You are on page 1of 7

Sem 2 2012/13

PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)


KBK 3073 MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pendidikan Khas

PENGENALAN
Kursus ini bertujuan untuk membantu guru dalam memahami kanak-kanak berkeperluan khas dan berisiko seperti kanak-kanak dengan pelbagai kerencatan, kerencatan anggota, penglihatan, pendengaran, terencat akal, masalah komunikasi dan tingkah laku, bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak kecerdasan tinggi. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas pendidikan khas, konsep keperluan khas dan siapakah yang mengalami keperluan khas. Penentuan normal dan tidak normal dalam masyarakat akan diberi tumpuan. Kursus ini membincangkan pendidikan khas sebagai lanjutan dari sistem pendidikan biasa

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS i. ii. iii. iv.


Memahami konsep dan definisi berkeperluan khas dan pendidikan khas (C3, A2, CS3); Mengetahui sejarah perkembangan pendidikan khas (C2, A1); Mengetahui punca dan pencegahan kanak-kanak menghadapi keperluan khas (C4, A1); Mengetahui ciriciri kanak-kanak berkeperluan khas mengikut kategori (C3, P1, A2);

3.0

PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan


Kategori Kerja kursus Peperiksaan Akhir JUMLAH Pemberatan 60% 40% 100%

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja Kursus Individu JUMLAH Jenis Tugasan Esei Ilmiah E-Forum Agihan Markah (Peratus) 40% 20% 60%

4.0

BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan ESEI ILMIAH TUGASAN 1

Arahan

Tarikh Akhir

% 20

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanakkanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk membincangkan: a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah.

(29/4/203 5/5/2013)

TUGASAN 2 Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan; a. Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas. d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanakkanak pintar cerdas.

20

Gunakan cover tugasan yang diberi (Rujuk Lampiran 1).

EFORUM

1. Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum). 2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 300 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah. 3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya dua (2) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. 4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan. 5. Tajuk E-Forum ditentukan oleh tutor E-Learning mengikut kumpulan masing-masing. 6. Contoh tajuk-tajuk adalah seperti berikut:

JUMLAH 5. PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH. Penulisan mestilah mematuhi format berikut: i. Format APA ii. Font: Times New Roman iii. Saiz: 12 iv. Spacing: 1.5 v. Margins: Atas 1 (inci) ATAU 2.5 cm Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm Kanan 1 (inci) ATAU 2.5 cm Kiri 1.5 (inci) ATAU 3.0 cm vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya: 5 buah buku ilmiah 4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian) 4 Sumber internet yang berwibawa. Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi vii. Panjang: 18 - 20 halaman.

60

6.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


E-Forum (30%) Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

Artikel Ilmiah (30%) A Penulisan ilmiah yang cemerlang, menepati format, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. A- Penulisan ilmiah yang baik, menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. B+ Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa. Penulisan ilmiah yang sederhana, B menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). B- Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). C+ Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara). C Penulisan secara ilmiah, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara. D Penulisan lemah, kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.

Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi. Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.

7.

PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!! Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

You might also like