You are on page 1of 3

Sejarah Tae Kwon-Do ITF Sebelum itu, mari kita lihat maksud Tae Kwon-Do.

Tae bermaksud menendang atau menghancurkan dengan kaki. Manakala Kwon membawa maksud tinju dan Do bermaksud jalan atau seni. Secara ringkasnya, kita boleh terjemahkan Tae Kwon-Do kepada seni pertahanan diri yang melibatkan tangan dan kaki. Manakala ITF atau International Tae Kwon-Do Federation yang bermaksud Pertubuhan Tae Kwon-Do Kebangsaan telah ditubuhkan pada 22 Mac 1966 oleh Jeneral Choi Hong Hi. ITF ini sangat mementingkan kesenian yang terdapat dalam Tae Kwon-Do berbanding WTF yang lebih bersifat kesukanan. Seni ini sebenarnya berasal dari Korea Selatan dan mempunyai 19 peringkat warna tali pinggang yang menunjukkan pangkat seseorang itu dalam kegiatana seni pertahanan diri ini. Sejarah Tae Kwon-Do sudah bermula sejak zaman dinasti Silla namun hanya dikenali sebagai Soo Bak-Gi iaitu teknik pertempuran purba. Kemudian barulah berlakunya penambahanpengunaan kaki digunakan yang merujuk kepada Taekwon. Kaedah ini digunakan untuk tentera pada zaman itu. Namun, apabila Korea dijajah oleh Jepun, maka seni pertempuran ini tidak dibenarkan lagi bergiat aktif malah disekat amalannya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tokoh yang telah secara diam-diam masih mempraktikkan seni pertempuran ini sehinggalah kedatangan Choi Hong Hi ke Korea Selatan untuk mempelajari seni kaligrafi daripada seorang guru Kaligrafi iaitu Han Ii Dong pada tahun 1933. Pada masa yang sama, Han Ii Dong juga merupakan pengamal seni pertempuran Taekwon. Han Ii Dong telah mengambil langkah untuk mengajar Choi Hong Hi tentang seni pertempuran Taekwon sambil mengajar kaligrafi. Seterusnya, Choi Hong Hi terus dihantar ke Kyoto untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang Taekwon dibawah tenaga pengajar Korea yang bernama Kim dan berjaya memperolehi Tali Pinggang Hitam peringkat Kedua iaitu 2nd degree. Setelah itu, Choi Hong Hi pulang ke Korea Utara dan dipaksa menjadi tentera kepada Jepun. Semasa berkhidmat di Pyongyang, beliau telah terlibat dengan gerakan Kemerdekaan Korea yang menyebabkan beliau dipenjarakan. Sewaktu di dalam penjara, beliau telah memperkembangkan lagi ilmu pertempurannya dengan mengajar rakan-rakan penjaranya seni pertempuran Taekwon dan akhirnya beliau dibebaskan apabila Korea berjaya memperoleh kemerdekaan. Penglibatan beliau dengan ketenteraan selepas dibebaskan telah menyebabkan Taekwon dapat disebarkan dengan lebih mudah ke seluruh dunia. Dari tahun hingga 1951, Choi dinaikkan pangkat kepada leftenan satu, kapten, mayor, leftenan kolonel, kolonel, dan kemudian Brigadier Jeneral. Beliau telah dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral pada tahun 1954.

Di dalam seni Tae Kwon-Do yang diperkenalkan oleh beliau merupakan gabungan unsur taekkyeon dan Shotokan karate untuk mengembangkan seni bela diri ini yang turut membawa maksud "kaki, tangan, cara" pada 11 April 1955. Beliau menubuhkan Oh Do Kwan, dan mengadakan perlawanan peringkat ke-4 di Chung Do Kwan. Beliau dilucutkan dari pangkat dan kedudukan di Chung Do Kwan kerana tuduhan pecah amanah. Pada tahun 1960, beliau dan Nam Tae Hi memimpin dalam mempromosikan seni bela diri mereka di seluruh dunia. Bermula daripada perkembangan seni pertempuran itu telah terbinalah pertubuhan Tae Kwon-Do Kebangsaan atau ITF iaitu sebuah pertubuhan diasaskan oleh Jeneral Choi Hong Hi. Jeneral Choi Hong Hi telah dilantik menjadi presiden Tae Kwon-Do kebangsaan dan memulakan penyebaran taekwondo antarabangsa dengan menempatkan jurulatih Tae Kwon-Do Korea di seluruh dunia. Beliau juga merupakan penulis buku Bahasa Inggeris pertama tentang sukatan matapelajaran Tae Kwon-Do yang telah diterbitkan oleh Penerbitan Syarikat Daeha pada tahun 1965. Pada tahun 1972, beliau telah dibuang negeri dan beliau pergi ke Kanada. Manakala kerajaan Korea Selatan telah membentuk Persekutuan Tae Kwon-Do Dunia (WTF) pada tahun 1973. Dia tinggal di Toronto sehinggalah beliau kembali ke Korea Utara pada tahun 2000. Akhirnya beliau mati akibat kanser di Pyongyang, Korea Utara pada 15 Jun 2002. Beliau dianugerahkan sebagai pengasas dan presiden Tae Kwon-Do ITF dan juga pengasas Oh Do Kwan. Kewujudan ITF telah mengembangkan dan menggalakkan perkembangan seni pertempuran Korea iaitu Tae Kwon-Do. Fungsi utama ITF adalah untuk menyelaras dan meluluskan seminar, perlawanan dan juga standard pembelajaran dan pengajaran serta sijil-sijil pangkat untuk pengamal Tae Kwon-Do. Tae Kwon-Do ITF juga mempunyai corak, perlawanan dan penutup yang tersendiri. Tae Kwon-Do ITF mempunyai corak atau Teul dalam bahasa Korea yang juga dipanggil Hyeong merupakan satu bentuk aspek yang penting dalam pembelajaran Tae Kwon-Do. Hal ini sama dengan kata dalam Karate. Majoriti pergerakan corak Tae Kwon-Do bermula dengan pertahanan yang menunjukkan sifat semula jadi Tae Kwon-Do kecuali pergerakan yang melibatkan Yul-Gok, Ul-Ji dan Tong-Il. Semua corak bermula dan berhenti pada titik yang sama. Terdapat 24 corak di dalam seni Tae Kwon-Do yang merupakan simbolik kepada 24 jam sehari. Nama bagi corak-corak ini berdasarkan sejarah Korea dan juga nama orang penting di Korea. Selain itu, terdapat sparring atau perlawanan yang akan diadakan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Manakala masa perlawanan adalah 2 minit dan masa berehat 1 minit. Terdapat juga peraturan-peraturan tertentu dalam perlawanan ini. Antaranya adalah tidak boleh serang di bawah tali pinggang, tidak boleh serang menggunakan siku,berkelahi, tidak boleh keluar dari garisan dan sebagainya.

Begitulah sejarah kemunculan Tae Kwon-Do ITF dan perkembangannya serta serba sedikit mengenai peringkat yang terkandung di dalamnya. Hal ini menunjukkan bahawa seni pertempuran dan pertahanan diri iaitu Tae Kwon-Do ITF merupakan seni yang terhasil dari seni purbakala Korea yang telah diperkembangkan oleh Jeneral Choi Hong Hi. Jeneral Choi Hong Hi telah berjasa dalam pertubuhan Tae Kwon-Do kebangsaan sehingga seluruh dunia mempunyai seni pertahanan diri ini dan amat berguna bagi pengetahuan pertahanan diri atau boleh digunakan untuk sebarang pertandingan Tae Kwon-Do ITF.

Jeneral Choi Hong Hi meninggal tahun 2002. Jeneral ini merupakan pengasas kepada seni mempertahankan diri Tae Kwon Do.

You might also like