You are on page 1of 4

Islam: Mabda’ (Ideologi) Yang Syumul (Lengkap)

Sejak keruntuhan Khilafah (Negara yang menerapkan Islam secara kaffah) pada 3
Mac 1924 (28 Rajab 1342H), umat Islam telah kehilangan suatu sistem pelindung
dari pelbagai serangan sama ada pemikiran mahu pun fizikal. Usul penubuhan
Suruhanjaya Antara Agama (ICM) oleh 24 pertubuhan termasuk Majlis Peguam pada
bulan Februari 2005 baru-baru ini di Kuala Lumpur dan bantahan terhadap serbuan
oleh Jabatan Agama Wilayah Islam (JAWI) terhadap Kelab Malam Zouk adalah
contoh bagaimana segelintir orang semakin berani mencabar Islam. Alhamdulillah
segolongan umat Islam menentang hebat penubuhan ICM kerana ia dilihat
akan mencampuri urusan agama dan memusuhi undang-undang syariah
dengan berselindung di sebalik sebuah badan perundingan dan penasihat
(Mingguan Malaysia, 27/2/05). Dengan runtuhnya Khilafah musuh-musuh Islam
sentiasa mengugut para pendakwah Islam demi mengekang kebangkitan umat
Islam, seperti Ustaz Abu Bakar Baasyir di Indonesia yang dijatuhkan hukuman
penjara 30 bulan akibat tekanan Amerika (Berita Harian, 4/3/05). Islam dilihat
sebagai penghalang kepada kerakusan kuasa Barat khususnya Amerika. Barat
menetapkan kayu ukur bagi peradaban. Mana-mana mabda’ (ideologi) khususnya
Islam yang menyalahi piawaian ini akan dilabelkan militan, pengganas, pelampau,
jumud dan diktator. Tidak kurang terdapat umat Islam yang jatuh dalam perangkap
ini dan cuba mempertahankan Islam tetapi tanpa sedar melakukannya mengikut
acuan barat seperti mereka konsep Islam liberal dan Islam sederhana.

Saat ini terdapat umat Islam yang menganggap Islam tidak lebih dari aqidah ruhiyah
(kerohanian) yang hanya membicarakan tentang ibadat sahaja. Nabi Muhammad
saw dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahwa mereka bukan hanya
ahli ibadat tetapi juga adalah negarawan, pakar ekonomi, mujahidin dan pentadbir
yang cekap. Pendekatan mereka memenuhi tuntutan Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh)”
(Al-Baqarah: 208)
Demi menegakkan Islam secara menyeluruh, mereka telah berhijrah ke Madinah
dan mendirikan sebuah Negara Islam yang berdiri utuh selama lebih 1400 tahun
malah mencabar empayar dan ideologi buatan manusia yang lain. Malangnya
musuh-musuh Islam tidak berdiam diri. Perdana Menteri Britain, Gladstone, dalam
tahun 1882, sambil mengangkat al-Quran dalam parlimen Britain beliau
mengatakan bahawa untuk membolehkan umat Islam dijajah, mereka mesti
dijauhkan dari al-Quran atau pemikiran-pemikiran Islam. Akibat serangan
pemikiran Barat, kita lihat ramai umat Islam yang memperjuangkan Islam tetapi
mencampur adukkannya dengan ideologi kapitalisme dan sosialisme. Sebagaimana
ucapan seorang yang dianggap intelektual Muslim Malaysia iaitu Dr. Farish Noor
apabila dia mengatakan:
“Islam adalah wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar” (2001)

Hakikat Islam adalah mabda’ iaitu aqidah aqliyah yang melahirkan peraturan. Aqidah
adalah pemikiran menyeluruh tentang alam semesta, manusia dan kehidupan serta
tentang apa yang ada sebelum dan setelah kehidupan, disamping hubungannya
dengan sebelum dan sesudah kehidupan. Oleh itu, aqidah Islam menjawab soalan
yang berkaitan dengan kewujudan manusia di dunia. Inilah panduan asas bagi
manusia ketika menjalankan kegiatan hidupnya. Islam adalah agama yang
diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw dengan penjelasan yang
lengkap dan tepat berbagai peraturan yang berkaitan dengan:
1. Hubungan antara manusia dengan Penciptanya (ibadah)
2. Hubungan manusia dengan dirinya sendiri (akhlaq ),
3. Hubungan sesama manusia iaitu politik, pergaulan, ekonomi, hubungan
antarabangsa serta urusan muamalah lain.
(Ahmad Atiyat, At-Tariq, Dar al-Bayariq, 1996)

“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agama kamu dan telah Aku cukupkan
nikmatku bagimu, serta Aku redai Islam sebagai agama bagimu.” (Al-Maidah: 3)

Mabda’ Islam juga mencakupi tariqah (method) untuk


(1) Menerapkan berbagai penyelesaian tersebut,
(2) Memelihara Aqidah agar bertahan dalam arena kehidupan, dan
(3) Menyebarkan aqidah kepada mereka yang belum meyakininya.

Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini iaitu menerapkannya dalam wadah Negara
Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada
2 perkara:
(1) Ketakwaan seorang muslim dan
(2) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.

Mengenai tatacara untuk mengembang dan menyebarkan mabda’ pada bangsa-


bangsa lain yang belum mengimaninya adalah dengan jihad oleh Negara. Jihad
bertujuan untuk menghilangkan berbagai halangan dan rintangan bersifat fizikal,
yang menghalang bangsa tersebut memahami hakikat Islam. Di atas kefahaman
inilah, Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah saw berhasil menyaingi dua
kuasa besar iaitu Rom dan Farsi (Iran) hanya dalam masa 13 tahun setelah
didirikan. Melalui jihad, Khilafah pernah memerintah Sepanyol (800 tahun), Portugal
(600 tahun), Greece (500 tahun) dan Bulgaria (500 tahun).

Carly Fiorina, Ketua Pegawai Esekutif dari syarikat Hewlett-Packard berucap pada
26 September 2001 di Minnesota, Amerika Syarikat : “Pada suatu ketika dahulu
wujud satu peradaban yang terhebat di dunia. Ia mampu mencipta sebuah Negara
perkasa antara benua yang melingkari dari satu lautan ke lautan yang lain, dari iklim
dingin ke iklim tropika dan padang pasir. Dalam wilayahnya tinggal beratus juta
orang, yang berbilang kepercayaan dan bangsa. Salah satu bahasanya (Bahasa
Arab) menjadi bahasa universal di kebanyakan tempat di dunia, yang
menghubungkan antara orang-orang dari beratus wilayah. Tenteranya terdiri dari
berbagai bangsa dan perlindungan ketenteraannya telah mewujudkan tahap
ketenteraman dan kemakmuran yang tidak pernah diketahui sebelum ini.
Pencapaian perdagangannya tersebar dari Latin Amerika hingga China dan wilayah
yang berada di antara kedua-dua Negara itu. Peradaban ini dipicu oleh berbagai
rekacipta. Para arkiteknya mereka bangunan-bangunan yang melawan graviti. Ahli
matematiknya mereka algebra dan algoritma yang membolehkan pembinaan
computer dan penciptaan ‘encryption’. Para doktornya mengkaji tubuh manusia dan
menemui rawatan baru untuk penyakit. Ahli astronominya mengkaji langit, memberi
nama kepada bintang-bintang dan membuka jalan kepada penerokaan angkasa
lepas Ketika bangsa-bangsa lain takut mengeluarkan idea, peradaban ini
memperkukuhkannya dan mempertahankannya. Apabila peradaban silam
mengancam untuk menghapuskan ilmu, peradaban ini menghidupkan ilmu dan
memindahkannya kepada yang lain. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia
Islam dari tahun 800 hingga 1600, yang termasuk Khilafah Usmaniyah dan kota
Baghdad, Damsyiq dan Kaherah, dan para Khalifah yang cemerlang seperti Sultan
Sulaiman (Khilafah Usmaniyah). Secara tidak sedar kita telah terhutang budi kepada
peradaban ini, sumbangannya merupakan sebahagian daripada warisan kita.
Industri teknologi tidak akan wujud tanpa sumbangan ahli matematik Arab.
Pemimpin seperti Sultan Sulaiman menyumbangkan konsep toleransi dan
kepimpinan. Dan kita juga boleh mempelajari dari contoh ini: Ia (Khilafah) adalah
kepimpinan berasaskan meritokrasi, bukannya warisan. Ia adalah kepimpinan
yang mengembangkan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki oleh masyarakatnya
yang majmuk yang merangkumi tradisi Islam, Kristian dan Yahudi. Kepimpinan yang
cemerlang ini adalah kepimpinan yang memupuk budaya, keutuhan, kepelbagaian
dan keberanian yang merakamkan sejarah 800 tahun yang penuh dengan rekacipta
dan kemakmuran.”

Apabila Islam tidak dilaksanakan sebagai mabda’, aqidah Islam pun tidak
terpelihara. Di Turki tentera telah membuat kajian bahawa menjelang 2020, 7 juta
Muslim di Turki dijangka akan murtad menjadi kristian. Di Indonesia, 13 juta
telah murtad menjadi kristian katolik. Di Malaysia, kita pernah dikejutkan dengan
berita seorang bernama Aishah murtad setelah jatuh kepada pujuk rayu kekasihnya.
Kejadian ini tidak akan berlaku apabila peraturan Islam dilaksanakan iaitu mereka
yang murtad dihukum bunuh jika enggan bertaubat sehingga 3 hari. Baru-baru ini
Perdana Menteri Malaysia (Berita Harian, 29/1/05) dengan bimbang
mengatakan:“Saya nampak kes jenayah semakin menjadi-jadi. Apa nak jadi
pada negara kita. Ini menunjukkan penjenayah tidak takut kepada undang-
undang kita.” Islam telah membuktikan bahawa ketika ia diterapkan, kadar jenayah
begitu rendah, tercatat hanya 200 kes hudud sahaja yang dijatuhkan dalam
tempoh 1400 tahun ia memerintah.

Khatimah

Umat Islam tidak sewajarnya ragu tentang Islam seperti dikehendaki musuh-musuh
Islam. Ingatlah firman Allah swt:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu
tidak mengikut aqidah mereka”

Musuh-musuh Islam seperti Amerika memahami bahawa Islam adalah mabda’ yang
sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebiadapan kapitalisme. Kita
mendapat pelajaran yang berharga dari peristiwa serangan Serbia ke atas Bosnia
dan serangan Amerika ke atas Iraq. Iraq dan Bosnia telah tunduk kepada kehendak
musuh tetapi tetap diserang. Kita wajib yakin bahawa hanya dengan berpegang
teguh kepada Islam sebagai mabda’ yang lengkap kita akan mencapai kemuliaan
dan mendapat keredaan Allah swt. Tiada siapa yang dapat menafikan hatta musuh-
musuh Islam sekali pun bahawa umat Islam adalah umat yang disegani ketika
Khilafah tertegak sejak Nabi Muhammad saw mendirikan Negara di Madinah
hinggalah kejatuhan Khilafah Usmaniyah pada 3 Mac 1924. Sebuah badan pemikir
Amerika, National Intelligence Council (NIC), baru-baru ini meramalkan bahawa
Khilafah akan tertegak menjelang 2020 dan menurut kajian mereka, Khilafah ini
akan menerapkan mabda’ Islam merangkumi wilayah yang luas dan mencabar
kuasa besar seperti Amerika. Mereka melihat bahawa Khilafah bukanlah suatu
khayalan malah adalah suatu realiti yang hanya menunggu masa sahaja untuk
muncul. InsyaAllah dengan kegigihan mereka yang yakin dengan Allah dan
RasulNya Khilafah akan tertegak lebih awal dari yang diramalkan oleh NIC. Oleh itu
umat Islam mestilah memahami kewajiban untuk melaksanakan Islam sebagai
mabda’ yang praktikal dan tidak menganggapnya sebagai khayalan dan bersegera
melakukan dakwah pemikiran supaya Khilafah akan kembali untuk menerapkan
keadilan, membawa kemakmuran dan menyelamatkan manusia dari penindasan
ideologi buatan manusia khususnya kapitalisme.

You might also like