You are on page 1of 17

KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP) 2008 ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

JABATAN BAHASA MELAYU INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN SOALAN 1.0 2.0 PENDAHULUAN ALAT-ALAT ARTIKULASI 2.1 2.2 2.3 Fungsi Alat-Alat Artikulasi Bunyi 2.2.1 Vokal 2.2.2 Bunyi Vokal Penghasilan Bunyi Vokal 2.2.3 Vokal Hadapan 2.2.3.1 Vokal Hadapan Sempit 2.2.3.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit 2.2.3.3 Vokal Hadapan Separuh Luas 2.2.3.4 Vokal Hadapan Luas 2.2.4 Vokal Belakang 2.2.4.1 Vokal Belakang Sempit 2.2.4.2 Vokal Belakang Separuh Sempit 2.2.4.3 Vokal Belakang Separuh Luas 2.2.5 Vokal Tengah 2.2.5.1 Vokal Tengah Pendek 2.2.5.2 Vokal Tengah Panjang REFLEKSI

MUKA SURAT i ii iii iv v 1

2 6 8

10

3.0

12 14

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

iv SOALAN Organ artikulasi ialah organ yang berperanan menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut. TUGASAN 1. Anda dikehendaki melukis dan melabelkan alat-alat artikulasi yang menghasilkan bunyi bahasa sama ada bunyi vokal,konsonan dan diftong. 2. Jelaskan alat-alat artikulasi yang terlibat dan cara-cara menghasilkan bunyibunyi vokal. 3. Jawapan anda hendaklah disertakan dengan contoh-contoh perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. ARAHAN 1. Tugasan yang anda laksanakan hendaklah menggunakan ICT dengan paparan grafik yang menarik, disertakan dengan contoh-contoh yang jelas. 2. Tugasan hendaklah diserahkan dengan bertaip komputer menggunakan font arial, bersaiz 12 dan dilangkau 1.5. 3. Sumber atau buku autentik hendaklah disertakan bersama-sama di bahagian lampiran. 4. Bahagian kulit luar tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat seperti nama ahli kumpulan, nombor kad pengenalan, kumpulan atau unit dan nama pensyarah pembimbing. 5. Melampirkan borang kolobrasi sebagai bukti berlakunya interaksi antara ahli kumpulan dan pensyarah. 6. Menyediakan catatan refleksi hasil daripada tugasan yang diberi. 7. Menyenaraikan sumber rujukan /bibliografi.

PENDAHULUAN
Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa, turut dikenali sebagai bidang fonetik. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat (the study of speech as a universal human phenomenon) sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi yang tertentu (selected speech sound) dalam petuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Menurut Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang fonetik memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa manusia sejagat, maka pada teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya, dan aspek pendengarannya. Bidang fonetik dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik auditori, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau dikeluarkan.Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara yang keluar daripada paru-paru(udara sebenarnya keluar masuk paru-paru semasa seseoran itu bernafas) kemudian lalu pada pta suara yang boleh menentukan keadaan bunyi itu sama ada nyaring,kuat,perlahan atau sebagainya ,kemudia udara itu keluar melalui rongga,iaitu ronga tekak,rongga mulut atau rongga hidung untuk mewujudkan gema.

ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut :
ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULASI 1. Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. 5

Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini. 2. Gigi Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. 3. Bibir Atas dan Bibir Bawah Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir. 4. Gusi Gusi merupakan bahagian yang terletaka di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 5. Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau. 6. Tulang rahang Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. 7. Anak tekak Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan. 8. Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. 9. Pita Suara Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paruparu yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s].

BUNYI Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, menuju ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Ketika udara itu melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau juga mungkin tidak. Jadi, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi-bunyi bahasa Melayu dikelas kepada tiga golongan 1. Vokal 2. Diftong 3. Konsonan

Vokal Vokal adalah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan.

Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Terdapat enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu: Lambang fonetik [a] [] [i] [e] [o] [u] Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir itu sendiri. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut: Contoh perkataan apa, nanah, ada ela, elak, sate syiling, pita, sari ketul, emak, emas orang, otak, logo ujar, hutan, laku Nota

Tidak terdapat di hujung perkataan

Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu

10

PENGHASILAN BUNYI VOKAL VOKAL HADAPAN Vokal Hadapan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput udara. Contoh: [ikan] [lari] [kiri] [tilik] [lihat] [topi]

Vokal Hadapan Separuh Sempit (e) Hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah dari bunyi vokal [i ] tadi, iaitu kirakira 1/3 daripada kedudukanya semasa menghasilkan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru.Bibir dihampar dan glottis dirapatkan.Lelangit lembut dinaikkan.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh: [kole] [tauge] [bendi] [elak] [ekar] [segak]

Vokal Hadapan Separuh Luas [ ] Untuk menghasilkan vokal depan separuh luas [e], hujung diturunkan kira-kira 2/3 daripada kedudukan semasa menghasilkan vokal depan sempit (i) dan udara tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan dan glotis diratkan.

11

Seterusnya, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Contoh: [blot] [blon] [tauk [glk] [gsk] [grk]

Vokal Hadapan Luas (a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal depan luas (a), bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i) dan (e). Contoh: [apa] VOKAL BELAKANG Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi-tinggi yang mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar Contoh: [ubat] [ulat] [undang] [udang] [ulang] [ular] [pandai] [landai] [anting] [siapa]

Vokal Belakang Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar.

12

Contoh: [obor] [solo] [polo] [toko] [orang] [boleh]

Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Glotis dirapatkan dan lelangit lembut di naikkan. Udara di tekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam dialek-dialek dan bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal (o), misalnya (oleh). Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. VOKAL TENGAH Vokal Tengah Pendek [] Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidup, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar. Contoh: [mpat] [ppt] [knduri] [prahu] [tmpat]

( Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah suku kata sahaja) Vokal Tengah Panjang Vokal ini hampir-hampir sama dengan vokal tengah pendek hanya ia lebih rendah dan dari segi bunyi ia lebih tegas dan panjang. Cara menyembunyikannya ialah, tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaannya semasa menghasilkan vokal separuh sempit, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya bunyi

13

yang keluar itu bersuara. Umumnya vokal ini hanya terdapat pada akhir perkataan. Contoh: [dia] [kereta] [saja] [manja]

14

REFLEKSI

Pertama sekali kami sangat bersukur kerana dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat kami gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa kami hadapi sama ada dari segi kewangan,masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada ole para pensyarah Bahasa Melayu, kami dapat memahami serta memudahkan kami merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini,kami dapati bahawa setiap yang kami pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami.Sebagai contoh, sebelum ini kami kurang memahami tentang fonologi. Namun begitu setelah kami mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara tersebut bagi tugasan ini, kami dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam. Kami dapat memahami bahawa fonologi ini merupakan sesuatu yang indah unuk dipelajari sebagai seorang manusia yang dicipta oleh ALLAH s.w.t di muka bumi ini. Hal ini mengajar kami supaya lebih menghargai setiap satu kelebihan serta kelemahan kami. Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini kami terpaksa berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya, kami tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini. Apa yang paling membuat kami teruja apabla kami dapat mengetahui pelbagai bunyibunyi bahasa yang indah yang selama ini kami langsung tidak mengetahui.

15

Akhir kata, kami begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga kami siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa kami hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.

16

BIBLIOGRAFI

Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006), Fonetik dan Fonologi, PTS Professional Publishing Sdn Bhd Lubis, A. Hamid Hasan. 1994. Glosarium Bahasa dan Sastra. Bandung: Penerbit Angkasa Nor Hashimah Jalaludin (2000) Asas Fonetik, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006), Fonetik dan Fonologi PTS Professional Publishing Sdn Bhd (Kuala Lumpur) Anonim. 2007, Sistem Fonologi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu.html Anonim. 2007. Bunyi Bahasa Melayu. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.html

17

You might also like