuan bidang pendidikan juga sentiasa berubah sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi tumpuan pendidikan juga berubah daripada aliran sastera kepada aliran sains serta teknologi dan kini tumpuan ke bidang IT pula
Khalid_ipda 10

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk pendidikan tinggi, pendidikan tinggi swasta telah berkembang dengan pesat sama ada secara usahasama dengan institusi tinggi tempatan atau swasta Penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IPT semakin meningkat. Pendidikan tinggi menjadi semakin terbuka untuk semua
Khalid_ipda 11

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAN KESAMAAN PELUANG

Pendemokrasian pendidikan: memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapat pelajaran Pendemokrasian pendidikan tidak berlaku zaman penjajahan apabila sekolah dibeza mengikut kaum

Khalid_ipda

12

Kesamaan peluang : kerajaan menyediakan peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan Sekarang semua anggota masyarakat boleh mendapat peluang pendidikan yang sama Kerajaan menyediakan sekolah khas untuk kanak-kanak cacat dan sekolah berasrama penuh
Khalid_ipda 13

PENDIDIKAN DAN SEKULARISASI

Sekularisasi: suatu proses agama kehilangan pengaruh terhadap berbagai-bagai situasi kehidupan Pemodenan memisah institusi agama dan sekularisasi Masyarakat menentang sekularisasi kerana ia bertembung dan mencabar autoriti tradisional
Khalid_ipda 14

PENDIDIKAN DAN MOBILITI SOSIAL

Pergerakan individu ataupun kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hirarki stratifikasi sosial masyarakat Mobiliti a. mobiliti mendatar b. mobiliti menegak Mobiliti sosial berlaku dalam satu generasi antara generasi lain Kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial Pendidikan menjadi asas mobiliti masyarakat
Khalid_ipda

15

PENDIDIKAN DAN REPRODUKSI KELAS SOSIAL

Pendidikan berperanan dalam reproduksi kelas sosial Ciri kelas sosial masyarakat semakin berkembang Penjajah telah mengekal struktur berkenaan dengan memperkenalkan sekolah istimewa (MCKK) Warisan pendidikan penjajahan telah membiarkan reproduksi kelas yang tebal Modal budaya dan modal ekonomi mengekal kedudukan mereka Kadar lompatan kelas berbeza
Khalid_ipda 16

PENDIDIKAN DAN TENAGA KERJA


Menapis pelajar untuk mengisi pekerjaan 4 golongan berdasarkan kriteria pensijilan Setiap jenis akan dibayar mengikut tangga gaji Perkembangan sekolah-sekolah teknik, vokasional dan institusi kemahiran MARA untuk menyediakan pekerja kolar biru

Khalid_ipda

17

Pendidikan daripada aspek kawalan sosial

Tingkah laku manusia perlu dikawal supaya selaras dengan kehendak masyarakat Kawalan ini boleh dibuat melalui proses sosialisasi yang boleh dilakukan secara Menyeluruh dan sekata melalui pendidikan
Khalid_ipda 18

Kawalan sosial pelajar di sekolah boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara langsung atau tidak langsung Kawalan sosial secara langsung adalah melalui peraturan sekolah yang dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir dengan bantuan pegawas sekolah dan ketua darjah
Khalid_ipda 19

Kawalan sosial secara tidak langsung adalah melalui jadual waktu sekolah yang dikuatkuasakan oleh guru mata pelajaran yang mengajarnya. Unsur penerapan nilai yang dibuat melalui pengajaran juga boleh membantu kawalan sosial di kalangan pelajar
Khalid_ipda 20

Mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral juga bertujuan untuk kawalan sosial Aktiviti kokurikulum juga adalah sebagai agen kawalan sosial di mana aktiviti yang dijalankan mempunyai peraturan yang telah ditetapkan
Khalid_ipda 21

Pendidikan dan proses indoktrinasi

Melalui proses ini pelajar secara tidak langsung didedahkan dengan amalan yang diinginkan oleh pemerintah melalui mata pelajaran dan kegiatan yang dijalankan di sekolah. Untuk menanam rasa cintakan negara, pada setiap pagi pelajar menyanyikan lagu NegaraKu sambil menaikkan bendera negara

Khalid_ipda

22

Gambar tokoh-tokoh utama negara di gantung di dinding kelas begitu juga dengan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Unsur perpaduan kaum melalui bahasa dijadikan amalan untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian
Khalid_ipda 23

Pelajar daripada pelbagai kaum digalakkan untuk bersama-sama menjayakan sesuatu aktiviti sekolah Tiada pengenalan kaum digalakkan dalam aktiviti sekolah sama ada berbentuk akademik atau permainan kecuali yang berkaitan dengan keagamaan
Khalid_ipda 24

Pemilihan untuk sesuatu jawatan dalam kelas atau sekolah adalah berasaskan demokrasi yang menjadi tunjang ideologi negara

Khalid_ipda

25

Pendidikan daripada aspek modal budaya

Modal budaya merujuk kepada pengetahuan, pengalaman serta kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu pada satusatu ketika Melalui pendidikan modal budaya seseorang dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa
Khalid_ipda 26

Semakin tinggi taraf pendidikan seseorang semakin tinggi modal budayanya Semakin luas bidang pendidikan seseorang semakin luas modal budayanya

Khalid_ipda

27

Begitu juga dari segi dalamnya pengetahuan seseorang dalam satu satu bidang Selain daripada pendidikan formal, modal budaya juga berdasarkan proses sosialisasi yang dialami seseorang

Khalid_ipda

28

Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang ramai mungkin mudah baginya untuk bergaul dan bantu membantu dengan orang lain Keadaan mungkin berbeza bagi anak tunggal

Khalid_ipda

29

Sesuatu yang disampaikan secara tidak langsung kadangkala mendatangkan kesan yang lebih baik daripada yang disampaikan secara langsung Sebagai contoh, teladan yang ditunjukkan oleh guru semasa berinteraksi dengan mereka mungkin lebih berkesan kepada pelajar daripada menyatakannya secara terus terang
Khalid_ipda 30

Pendidikan daripada aspek kurikulum tersembunyi


Ilmu pengetahuan boleh disampaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung Ianya juga boleh dilakukan secara terancang atau tidak
Khalid_ipda 31

Walau bagaimanapun ada pelajar yang perlu dinyatakan secara terus terang baru dapat memahami apa yang ingin disampaikan

Khalid_ipda

32

SEKIAN
HJ.KHALID ABDULLAH IPDA

Khalid_ipda

33

You might also like