You are on page 1of 6

http://tghalim98.blogspot.com/2011/03/meningkatkan-penguasaan-murid-dalam_10.

html MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MEMBINA SIFIR, MENDARAB SEBARANG NOMBOR DENGAN NOMBOR DUA ATAU TIGA DIGIT MENGGUNAKAN KAEDAH PALANGKU. Oleh TENGKU HALIM BIN TENGKU AHMAD Sekolah Kebangsaan Batu 7 , Dungun, Terengganu.

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid yang tidak dapat menguasai pendaraban sebarang nombor, dengan nombor 2 atau tiga didit. Murid yang terlibat dalam kajian ini seramai 27 orang dari kelas 6 Bestari.Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid ini dengan melalui ujian PROTIM yang dijalankan bagi murid Tahun 6 Bestari di sekolah saya.Ujian PROTIM bermaksud soal selidik penguasaan kemahiran asas dalam Matematik yang dijalankan di sekolah.Berdasarkan analisis daripada ujian PROTIM didapati murid belum dapat menguasai kemahiran mendarab sebarang nombor dengan nombor 2 atau 3 digit. Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan flash back iaitu memberi jawapan sepontan bagi sifir asas yang telah dikuasai. Bagi menangani masalah tersebut, kaedah menggunakan palang telah digunakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan jawapan. .Murid telahpun didedahkan sifir dengan kaedah membilang pada tahun lepas. Keputusan ujian pos telah menunjukkan berlakunya peningkatan dalam penguasaan sifir 0 hingga sifir 9 tetapi masih bermasaalah dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban suatu nombor dengan nombor nombor 2 atau 3 digit .

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam Soalan PROTIM yang telah dijalankan awal tahun didapati murid telah dapat menguasai atau menjawab soalan asas tetapi tidak dapat menjawab soalan yang melibatkan pendaraban suatu nombor dengan nombor 2 digit atau tiga digit. Pemerhatian saya juga mendapati murid telahpun dapat membina jadual sifir menggunakan kaedah membilang. Tetapi masalah baru pula timbul apabila murid tidak dapat mendarab sebarang nombor dengan nombor 2 digit atau 3 digit. Pendaraban menggunakan kaedah latice dapat membantu tapi kelihatan murid amat sukar semasa membuat petak-petak yang diperlukan bagi mengisi setiap jawapan . Oleh itu, saya menggunakan kaedah menggunakan palang yang diubahsuai daripada kemahiran sempoa.

2.0

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat mengatur dan menyusun hasil darab bagi nombornombor yang didarabkan. Hasil darab tidak dapat diletakkan dalam kumpulan rumah yang betul menyebabkan jawapan yang diberi adalah salah. Masalah ini akan menyebabkan murid rasa tidak yakin dengan kemahiran asas yang telah dipelajari itu dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada teknik meletakkan jawapan pada palang-palang yang disediakan dengan kemahiran sifir asas yang telah dipelajari murid.Murid hanya perlu memahami setiap langkah meletakkan jawapan yang perlu pada tempat yang sesuai pada palang. Kemudian dengan kemahiran menambah, murid dapat menyiapkan jawapan dengan tepat dan cepat. Diharap dengan kaedah ini murid tidak akan rasa bosan dan sebaliknya dapat mengira dengan pantas dan tepat dengan menggunakan asas sifir yang telah diketahui. Bagi murid yang lemah pula, mereka boleh menggunakan kesinambungan daripada kemahiran membina sifir asas yang membolahkan mereka mencari jawapan kepada sifir yang lebih sukar. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar-pelajar adalah diharap akan mencapai objektif berikut : 3.1 Objektif Am

Membantu meningkatkan penguasaan sifir 0 hingga sifir 9 dengan mengingatnya dengan cepat dan tepat . 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid membina sifir 0 hingga sifir 9. 3.2.2 Menimbulkan minat murid untuk mengingati sifir 0 hingga sifir 9. 3.2.3 Murid yang dapat mengingati fakta asas sifir, dapat mengira dengan cepat, tepat dan pantas walaupun dengan menggunakan nombor yang lebih besar (nombor dua digit). 3.2.4 Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan bermakna. 4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 27 orang murid Tahun 6B. Murid-murid ini adalah di kalangan murid yang lemah dalam penguasaan sifir asas dan tidak dapat mendarab suatu nombor dengan nombor 2 digit atau 2 digit.

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang dijalankan, semakan kerja rumah dan latihan bertulis. 5.1.2 Ujian Pra Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar murid-murid yang dapat mengira atau mencari jawapan bagi hasil darab sebarang nombor dengan nombor dua atau tiga digit.

5.1.3 Ujian Pos Ujian Pos dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam membuat pengiraan yang melibatkan pendaraban suatu nombor dengan nombor 2 digit atau 3 digit.

5.2

Analisa Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,didapati murid sukar untuk membina petak bagi kaedah lattice dan lambat untuk mengira bagi mencari jawapan kerana kiraan mengiring. 5.2.2 Ujian Pra Kesemua murid yang diberi 10 soalan untuk diselesaikan didapati lambat dan tidak menjawab soalan dengan cepat, dan tepat. Peruntukan masa satu jam masih tidak mencukupi kerana penyediaan petakpetak untuk pengiraan lattice mengambil masa yang sangat lama. Hasil daripada ujian Pra yang dijalankan dalam kelas 6B dapatlah dilihat sebagai berikut:27 orang murid tidak dapat menjawab 10 soalan yang diberi dengan betul walaupun mereka boleh mencari jawapan bagi sifir asas. 5.2.3 Ujian Pos Setelah ujian akhir dijalankan didapati semua murid (27 orang) dapat menjalankan operasi pengiraan darab sebarang nombor dengan nombor dua atau tiga digit dengan betul.

5.3

Tindakan Yang Dijalankan 5.3.1 Aktiviti yang dijalankan

Sebanyak empat aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan pengiraan tersebut. Aktivitiaktiviti tersebut ialah AKTIVITI 1 (Latihan mengira berulang untuk membina sifir asas (ulangan). Guru menunjukkan cara pengiraan menggunakan konsep Atas dan Bawah membilang satu-satu, dua-dua dan seterusnya untuk membina sifir asas. Lihat contoh Lampiran Aktiviti 1 0 1 2 3 18 4 24 5 30 6 36 7 42 8 48 9 Atas 54 Bawah

00 06 12 AKTIVITI 2

(Cara membina palang dan menyediakan jawapan ) Murid diberi soalan sebarang nombor dengan nombor satu digit dan mencari jawapan dengan bantuan guru. Murid yang masih lemah sifir perlu membina sifir asas. Cari jawapan dengan menambah.

KETERANGAN: Keterangan umum bagi memulakan kaedah PALANGKU 1. 2. Mulaikan dengan soalan secara lisan dan bertulis Memberi nombor

AKTIVITI 3 (Mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit) Guru menyoal murid nombor-nombor yang patut diletakkan pada palangmurid sangat penting. Murid menjawab secara spontan . palang. Pemerhatian

AKTIVITI 4 ( Ujian Soalan operasi Darab) Soalan disediakan dalam bentuk lazim dan bentuk persamaan yamg melibatkan operasi darab 4 digit dengan 1 digit, 3 digit dengan 2 digit, dan 4 digit dengan 2 digit . Tujuan ujian ini adalah untuk melihat sejauh mana murid menguasai sifir 0 hingga sifir 9 dan mencari hasil jawapan bagi hasil darab.

5.4

Pelaksaan Tindakan Dan Pemerhatian

Aktiviti 1 Saya menggunakan masa 30 minit minggu pertama pelaksanaan untuk menerangkan cara penggunaan pengiraan yang dicadangkan itu.

5.5 Refleksi Kajian Melalui dapatan dan refleksi kajian tindakan ini, saya berpendapat masih ada beberapa cadangan untuk memurnikan lagi penggunaan sifir dengan kaedah menggunakan palang. Antaranya tindakan yang boleh dilakukan seperti berikut: 5.5.1 Membuat sifir dengan kaedah menggunakan palang ini dengan unsur- unsur visual dan grafik yang lebih menarik dan kreatif. Murid dapat membuat rujukan dan melakukan aktivit mendarab tanpa bimbingan guru dan rakan sebaya lagi kerana pembelajaran secara konstruktivisme lebih bermakna dan berkesan.

5.5.2 Murid yang malas, tidak mahu membuat kiraan dan malas menghafal sifir menyukarkan murid untuk membuat kiraan mendarab dengan nombor dua digit. 5.5.3 Pengajaran dan pembelajaran murid lebih menarik perlu di sediakan oleh guru untuk menarik minat murid. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Selepas ujian pos dijalankan, saya dapati 4 orang murid masih lagi belum menguasai sepenuhnya mendarab sebarang nombor dengan nombor dua atau tiga digit ini. Mereka agak ketinggalan kerana tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Murid amat lemah menghafal sifir asas. Saya berhasrat untuk melaksanakan kajian gelung ke dua untuk mengatasi masalah hafalan sifir.

BIBLIOGRAFI

1. Dr Kim Phaik Lah, (1995). Modul kajian tindakan. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Projek PIER (Program for Innvation, Excellence and Research) 2. Kementerian Pendidikan Malaysia, Modul Skim Baucer Tuisyen Mathematics Year 4, Penerbit; Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia, Modul Skim Baucer Tuisyen Mathematic Year 5, Penerbit; Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Kementerian Pendidikan Malaysia, Modul Skim Baucer Tuisyen Mathematics Year 6, Penerbit; Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like