You are on page 1of 19

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1

PENDIDIKAN PEMULIHAN

Sinopsis Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan rasional pemulihan perlu dilaksanakan. Bahagian ini juga menjelaskan perbezaan antara pendidikan pemulihan dengan pendidikan imbuhan yang pernah dijalankan dalam sistem pendidikan di negara ini. Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan turut dibincangkan yang bertujuan untuk memberi penjelasan yang menyeluruh tentang pendidikan pemulihan. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. ii. iii.

Menghuraikan dan menjelaskan konsep, objektif dan rasional Pendidikan Pemulihan. Menganalisis dan menghuraikan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan. Menganalisis dan menghuraikan jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan. 1.1 Konsep Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Pendidikan pemulihan ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberikan keutamaan kepada masalah pembelajaran murid dan seterusnya mengenal pasti punca dan langkah-langkah pemulihan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan pemulihan sebagai perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan lazimnya dikaitkan dengan usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Blair (1956) mentakrifkan pemulihan sebagai program khas berbentuk tambahan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu pada penguasaan kemahiran. O.C. Simpson (1975) pula menjelaskan bahawa aktiviti pemulihan merupakan tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dan di dalam bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran biasa. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) menjelaskan pemulihan sebagai satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran di dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan di dalam darjah untuk pengajaran dan pembelajaran biasa. Ishak Haron dan Koh Bon Boon (1983) mendefinisikan pemulihan sebagai perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah biasa. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) menjelaskan pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Berdasarkan pentakrifan yang telah dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa pemulihan merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran agar murid tersebut dapat menguasai sesuatu kemahiran yang tidak dapat dikuasai dengan menggunakan strategi, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif yang sesuai dengan aspek kelemahan murid. Murid-murid yang terlibat dalam pendidikan pemulihan lazimnya digelar sebagai murid lambat kerana gagal menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan. Inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani permasalahan kegagalan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan, tulisan dan kiraan adalah dengan menjelaskan perbezaan murid dalam Buku Panduan Am KBSR, 1982 yang wajar diberi perhatian oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. ... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ... Ab. Rahman, et. al. (1997) membincangkan program pemulihan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam usaha menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Program pemulihan dilaksanakan sebaik sahaja masalah pembelajaran murid dapat dikesan dan dikenal pasti. 1.2 Objektif Pendidikan Pemulihan Pendidikan pemulihan bertujuan untuk: 1.2.1 membantu aktiviti; 1.2.2 1.2.3 1.2.4 1.2.5 1.2.6 memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif dalam kalangan murid terhadap pembelajaran; membantu murid mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran; membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka; membolehkan murid mendapat layanan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu; membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah; dan 1.2.7 membolehkan murid untuk meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. murid menguasai masalah pembelajaran dalam kemahiran-

kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan

1.3

Rasional Pemulihan i. Murid-murid pemulihan secara umumnya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan untuk menerima pendidikan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

biasa dengan sepenuhnya. Mereka yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang untuk membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran yang seterusnya seperti murid yang lain. ii. Pendidikan pemulihan berupaya untuk mengembangkan potensi individu seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perbezaan murid dari segi minat, gaya belajar dan kebolehan dapat ditangani melalui pendidikan pemulihan yang diberikan guru secara berterusan. Masalah rendah diri dan keciciran murid dapat diatasi dan penguasaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan. iii.

PEMULIHAN Terdapat pelbagai RASIONAL teori tentang pemerolehan bahasa murid dan pelbagai
strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah Falsafah Pendidikan pembelajaran murid. Perbezaan Murid Kebangsaan: Pengalaman Mengembangkan potensi Minat individu Kebolehan

Mengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Meningkatkan penguasaan kemahiran

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Rajah 1: Rasional Pendidikan Pemulihan

1.4

Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Terdapat dua jenis pendidikan pemulihan, iaitu Pemulihan Bahasa Melayu di dalam Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) dan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks). Pemulihan Bahasa Melayu di dalam bilik darjah dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru Bahasa Melayu biasa. Murid-murid yang menghadapi pembelajaran di kenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan hendaklah dijalankan secara serta-merta berdasarkan masalah tertentu. Pemulihan Khas dijalankan di dalam bilik darjah khas oleh guru pemulihan khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada murid yang gagal menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang telah dikenal pasti melalui ujian saringan. Murid akan kembali ke kelas biasa setelah kelemahan pembelajaran diatasi. Bilangan murid di dalam kelas ini kecil sahaja. 1.5 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Pendidikan Imbuhan meliputi unsur-unsur pedagogi di dalam bilik darjah dan melibatkan unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. Projek Pendidikan Imbuhan bagi murid sekolah rendah dilaksanakan antara tahun 1975-1980 di Malaysia. Bahan bantu khas dihasilkan khas untuk murid luar bandar. Guru terlatih dipilih untuk menyertai kursus supaya mereka mendapat kemahiran untuk melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan. Pendidikan Imbuhan memberi tumpuan pada aspek masalah ekonomi, pelajaran, kewangan, peralatan dan makanan. Pendidikan Imbuhan dianggap sebagai satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Pendidikan ini merupakan langkah yang rapi dan teliti yang telah diprogramkan untuk mencegah daripada berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid yang mempunyai latar ekonomi yang rendah. Sekiranya masalah murid ini dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran dalam kalangan murid berkenaan.

Pendidikan Imbuhan menitikberatkan perkara yang berikut:

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a.

Pendidikan Imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal, iaitu pada peringkat awal pembelajaran. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan.

b.

Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan. Pengajaran disusun dengan rapi dan teliti.

c.

Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus.

d.

Guru hendaklah boleh mengubah suai bahan-bahan kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.

e.

Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-badan lain yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi murid.

f. g. h.

Objektif projek ditentukan secara jelas. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti. Koordinasi dengan agensi yang dapat memberikan sumbangan untuk projek kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan seumpamanya.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Terdapat perbezaan antara pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan. Antara perbezaannya seperti yang berikut: Bil. Pendidikan Pemulihan Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tanpa mengira golongan kaya atau miskin. Pendidikan Imbuhan Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonom.

Rancangan pembelajaran ditumpukan Rancangan pembelajaran untuk khas pada penguasaan kemahiran semua mata pelajaran mengikut asas, iaitu membaca, menulis dan perkembangan kognitif murid-murid. mengira. Skop kajiannya terbatas pedagogi di dalam bilik darjah. pada Skop kajiannya meliputi pedagogi di dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.

Program ini hanya meliputi akativiti Program ini meliputi aktiviti pengajaran pengajaran dan pembelajaran di dalam dan pembelajaran di dalam bilik darjah, bilik darjah. program makanan dan bantuan dari segi kemudahan dan kewangan. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah. Objektif kelemahan asas. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan pada peringkat prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.

untuk membetulkan Objektif utama untuk merapatkan penguasaan kemahiran jurang dalam peluang pendidikan antara golongan kaya dengan golongan miskin. (Sumber: Mok Soon Sang, 1994)

Aktiviti 1 Bina peta minda yang menunjukkan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan. Tulis satu rencana tentang masalah Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tugasan dilaksanakan secara kumpulan dan dibentangkan di dalam kelas semasa interaksi.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.6

Ciri-ciri Murid Pemulihan

i.
ii. iii. iv. v. vi. vii.

Lemah dalam penguasaan mendengar dan bertutur, membaca dan Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak. Lemah dari segi koordinasi mata dengan tangan. Singkat tahap tumpuan pembelajaran. Kurang keyakinan diri. Lambat memberikan tindak balas. Selalu gagal dalam ujian. Sukar menguasai kemahiran pelajaran dalam tempoh masa yang Lemah dari segi ingatan pendengaran, ingatan dan penglihatan. Rendah darjah kecerdasan berbanding dengan rakan sebaya. Selalu sakit masalah kesihatan. Kerap ponteng sekolah. Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik Bermasalah dalam tingkah laku. Sukar mengawal emosi.

menulis.

viii. ix.
x.

ditentukan.

xi.
xii.

xiii.
darjah xiv. xv.

Aktiviti 2 Kenal pasti murid bermasalah dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis di dalam kelas anda. Analisis masalah tersebut dan kenal pasti punca masalah berlaku.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 2

PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI

Sinopsis Dalam tajuk ini dihuraikan perbezaan pengelolaan dan strategi pendidikan pemulihan, khususnya di dalam kelas biasa dan di dalam kelas khas pemulihan. Pengelolaan pengajaran pemulihan melibatkan penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i.
ii.

Membezakan pengelolaan pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam kelas khas. Membezakan strategi pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam kelas khas.

2.1

Pengelolaan Pengajaran Pemulihan dalam Kelas Biasa Pengajaran pemulihan di dalam sesebuah kelas biasa dijalankan secara sistematik agar murid-murid lambat memperoleh faedah yang maksimum. Terdapat empat langkah pengelolaan pengajaran pemulihan, iaitu: i. ii. iii. iv. Penentuan objektif Perancangan Pengajaran Penilaian

Penentuan Objektif Objektif pengajaran hendaklah ditentukan sebelum pengajaran pemulihan. Aras objektif seharusnya sejajar dengan kebolehan murid lambat agar objektif ini dapat dicapai seperti yang ditentukan oleh guru. Objektif pelajaran ditentukan merujuk kepada masalah pembelajaran yang dihadapi murid.

10

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Contoh 1: Masalah murid adalah tidak dapat mengenal huruf-huruf vokal yang dilihat pada kad perkataan. Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal pasti huruf-huruf vokal yang terdapat dalam perkataan pada kad perkataan yang ditunjukkan guru. Contoh 2: Masalah murid adalah tidak dapat menulis objek (frasa nama) selepas kata kerja transitif. Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat menulis objek (frasa nama) selepas kata kerja transitif dalam ayat tunggal. Perancangan Guru merancang pengajarannya berdasarkan objektif yang telah ditentukan. Perancangan meliputi strategi P dan P seperti secara individu, berpasangan atau kumpulan. Perancangan juga meliputi bahan bantu belajar yang akan digunakan semasa P dan P. Bahan yang dipilih sesuai mengikut aras kesukaran isi pelajaran. Guru juga merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif. Jenis penilaian yang sesuai untuk menilai pencapaian murid bagi kemahiran yang diajarkan hendaklah ditentukan oleh guru semasa merancang pengajaran mereka. Pengajaran Pengajaran dalam kelas biasa boleh berbentuk pengajaran secara individu, kumpulan atau rakan sebaya. Guru mungkin mengajar seseorang murid yang lambat atau beberapa orang murid lambat yang menghadapi masalah yang sama. Murid-murid yang cerdas boleh diminta membimbing murid-murid lambat untuk menjalani aktiviti pemulihan.

11

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pengajaran pemulihan biasanya dijalankan selepas satu-satu pengajaran selesai. Pada masa yang sama murid-murid yang cerdas dan sederhana akan membuat aktiviti pengayaan.

Penilaian Penilaian hendaklah dijalankan bagi memastikan sama ada objektif pelajaran yang ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian dapat dijalankan dengan cara-cara yang berikut: i. ii. iii. Pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan. sesi soal jawab atau kuiz selepas tamat satu-satu pengajaran. Pemeriksaan latihan harian.

Selepas penilaian, murid yang telah menguasai kemahiran tertentu akan kembali ke kumpulan yang sejajar dengan kebolehannya. Murid yang masih belum dapat menguasai kemahiran-kemahiran tetentu hendaklah dirujuk kepada guru khas pemulihan. 2.2 Strategi Pengajaran Pemulihan a. Strategi Pengajaran Kumpulan Kecil

Murid-murid yang mengalami masalah yang sama dikumpulkan Ahli dalam kumpulan kecil boleh bertukar-tukar kerana murid yang

dalam kumpulan kecil.

lemah dalam bahasa Melayu tidak semestinya lemah dalam mata pelajaran lain.

Guru dapat membimbing kumpulan ini dengan menggunakan

bahan bantu belajar yang memberikan peluang belajar kepada murid melalui penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang beraneka jenis untuk menarik minat serta mengukuhkan kemahiran bahasa. Bahan pengajaran tersebut hendaklah digunakan dalam pelbagai situasi yang berlainan. b. Strategi Pengajaran Individu

12

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Melalui pengajaran ini, guru memberikan perhatian kepada seorang murid dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan penggunaan bahan-bahan bantu belajar. c. Strategi Pengajaran Rakan Sebaya Murid yang cerdas boleh diminta untuk membantu rakan-rakannya yang lambat untuk menjalankan aktiviti pemulihan yang ditetapkan oleh guru.

2.3

Pemulihan dalam Kelas Khas Pendidikan pemulihan khas disediakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid ini mengikuti aktiviti pemulihan di dalam kelas khas yang disediakan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran mereka. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dipindahkan dalam kelas khas untuk mengikuti program pemulihan khas dengan guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khusus dalam pemulihan khas. Rasionalnya murid pemulihan khas ditempatkan di dalam kelas kerana masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru. berkesan serta guru dapat menyediakan suasana Selain itu, segala yang lebih kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dapat digunakan dengan lebih pembelajaran menggalakkan minat murid untuk belajar. Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan Selain itu. kelas khas diwujudkan kepada kanak-kanak yang memerlukannya bertujuan untuk membolehkan mereka menerima pembelajaran atau rawatan khas (jika perlu) supaya keperluan-keperluan individu dapat dipenuhi atau dalam setengah-setengah keadaan cuma dapat dibantu agar masalah yang sedia ada tidak menjadi bertambah buruk atau menimbulkan kesan-kesan sampingan. Menurut laporan National Bureau for Co-Operation in Child Care (1970) dalam Living With Handicaps, terdapat beberapa cara untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini, iaitu: i. Sekolah Khas berasrama penuh.

13

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ii. iii. iv. v.

Sekolah Hospital. Sekolah Berasrama Penuh yang dikendalikan 5 hari seminggu. Sekolah Berasrama Penuh digunakan sebagai pusat (Base), iaitu kanak-kanak ditempatkan seperti sekolah biasa. Menubuhkan kelas-kelas Pemulihan Khas di sekolah biasa.

2.4

Strategi Pemulihan Khas a. b. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas Kenal pasti masalah murid


c.

Kenal pasti punca masalah murid Menjalin hubungan mesra dengan murid Menunjukkan penghargaan kepada murid Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar

Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai

d. e. f.

Pendekatan bermain sambil belajar Teknik bercerita Teknik latih tubi Teknik bersoal jawab Teknik nyanyian

Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai. Menjalankan aktiviti pengukuhan. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

14

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.5

Perbezaan Pemulihan dalam Kelas Biasa dan Pemulihan dalam Kelas Khas Pemulihan Biasa Guru mempunyai asas perguruan. Pemulihan Khas Guru mempunyai asas perguruan dan kursus khas.

latihan

Dilaksanakan semasa proses P Dijalankan pada waktu tertentu. dan P kelas biasa. Perlu pada setiap mata pelajaran yang diajarkan. Murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan.

Hanya melibatkan Matematik

BM

dan

Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan. Ujian pencapaian kemahiran. bagi setiap

Ujian bulanan atau penggal.

Tidak perlu ujian saringan atau Perlu ujian saringan dan diagnostik. diagnostik. Tidak memerlukan terperinci. rekod yang

Penyimpanan segala rekod berkenaan murid adalah amat penting. Murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran.

Kekal di dalam kelas.

Pemulihan dilakukan secara umum.

Murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran.

Keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas.

15

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan.

Guru perlu menjadi AJK perancangan kurikulum sekolah. Bilangan orang. murid maksimum 15

Bilangan murid tidak dihadkan. Jadual waktu berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan. Guru terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajarkan.

Jadual waktu ditentukan sendiri oleh guru pemulihan. Guru perlu menjadi AJK Perancangan Kurikulum Sekolah.

TAJUK 3

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

Sinopsis Tajuk ini membincangkan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Cara mengesan kesukaran pembelajaran bagi keempat-empat kemahiran bahas itu turut dibincangkan dalam tajuk ini. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menjelaskan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa. Menghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahirankemahiran bahasa. 3.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Masalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang berikut: Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi vokal, konsonan, diftong Tidak berupaya mengajuk bunyi Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar Sukar mengingat fakta Sukar memahami dan mentafsir maksud Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan Lemah ingatan pendengaran

ii.

16

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Gagal mematuhi arahan

Masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut: 3.2 Kosa kata yang terhad Menggunakan dialek Menggunakan bahasa ibunda Lemah dalam kesantunan berbahasa

Kemahiran Membaca Keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B Masalah disleksia. Contohnya [kail] [kali], [dada]-[baba] Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua

suku kata

Membaca secara berlagu Bacaan tidak lancar, tersekat-sekat Tidak mematuhi tanda baca Membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa kepala, suka - saku Lemah ingatan penglihatan Tidak faham kandungan bahan yang dibaca Sukar membuat hubung kait dan analisis Tidak dapat membuat urutan isi

3.3

Kemahiran Menulis Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk Salah ejaan Kosa kata yang terhad Aliran pemikiran tidak lancar Lupa format penulisan Lemah dalam penyampaian idea

17

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Ayat yang tidak gramatis Lemah dalam penggunaan tanda baca

Aktiviti 3 Berdasarkan masalah dalam satu kemahiran bahasa, rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid untuk mengatasi masalah tersebut.

3.4

Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan berdasarkan cara seperti yang berikut:

Mengesan murid bermasalah melalui pemerhatian Mengesan murid bermasalah melalui rekod prestasi berdasarkan keputusan

ujian

Mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui ujian saringan
dan ujian diagnostik Mengesan masalah murid melalui temu bual dengan guru kelas dan ibu bapa Mengesan punca masalah dari aspek fizikal, intelek dan emosi yang pembelajaran.

mengganggu

Guru juga dapat mengesan kesukaran pembelajaran dengan cara mengadakan ujian seperti yang berikut:

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf besar Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf kecil Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal pasangan nama huruf besar dan huruf

dalam abjad. dalam abjad. kecil.

Ujian pengamatan penglihatan untuk mengesan masalah songsang huruf atau Ujian membezakan bunyi huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya.

pembalikan huruf.

18

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Ujian untuk kemahiran membatang dan mencantumkan suku kata yang

mempunyai gugusan konsonan dalam perkataan. Ujian untuk kemahiran membezakan bunyi e taling [e] dan bunyi e pepet []. Ujian mengesan masalah kekeliruan sebutan yang disebabkan oleh sistem ejaan Ujian mengesan kesukaran mengecam bentuk perkataan yang disebabkan oleh

dan bunyi fonik yang berbeza antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. masalah pengamatan penglihatan yang songsang. Aktiviti 4 Sebagai guru Bahasa Melayu, bincangkan cara-cara anda dapat mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran bahasa murid yang anda ajarkan.

19

You might also like