Pengenalan kepada Statistik :1.1Apakah Statistik?
Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita. Webster’sThird New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprehensif sebagai “sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahandata numerik”. Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripadasains statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Kepada ahli-ahli statistik, statistik merupakan satu bidang matematik yang menghasilkan teori dankaedah untuk menganalisis data. Kesimpulannya, statistik bererti satu set teori dankaedah yang boleh digunakan untuk memahami data.Banyak daripada bidang-bidang akademik, termasuk perniagaan, menawarkankursus statistik di dalam disiplinnya. Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satubidang pengajian.Kepada orang ramai, statistik bermaksud “angka” yang direkodkan mengikutkategori tertentu”. Contohnya, statistik kemalangan jalan raya memberikan kitamaklumat tentang kemalangan jalan raya, yang pecahkan kepada beberapa kategori,seperti maut, cedera parah, cedera ringan dan sebagainya. Jabatan Kaji Cuaca,misalnya, memberikan statistik hujan/ ramalan hujan setiap bulan. Pihak sekolah pulamemberikan statistik pencapaian pelajar, misalnya, bilangan pelajar yang mendapatgred tertentu dalam peperiksaan SPM. Kepada mereka yang menjalankan kajian pula,statistik merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisis data kajian.Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk menyampaikan maklumatdalam pelbagai situasi seperti contoh yang diberikan, statistik boleh diguna untukmenunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian. Maklumat ini boleh dibentangkandengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram/carta pai. Seterusnya, jikaseseorang penyelidik ingin melihat
hubungan antara dua pembolehubah, contohnya
2