You are on page 1of 27

PEMARKAHAN

1.

ESEI ILMIAH (a) (b)

2.

E-FORUM JUMLAH

SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013 KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS PORTFOLIO TUGASAN 1 KUMPULAN EL-A03 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MUKHIDI BIN MOHD ALI NO. ID D2111049840 NO. TELEFON 013-3442021

NAMA PENSYARAH

DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

TARIKH SERAH

19 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.0

PENDAHULUAN

2.0.

Masalah pendengaran 2.1. Punca-punca kecacatan pendengaran 2.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial bermasalah pendengaran

4 4 5

3.0.

Masalah penglihatan 3.1.Punca-punca kecacatan penglihatan 3.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak cacat Penglihatan

6 6

4.0.

Masalah ADHD 4.1.Punca-punca kecacatan ADHD 4.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak ADHA

7 8 8

5.0.

Masalah Fizikal 5.1.Punca-punca kecacatan Fizikal 5.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kecacatan fizikal

9 10 11

6.0.

Penutup

11

1.0.

ISI PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sepertimana kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan khusus yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak- kanak ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan tetapi mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka. Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan

menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi. Matlamat falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh

menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Maka kumpulan pelbagai displin harus berkolaborasi untuk memberi sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam kehidupan. Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek mereka. Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada

pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan ,Kanak-kanak Bermasalah Pendengarandan dan Kanak-kanak Bermaslah Fizikal. Untuk

memenuhi keperluan murid khas tersebut, beberapa program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan, Pendidikan Khas 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran , masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

2.0

MASALAH PENDENGARAN

Masalah pendengaran kerap berlaku di dalam masyarakat kita, Masalah Pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar. Menurut Crulckshakn dan Johnson(1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami. Hilang pendengaran adalah perkara biasa kepada manusia. Terdapat 3 jenis utama cacat pendengaran iaitu Conductive' (Gangguan aliran bunyi) yang disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga. Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk.Sensorineural' (saraf deria) Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory' .Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran Mixed' (gabungan) Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural' Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli. Ia adalah masalah yang melibatkan komunikasi maslah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. Telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam haruslah boleh berfungsi secara normal untuk seseorang mendengar. Tiada sebarang jangkitan atau abnormality atau sebarang gangguan , yang akan menjejaskan pendengaran dan kesan masalah ini bergantung pada tahap yang dihadapi oleh seseorang individu. 2.1. PUNCA-PUNCA KECACATAN

Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir. Ada dua punca sebelum lahir iaitu faktor genetic dan bukan baka. Faktor bukan baka adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis, campak, caca, kencing manis dan sebagainya. Pengambilan dadah ketika hamil juga boleh menyebabkan cacat atau masalah pendengaran. Bagi ibu-ibu yang terlalu kerap hamil dan juga oksemia pada peringkat akhir kehamilan adalah punca yang menyebabkan bermasalah pendengaran. Semasa lahir , apabila kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim akan menyebabkan tekanan yang kuat dibahagian telinga yang mengakibatkan kerosakan kepada telinga. Begitu juga dengan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan mengalami masalah pendengaran. Kadangkala berlaku kecederaan di telinga semasa bayi dilahirkan atau disebabkan penyakit homolisis yang disebabkan oleh rhesus.

Ada juga kanak-kanak yang dilahirkan normal , tetapi menghadapi masalah pendengaran selepas kelahiran yang mana apabila kanakkanak dijangkiti bacteria dan virus, kemalangan yang mencederakan bahgian telinga, dan terdedah kepada bunyi kuat.

2.2.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL

Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran menyebabkan perkembangan fizikalnya tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal. Pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh bertujuan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kurang bertinda kbalas. Kanakkanak ini tidak bertindak balas terhadap bunyi. Kanak-kanak ini akan terus melakukan aktiviti sehariannya dan kadang kala apabila nama mereka dipanggil,tiada respon diberikan. Kita perlu menarik perhatian mereka dengan meminta mereka memandang kearah kita, barulah sesuatu maklumat yang ingin disampaikan boleh diberi. Apabila guru memberikan arahan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak melakukan apa yang disuruh,kerana mereka tidak memahami apa yang diarahkan . Sikap suka mengelamun dan kurang memberikan tumpuan ketika belajar adalah antara cirri-ciri yang ditonjolkan oleh kanak-kanak ini.Kadangkala apbila mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru , mereka akan menjadi nakal dan tidak mempedulikan orang lain . Ada juga yang hanya bersikap pasif,dan menyendiri.Mereka hanya duduk diam, menunggu apa yang orang lain buat, sebelum melakukan sebarang tugas. Kanak- kanak yang bermasalah pendengaran biasanya akan kerap memerhati dan melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerakan tangan dan gerakan bibir . Mereka kurang menggunakan deria pendengaran. Ketika lahir pula biasanya kanak-kanak in dilahirkan sangat kecil dan berat badan kurang daripada 1.5kg. Bayi yang mengalami cacat pendengaran biasanya tidak menangis ketika dilahirkan dan agak lewat bertutur. Mereka banyak menggunakan isyarat jari dari bercakap.

3.0.

MASALAH PENGLIHATAN

Dari segi pendidikan, Ia merupakan sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan keperluan alat bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Menurut The World Council For The Welfare For The Blind dalam Hajah Hasnah ( 1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. ii. iii. Tidak boleh melihat langsung Kebolehan melihat tidak boleh melihat 6/60 atau 20/200 iaitu dengan ujian Snellen Penglihatan yang terhad iaitu kurang 20%

Masalah Penglihatan juga melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang samada dia butu atau kabur penglihatan. 3.1. PUNCA PUNCA MASALAH PENGLIHATAN i. Penyakit

Penyakit dan kekurangan zat adalah merupakan punca utama masalah penglihatan. Menurut anggaran WHO 2002, kebanyakan punca buta di seluruh dunia adalah berkaitan dengan katarak, glaucoma, kemerosotan macula (AMD) berkait usia, trakoma, konjuktivitis dan retinopati diabetic. Lebih ramai penduduk di nagara membangun mengalami kecacatan penglihatan disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding dengan Negara-negara maju.Ketika usia 60 tahun seringkali berlaku masalah penglihatan bagi semua bangsa , namun demikian kanak-kanak miskin lebih cenderung mengalami masalah ini. ii . Baka iv. v. Komplikasi semasa hamil dan semasa kelahiran Rubella Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi jika ibu dijangkiti ketika usia kandungan antara 1 hingga 3 bulan. vi. Siflis 6

vii.

Kecederaan

3.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL Antara cirri-ciri fizikal yang berkaiatan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak ialah ; bebola mata berputar, mata sensitive terhadap cahaya, bahagian tepi mata akan kelihatan merah, kelopak mata bengkak, mata selalu berair, juling, terdapat bintik-bintik di tengah mata. Dari segi kognitif pula daya pengamatan terhadap jisim amat lemah dan terbatas, dan kanakkanak akan sering keliru dengan huruf. Ciri sosial pula akan kelihatan apabila kanak-kanak akan sering memusingkan kepala ke sebelah arah ketika melihat objek, selalu mengerut atau mengecilkan mata, kerap mengerdip mata, selalu terlanggar objek, menonton tv atau membaca dengan jarak yang dekat, kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri, selalu menutup sebelah mata, dan sering mencari-cari yat atau baris ayat yang dibaca.

4.0 ADHD ADHD merupakan satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat 3 jenis kepayahan: i. ii. iii. Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati ( Impulsiviti)

ADHD atau hyperaktif merupakan satu pola perilaku pada seorang kanak-kanak.Mohd Fadzil Hj. Ibrahim, 2007 dalam rencananya menyatakan bahawa perilaku ini dilihat dengan sikap tidak mahu diam, tidak member tumpuan, sukar untuk dikendali dan bertindak mengikut kehendak hatinya. Menurut kamus Dewan edisi keempat tingkah laku hiperaktif merupakan sifat kanakkanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar dikawal. Kanak-kanak ini memerlukan suatumasa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanakkanak mengekalkan kedudukan badan mereka, relative kepada tindakan graviti manakala

pergerakan ialah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak teang menghasikan ketidakstabilan perubahan atau penyusutan dalam perubahan saraf tersebut. 4.1. PUNCA-PUNCA ADHD i. Faktor genetik

Antara kesan yang dikenalpasti adalah pembentukan saraf otak secara tidak normal dan mengakibatkan ketidakseimbangan antara organ, darah dan saraf. Dalam banyak kes klinikal,ketidakseimbangan ini diolah melalui factor genetik yang mengandungi bahan kimia agen pembantu pembentukan sifat dalam otak. ii. iii. Pengambilan daah ataupun ubat yang berlebihan Ibu hamil yang mengambil ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh menyumbang kepada permasalahan ini. iv. v. Ibu Kemalangan ketika mengandung. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan factor atau punca kepada masalah hiperaktif.

4.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL. Secara amnya sikap yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak hiperaktif ialah mereka bias any agak degil dan tidak mahu menurut arahan yang diberi.Apabila diminta melakukan sesuatu perkara , mereka akan membantah. Mereka tidak mahu menurut peraturan terutama kanakkanak hiperaktif yang berada di sekolah. Ketika belajar pula kanak-kanak hiperaktif tidak memberikan tumpuan kepada guru. Sikap lalai, tidak puas hati sering ditonjolkan. Kanak-kanak ADHD sering tertekan, menghadapi masalah dalam pembelajaran dan hubungan social. Perasaan takut dan risau, suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit. Ciri-ciri fizikal yang ditonjolkan pula ialah suka menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dansentiasa resah di tempat duduknya. Sering meninggalkan kerusinya ketika di dalam kelas. Suka berlari-lari atau memanjat-manjat denga berlebihan. Tidak duduk diam dan banyak bercakap.

Bagi kanak-kanak yang mengalami kurang tumpuan ciri-ciri yang sering ditonjolkan adalah seperti melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah, mempunyai banyak masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya, sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah, tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi,tidak member tumpuan kepada orang yang bercakap denganya, tidak berupaya mematuhi arahan, mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran, mudah hilang perhatian dan seorang yang pelupa. Kanak-kanak hipeaktif pula sering menggoyang goyangkan tangan dan kakinya serta

menggeliat dan resah di tempat duduknya, meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ, berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan, bising waktu bermain, sentiasa bergerak ke sana sini dan banyak bercakap. Manakala kanak-kanak Impulsiviti (menurut kata hati) akan bertindak menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis, tidak sabar menunggu giliran, dan kerap mengganggu rakan lain semasa mereka bertutur atau bermain.

5.0. MASALAH FIZIKAL Perkembangan fizikal boleh didefinisikan sebagai perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007), semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Di antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti celebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda. Ia termasuk ketidak upayaan berbentuk neorologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecacatan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.

5.1. PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL Terdapat pelbagai jenis msalah fizikal, dan punca masalah ini adalah beerlainan antara satu sama lain. 5.1.1 Spina Bifida / tulang belakang terpisah. Punca kecacatan ini adalah sejak dilahirkan lagi, yang mana ianya berlaku di tiub neural.Kecacatan ini bole berlaku pada sebahagian tulang belakang atau kadangkala di keseluruhan tulang belakang yang tidak bersambung dengan sempurna yang mana menyebabkan sarap tunjang terdedah.Keadaan ini sering berlaku di bulan pertama kandungan.Biasanya ianya berlaku di bahgian bawah tulang belakang ,jarang berlaku di bahagian atas dan adakalanya berlaku di otak. Penyebab utama berlakunya masalah dalam kandungan ini ialah kerana kurang vitamin. Asid folik amat penting diambil oleh ibu mengandung.Ini sering berlaku kepada ibu-ibu yang tidak merncang kandungan . Merka hanya menyedarinya ketika kandungan sudah berusia 5 hingga 6 bulan., sedangkan ogan organ sudah mula terbentuk. Amat penting untuk ibu-ibu merancang kehamilan. Faktor persekitaran juga boleh menyumbang kepada kecacatan Spina Bifida. Persekitaran yang tidak sihat seperti ibu hamil yang menghisap rokok, mengambil minuman beralkhohol serta diabetis 5.1.2 Celebral Palsy atau Kurang Upaya Mengawal Pergerakan Otak. Kanak-kanak ini mengalami kerosakn pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangan upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan ini sering berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal kelahiran ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Punca berlaku sebelum kelahiran ialah kerana jangkitan dalam rahim, ibu mengalami darah tinggi, kencing manis, kurang darah ketika mengandung dan pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung. Semasa proses kelahiran pula adalah disebakan kelahiran tidak cukup bulan,lemas ketika dilahirkan dan jangkitan semasa kelahiran .

10

Punca-punca penyebab selepas kelahiran pula ialah sebelum usia 3 tahun kanak-kanak dijangkiti kuman di selaput otak (meningitis), deman kuning (jaundis) yang teruk, dan kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.

5.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL Masalah fizikal yang dihidapi oleh kanak-kanak akan meyebabkan perubahan perkembangan fizikal, kognitif dan social kanak-kanak. Menurut (Hurlock, 1978). Ianya akan mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Keupayaan atau kebolehan kanak-kanak bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan dapat dilihat dengan ketara.Jika mereka tidak dapat bersaing, ini akan mengakibatkan mereka disisih dari kumpulan rakan sebaya mereka. Berikutan dengan ini keyakinan diri juga akan menurun . Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan sebaya akan menjejaskan perkembangan personalitinya. Perkembangan psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada

perkembangan kognitif dan emosi.Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Ciri-ciri kanak-kanak celebral palsy pula kanak-kanak kelihatan lembik, perkembangan tumbesaran lewat, menggunakan sebelah tangan , masalah menyusu, kerap menangis, meragam, merengek tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kuran tindakbalas

rangsangan,sembelit dan cepat marah.

6.0. PENUTUP Pencapaian intelek yang tinggi dan kemahiran yang sesuai adalah merupakan kehendak masyarakat dan negara dalam corak kehidupan masa kini dan ianya merupakan tekanan kepada setiap pasangan untuk mendapatkan zuriat yang berpotensi, berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila mereka dewasa kelak. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan seperti Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Program-program atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan-Badan Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kementerian berkaitan. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran disarankan untuk mendaftar kerana pelbagai keistimewaan 11

yang akan mereka perolehi seperti keistimewaan berdaftar percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, bantuan orang kurang upaya, potongan tambang

pengangkutan awam, potongan sewaan penggunaa telefon dan berbagai keistimewaan lagi disediakn oleh pihak kerajaan. Pengalaman dari program program intervensi ke atas kanak-kanak cacat telah membolehkan para professional memahami konsep by pass strategies iaitu strategi yang membantu kanakkanak ini mendapatkan kemahiran dengan menggunakan keupayaannya dengan menggunakan bahasa isyarat,menggunakan Braille atau alat sokongan orthosis bagi kanak-kanak lemah anggota kakinya. Ibubapa dan guru haruslah jagan membuat tanggapan terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya sebagai malas, bodoh, tiada motivasi dan ayik bermain sahaja. . Sebenarnya tanggungjwab untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajran ini bukan sahaja terletak di bahu professional dan guru-guru sahaja tetapi ibubapa juga adalah perlu bekerjasama memberikan perhatian dan kometment bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti latihan-latihan khas di rumah.

12

RUJUKAN

Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial. (2006). Universiti Terbuka Malaysia. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.

Jamila K.A. Mohamed.(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Kuala Lumpur. PTS Profesional.

Jabatan Pendidikan Khas, kementerian Pendidikan Malayisa (2003), Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah .

Kementerian Pelajaran Malaysia(2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas. Kuala Lumpur.

Julia Jantan/Siti Suhaila Samian. Politeknik Johor Bharu. (2007) Perkembangan dan Ciri-ciri Kanak-Kanak Berkeprluan Khas.

www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...

http://http://www.authorstream.comwww.authorstream.com http://en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp://en.wikipedia.org/wiki/Autism http://www.spe-ed.net/ld-bp.phphttp://www.spe-\ http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_contenthttp http://www.slideshare.net/manjabeta/kanak-kanak-berkeperluan-khas http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanakkanak%20Berkeperluan%20Khas.pdf

13

SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013 KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS PORTFOLIO TUGASAN 2 KUMPULAN EL- A03 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH
NAMA MUKHIDI BIN MOHD ALI NO. ID D2111049840 NO. TELEFON 013-3442021

NAMA PENSYARAH

DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

TARIKH SERAH

18 NOVEMBER 2012

14

ISI KANDUNGAN 1.0. 2.0. 2.1. Pendahuluan Model Perubatan Fisiotrapi 2.1.1 2.1.2 2.1.3 3.0 4.0. 5.0. Sejarah Terapi Keperluan Terapi Fizikal Dalam Pendidikan Khas Kepentinagn Terapi Fizikal.

Muka surat 16 16 18 19 19 19 20 20 21 22 22 23 23 24 25 26 27

Model Sosial Komunikasi kanak-kanak Bermasah Pendengaran Kaedah Komunikasi 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4. 5.1.5. Bacaan bibir Pertuturan Kiu Komunikasi Seluruh Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

6.0.

Kesimpulan Penutup RUJUKAN

7.0.

15

1.0. PENDAHULUAN Berdasarkan Kajian terdapat beberapa model teoritikal yang membincangkan tentang pendidikan khas. Teori saintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. Setiap model mempunyai pandangan yang tersendiri tentang pendidikan khas. Antara model- model tersebut ialah model perubatan, model perkembangan, model behavioris, model kognitif, model humanistik dan model ekologikal. Terdapat dua model kurang upaya yang berbeza iaitu model social (social model) dan model perubatan (medical model). Model ialah satu rangkakerja bagi memahami maklumat. Keduadua model ini adalah bertujuan mengenalpasti masalah dalam masyarakat, dan membantu OKU dengan memenuhi keperluan mereka. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina

berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat penting. Ibubapa, sekolah dan masyarakat perlu bekerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan kumpulan pelbagai disiplin harus memainkan peranan penting. Menurut Golin dan Ducanis (1981) kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas.

2.0. MODEL PERUBATAN Menurut model perubatan bahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkah laku tidak normal adalah di sebabkan oleh masalah organik atau penyakit. Faktor alam sekitar yang boleh mengancam sistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi. Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan ke atas seorang kanakkanak berkeperluan khas. Diagnosis dan prognosis perlu untuk memahami keadaan biologikal serta keadaan fizikal yang turut merangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit. 16

Mereka yang mengambil model ini akan menggunakan kaedah latihan proses atau process trainning sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak pendidikan khas. Latihan proses memberikan tumpuan utama kepada latihan khusus untuk memupuk rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengamatan. Melalui model perubatan juga, kurang upaya membawa maksud sebagai masalah yang dihadapi oleh seseorang individu. Jika berlaku atau terjejasnya penglihatan, pergerakan atau pendengaran, ini bermaksud ketidakupayaan mereka. Model Perubatan juga kadangkala dikenali sebagai personel tragedy model kerana pengalaman kesukaran yang dihadapi disebabkan pengalaman atau bentuk anggota tubuh badan mereka. Mengikut model perubatan individu itu sendiri adalah masalahnya, kecacatan individu perlu diubati atau disembuhkan, individu tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai cara kehidupan, ahli professional diperlukan untuk menjaga individu itu, individu OKU menyamai kedudukan seperti kanak-kanak normal. Kanak-kanak berkeperluan dari perspektif perubatan dilihat sebagai mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Pendekatan perubatan ialah bagi mengubati Adalah mustahil untuk

kecacatan ini atau memulihkan mereka. Sebagai contoh , usaha untuk memulihkan kanakkanak pekak ialah dengan memulihkan pendengaran dan melatih mereka bertutur. Kanakkanak buta pula untuk memulihkan penglihatan mereka dengan menggunakan teknologi dan perubatan terkini. Di negara kita peranan pakar perubatan adalah amat penting dalam melaksanakan pendidikan khas di Malaysia. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah

perubatan dengan tujuan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak tidak bertambah teruk. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan.

Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin, yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk 17

mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah.

Dalam pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan harus diberi kepada perkara-perkara berikut: i. Penyampaian- contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi pelajar buta. ii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran-strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya. iii. Peralatan- Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta. iv. Bilangan Pelajar dalam Kelas - Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah seramai antara lima hingga sepuluh orang murid sahaja. v. Guru Pendidikan Khas Terlatih - Guru-guru harus dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau kanak-kanak bermasalah penglihatan. vi. Pengubahsuaian Kurikulum - Kandungan kurkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya yang diajar. vii. Aktiviti Kokurikulum harus disesuaikan dengan jenis murid khas.

2.1. FISIOTERAPI Bagi memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia rawatan menggunakan terapi fizikal boleh digunakan termasuklah sebab-sebab faktor penuaan, kecederaan, penyakit atau persekitaran. Fisioterapi dalam pendidikan khas dapat membantu kanak-kanak

mengembangkan motor kasar meliputi otot-otot besar dan motor halus untuk pelbagai fungsi seperti berlari, melompat, berjalan mengangkat dan melempar bola, latihan teraputik, rangsangan penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, dan rangsangan menggunakan elektrik dan cahaya

18

2.1.1 SEJARAH TERAPI Hippocrates dan Hector telah mempelopori Terapi fizikal sejak tahun 460 Sebelum Masihi lagi. Pada tahun 1894 empat orang jururawat bekerja sebagai sukarelawan dipusat Pertubuhan Terapi. Sejak dari itu pusat terapi ditubuhkan secara formal di Universiti Otago di New Zealand dan Amerika Syarikat pada tahun 1013, Portland (1914). Ianya merupakan satu kaedah urutan dan hippoterapi. Dalam tahun 1980an berlaku perubahan dalam sejarah terapi fizikal Freddy Kaltenborn telah memperkenalkan computer rangsangan elektrik dan ultrasound. Menurut Auxter, Pyfer dan Hueting(1998) masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja. Pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat

mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan. 2.1.2 KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS Bagi kanak-kanak Pendidikan Khas terapai adalah amat penting. Terapi diperlukan sebagai satu persedian untuk menghadapi pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosiolisasi. Kanak-kanak pendidikan khas memerlukan rangsangan untuk bergerakbalas Selain daripada itu terapi fizikal juga mampu

terhadap sesuatu kemahiran yang diajar.

merangsang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan. Konsep kendiri yang lebih positif dapat dibina melalui terapi ini. Ibubapa juga berpeluang untuk berbincang dan mengemukakan pendapat bersama ahli terapi kerana melalui terapi juga keperluan kanak-kanak pendidikan khas mampu dibina ke arah keseimbangan yang menyeluruh. Ibubapa pula berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik yang betul dan cara-cara alternative untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

2.1.3 KEPENTINGAN TERAPI FIZIKAL. Melalaui terapi fizikal kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya dapat ditingkatkan. Terapi fizikal perlu dilakukan berulangkali

sehinggalah otot menjadi matang dan kanak-kanak dapat melakukan sendiri. Contohnya murid dapat berjalan, berlari dan melompat dengan kaedah yang betul. Pemulihan bagi motor halus juga amat penting.

19

Latihan imbangan merupakan latihan yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki, meniti di atas bangku dan sebagainya. Kemampuan otak kiri dan otak kanan berfungsi dengan baik dapat ditingkatkan dengan koordinasi kedua motor ini. Aktiviti seperti mencantum puzzle, menyambut bola pelbagai saiz dapat mematangkan keduadua motor halus dan kasar dan ini dapat meningkatkan kefungsian mereka dalam kehidupan seharian. Daya pengamatan kanak-kanak pemulihan khas dapat ditingkatkan kerana ini dapat memberikan ketajaman pendengaran, penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. Selain daripada itu terapi fizikal juga dapat membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi.Kemampuan mereka perlu dipupuk supaya dapat bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Oleh itu merupakan satu keazaman yang tinggi dalam menjalani proses terapi untuk membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik. Melaui terapi fizikal, kanak-kanak dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa aktiviti terapi dijalankan. Oleh hal demikian secara tidak langsung berlaku

pembelajaran dalam kumpulan dan amalan kesabaran dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan mereka. Melalui terapi fizikal juga tingkahlaku kanak-kanak pendidikan khas dapat diubah l. Sebagai contoh kanak-kanak hiperaktif dan ADHD yang suka mengganggu akan sedikit demi sedikit berubah apabila ganjaran sering diberikan semasa aktiviti dijalankan. Bandura dan Walters mendapati bahawa banyak tingkahlaku dalam kehidupan sehari-harian dipelajari melalui contoh dan teladan dan melalui bahasa. 3.0 MODEL SOSIAL Model sosial dicipta pula telah dicpta sediri oleh orang kurang upaya hasil daripada tindakbalas masyarakat terhadap mereka dan juga pengalaman kesihatan dan kebajikan yang menjadikan mereka berasa tersisih dan ditindas. Mengikut model sosial kecacatan bukan masalah individu. Individu tersebut tidak dapat bersaing pada tahap yang sama sebab terlalu banyak halangan dan kekangan. Individu seperti mereka perlu menyedari bahawa mereka juga adalah sebagai ahli masyarakat. Melalui kerajaan serta agensinya mesti bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut. Orang Kurang Upaya juga mempunyai hak yang sama seperti orang normal yang lain lain. 20

Perkara utama mengenai pendidikan khas berdasarkan Model sosial ialah: i. Ia dihasilkan oleh Orang Kurang Upaya untuk mengatasi diskriminasi terhadap golongan seperti mereka (OKU) ii. Ia diwujudkan untuk melihat masalah perihal kecacatan (OKU) dari sudut sosial dan bukan menganggap OKU itu sendiri sebagai masalah. iii. Ia membolehkan kita mengenalpasti bidang-bidang yang memerlukan perubahan dan khususnya mengenalpasti sikap negative, halangan fizikal dan juga komunikasi sebagai bidang utama yang perlu diubahkan. iv. Ia membolehkan semua OKU dari pelbagai kekurangan bekerjasama untuk memperjuangkan perubahan dalam sikap masyarakat dan peningkatan akses dan komunikasi. v. Ia membolehkan OKU menyedari bahawa kedudukan mereka harus diberi perhatian dari segi hak asasi manusia dan sebagai isu kesamarataan. vi. Ia menganjak tumpuan dari apa yang boleh dilakukan oleh OKU kepada apa yang boleh dilakukan oleh mereka sekiranya mendapat kerjasama dari pihak yang berkenaan untuk mewujudkan kesamarataan. 4.0. KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Pelbagai strategi dan kaedah boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak pendidikan khas. Disini saya tertarik dan cuba untuk membincangkan berkaitan kaedah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanan bermasalah pendengaran. Komunikasi amat penting bagi seseorang untuk mendapatkan maklumat dan idea. Menurut Owen (1990), maklumat diterima dan saling memahami. Bahasa dan pertuturan digunakan untuk berkomunikasi. Selain daripada itu intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap pertutur yang boleh ditafsirkan dengan berbagai makna. Gesture(tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi atau mimik muka boleh dijadikan komunikasi. Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007), menyatakan masalah pendengaran merupakan kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga. Masalah utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah sukar bertutur, bahasa dan komunikasi secara lisan. Kanak-kanak ini kurang diberi peluang untuk

21

berkomunikasi dengan individu normal. Proses inilah antara penyebab proses perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas. Orang pekak harus menjalani kehidupan sehari-hari seperti manusia biasa. Dari aspek

pendidikan pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti sekolah pendidikan khas, sekolah integrasi dan juga guru-guru yang boleh mengajar bahasa isyarat ditempatkan di sana. Ada beberapa faktor yang menyebabkan agar sistem komunikasi dua hala ini berjalan dengan telus. Hubungan masyarakat dan hak berkomunikasi hanya terhad kepada yang mengetahui bahasa isyarat sahaja dan bilangan jurubahasa juga amat kurang. Akibat daripada masalah ini menyebabkan golongan pekak agak tersisih dari masyarakat normal dan mengakibatkan

kemerosotan jati diri, keciciran dalam aspek pendidikan, gagal mendapat hak untuk berurusan dengan sektor awam. Akses maklumat tiada hak untuk menyuarakan pendapat dan hak bagi memenuhi keperluan. 5.0. KAEDAH KOMUNIKASI Terdapat lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang bermasalah pendengaran : 5.1.1 Bacaan bibir Kaedah komunkasi melalui bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi dengan mengikut atau memerhati bibir penutur termasuk memahami dan memerhati hingga ke otot muka dan gerak badan penutur. Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberikan tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melaui pertuturan secara sengaja. Pendekatan bacaan bibir memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa. Raja Mariam Iskandar (1999). Antara kelebihan bacaan bibir , kanak-kanak pekak yang ada sidikit pendengaran seharusnya digembleng kebolehan pendengaran mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Menurut Saadiah Ahmad (2009), Kekurangan atau kelemahan yang didapati melalui bacaan bibir ialah apabila penumpuan tidak dapat diberikan pada kualiti bunyi pertuturan itu sendiri seperti bunyi yang tinggi atau rendah. Bacaan bibir juga memerlukan daya penglihatan yang mana ianya memerlukan pencahayaan yang terang bagi mengamati wajah penutur. Menurut

22

Tan Chin Guan (1999). Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran yang mana komunikasi amat sukar berlaku dalam kehidupan masyarakat.

5.1.2 Pertuturan Kiu Pertuturan kiu merupakan satu kaedah pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyibunyi apabila melihat pergerak bibir. Menurut Abdullah Yusoff et. All(2006). Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap sukukata yang dituturkan. Ini bermakan pertutur kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat. Antara kelebihan pertutur kiu ialah kaedah pertuturan yang mempunyai tahap ketepatan yang hampir sama dengan individu normal. Melalui pemerolehan bahasa yang hampir normal dapat membawa kepada tahap kualiti hidup yang lebih baik bagi kanak-kanak bermasalah

pendengaran disebabkan oleh perkembangan emosi, sosial dan kognitif yang normal. Walau bagaimanapun terdapat juga kekurangan yang mana penguasaan pertuturan kiu dikuasai oleh mereka yang mempunyai saki baki pendengaran yang baik. Kebanyakan kanak-kanak ini tidak menggunakan bahasa isyarat, keadaan ini meyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak pekak yang lain. Penguasaan bahasa melayu dapat dipelajari dengan baik dengan menggunakan sukukata dan enam kedudukan vokal yang dapat membantu bunyi sukukata dengan jelas, namun kesinambungan perlu dilaksanakan di rumah bersama keluarga masing-masing. 5.1.3 Komunikasi Seluruh Dikenali juga dengan total communication. Ianya menggunakan keseluruhan bahasa iaitu bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis. Komunikasi Seluruh merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan kanak-kanak memahami bahasa. Kaedah ini perlu dilaku seawall usia supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi dalam masyarakat normal.

23

Antara kelebihan Komunikasi Seluruh menurut Raja Mariam raja Iskandar (1999). Kaedah komunikasi seluruh menggunakan kaedah isyarat, gerak isyarat mewakili samada perkataan yang lengkap atau lebih tepat lagi, morfem yang merupakan bahagian-bahagian perkataan individu yang bermakna. Menurut Saadiah Ahmad(2009) Kekurangan yang terdapat dalam komunikasi seluruh pula ialah Bahasa Isyarat Komunkasi Seluruh telah digunakan oleh kanak-kanak pekak di Sekolah Kanakkanak pekak pulau Pinang sejak 1954. Komunikasi seluruh menghadapi masalah apabila terdapat perkataan yang tidak mempunyai isyarat. Justeru daripada itu buku American Sign Language digunakan. Namun, terdapat beberapa isyarat yang bertentangan dari segi agama dan budaya Malaysia tidak sesuai digunapakai maka isyarat lain yang digunakan oleh kanakkanak pekak pada ketika itu digunapakai. Guru-guru dan kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu menguasai kod yang ditetapkan untuk mewakili kata Bahasa Melayu. Komunikasi Seluruh juga menggambarkan kaedah penggunaan pelbagai deria. 5.1.4. Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahsa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik muka semas berkomunikasi. KTBN adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis dan dibaca dan difahami. Penurunan KTBM ini ke dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan semantik Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran Malaysia(1985). Menurut Saadiah Ahmad (2009), KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip Komunikasi Seluruh. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. KTBM sangat penting untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun terdapat juga kekurangan KTBM, iaitu ia bukanlah sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku.

24

5.1.5. Bahasa Isyarat Malaysia(BIM) BIM ialah bahasa yang tulen bagi orang pekak Malaysia. BIM diguna dan diterimapakai oleh orang pekak secara meluas dan dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pada tahun 2000 yang mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak untuk tujuan komunikasi den penterjemahan . Antara kelebihan BIM ialah pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh orang pekak seperti berbincang berbagai isu, berinteraksi dengan keluarga, bergurau senda, memudahkan komunikasi antara dua orang pekak dan memberi pemahaman yang baik. Manakala kekurangannya pula ialah ianya tidak mempunya tatabahasa yang lengkap seperti KTBM. Ini menimbulkan masalah apabila bahasa tulisan kanak-kanak pekak sukar difahami.

6.0. KESIMPULAN Dalam dunia yang serba moden ini tiada masalah akan timbul bagi kanak-kanak pendidikan khas terutamanya bagi kanak-kanak pekak. Pendedahan awal amat penting bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Kanak-kanak juga perlu dimasukkan ke program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengar bagi intervensi awal. Kunci untuk menyampaikan ilmu kepada kanakkanak pekak ialah komunikasi, diantara murid, guru dan kawan-kawan. Kanak-kanak ini tidak boleh dibiarkan berseorangan tanpa sesiapa di sekeliling memahaminya. Kerjasama, sokongan, bimbingan dan galakan diantara ibu, bapa, keluarga, guru-guru dan mayarakat sekeliling kanakkanak pekak amat penting bagi memastikan komunikasi yang baik dan bermakna sentiasa berlangsung bagi memastikan perkembangan diri kanak-kana kini.

25

7.0. PENUTUP
Messbauer, Pagliano & Verheul (2009) berpendapat terapi adalah bertujuan meningkatkan potensi seseorang untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan melibatkan diri pada rangsangan motivasi, dengan itu dapat meningkatkan komunikasi dan fungsi. Ransangan dan motivasi ketika menjalankan terapi fizikal bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak tetapi juga terhadap guru dan ibubapa. Peranan yang penting dimainkan oleh ahli terapi bagi meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkahlaku kanak-kanak. Terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam membentuk insani yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani , rohani, emosi intelek dan sosial. Semua pihak perlu memberi peluang kepada kanak-kanak pendidikan khas agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Berdasarkan kedua-dua model yang dibincangkan di atas terdapat perbezaan yang boleh dibuat perbandingan di antara model sosial dan model perubatan. Model perubatan menyatakan bahawa individu tersebut adalah masalah manakala model sosial pula menyatakan masyarakat adalah masalah

26

RUJUKAN Abdullah Yusoff. (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan Pelajar Pekak (An Expression Of Idea In A Composition : A Case Study On A Deaf Student). Jurnal Dewan Bahasa, 40: 4, 321-336.

Abdullah Yusoff. (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The Formation Of Sign Language Among Deaf Pupils). Kuala Lumpur : Fakulty Of Linguistic University Malaya. (Unpblished M.A Tesis)

Abdullah Yusof, Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Pengenalan Pendidikan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007). Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod Tangan. Jilid 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Bultein Pendidikan Khas: Jabatan Pendidikan Khas.

Owen (1990). Language Disorders : A Functional Approach to Assessment and Intervention. Boston :Allyn & Bacon

Paul, P. & Quigley, S (1994) Language And Deafness San Diego: Singular Publishing Group.

Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003). Bahasa Isyarat Malaysia : Persekutuan Orang Pekak Malaysia Kuala Lumpur.

27

You might also like