You are on page 1of 3

GENETIK

Pengenalan 1. 2. 3. Genetik kandungan kromosom yang membawa sifat-sifat warisan organisma yang dikenali sebagai gen. Pembiakbakaan proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik tanaman supaya ciri-ciri tumbuhan yang dikehendaki diperolehi. Klon sekumpulan tumbuhan dibiak secara aseks daripada pokok induk yang sama

Ciri tumbuhan yang dikehendaki 1. Cepat mengeluarkan hasil tempoh matang yang singkat. cepat dapat hasil dan cepat memasarkan hasil membolehkan tanaman pulangan berganda contoh durian D 99 mempunyai tempoh matang 90 hari Hasil yang tinggi memenuhi keperluan makanan penduduk Hasil berkualiti kualiti dari segi kelazatan, kandungan gula, kandungan nutrien, warna dan bentuk yang seragam. mendapatkan pasaran yang baik Resistan (tahan) terhadap penyakit dan perosak tanaman mampu menghalang perkembangan patogen dan serangan perosak. tanaman mempunyai ciri tertentu seperti duri dan bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak jimat kos kawalan penyakit dan perosak Bernilai estetik nilai estetik seperti warna, bentuk, atau aroma. hasil menarik perhatian pembeli contoh warna rambutan merah digemari

2. 3.

4.

5.

Kaedah menghasilkan varieti baru 1. Mengenalpasti baka yang berpotensi Menyediakan populasi tumbuhan berbagai sifat Jenis tumbuhan dikenalpasti varieti yang sedang ditanam, tumbuhan dari jenis yang sama dan tumbuhan liar di tempat asal Melakukan pemilihan Pokok induk daripada populasi tumbuhan yang diperkenalkan Ada sifat varieti asal Pemilihan dilakukan setelah : Kesan sifat yang dikendaki - Banding prestasi pokok dengan pokok lain Pemilihan mudah untuk tumbuhan terdebunga sendiri kerana bahan genetik tulin dan ciri seragam Melakukan pengacukan Gabungkan bahan genetik daripada dua pokok induk Hasil kacukan pokok induk dikenali sebagai hybrid Menguji generasi F 1 Anak pokok generasi pertama hasil kacukan kedua pokok induk yang sama bahan genetik Generasi F 1 prestasi lebih baik daripada kedua induk dijadikan biji benih

2.

3.

4.

Kaedah menghasilkan varieti baru 1. Mengenalpasti baka yang berpotensi 2. Melakukan pemilihan

3. Melakukan pengacukan 4. Menguji generasi F 1 Pembiakan (a) (b) Kaedah seks : Kaedah aseks : gunakan biji benih gunakan bahagian tampang Cara : keratan batang, keratan daun, keratan akar, tut, cantuaman, organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu.

Kaedah seks 1. 2. 3. Melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan untuk membentuk embrio Kebaikan menggunakan biji benih ialah mudah dilakukan, biji benih banyak dan kos rendah Dijalankan apabila kaedah aseks sukar dilakukan /tidak ekonomik

Kaedah aseks 1. Keratan Tut/markot Cepat dan mudah dilakukan Bahan penanaman seragam Menggunakan bahagian batang, daun dan akar Jenis keratan ; a. Kayu hijau/separa keras dua hingga 6 buku b. kayu keras saiz lebih panjang Kaedah mengakar dahan pada pokok induk Dilakukan pada pokok puding, limau,ciku dll. Kelebihan tut : - bahan genetik sama dengan induk Kelemahan tut : - bilangan bahan tanaman terhad - tidak sesuai dijalankan pada dahan tua - pokok limau yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker batang - tiada akar tunjang Menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru Kelebihan : - mempunyai akar tunjang - hasilkan baka baru - banyak mata tunas diperolehi Kelemahan : - perlu kemahiran Contoh pokok : mangga, rambutan getah dll

2.

3.

Cantuman

4.

Organ penyimpanan Organ penyimpanan Bebawang Stolon Rizom Umbisi Contoh bawang rumput Bermuda halia keladi, pisang, Gladiolus

5.

Pembahagian rumpun Rumpun dari rizom, stolon atau ubi di potong dan di tanam Contoh : serai, sanseivieria, dracaena, dieffenbachia dll Kultur tisu Kaedah membiak tanaman dalam medium akar yang steril Medium cecair steril air mineral, vitamin, gula, auksin dan sitokinin

6.

Pokok yang dihasilkan dinamakan klon Tisu dikultur dinamakan kalus Tisu eksplan diambil dari sel meristem Medium pepejal steril terdiri daripada medium cecair steril dan agar agar Pemindahan tisu dilakukan dalam kotak beraliran laminar. Contoh : tanaman orkid dan pisang

Bandingbeza Membandingbeza pembiakan seks dengan pembiakan aseks. Perkara Cara pembiakan Pembiakan seks Menggunakan biji benih Pembiakan aseks Menggunakan / cara - keratan, tut, cantuman, organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu Sama dengan pokok induk Singkat/cepat

Kandungan genetik Berbeza daripada pokok induk Tempoh berbunga atau Lama/lambat mengeluarkan hasil Membandingbeza tut dengan cantuman. Cantuman Baka yang diperlukan diambil daripada mata tunas atau keratan pucuk pokok terpilih. Cantuman tunas membolehkan lebih daripada satu mata tunas diperolehi Memp unyai akar tunjang, pokok tidak mudah tumbang.

Tut Sebahagian daripada dahan pokok terpilih didorong untuk mengeluarkan akar sebelum diasingkan daripada pokok induk. Satu bahan menanam sahaja diperoleh daripada dahan yang dirawat. Tidak mempunyai akar tunjang.

You might also like