Waspada terhadap Amerika;
satu lagi penjajahan negeri kaum Muslimin akan berlaku…
Berita (11/2/2005) –berita IranSetelah selesai penjajahannya ke atas Iraq, kini Negara Uncle Sam laknatullah itumengalihkan sasarannya ke Iran pula atas alasan yang sama. Ini semua adalah gara-gara Iran jugatelah menyepakati perjanjian berkenaan senjata nuklear yang telah ditandatanganinya iaituPerjanjian Larangan Penyebaran Senjata Nuklear (
Non-Proliferation Treaty
-NPT). Iran tergolongdalam Negara ‘
non-nuclear weapon states(NNWS)’
. Apabila sebuah Negara NNWS disyaki ataudidapati memiliki senjata nuklear, maka ia akan dituduh sebagai ‘negara jahat’ dan dijadikansasaran seperti yang berlaku di Iraq dan Korea Utara sebelum ini. Maka sekarang giliran Iran pula…Risalah ini akan mengupas apakah hakikat sebenar NPT, apakah hukum negeri-negerikaum Muslimin yang menyepakati perjajian ini, hukum memiliki senjata nuklear, serta hukummenggunakannya? Apa yang lebih penting adalah adakah ujud agenda lain disebaliknya? danseterusnya apakah tindakan sepatutnya yang dilakukan oleh kaum Muslimin untuk meyelesaikan permasalahan ini.
Non-Proliferation Treaty
-NPT
Perjanjian Larangan Penyebaran Senjata Nuklear (
Non-Proliferation Treaty
-NPT) adalahundang-undang yang melarang penyebaran senjata nuklear dan teknologi senjata serta perlucutansenjata. Ia telah dibuka untuk ditandatangani pada 1hb Julai 1968 di London, Moscow danWashington dan dikuatkuasakan pada 5hb Mac 1970. Ia didokong kuat oleh Amerika Syarikat.Sebanyak 187 buah negara telah menyertainya. Negara-negara ini telah dikelaskan kepada 2kategori: Negara-negara nuklear
(nuclear-weapon states-NWS)
yang termasuk didalamnyaAmerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan United Kingdom; dan Negara-negara bukannuklear
(non-nuclear weapon states - NNWS).
NPT adalah perjanjian multilateral. Di bawah perjanjian ini, lima negara NWS inidilarang untuk mempersenjatakan Negara-negara bukan nuklear dengan senjata nuklear. Begitu juga Negara-negara bukan nuklear telah bersepakat untuk melepaskan senjata nuklearnya atautidak berusaha untuk membina senjata nuklear walau apa jua pun bentuknya seperti yangdinyatakan dalam Artikel I dan II perjanjian NPT. Untuk perlaksaanaannya, satu badan khas telahditubuhkan iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
(International Atomic Energy Agency-IAEA)
yang bertanggungjawab untuk meyediakan satu sistem perlindungan. Badan ini memastikankepatuhan kepada perjanjian itu melalui pemeriksaaan yang diadakan setiap lima tahun.Dengan keahlian hampir seluruh Negara-negara dunia, NPT mendapat sokongan yang paling meluas daripada semua perjanjian kawalan ketenteraman yang lain. Hanya Cuba, India,Israel dan Pakistan yang masih berada diluar perjanjian. Bagi menyetujui perjanjian ini, Negara-negara ini mesti bertindak sebagaimana negara-negara bukan nuklear kerana NPT hanyamenghadkan status NWS kepada negara yang ada ‘mengilang dan meledakkan senjata nuklear atau alat letupan nuklear lain sebelum 1hb Januari 1967”. India, Israel dan Pakistan, kesemuanyadiketahui mempunyai atau dipercayai memiliki senjata nuklear, bergabung dengan perjanjiantersebut sebagai NNWS. Maka, mereka perlu menghapuskan senjata nuklear mereka dan