You are on page 1of 13

MODEL KURIKULUM

Nordin Tahir IPIP

Nordin Tahir, IPIP

Pembentukan Model Kurikulum Tyler

Berdasarkan kepada empat persoalan dasar:

1. Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? 2. Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan tersebut dapat dicapai? 3. Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat diorganisasikan secara efektif? 4. Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-tujuan tersebut dicapai?

Nordin Tahir, IPIP

Model Tyler:

Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal proses pendidikan; Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah. Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut.

Nordin Tahir, IPIP

Model Tyler:
Persoalan-persoalan yang tertera pada Model Tyler di atas dapat dijelas dalam rajah di bawah.

Objektif

Kandungan Kursus

Tatacara

Penilaian

Nordin Tahir, IPIP

Pembentukan Model Kurikulum Taba

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Kurikulum sebagai pelan tindakan; Pendekatan Bawah-Atas (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama; Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapat bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan tersebut; dan Tujuh langkah pembentukan kurikulum : Mengdiagnos keperluan Pembentukan objektif Pemilihan kandungan Menyusun kandungan Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran Penilaian
Nordin Tahir, IPIP

Pembentukan Model Kurikulum Stenhouse

Kurikulum sebagai proses; Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan; Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai; Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang diperkenalkan oleh Aristotle; Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan cirri-ciri usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan.
Nordin Tahir, IPIP

Model Stenhouse

Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya. Proses Perancangan: i. prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari ii. prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan dipelajari iii. prinsip menentukan susunan pengajaran iv. panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya dan persekitaran v. maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut;

Nordin Tahir, IPIP

Model Stenhouse

justifikasi : pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal selia; melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis dan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai kurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk disampaikan di mana-mana sahaja);

Nordin Tahir, IPIP

Model Stenhouse

Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan untuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan bukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripada pengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajaran diberi penekanan yang utama)
Nordin Tahir, IPIP

Model Robert Glazer

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar.

Nordin Tahir, IPIP

Model Robert Glazer

Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Nordin Tahir, IPIP

Model Sim

Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan murid-murid.

Nordin Tahir, IPIP

Model Sim

Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar. Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum. Nordin Tahir, IPIP

You might also like