You are on page 1of 32

A SEJARAH OLAHRAGA A1 Sejarah olahraga di Malaysia Organisasi olahraga yang ulung pernah dicatat di Malaysia adalah di Ipoh.

Persatuan Olahraga ditubuhkan adalah pada tahun 1906. Satu perkara yang luar biasa dalam pertandingan olahraga di antara 1906 hingga 1913 adalah ditajai dan dikuasai oleh beberapa kelab orang-orang Eropah dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports dan sering kali dijalankan sebagai acara sukan di negeri Perak. Oleh sebab hanya kejohanan seperti ini sahaja dijalankan, pemenang piala pusingan dianggap Johan Malaya. Di antara tahun 1914 hingga 1919, aktiviti olahraga telah dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1920, satu mesyuarat olahraga telah diadakan di Kuala Lumpur dan keputusan untuk mengadakan pertandingan ini kepada semua peserta amatur, penduduk Negeri-Negeri Selat dan NegeriNegeri Melayu Bersekutu tanpa mengira bangsa. Ini bertujuan menjadikan pertandinganpertandingan yang dijalankan dari tahun 1920 ke atas lebih menggambarkan budaya tempatan. Kejohanan antara negeri pada masa itu dikelolakan pleh Amateur Athletic of British Malaya. Pada tahun 1913 nama persatuan ini diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya dan oleh kerana penyertaan peserta daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, nama kejohanan ini ditukarkan kepada championship of Malaya. Aktiviti-aktiviti olahraga sekali lagi dihentikan akibat Perang Dunia Ke-2 di antara tahun 1940 hingga 1948. Apabila kejohanan olahraga diadakan semula, munculah bakat-bakat baharu serta jaguh-jaguh sebelum perang. Semenjak daripada itu, tempat kejohanan berpindah dari satu negeri ke negeri lain di Semenanjung Malaysia seperti di Singapura (1950), Ipoh (1952 hingga 1955), dan di Pulau Pinang (1956). Pada tahun 1956 perayaan Jubli Emas diadakan di Pulau Pinang. Pada tahun 1952, berdasarkan kepada pertubuhkan Persatuan-ppersatuan Sukan Antarabangsa, nama persatuan ditukar kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU). Kesatuan dianggap sebagai perbadanan antarabangsa dan digabungkan dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada masa yang sama cawangan Singapura menarik diri dan menjadi satu persatuan yang berasingan. Di bawah peraturan baharu, kejohanan 1

kebangsaan yang pertama di adakan di Serembann pada tahun 1960 dan rekod-rekod kebangsaan diiktiraf. Pada tahun yang sama, kejohanan kebangsaan terbuka pertama diadakan di Pulau Pinang seterusnya Melaka pada tahun 1961, dan Ipoh diadakah pada tahun 1962. Penyertaan peserta luar Negara sangat menggalakkan. Antaranya ialah peserta-peserta dari Singapura, Brunei, Borneo Utara British, Ceylon, Filipina, Thailand, Indonesia, dan Australia. Kesatuan ini adalah satu perbadanan yang aktif untuk meningkatkan mutu sukan olahraga. Bersama-sama dengan Persatuan Hoki Malaya, kesatuan ini merasakan perlu diadakan satu perbadanan kebangsaan untuk mengajurkan serta menyelaraskan aktiviti-aktiviti semua persatuan sukan di Malaya untuk tujuan pertandingan di peringkat antarabangsa. Dengan kerjasama Persatuan Hoki Malaya sebagai penaja bersama Persekutuan Majlis Olimpik Malaya (Federation of Malaya Olympic Council) ditubuhkan. Seperti kebanyakkan sukan dunia, cara yang paling baik dan berkesan untuk mengembangkan dan meyelaraskan segala aktiviti termasuk olahraga menerusi persatuan. Oleh itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu. Bagi sukan olahraga, baddan atau pertubuhan yang tertinggi untuk maksud ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Leahlian persatuan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional Negara masing-masing. Setiap Negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai persatuan ini. A2 Sejarah olahraga antarabangsa Pada permulaan di zaman Greek Kuno seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi. Oleh yang demikian, olahraga merupakan sukan yang terawal di dunia. Antara bukti yang kukuh untuk menegaskan perkara yang sedemikian dapat diilhat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 sebelum masihi hingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai sukan yang merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun difahamkan matlamat awal mereka bukanlah menjadikan olahraga 2

sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai satu cabagng seni yang dapat diilhat daripada peserta yang mengambil bahagian. The Encyclopedia of Sports ada menyebut tentang olahraga yang bermula zaman Greek Kuno dan mencatat bahawa Lompat Jauh sebagai acara pertama dipertandingkan dalam sukan tersebut. Dari tahun 776 Sebelum Masehi, Sukan Olimpik Berjaya diadakan empat tahun sekali sehingga 379 Sebelum Masehi. Selepas itu sukan ini tidak dapat diadakan lagi atas Maharaja Rom iaitu, Theodosius dengan tidak menyatakan sebarang alasan. Ini menyebabkan penduduk merasa kehilangan sesuatu. Walau bagaimanpun, mereka tetap meneruskan aktiviti yang melibatkan larian, melompat dan melontar. Ini menyebabkan juga mereka dapat mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka diadili oleh orang ramai. Pertandingan sukan olahraga menerusi Olimpik Kuno diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek, maka dengan itu tiada Negara lain yang mahu atau sanggup menerusikan tradisi ini untuk menganjurkan sukan tersebut. Akhirnya sukan tersebut berkubur untuk sekian lama. Hal ini berlanjutan sehingga abad Ke-19. Menjelang anad Ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Di England, olahraga Berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military Collage menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap Berjaya. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat khusunya di England. Tidak berapa selepas itu, muncul pula kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu, Kelab The New Guild in England. Penubuhan kelab ini jua turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga lain selepas itu. Banyak sekolah turut menggalakkan pelajar-pelajar kolej dan universiti melibatkan diri dalam sukan olahraga. Universiti Oxforf adalah antara beberapa universiti terawal menubuhkan pasukan olahraganya iaitu, Exeter Collage Athletic Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Sesuatu yang membanggakan ialah kelab itu masih wujud hingga ke hari ini. Perkembangan sukan di Negara-negara Eropah khususnya di England pada abad ke-19 memang ketara termasuk sukan olahraga. Ini menjadikan penerimaan penduduk di situ mudah untuk mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu tidak hiaranlah dikatakan bahawa tahun-tahun 1860 an merupakan tempoh perkembangan pesat

sukan olahraga di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perrkembangan sukan olahraga, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di Negara tersebut. Sekali lagi olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati sukan olahraga dan turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha untuk mengembangkan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, Negara tersebut Berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berberntuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan Negara England dan Ireland. Di amerika Syarikat sukan olahraga mendapat sambutan dan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 ahli-ahli oalhraganya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada olahragawan Amerika Syarikat Berjaya memenangi dan menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan termasuklah di luar Amerika Syarikat. Penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol sehinggakan mampu mencipta dan memecahkan rekod yang sedia ada. Walau bagaimanpun, kebanyakkan rekod dunia ketika itu belum mendapat pengiktirafan sehingga mengakibatkan rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan kemudiannya. Senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besar adalah peserta Amerika Syarikat. Walaupun muncul begitu ramai atlit yang mahir dalam olahraga, namun tidak menggugat penguasaan Amerika Syarikat dalam sukan olahraga. Keadaan ini ditambah dengan kemunculan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang berketurunan Negro yang menunjukkan keupayaan dan prestasi yang membanggakan malah menakjubkan pula.

Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadikan medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh pelusuk dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta dalam sukan olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan dianggap sebagai perjumpaan terbesar di dunia dan olahraga merupakan acara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang memapu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari Asia, Afrika, dan Amerika Selatan ketika itu masih belum 4

mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta itu, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke Negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960 an muncul pesertapeserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Walaupun prestasi yang mereka tunjukkan masih belum mampu menggugat penguasaan ahli-ahli olahraga dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Syarikat Selatan, dan Asia yang telah menunjukan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik minat orang ramai. Kebanyakkan negara ketiga mula menubuhkan persatuan masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan ke negara mereka. Persatuan ini bertanggungjawab sebagai badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan dan akan disertai oleh Negara berkenaan. Persatuan ini juga bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di Negara sendiri sejak tahun 1926 lagi. Apa yang pasti ialah dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan kepada peserta-peserta dari Negara-negara ini mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung di dalam persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

B ACARA BALAPAN B1 Balapan 400 meter

B2 LARI PECUT B2.1 Acara 100 meter

Terdapat beberapa gaya permulaan bagi acara pecut 100 meter yang selalu digunakan oleh pelari-pelari iaitu seperti berikut: Gaya Peluru Dalam permulaan gaya peluru(bullert start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28 cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunujukkan semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Keadaan ini memrlukan kekuatan untuk pecutan dengan menggunakan cara ini. Oleh yang dimikian permulaan gaya peluru tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

Gaya Peluru (Bullert) Gaya Sederhana (Medium) Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik dan selalu digunakan oleh pelari yang bertaraf amatur. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki di belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

Gaya Sederhana (Medium)

Gaya Panjang (Elogated)

Dalam permulaan jenis ini, kaki di belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.

Gaya Panjang (Elongated) Teknik Permulaan Dekam Bagi ketiga-tiga gaya permulaan dekam iaitu, gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang, terdapat empat fasa kedudukan iaitu, 1. Cara dan jarak menempatkan kaki depan. 2. Kedudukan Ke Garisan 3. Kedudukan Sedia 4. Kedudukan badan semasa pelepasan Bagi gaya sederhana penempatan tapak kaki depan pelari menempatkan hujung tapak kaki keduanya betul-betul di belakang garisan permulaan dan kemudian menempatkan hujung tapak kaki keduanya betul-betul di lurah perut tapak kaki depan tadi. Seterusnya tapak kaki depan tadi dibawa ke belakang tumit tapak kaki yang kedua dan inilah tempatnya tapak kaki depan dalam gaya sederhana. Penempatan tapak kaki dan lutut belakang gaya sederhana dicecah atas muka bumi betul-betul separas dengan kaki depan. Jarak antara lutut kaki belakang dengan hujung depan ialah jarak tiga atau empat jari tangan. Penempatan tapak tangan pelari akan mencecah hujung jari kedua-dua belah tangannya ke muka bumi dengan cara lengan 8

tangan agak luas sebidang bahu, tangan yang mencecah muka bumi dikilaskan ke sebelah dan jari-jari tangan mencecah muka bumi dijarak-jarakkan dan mencecah dihujung jari bukan di perut jari. Semasa fasa Ke Garisan Kedudukan kepala ditundukkan supaya dagu peserta menghampiri dad sendiri. Kedudukan kepala dalam kedudukan ini adalah mustahak sebab dengan keadaan ini otot-otot di tengkuk atau leher tidak mengeras dan sudah tentu tidak meletihkan tengkuk pelari. Kedudukan kepala dalam keadaan releks. Semasa fasa Sedia pelari akan mengangkat punggungnya melebihi paras kepala sambil membawa bahunya ke hadapan sehingga melebihi garisan permulaan. Semasa melakukan pergerakan ini, pelari harus ingat bahawa sudut di sendi lutut kaki depan adalah lebih kurang 90 darjah dan sudut kaki belakang pula berada lebih kurang 120 darjah. Kedudukan kepala masih lagi seperti dalam fasa Ke Garisan. Tumukan semua berat badan pada hujung jari tangan.

Semasa kedudukan berlepas, pelari bergerak pantas dan lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan serta merta. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat. Tolakan jari tangan yang boleh untuk membantu pelepasan keseluruhan badan dari blok permulaan. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan. Pada permulaan larian, kaki lonjakan dibawa ke hadapan, tubuh badan direndahkan, kepala ditundukkan sedikit, mata tertumpu pada trek, langkah permulaan pendek untuk 10 meter pertama, dan kaki diluaskan sedikit. Semasa larian, pelari memecut dengan langkah panjang dan cepat, lutut diangkat tinggi, tangan dihayun dengan kuat, lari di atas bebola kaki, dan siku dirapat pada badan dan dibengkok pada sudut 90 darjah. B2.2 Lari pecut 200 meter

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh. Jika berlari di bahagian selekoh, blokblok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, 9

supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 6 meter melepasi garisan.

Berlari atas selekoh I. II. III. Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkordinasi.

Berlari di lorong lurus I. II. III. Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada bahagian lorong lurus. Lebih kurang antara 80 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara garisan selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya. Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai.

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan di bahagian awal suatu pelajaran olahraga. Antaranya: I. Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. II. Lari Pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang. III. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya Sebelum sampai di tandaan 30 meter. IV. Berlari anak denan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter. V. VI. Lari kutip mata (lari ulang-alik) Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan, kedudukan kepala dan sebagainya. 10

VII.

Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan melintasi badan.

B2.3 Lari pecut 400 meter

Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek. Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.

Teknik berlari dalam acara 400 meter I. II. Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan oleh atlet dalam jarak yang lebih pendek. Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya secara beransur-ansur. bertambah

11

III.

Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter awal. yang

IV.

Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter dan 200 meter).

V. VI.

Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal. Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.

B2.4 Acara 100 meter lari berpagar, 110 meter lari berpagar dan 400 meter lari berpagar Pada asasnya, lari berpagar adalah memecut melompat pagar-pagar. Tujuannya ialah melepasi pagar-pagar dengan sedikit sahaja gangguan dalam ritma pecutan semulajadi. Pagar-pagar hendaklah dilintasi aksi langkah lepas dan bukan dengan lompatan. Pergerakan haruslah secara lebut sepenuhnya. Semua acara lari berpagar dijalankan di lorong. Acara 100 meter lurus dan acara 110 meter dijalankan di lorong lurus dan acara 400 meter di jalankan di balapan 400 meter berselekoh. Jadual di bawah menunjukkan kategori acara lari berpagar: Lelaki 110 meter 400 meter Wanita 100 meter 400 meter

Setiap perlumbaan melibatkan 10 pagar. Tinggi pagar berbeza mengikut jarak perlumbaan. Jadual di bawah menunjukkan ketinggian setiap pagar mengikut kategori acara:

Acara 110 meter (L) 100 meter (W) 400 meter (L) 400 meter (W)

Ketinggian Pagar (cm) 106.7 84.0 91.4 76.2

Had maksimum lebar pagar ialah 1.20 meter. Had maksimum panjang alasnya ialah 0.70 meter. Jumlah berat setiap pagar tidak kurang 10 kilogram. Lebar palang di atas pagar 12

ialah 70 milimeter. Tebal palang tersebut adalah di antara 10 hingga 25 milimeter. Palang di atas dicat hitam dan putih jalur. Cara jalur putih adalah disebelah hujung dan lebarnya sekurang-kurang 225 milimeter. Sepuluh pagar digunakan untuk setiap perlumbaan tetapi jarak dari garisan permulaan ke pagar pertama, jarak antara pagar-pagar, dan jarak dari pagar terakhir ke garisan penamat berbeza-beza untuk setiap acara. Jadual di bawah menunjukkan jarak bagi penempatan pagar-pagar.

Acara

Jarak dari permulaan ke pagar pertama (m) 13.72 13.00 45.00 45.00

Jarak antara pagar (m) 9.14 8.50 35.00 35.00

Jarak dari pagar terakhir ke garisan penamat (m) 14.02 10.50 40.00 40.00

110 meter (L) 100 meter (W) 400 meter (L) 400 meter (W)

Bagi acara lari berpagar, seseorang pelari perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan berlari semasa berada antara pagar-pagar yang diletakkan dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiapa pelari. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap pelari bagi acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan perhgerakan tangan dan kaki. Badan pelari pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar ini diperingkat awalan, jurulatih perlu mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu pelari mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai dengan kemampuan mereka. Sebagi langkah keselamatan bebepara perkara yang perlu diambil perhatian oleh pelari dan juga jurulatih bagi acara lari berpagar. Berikut adalah beberapa aspek sebagai langkah keselamatan iaitu, I. Kesihatan II. Pakaian 13 Sebelum menjalani sesi latihan, jurulatih perlu meleksanakan soal selidik kepada atlet dar segi kesihatan fizikal dan mental Jurulatih harus memastikan sama ada beban latihan tertentu sesuai dengan keadaan atlet.

Atlet mesti memakai pakain yang sesuai untuk larian. Atlet memakai kasut kanvas yang sesuai untuk latihan dan selesa untuk pergerakan tapak kaki supaya tidak mengalami kecederaan.

III. Tempat latihan IV. Alatan Gunakan alatan yang sesuai mengikut umur dan gander. Pastikan alatan yang selamat dan boleh digunakan. Gunakan alatan dengan cara yang betul dan bersistematik. Pastikan permukaan latihan yang rata dan tidak berlopak Pastikan tiada halangan semasa latihan dijalankan.

B3 LARI JARAK SEDERHANA B3.1 Acara 800 meter Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara seseorang pelari melakukan larian dari mula mereka berlepas sehingga ke akhir larian itu. Pelari hendaklah mempelajari beberapa teknik larian sebelum menghadapi sesuatu perlumbaan. Dengan mengetahui beberapa teknik larian, peserta mudah dapat menyesuaikan diri ketika perlumbaan serta dapat pula menandingi atau mengatasi peserta lain yang mempunyai teknik yang sama. Permulaan Sebelum memulakan larian, peserta diundi untuk menentukan lorong yang akan mereka gunakan pada pusingan pertama larian. Selepas lorong ditentukan, mereka akan ke tempat permulaan mengikut lorong masing-masing. Larian pertama mengikut lorong ini hanya untuk keseluruhan pusingan pertama dan pusingan kedua. Sebaliknya mereka dibolehkan memasuki lorong paling dalam untuk meneruskan larian. Apabila pelari melepasi 100 meter pertama dalam pusingan kedua, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama. Di sini semua peserta akan berusaha masuk ke lorong paling dalam sehingga adakalanya berlaku perebutan lorong antara pelari. 14

Permulaan akan dilakukan oleh pegawai pelepas di tempat permulaan dengan arahan ;Ke garisan diikuti dengan arahan Sedia serta tembakan pistol menandakan peserta boleh memulakan larian. Kebanyakkan peserta menggunakan gaya berdiri kerana mereka tidak perlu membuat lonjakan atau permulaan yang pantas seperti dalam acara pecut. Semasa Larian Dengan menggunakan permulaan cara berdiri memberi peluang kepada kaki pelari untuk diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan dapat bergerak bebas serentak dengan pergerakan kaki. Unsur dan teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi antara ayunan kaki hingga ke bahagian punggung akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas, walaupun ayunan ini masih bergantung kepada kelenturan pelari. Mengangkat kaki dengan baik dan menghasilkan suatu sudut antara paha kaki yang akan menghasilkan jarak jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu jauh. Untuk membantu mempercepatkan pusingan dan jangkauan kaki, dada mestilah dalam kedudukan mendepan dengan lengan menghayun supaya dapat memberikan kuasa yang lebih kepada keseluruhan badan. Semasa pelari menukar kaki, sebaik-baiknya tapak kaki pelari hendaklah menyentuh balapan pada masa yang sama supaya tenaga dapat dijimatkan. Pelari hendaklah tidak menggunakan hujung kaki atau tumit semata-mata. Dalam acara jarak sederhana prinsip penjimatan tenaga amat penting. Oleh kerana tenaga simpanan yang banyak diperlukan kemudiannya boleh digunakan untuk melakukan pecutan atau meningkatkan kelajuan terutama pada peringkat akhir larian. Semasa larian, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang.

Menamatkan larian Sudah tentu matlamat seseorang pelari akan menamatkan larian sejauh dua pusingan balapan sersaiz 400 meter. Dengan menggunakan tektik yang betul dan bersesuaian dengan keupayaan sendiri, pelari dapat menamatkan lariannya dengan baik dan mencatat 15

masa yang terbaik.Cara menamatkan larian adalah dengan menolak ke hadapan bahagian torso utnuk mencecah pita atau tali penamat terlebih dahulu daripada pelumba lain. B3.2 Acara 1500 meter Acara 1500 meter adalah tergolong sebagai acara lari jarak sederhana. Mengikut IAAF, acara ini lebih sesuai digolongkan sebagai acara lari jarak sederhana walaupun banyak pihak beranggapan bahawa acara 1500 meter dikategorikan acara larian jarak jauh. Jarak acara ini ialah tiga pusingan balapan 400 meter dan diikuti dengan jarak 300 meter lagi. Ini bermakna pelari dikehendaki berlari sejauh 3 pusingan balapan. Permulaannya ialah pada akhir selekoh pertama balapan. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Latihan yang intensif dan konsisten amat penting bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini dan sesuatu yang tidak mudah dijangkakan untuk mencapai tahap kecergasan dan ketahanan yang tinggi untuk berlari pada jarak sebegini. Kaedah larian yang progresif harus dilakukan untuk mencapai kemenangan. Pelari harus melalui latihan yang lama dan bersistem supaya jantung, paru-paru, dan otot dapat dilazimkan bagi memperoleh keperluan oksigen apabila kadar larian ditingkatkan. Aturan dan cara larian adalah seperti berikut: 1. Pelari akan berlari sejumlah 3 pusingan balapan 400 meter yang bermula pada akhir selekoh pertama balapan. 2. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong dari mula hingga ke akhir perlumbaan. 3. Pelari tidak dibenarkan keluar meninggalkan balapan sebelum menamatkan larian, cuba menghalang pelari lain atau merempuh pelari lain ketika berlari. 4. Pelari hendaklah mula berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai pelepas. 5. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat apabila pelari mempunyai baki satu pusingan lariannya. 6. Pelari hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan keputusan yang dicapai dan disahkan oleh pegawai perlumbaan adalah muktamat. 7. Pelari tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantu atau bahan-bahan penguat yang dilarang oleh IAAF. 16

Teknik permulaan larian Biasanya peserta-peserta yang dipilih ke perlumbaan akhir dalam acara ini dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, dipilih menerusi sarigan dan separuh akhir. Bilangan peserta dihadkan kepada 12 hingga 20 peserta sahaja. Setiap peserta akan memulakan perlumbaan pada selekoh kedua balapan 400 meter iaitu, pada garisan melengkung yang disediakan. Mereka akan berbaris sepanjang garisan permulaan sementara menantikan isyarat permulaan daripada pegawai pelepas. Kesusukan peserta ditentukan melalui unsian berdasarkan nombor dan bukan lorong. Peserta dengan nombor sedikit ditempatkan pada kedudukan paling dalam dan diikuti dengan nombor berikutnya. Pelari akan menggunakan permulaan gaya berdiri dan tanpa menggunakan blok permulaan. Sebaik sahaja tembakan dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam bagi memebolehkan mereka berlari di bahagian dalam balapan. Jika berlari di bahagian luar, peserta harus berlari lurus dan deras ke hadapan untuk suatu jarak tertentu, lalu memotong untuk memasuki lorong dalam apabila ada kesempatan berbuat demikian. Teknik semasa larian Perkara utama yang harus diberikan perhatian oleh pelari 1500 meter ialah berlari mengikut rentak dan keupayaan sendiri serta pernacangan yang dikehedaki. Walaupun kadang-kadang pelari terpengaruh atau terikut-ikut dengan rentak larian peserta lain, tetapi seboleh mungkin pelari hendaklah mengikut rentak larian sendiri. Dalam acara ini sesuatu perkara lain juga diberikan perhatian iaitu, penjimatan tenaga semasa berlari. Ini bermakna pelari harus berlari tanpa mengeluarkan tenaga dengan sia-sia. Oleh sebab pelari terpaksa berlari hampir empat pusingan dan pada kepantasan yang agak tinggi, setiap tenaga hendaklah digunakan dengan betul. Sebagai panduan umum, perkembangan atau peringkat dalam larian 1500 meter ini boleh dibahagikan seperti berikut: 1. Permulaan yang baik serta kedudukan yang baik. 2. Pergerakan dan langkah kaki yang betul. 3. Penyimpanan daya dan tenaga mengikut jarak larian. 4. Jangan biarkan pelari lain berada jauh di hadapan.

17

Gerakan atau langkah kaki ke hadapan sedikit daripada titik graviti, manakala pergerakan kaki ke belakang hendaklah pada kejaluan yang lebih atau sama dengan pergerakan badan ke hadapan. Kedudukan kaki hendaklah dalam keadaan lurus dengan menekankan kepada pendaratan pada seluruh tapak kaki supaya keseimbangan badan dapat diwujudkan. Ketika berlari, sokongan diperoleh daripada tumit yang menyentuh balapan manakala ketika memulakan permulaan, otot kaki hendaklah ditegangkan, pergelagan kaki dilebarkan atau ditekankan dengan jari-jari kaki untuk memberi keseimbangan yang lebih. Sebaik sahaja kaki menyentuh balapan, jari-jari kaki digunakan untuk menolak badan ke hadapan. Jarak langkauan serta kekerapan akan menentukan kederasan larian. Jumlah langkah dalam satu saat juga penting dalam kelajuan. Jarak langkah bergantung kepada sudut, kelajuan, dan ketinggian projeksi pertengahan titik graviti. B4 LARI JARAK JAUH B4.1 Acara 5000 meter Acara lari jarak jauh 5000 meter dijalankan dalam 12 pusingan ialah 12 pusingan balapan 400

1/2

meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh 5 kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan

pusingan, ini bermakna untuk acara ini ialah pada tempat permulaan

200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter. Aturan dan cara larian Pelari akan berlari sebanyak 12 pusingan balapan bersaiz 400 meter. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga tamat larian untuk menangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan. Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di dalam balapan dan tidak menggangu pelari lain. Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat 9 biasanya loceng atau siren apabila pelari mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya. Pelari boleh berlari sama ada dengan memakai kasut, spikes atau tanpa berkasut tetapi pastikan kasut 18 itu tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan mendapat kecederaan.

Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk menghalangnya berlari, mecederakan atau membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberikan isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak sedemikian.

Permulaan larian Semua pelari akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri . Apabila terlalu ramai yang layak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, mereka akan melalui peringkat saringan. Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan perlalatan yang sesuai. Pegawai pencatat pusingan diperlukan untuk setiap peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan mencatat setiap pusingan yang telah dilepasi oleh setiap pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan jumlah pusingan yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam untuk berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada gangguan peserta lain semasa berlari. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang ramai. Sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengelakkan larian di samping menyimpan tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian. Sekiranya tidak terdaya memecut, memadai jika pelari dapat meningkatkan kelajuannya untuk mencapai garisan penamat. B5 BERPASUKAN ACARA 4 X 100 METER DAN 4 X400 METER Bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter disertai oleh peserta lelaki dan wanita. Pada prinsipnya, seorang pelari akan berlari pada jarak yang sama dalam larian yang sebenar terdapat perbezaan jarak larian dala kalangan emapt pelari terlibat kerana wujudnya pertukaran baton iaitu, terdapat pelari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau dekat daripada yang lain. Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat 19

permulaan sehingga tamat menerusi empat orang peserta secepat mungkin. Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman antara pelari dalam pasukan. Bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter alatan yang digunakan ialah blok permulaan, baton, pakaian sukan, kasut spike. Saiz baton ialah berdiameter 38 mm dan panjang antara 28 hingga 30 cm. Pemilihan pelari bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter adalah berdasarkan kepada berikut: Pelari pertama Pelari pertama mestilah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton dan berkeupayaan berlari pada selekoh. Kebiasaanya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari yang lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Pelari kedua Pelari ini hendaklah berkeupayan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Pelari itu juga mestilah bijak dari segi menerima dan menghantar baton. Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri atau sebaliknya.

Pelari ketiga Kriteria utama pelari ketiga ini ialah kebolehan dan kemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberinya menggunakan tangan kiri atau sebaliknya. Dari segi keupayaan, kebiasaanya pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Pelari keempat atau terakhir Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu pasukan kerana pada bahunya terletak keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti-ganti 4 20

X 100 meter dan 4 X 400 meter. Pelari ini harus berkebolehan berlari di garisan lurus. Walau bagaimanapun dari segi jarak larian sebenar pelari terakhir adalah terpendek larian, namum dari segi kepantasan dan kelajuan adalah penting. Jarak larian oleh keempat pelari acara 4 X 100 meter adalah tidak sama, tetapi bagi acara 4 X 400 meter jarak larian bagi keempat pelari hamper sama. Bagi acara 4 X 100 meter jika pertukaran baton dilakukan selepas atau di luar zon pertengahan pertukaran baton, maka setiap pelari akan berlari pada jarak berikut:

Pelari 1 2 3 4

Jarak larian (m) 101.5 121.5 121.5 120.0

Jarak larian dengan baton (m) 101.5 99.0 99.0 97.5

Baton perlu dipegang oleh pelari sama ada untuk permulaan larian ataupun semasa berlari. Pelari hendaklah memastikan baton dipegang dengan kemas, selesa, dan tidak menghalang pelari lain dari berlari dan dapat diberikan kepada pelari lain dalam pasukannya dengan baik. Gaya permulaan memegang baton ialah baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama yang akan memulakan larian, cara memegang yang sering digunakan. Semasa berlari baton dipegang kejap (kuat) di pangkal baton yang berdekatan dengan tangan. Hanya pelari pertama terlibat dalam kedudukan permulaan. Kebiasaanya pelari pertama menggunakan permulaan gaya dekam dan memegang baton . Pelari-pelari lain hanya berlari pada kedudukan atau dalam kawasan masing-masing menggunakan permulaan gaya berdiri. Cara menukar baton ialah baton yang digenggam itu mestilah pelari menghabiskan satu pusingan larian iaitu, 400 meter secara bergilir-gilir dalam jarak 100 meter bagi setiap peserta. Dalam acara ini, kelancaran pertukaran amat membantu dalam pencapaian larian pasukan itu. Terdapat dua cara menukar baton iaitu, I. Hantaran dari atas ke bawah ( Downsweep)

Cara ini adalah paling pantas dan sering digunakan. Risikonya jika tidak diberi dengan betul dan tepat, baton akan mudah terjatuh. Jika pelari pertama membawa baton dengan 21

tangan kanan, maka pelari kedua akan memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari pelari akan membuka tapak tangan atau menadah untuk menerima baton. Pelari pertama hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua mengangkat dan membuka tangannya.

Hantaran baton dari atas ke bawah Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari atas ke bawah atau secara memukul tapak tangan pelari kedua. Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri dan memberi kepada pelari ketiga dengan tangan kiri. Pelari ketiga pula akan membawa baton pada tangan kanan dan akan memberi kepada pelari keempat yang akan menerima baton dengan tangan kiri untuk memecut ke garisan penamat. II. Hantaran dari bawah ke atas (Upsweep) Cara ini adalah kurang risikonya, tetapi memerlukan persefahaman yang baik antara penghantar dan penerima menjadikan hantaran menarik dan pantas. Jika pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan, maka pelari kedua akan menerima dengan tangan kiri. Diikuti pula pelari ketiga akan menerima dengan tangan kanan dan pelari keempat akan menerima dengan tangan kiri dan memecut. Pelari pertama, kedua, dan ketiga akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari bawah ke atas. Pelari yang menerima baton akan menghulurkan tangan sambil membuka tapak tangan menghala ke bawah.

22

Hantaran dari bawah ke atas Zon pertukaran baton bagi acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter berada dalam balapan berukuran 400 meter. Pelari pertama dari setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan permulan yang diatur secara berganjak. Pelari di selekoh akan menghantar kepada pelari kedua dalam pasukannya. Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan menamatkan larian. Di setiap jarak 100 meter, 200 meter, dan 300 meter dibalapan 400 meter ditandakan tiga zon pertukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang. Baton mesti bertukar tangan antara dua pelari di dalam zon tersebut. Satu zon lagi yang dipanggil zon pemecutan ditanda pada 10 meter dibelakang zon pertukaran baton. Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari dalam zon pemecutan tetapi baton mesti diterima di dalam zon pertukaran baton.

C C1

ACARA PADANG Lompat jauh Lompat jauh merupakan salah satu daripada acara Sukan Olimpik yang tertua. Pada

asalnya acara ini dilakukan dari posisi berdiri dan dipanggil lompat jauh setempat(Standing Long Jump). Jarak yang dicapai oleh atlet dalam acara lompat jauh bergantung kepada 23

kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran, pusat graviti, ketinggian lompatan, dan posisi mendarat. Atlet haruslah membuat lompatan dengan kelajuan terpantas dengan menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh ke sebelah depan papan lonjakan. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu tidak akan dikira walaupun sejauh mana sekalipun lompatan itu. Lompatan yang sah akan diukur daripada tepi papan lonjakan ke tanda yang dibuat oleh atlet dalam tambak yang terdekat dengan papan lonjakan. Untuk mencapai jarak yang terbaik antara papan lonjak dan tanda mendarat di pasir, atlet haruslah cuba mendarat dengan menggunakan kaki mendahului badannya seberapa jauh yang boleh tanpa menyebabkan dia terjatuh ke belakang. Data-data teknik lompat jauh I. Landas Lari Panjang maksimum landas lari ialah 40 meter. Lebar minimum landas lari ialah 1.22 meter dan maksimum ialah 1.25 m. Landas lari hendaklah ditanda dengan garisan 50 cm lebar. II. Papan lonjak Papan lonjak hendaklah ditandakan dengan papan yang ditanam parasnya sama dengan landas lari dan kawasan mendarat. Pinggir papan yang berhampiran dengan kawasan mendarat dipanggil garisan melonjak. Di tepi papan lonjak berhampiran dengan kawasan mendarat hendaklah diletak tanah liat untuk menentukan bekas tapak kaki peserta sama ada ia telah gagal dengan lompatannya. Jika tidak dapat menyediakan peralatan tersebut hendaklah ditabur dengan tanah lembik atau pasir seluas 100 mm dengan sudut 30 darjah. Jarak antara papan lonjak dengan hujung kawasan mendarat ialah sekurang-kurangnya 10 meter. Papan lonjak hendaklah ditempatkan antara 1 hingga 3 meter dengan tepi kawasan mendarat yang berhampiran dengannya. Pembentukkan papan lonjak mesti diperbuat daripada kayu atau bahan tegar yang sesuai dengan ukuran 1.21 hingga 1.22 meter panjang, 198 mm hingga 202 mm lebar dan maksimum 100 mm dalam papan itu mesti dicat dengan cat putih. III. Kawasan mendarat Lebar kawasan mendarat ialah 2.75 mm ukuran minimum dan 3 meter ukuran maksimum. Sekiranya boleh diletakkan di hujung tengah tengah landas lari dan jika landas 24

lari itu dipanjangkan. Kawasan mendarat diisikan dengan apsir lembut yang lembab supaya permukaan separas dengan papan lonjak. C2 Lompat tinggi Lompat tinggi merupakan salah satu acara padang yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Acara ini disertai oleh peserta lelaki dan wanita. Dipercayai bahawa acara ini telah dimulakan pada acara olimpik kuno dan mendapati acara ini diminati ramai. Ia mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik tahun 1896 di England. Dalam acara ini, sekiranya peserta gagal untuk melepasi ketinggian palang selepas membuat lompatan tiga kali berturut-turut dalam percubaannya, maka penyertaannya dianggap batal dan bagi peserta terakhir sekali berhenti atau pembatalannya terakhir dianggap pemenang. Acara lompat tinggi memerlukaan kebolehan semualjadi seseorang meliputi aspek fizikal dan mental. Acara lompat tinggi memerlukan koordinasi yang baik antara pergerakan dan tumpuan pemerhatian. Dari masa ke semasa, terdapat banyak perubahan dari segi teknik lompat tinggi. Perubahan ini dilakukan untuk mendapatkan lompatan yang lebih baik di samping untuk mengelakkan diri daripada kecederaan. Perubahan yang paling nyata ialah gaya atauteknik lompatan. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya gunting (Scissors Style) dan diikuti dengan Gaya Timur. Selepas itu diperkenalkan Gaya Guling Barat (Western Roll), Plana (Straddle), dan Gaya Lentang (Flop). Pada awal acara lompat tinggi, lompatan static digunakan. Gaya ini digunakan dalam peringkat awal Sukan Olimpik. Gaya Gunting mula diperkenalkan oleh peserta dari Asia. Gaya Plana pula diperkenalkan oeh peserta dari Eropah, dan Gaya lentang diperkenalkan oleh peserta dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1968, seorang atlet lompat tinggi dari Amerika Syarikat, Dick Fosbury telah memperkenalkan satu gaya baharu lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas sukan Olimpik di Mexcio. Gaya yang beliau gunakan ialah gaya lentang yang kelihatan lebih menarik. Sejak itu gaya tersebut semakin popular dan diminati. Gaya itu kini digunakan olet atlet-atlet lompat tinggi di seluruh dunia. Mengambil sempena nama pengasas gaya tersebut iaitu, Dick Fosbury, gaya lompatan tersebut dikenali sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop. Teknik Gaya Lentang (Fosbury Flop) 25

Lompatan gaya ini sangat sesuai untuk atlet lompat tinggi yang mempunyai larian yang pantas tetapi kurang daya lonjakan kaki. Dari kajian yang dibuat oleh pakar-pakar menunjukkan penggunaan daya untuk melonjak adalah selama 0.14 saat untuk gaya lentang berbanding 0.22 saat untuk gaya plana. Dalam melakukan gaya Fosbury Flop ini terdapat empat fasa yang perlu oleh seseorang pelompat iaitu, I. Fasa penujuan (larian landas)

Fasa penujuan adalah sangat penting untuk mendapatkan lompatan yang sempurna. Dalam fasa ini, peserta membuat larian untuk memperolehi daya yang tinggi untuk membuat lonjakan. Jarak larian untuk membuat lompatan bergantung kepada ketinggian peserta dan keberkesanannya membuat lonjakan. Disebabkan dalam gaya ini peserta akan melompat secara membelakagi palng lompatan, maka teknik larian juga berbeza dari gaya plana. Corak larian pada kebiasannya adalah berbentuk garisan lengkung. Larian yang mengikut lengkungan akan menghasilkan daya centrifugal iaitu, daya cenderung untuk keluar dari pusat putaran. Daya ini akan membantu melempar badan peserta ke atas palang apabila membuat lonjakan. Jejari lengkungan (jika menjadi bulatan) ketika mengambil larian biasanya lebih kuran 6 meter. Saiz jejari lengkungan ini adalah bergantung kepada ketinggian peserta dan kebiasannya berlari pada jarak tersebut. Kebiasaannya pelompat mengukr tujuh hingga Sembilan langkah larian. Peserta biasanya mengukur jumlah langkah dengan mengira langkahnya sambil berlari bermula dari tempat permulaan lonjakan di hadapan palang. Kaki yang digunakan untuk melonjak hendaklah diletakkan pada tanda permulaan lengkungan. Setelah hamper kepada lengkungan kedua, hendaklah menambahkan kelajuan untuk melompat. Larian melengkung ini yang menyediakan pelompat melepasi palang bahagian dahulu. Fasa lonjakan Apabila pelompat berada tiga atau empat langkah sebelum mula melonjak serta sudah ada tendersi untuk melayang bada ke atas palag maka pengukuhan posisi badan dan gaya berlari digabungkan bersama. Apabila hamper dengan tempat untuk melonjak, kaki yang akan melonjak seharusnya berada pada posisi selari dengan palang lompatan. Keadaan ini akan menempatkan badan peserta di posisi yang baik untuk mengelakkan badan daripada terkena palang apabila sudah melompat. 26

Gaya tangan sangat penting untuk membantu mengangkat badan pelompat ketika melompat. Gaya ini hampir serupa seperti gaya plana. Ketika pelompat bergerak di langkah terakhir larian, kedua belah tangan dihayunkan ke belakang. Peserta akan memulakan pergerakan melompat dengan membawa kaki belakang ke hadapan serta mengangkat peha selari dengan permukaan gelanggang. Kaki hadapan (Kaki yang dominan digunakan untuk melonjak) mula menujah badan ke atas. Tangan dihulurkan ke atas untuk memandu atau mengawal pergerakan ke atas palang. Fasa layangan Selepas keseluruhan badan telah dilonjak ke atas, pelompat akan mencuba melentikkan badannya untuk melepasi palang. Kedua-dua belah tangan diluruskan selari dengan rusuk badan. Kaki dibiarkan bebas untuk memudahkan pelompat melenturkan badan iaitu, bahagian pinggang. Lenturan atau lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Ketika ini badan pelompat berbentuk huruf J. Apabila badan mula mendarat, pelompat akan menarik lutut ke hadapan di mana kedua belah kaki diluruskan ke atas. Pergerakan ini perlu pantas dan berterusan dengan pendaratan ke tilam mendarat. Ini adalah penting megelakkan bahagian betis dan tumit daripada terkena palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

Fasa pendaratan Serentak dengan mengangkat kaki ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya kea rah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakangnya. C3 Lontar peluru Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara dipertandingkan dalam kebanyakkan kejohanan olahraga. Acara lontar peluru disertai oleh peserta lelaki dan wanita. Lontar peluru merupakan acara lontaran yang paling mudah dilakukan berbanding dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar 27

daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, dan berat tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama untuk menentukan kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasikan teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan yang bersistematik di bawah pengawasan jurulatih khusu acara ini. Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam suakn olahraga diadakan dengan menggunakan perlatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri atau peserta lain. Berat bagi setiap peluru adalah mengikut kategori seperti jadual di bawah:

Kategori Lelaki Wanita

Berat (kg) 7.265 4.005

Bulatan peluru mestilah diperbuat daripada gelung besi, keluli dan bahagian atasnya sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14 mm hingga 26 mm ke bawah pada bahagian ke atas gelung besi bulatan. Bulatan yang boleh diubah dengan spesifikasi di atas boleh digunakan. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dipagari oleh garisan sekelilingnya setabal 5 cm. Saiz bulatan ialah 2.135 pada diameter yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah di bawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini disangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. 5 cm

28

2.13 m

40 darjah

75 cm

29

Sektor kawasan lontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu, rumput dan bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curam ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adalah tidak melebihi 1:1000. Kawasan mendarat hendaklah ditandai dengan dua garisan putih 50mm lebar, Dua garisan ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran yang bersudut 40 darjah. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk menanda lontaran terbaik setiap peserta dan ini akan diletakkan di sepanjang dan di luar garisan sektor. Bendera digunakan untuk menanda jarak. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat, jarak yang perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran iaitu, daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengahbulatan lontaran. Walau bagaimapun bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. D MERENTAS DESA (5 KM) Acara merentas desa 5km merupakan acara jarak jauh. Sebelum seseorang pelari berhasrat untuk mengambil bahagian dalam acara ini, pelari itu hendaklah sihat tubuh badan dan telah mengikut latihan intensif dan bersistematik selama suatu tempoh tertentu supaya benar-benar bersedia secara fizikal dan mental.

Pemulaan larian Gaya berdiri cara biasa yang digunakan oleh pelari dalam perlumbaan merentas desa. Setelah semua pelari bersedia, mereka akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian yang sesuai. Pegawai pencatat check point akan mengambil temapt di lokasi yang ditetapkan bagi memastikan peserta melalui kawasan check point tersebut. Pegawai perlumbaan akan memastikan semua peserta bersedia sebelum pegawai pelepas memberi isyarat untuk memulakan larian. Sebaik sahaja perlumbaan bermula, pelari akan memulakan larian dengan agak laju sedikit bagi melepaskan diri dari kumpulan pelari lain.

Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah megekalkan kepantasan yang sama sepanjang larian. Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namum dia jharus 30

berusaha mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dengan menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan larian pada akhir perlumbaan. Jangan sekali sekala berlari mengikut rentak pelari yang lain kerana pelari itu sendiri akan terperangkap dengan tenaga yang ada dan tidak dapat menamatkan larian. Pelari harus bijak tanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan larian disebabkan keletihan dan ketiadaan tenaga.

Menamatkan larian Selepas pelari melepasi 4 km ini bermakna pelari tinggal 1 km untuk menamatkan larian. Ketika itu pelari akan membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang akan mereka lakukan untuk menamatkan larian. Walaupun pada peringkat ini kebanyakkan pelari sudah keletihan dan mulai kehilangan tenaga, pelari hendaklah meningkatkan sedikit kepantasan pada peringkat akhir larian.

Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari dan diadakan sebagai persediaan awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan berasama latihan lain atau sebagai gabungan dengan latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke semasa. Ada baiknya latihan pelaziman merangkumi tiga aspek utama seperti berikut: I. Latihan memanaskan badan merangkumi aspek seperti jogging dan lari pecut

untuk jarak tertentu. II. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan biasa. III. Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual ditetapkan.

BIBLIOGRAFI Ahmad Wafi(1996), Siri Teras Sukan-Olahraga (Padang) Kuala Lumpur : Goodmark Enterprise 31

Helen Tan (1996), Manual Olahraga. Selangor : Junjuara Publications Sdn. Bhd Don Anthony (1982), Field Athletic. London : Batsford Academic Education J. Kenneth Doherty.(2003) Modern Track And Field 2 Edition: London : Printing Hall. Inc IAAF, (1977), Track And Field Athlectics- A Basic Coaching Manual. Madrid : Mostoles Tom Mc Nab,(1974), Athlectic-Field Event.London : Knight Books

32

You might also like