Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
rukun tetangga

rukun tetangga

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 827 |Likes:
Published by Raden Ardean

More info:

Published by: Raden Ardean on Mar 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/01/2011

pdf

text

original

 
JPA(BGE)324/14/33(14) No Siri:
KERAJAAN MALAYSIAPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2008
PELEPASAN WAKTU BEKERJA KEPADAPEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANGMENJALANKAN TUGAS RONDAAN DI BAWAHSKIM RONDAAN SUKARELA KAWASAN RUKUN TETANGGA
TUJUAN
 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaanberhubung pemberian pelepasan waktu bekerja kepada pegawai Perkhidmatan Awamyang menjalankan tugas rondaan di bawah Skim Rondaan Sukarela di kawasan RukunTetangga.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan telah memperkenalkan Skim Rondaan Sukarela di kawasan RukunTetangga di seluruh negara yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kejiranan dikalangan penduduk setempat dalam usaha pencegahan jenayah dan gejala sosial.
1
 
PELAKSANAAN
 3. Pelaksanaan pemberian pelepasan waktu bekerja kepada pegawai PerkhidmatanAwam yang menjalankan tugas rondaan di bawah Skim Rondaan Sukarela di kawasanRukun Tetangga adalah seperti berikut:a. pegawai hendaklah menjadi ahli Rukun Tetangga di kawasankediamannya dan terlibat dalam Skim Rondaan Sukarela. Ketua Jabatanboleh menghendaki pegawai mengemukakan dokumen pengesahan yangmembuktikan pegawai menjadi ahli Rukun Tetangga;b. pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan pelepasan waktu bekerjadaripada Ketua Jabatannya terlebih dahulu sebelum menjalankan tugasrondaan dengan menggunakan borang seperti di
Lampiran A
danmenyertakan dokumen sokongan iaitu jadual rondaan yang telahdisahkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga kawasan tersebut.Pertimbangan oleh Ketua Jabatan hendaklah mengambil kirakepentingan perkhidmatan pegawai;c. pelepasan waktu bekerja ini juga boleh diberi kepada pegawai yangbekerja secara syif. Ketua Jabatan hendaklah memastikan penyampaianperkhidmatan tidak terjejas ekoran daripada pelepasan waktu bekerja ini;d. tempoh pelepasan waktu bekerja yang dibenarkan ialah mengikut
tempoh sebenar meronda
tertakluk kepada tempoh minimum rondaanselama 4 jam berterusan selepas pukul 12.00 malam;e. tempoh pelepasan waktu bekerja hendaklah digunakan pada sebelah pagisahaja pada hari yang sama tugas rondaan dijalankan. Tempoh pelepasanwaktu bekerja ini tidak boleh di bawa ke sebelah petang atau hariberikutnya atau dikumpulkan untuk ditukar dengan cuti. Tempohpelepasan waktu bekerja yang tidak digunakan akan dianggap luput;
2
 
f. pegawai hendaklah mengemukakan dokumen pengesahan daripadaJawatankuasa Rukun Tetangga kawasan berkenaan yang mengesahkanrondaan telah dijalankan pada waktu yang ditetapkan untuk tujuanrekod; dang. seseorang pegawai hanya layak diberi pelepasan waktu bekerja ini tidak melebihi
dua kali
dalam tempoh satu bulan kalendar.
 TARIKH KUAT KUASA
 4. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.
PEMAKAIAN
 5. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semuaPerkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”( TAN SRI ISMAIL ADAM )
Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysiaJABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIAPUTRAJAYA17 Disember 2008Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan Persekutuan
3

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Fathiah Tia liked this
Forget You liked this
Mohd JasonKing liked this
Wee Zali liked this
125320 liked this
rizalhazri685460 liked this
Masturah Mohamad liked this
lyntpain liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->