You are on page 1of 3

KUMPULAN 2 : 1. RODIYAH BT ISHAK ( SK KG KOTA BUKIT ) 2. CHE SHAM BT HARUN ( SK KUALA KEDAH ) 3.

NORLIZAH BT MOHD NORDIN ( SK ULU SEDAKA ) 4. HAZLINA BT AB HAMID ( SK BANDAR BARU BERIS JAYA ) 5. NASRIAH BT AZIZ ( SK HJ NYAK GAM ) 6. NOR AINI BT OTHMAN ( SK GURUN (PUSAT) )

MODEL INKUIRI PENEMUAN

Tajuk : Nombor Bulat

Bidang : Tolak dalam lingkungan 100 000

Standard Kandungan ( objektif pembelajaran ) : Murid dibimbing untuk menolak sebarang nombor daripada suatu nombor yang kurang daripada 100 000.

Standard Pembelajaran ( hasil pembelajaran ) : Murid berupaya untuk menolak satu atau dua nombor daripada sebarang nombor yang lebih besar tidak melebihi 100 000.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat menjawab 8 soalan menolak satu atau dua nombor daripada sebarang nombor yang lebih besar tidak melebihi 100 000.

Masa : 60 minit

Fasa PERSEDIAAN 7 minit

Cadangan aktiviti 1. Soal jawab 2. Menciri 3. Murid mengeja perkataan tolak. 4. Murid melukis simbol tolak di udara.

Cadangan komunikasi 1. Guru : Jumlah murid di sekolah kita ialah 200 orang. Bilangan murid perempuan ialah 100 orang. Berapakah bilangan murid lelaki ? 2. Murid : 100 orang. 3. Murid : TOLAK 4. Murid : - 1. Guru : Hari ini cikgu bawa sebalang gula-gula. Cikgu akan panggil 5 orang murid untuk meneka berapa bilangan gulagula di dalam balang ini dan tuliskan jawapan di papan tulis 2. Guru : Salim dan Farid, tolong kira bilangan gula-gula 3. Guru : Ada 150 biji gulagula. Siapakah yang meneka bilangan gula-gula yang paling hampir ? 4. Murid : Sarah, cikgu. 5. Guru : Tahniah Sarah. Jawapan kamu yang paling hampir. Jadi, cikgu akan memberikan kamu hadiah.

IMAGINASI 20 minit

1. Guru meletakkan balang yang berisi gula-gula berlainan warna. 2. Guru memanggil 5 orang murid untuk meneka bilangan gula-gula yang ada dan menulis jawapan di papan putih.

3. Guru memanggil murid yang di dalam balang ini. lain untuk mengira jumlah gula-gula yang sebenar. 4. Guru akan memberikan hadiah kepada murid yang meneka bilangan gula-gula yang hampir tepat.

Fasa PERKEMBANGAN 28 minit

Cadangan aktiviti 1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 2. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang ahli. 3. Setiap kumpulan akan diberikan kad soalan tolak yang berbeza. 4. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab 2 soalan dalam masa 10 minit. 5. Setiap kumpulan akan melekatkan kad soalan di papan putih.

Cadangan komunikasi 1. Guru : Setiap kumpulan akan diberikan masa menjawab selama 10 minit. Jawab 2 soalan. 2. Aktiviti Kumpulan : - menjawab soalan dalam kad soalan tolak. 3. Guru : Lekatkan jawapan kamu di papan tulis.

TINDAKAN 5 minit

Membuat kesimpulan.

1. Guru membincangkan jawapan murid. 2. Guru dan murid membuat rumusan hasil pembelajaran.

You might also like