You are on page 1of 4

MULTIDISIPLIN DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Menurut kamus dewan edisi keempat, multidisiplin merujuk kepada kata makna lain bagi disiplin yang pelbagai. Didalam skop multidisipli dalam pengurusan pembelajaran, boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Hal ini kerana pembelajaran merangkumi aspek pelajar, guru , sekolah, ibu bapa, persekitaran dan masyarakat. Namun dalam aspek pembelajaran, multidisiplin boleh dikaitkan dengan disiplin dalam bilik darjah. Konsep disiplin mengikut P.F Olivia (1956) disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Kepentingan disiplin ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil , liberal dan progresif. Masalah disiplin adalah berbentuk kognitif, psikomotor, dan afektif. Masalah disiplin adalah pekara normal yang berlaku di kalangan pelajar yang bertingkah laku liar dan agresif. Hal ini kerana ketika berada di alam remaja, adalah menjadi lumrah kehidupan apabila pada tahap ini perasaan remaja penuh dengan perasaan memberontak, dan rasa ingin mencuba yang tinggi. Masalah disiplin ini adalah sangat berkait rapat dengan masalah tingkah laku negatif. Tingkah laku negatif ini boleh dikaitkan dengan emosi pelajar. Iaitu tindakan yang menggambarkan emosi. Terdapat empat factor utama masalah disiplin iaitu keluarga, sekolah, pelajar dan persekitaran. Masalah disiplin boleh dipengaruhi oleh factor keluarga. Mengikut parkson (1964) rumah adalah kialng yang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses dengan maksud mendidik anak-anak mereka, hasilnya, lahirlah anak-anak yang tidak bermoral. Suasana keadaan dalam keluarga mempengaruhi perkembangan emosi pelajar. Apabila struktur keluarga mengalami keruntuhan, pelajar akan berperasaan tegang emosi dan merasai kehidupan mereka tidak selamat. Peranan ibu bapa juga amat penting dalam member perhatian terhadap pelajaran anak- anak dan sebagai pemberi dorongan untuk Berjaya. Dari segi factor sekolah pula, menurut walker (1939) asas segala masalah disiplin disekolah adalah bertentangan pendapat anatara guru dengan pelajar mengenai sesuatu keadaan di sekolah. Manakala menurut gragey (1970), maslow dan rogers pula berpendapaat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat

kawalanya akan menimbulkan keadaan tidak berdisiplin kerana pelajar pelajar akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan yang kurang menyenangkan. Factor ketiga yang mampu mempengaruhi terhadap disiplin pelajar ialah daripada pelajar itu sendiri. Menurut duke (1980) setiap individu bertanggungjawab di atas perlakuan nya sendiri. Hal demikian kerana, pelajar mungkinn tidak berdisiplin adalah atas kehendak dirinya sendiri tanpa sebarang pengaruh luar. Jenis pelajar ini adalah neurotic atau psikotik. Menurut despert (1965) pelajar sememangnya terkenal dengan perangai yang nakal, sering melakukan kesalahan, ingkar , tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Kelemahan dari segi mental juga akan mengakibatkan berlakunya perlanggaran disiplin sekolah. Akhir sekali adalah factor yang berkaitan dengan persekitaran. Pengaruh persekitaran terdiri daripada dua komponen besar, tegasnya, persekitaran fizikal dan psikososial. Persekitaran fizikal seperti rumah dan bilik darjah mempengaruhi tingkah laku pelajar. Keadaan bilik darjah yang gelap boleh membosankan pelajar. Tetapi tingkah laku yang tidak sihat biasanya berpunca dari keperluan asas yang tidak dapat dipuaskan. Keperluan asas manusia adalah keperluan fisiologi. Pengurusan disiplin sekolah. Pengetua dan guru-guru di sekolah hendaklah sentiasa memantau dan melakukan penyeliaan di dalam bilik darjah. Dalam masa yang sama juga mereka berperanan untuk memastikan keselamatan dan mengambil langkah proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar munasabah. Tanggungjawab guru-guru adalah berkonsepkan in loco parentis dan duty of care kedua-dua konsep ini bererti guru-guru menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa di sekolah dan boleh dipersalahkan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Terdapat beberapa prosedur dalam menjalankan tindakan disiplin sekolah iaitu. 1- Diberitahu tentang kesalahan dan hukuman yang dibuat. 2- Keterangan bela diri 3- Kemuka rayuan oleh pelajar akan di dengari oleh pihak sekolah 4- Pelajar yang bersalah akan dijatuhkan hukuman dengan adil. Walaubagaimanapun, dalam melaksanakan tindakan disiplin terhadap pelajar, guru yang bertanggungjawab mestilah merujuk kepada buku tatacara pengurusan disipin seklah dan surat

pekeliling ikhtisas. Hal hal ini adalah bertujuan untuk menggelakan guru daripada melaksanakan hukuman secara tidak tepat, mendera, menjatuhkan maruah pelajar dan tidak mengikut surat pekeliling ikhtisas. Perkaitan antara pengurusan bilik darjah dengan disiplin. Peranan guru dalam konteks disiplin bilik darjah boleh dikategorikan kepada tiga bahagian . iaitu yang pertamanya ialah kecekapan guru tersebut di dalam bilik darjah. Hal ini adalah bagi memastikan pelajar dan bilik darjah dapat di uruskan dengan baik dan sistematik bagi mewujudkan kelicinan waktu pembelajaran dan pengajaran. Kedua ialah guru berperanan dalam mengurangkan masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Guru perlu peka terhadap pelajar-pelajar yang ada dalam bilik darjahnya. Contoh masalah disiplin yang boleh dikesan dari dalam bilik darjah ialah ponteng. Ketiga. Guru perlu mewujudkan suasana dan keadaan bilik darjah yang kondusif. Antara lainnya yang dipertanggungjawabkan kepada guru ialah pengurusan rutin bilik darjah, pengurusan peraturan-peraturan bilik darjah, peraturan jagual bertugas murid, pengurusan aktiviti berkumpulan dan pengurusan murid bemasalah peribadi.

KESIMPULAN.

Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan bahawa adalah sangat penting bagi setiap golongan pendidik dan pihak sekolah untuk memahami secara mendalam tentang pengurusan pembelajaran. Hal ini kerana melalui pengurusan pembelajaran yang cekap, baik dan sistematik, mampu menghasilkan dan melahirkan generasi yang berkualiti. Pengurusan pembelajaran adalah salah satu proses merancang, mengelola, memimpin, dan mengawal daya usaha yang berkaitan dengan pembelajaran iaitu, proses penyampai maklumat antara dua pihak. Pengurusan pembelajaran ini adalah lebih tertumpu di dalam pengurusan di sekolah. Hal ini kerana sekolah mempunyai badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal pembelajaran. Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat atau mengajar, merupakan salah satu seni yang perlu dipraktikan bagi mencapai tahap penerimaan positif daripada pelajar. Hal ini kerana di dalam sistem pembelajaran, ianya bukan la hanya satu medium yang menyampaikan maklumat sematamata. Namun begitu, ianya mempunyai seni dan teknik yang tersendiri. Iaitu, sebagaimana yang telah dinyatakan oelh sebahagian pendukung-pendukung mazhab dalam teori pengurusan pembelajaran ini. ianya adalah memastikan di dalam proses pembelajaran ini, maklumat dapat disampaikan dan diterima dengan baik, pelajar dapat menguasai kemahiran, nilai dan sikap pelajar terbentuk serta dapat berfikir dengan kritis dan mampu menjadikan pelajar yang lebih berdikari. selain daripada itu, di dalam konteks pengurusan pembelajaran juga. Adalah sangat ditekankan tentang multidisiplin dalam pengurusan pembelajaran. Iaitu, boleh dikatakan terdapat banyak dan kepelbagai disiplin yang boleh dikaitkan dengan pengurusan pembelajaran hal ini kerana, bagi mewujudkan satu badan yang baik dan sistematik, adalah tidak dapat dispisahkan dengan adanya undang-undang dan disiplin yang dipatuhi. Oleh itu, sememangnya aspek disiplin dapat dilihat didalam semua bahagian, sebagai contoh, pengurusan pembelajaran harian, bilik darjah dan pelajar.

You might also like