You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SK SERI JEMERLI 09300 KUALA KETIL, KEDAH MESYUARAT KANTIN KALI 1/ 2013 Tempat:

Bilik Mesyuarat SK Seri Jemerli Hari: Khamis Tarikh: 03 Januari 2013 Masa: 12.45 petang Kehadiran: 1. En Sallehuddin b. Abdul Wahab 2. En Shahid b. Ahmad 3. Pn Zaiton bt. Abu Bakar 4. Pn Farizatul bt. Nor Azman 5. Pn Zahiyah bt. Saad 6. En Guna Chegar a/l Munusamy 7. Pn Mazni bt. Md Noh 8. Cik Suriyani bt Salleh 9. Cik Ema (Pembantu kantin) Agenda: I. Ucapan aluan pengerusi II. Perlantikan AJK III. Perbincangan; a. Kebersihan b. Langkah mengawal keracunan c. Harga dan jenis makanan/minuman d. Kemudahan e. Waktu perniagaan IV. Hal-hal lain V. Penagguhan mesyuarat

Agenda I Ucapan Pengerusi. 1. Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK yang terlibat . 2. Mengharapkan kerjasama dan buah fikiran guru-guru bagi mempertingkatkan kualiti dan kebersihan kantin dari masa ke semasa. 3. Mengharapkan pengusaha kantin dapat mengekalkan kecermelangan yang berterusan untuk tahun kedua perkhidmatan. 4. Meminta kerjasama semua guru untuk memantau tingkahlaku dan adab murid semasa makan di kantin. Untuk makluman Agenda II Perlantikan AJK 5. PK Hem mengucapkan tahniah atas perlantikan. 6. Berharap AJK yang dilantik dapat menjalankan tugas mengikut arahan yang ditetapkan. Tindakan: Semua AJK Agenda III Perbincangan a. Kebersihan 7. Tahap kebersihan kantin adalah terkawal. 8. Laporan kendiri kantin sentiasa dikemas kini agar tahap kebersihan dan kualiti kantin berada dalam keadaan sedia sekiranya ada pemantauan. 9. Kebersihan kemudahan seperti sinki, bilik penyediaan makanan dan dapur sentiasa dalam keadaan yang bersih dan berfungsi serta tong sampah berplastik dan bertutup.

b. Langkah mengawal keracunan 10. Alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih dan bahan pencuci yang sesuai. Alat dan perkakas yang hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan bersih bagi mengelakkan kehadiran haiwan perosak. 11. Pengurus kantin Cik Suriyani memaklumkan pekerja kantin yang baru telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan telah mendapat suntikan. c. Harga dan jenis makanan/minuman 12. Harga yang berpatutan perlu dikekalkan agar murid dan guru mendapat manfaat dan tidak rasa terbeban. 13. Menu juga hendaklah ditambah kuantiti serta dipelbagaikan semasa waktu rehat untuk guru dan murid serta mengamalkan pemakanan sihat mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan. d. Kemudahan 14. Tahap pemantauan bagi ruang makan guru adalah baik dan ceria. 15. Singki di ruang makan murid selalu tersumbat dan perlu dibaiki. 16. Meja dan kerusi yang patah juga perlu dibaik pulih segera. 17. Lampu dan kipas berfungsi dengan baik. 18. Pemadam api yang terdapat di kawasan kantin masih berfungsi dan mendapat kelulusan pihak bomba. e. Waktu perniagaan 19. Waktu operasi kantin bermula seawal 7pagi dan berakhir jam 3 petang. Hari Rabu dilanjutkan sehingga jam 6 petang kerana aktiviti kokurikulum dijalankan. 20. Pengerusi menekankan tahap keberadaan pengusaha kantin perlulah maksimum ketika kantin beroperasi. Tindakan: Pengusaha kantin dan AJK kantin Agenda IV Hal-hal lain 21. Sebarang masalah yang timbul haruslah diselesaikan dalam bentuk perbincangan. 22. Pihak guru meminta agar diadakan tempahan penyediaan makanan panas atau menu pilihan bagi guru atau staf yang pulang lewat. 23. Kontrak kantin akan berakhir pada september 2013. Bagi tender 2+1 permohonan boleh dibuat pada september 2013. Untuk makluman Agenda V Mesyuarat ditangguh pada jam 2.30 petang Disediakan oleh: _________________________ (AINI SALINA ABDUL RAHIM) Setiausaha Kantin, SK Seri Jemerli. s.k 1. Fail Timbul 2. Guru Besar 3. PK HEM Disemak oleh: _________________________

You might also like