You are on page 1of 38

SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK WAJAH

BAB 1
DI SEBALIK WAB BERSALIN , HOSPITAL RATU ELIZABETH , KOTA KINABALU , CIKGU SAIFUL KELIHATAN CEMAS MENUNGGU KELAHIRAN ANAKNYA . DALAM MASA YANG AGAK LAMA , ISTERINYA BERADA DI DALAM WAB ITU SEHINGGA CIGKU SAIFUL BERASA BIMBANG . DIA BERDOA ANAK DAPAT DILAHIRKAN DENGAN SELAMAT . CIKGU SAIFUL AMAT SAYANG ISTERI , HALIPAH . DIA BERTIMBANG RASA DAN BERSIMPATI AKAN KESUKARAN YANG DIHADAPI OLEH ISTERI KETIKA MENGANDUNG . DIA MENIMBAS KEMBALI TENTANG ISTERINYA YANG MENGANDUNG MENGIDAM DAGING RUSA . SETELAH BERSUSAH PAYAH MENCARI DAGING RUSA DI SELURUH KOTA KINABALU , DIA TETAP TIDAK DAPAT MENCARI DAGING RUSA SEHINGGA DIA MEMBELI DAGING ARNAP UNTUK MEMBOHONGI ISTERINYA . TIBA-TIBA NAMANYA DIPANGGIL OLEH SEORANG DOKTOR INDIA YANG BERNAMA VASUTEVEN BAHAWA ISTERINYA PERLU DIBEDAH KERANA KANDUNGANNYA SONGSANG . ATAS NASIHAT DOKTOR ITU , CIKGU SAIFUL SEMAKIN TENANG . DI DALAM MINDA CIKGU SAIFUL INGIN MENAMAKAN ANAK LELAKINYA SAMA DENGAN ANAK LELAKINYA IAITU , DOKTOR FIKRI . JIKA ANAK PEREMPUAN , NAMANYA AKAN DISERAHKAN KEPADA ISTERINYA UNTUK MENENTUKAN . KEMUDIAN DIA DIBERITAHU DOKTOR BAHAWA ANAKNYA SELAMAT DILAHIRKAN . CIKGU SAIFUL BERSYUKUR LALU MENUJU KE BILIK BAYI . AKHIRNYA DIA DIBENARKAN BERJUMPA DENGAN BAYINYA . CIKGU SAIFUL TIDAK DAPAT MENERIMA SEORANG BAYI YANG BERAMBUT EMAS , DAN KULIT MERAH DAN JAUH BERBEZA DENGAN BAYI YANG LAIN . SETELAH DINASIHATI OLEH PARA DOKTOR DAN JURURAWAT , CIKGU SAIFUL MEMINTA MAAF DENGAN GELAGANYA . DIA BERNAZAR KEPADA ANAKNYA DAN MENERIMA KEHADIRAN SEORANG ANAK YANG CACAT DARI SEGI KULIT , IAITU ANAK BALAR . KETIKA ISTERI TERJAGA , CIKGU SAIFUL MENASIHATI ISTERI AGAR MENERIMA KENYATAAN BAHAWA ANAK MEREKA MERUPAKAN ANAK BALAR . CIKGU SAIFUL MEMBERITAHU BAHAWA DIA INGIN MENAMAKANNYA DOKTOR FIKRI .

BAB 2
Setelah 14 tahun kemudian, cikgu saiful telah meletakkan jawatan sebagai seorang guru dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Mereka sekeluarga telah berpindah dari tuaran ke pekan menggatal, kota kinabalu. Anaknya yang bernama doktor fikri telah ditempatkan di sekolah menengah kebangsaan menggatal. Doktor fikri telah ditempatkan di kelas tingkatan dua mawar. Seluruh murid di tingkatan dua mawar terkejut dengan kehadiran seorang pelajar baru yang disangka sebagai orang putih. Setelah memperkenalkan diri sebagai doktor fikri, semua pelajar ketawa dan mereka melemparkan pelbagai sindiran dan nama jolokan, doktor fikri sabar dan menerima segalanya kerana dia sudah biasa dengan layanan sedemikian. Sebelum itu doktor fikri pun tidak mempunyai rakan dan murid lain sering memingirnya. Ketika masa rehat, doktor fikri makan bekalan yang disediakan oleh emak sambil membaca novel yang dipinjam daripada perpustakaan negeri. Hobinya ialah membaca novel. Ketika itu, seorang pelajar perempuan, josy dari tingkatan dua melati berminat terhadapnay dan asyik bertanya kepadanya. Doktor fikri memberitahukan keadaan keluarga secara jujur dan ikhlas. Josy terkejut kerana mengetahui doktor fikri mempunyai tabung sebanyak RM1000 di bank dan simpanan itu adalah hasil daripada menjual sayur-sayuran. Pada masa itu, ada tiga orang pelajar tingkatan empat ( Narius dan rakannya ) masuk ke kelas tingkatan dua mawar lalu mengejek doktor fikri sudah pandai memikat hati perempuan. Mereka juga menghabiskan minuman dan makanan bekalan doktor fikri. Gelagat ketiga-tiga murid tingkatan empat diperhatikan oleh murid tingkatan dua mawar. Mereka menasihati doktor fikri supaya melaporkan kejadian kepada guru disiplin, cikgu wahad. Doktor fikri berterima kasih kepada mereka.

BAB 3 :
Josy , Dayang Mahani , Surianti dan Aziz yang gemuk telah mengayuh basikal ke rumah Doktor Fikir yang berdua tingkat di 69, Taman Richdar , Menggatal . Mereka disambut mesra oleh ibu Doktor Fikri . Doktor Fikri begitu gembira atas kedatangan rakan barunya dan membawa mereka ke bilik bacanya . Mereka kagum dengan bilik baca Doktor Fikri yang penuh dengan bacaan . Doktor Fikri tidak keberatan meminjamkan buku bacaannya kepada rakan-rakannya . Setelah itu , mereka juga dibawa ke belakang rumah untuk melihat kebun sayur-sayuran dan reban ayamnya .mereka tidak menyangka Doktor Fikri sanggup menguruskan sayursayurannya dan berbaja taih lembu . mereka bergurau senda dan berjanji akan membantu Doktor Fikri untuk menjual sayur-sayurannya di tamu di pekan baru Menggatal pada hari minggu . Ketika melihat kepulangan rakannya mengayuh basikal , Doktor Fikri ingin meminta kebenaran ayahnya untuk membeli sebuah basikal .

BAB 4
Keesokan harinya , Doktor Fikri menunggang basikal barunya yang dibeli dengan wang simpananya . Sesungguhpun Cikgu Saiful sering memenuhi segala permintaan anak kesayangnya dan sentiasa membantunya mempraktikkan ilmu yang diajar di sekolah , seperti menanam sayur-sayuran , memelihara ayam dan menjual sayuran seperti diajar dalam kemahiran hidup , mala dia pernah mengumpul taih lembu bersama Doktor Fikri . Ketika sampai di pintu sekolah , dia mendapati bahawa dia telah lewat sampai ke sekolah . Pintu pagar telah ditutup . Nasib baik uru disiplin Cikgu Wahad terkenal sebagai guru yang paling tegas membuka pintu pagar untuknya dan memberi amaran agar tidak lewat ke sekolah lagi . Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahad . Ketika masuk ke kelas tingkatan dua mawar , Doktor Fikri telah ditegur oleh guru kelasnya Cikgu Asnawi dan mengingatkan semua pelajar supaya menjaga nama baik Tingkatan Dua Mawar . Keadaan kelas sangat bising , tetapi Doktor masih leka membaca buku . Tiba-tiba murid tingkatan enam masuk ke kelas mereka dan mengingatkan mereka supaya berlatih sukan pada petang itu memandangkan hari sukan akan menjelang sebulan lagi . Sanin telah mengajak Doktor Fikri untuk menyertai pasukannya , rumah Tun Ismail .

BAB5 :
Pada awal pagi hari minggu , Josy , Dayang Mahani , Surianti , Sanin dan Aziz telah datang ke rumah Doktor Fikri , setelah bersarapan pagi , mereka membantu Doktor Fikri menyimbah dan membungkuk sayursayuran , iaitu sawi , kacang bendi , bayam , cili dan tomato . Setelah itu mereka berbasikal dengan sayursayuran itu ke tamu . Tidak lama kemudian , hujan turun dengan lebat . Rakan-rakan berasa hampa kerana sayur-sayuran itu tidak laku dijual . Namun demikian , Doktor Fikri melihatan tenang dan sabar kerana untung rugi merupakan fitrah perniagaan .

BAB 6 :
pada petang itu , Narius , Jais dan Jamadi (murid tingkatan ) menghalang Josy , Dayang Mahani dan Surianti untuk menanyakan Doktor Fikri . Surianti terjatuh lalu mengugut bahawa dia akan memberitahu Cikgu Wahad tentang peristiwa itu . Ketika Doktor Fikri melalui jalan itu ke sekolah untuk mengikuti latihan sukan , dia ditahan oleh ketiga-tiga murid jahat itu . Mereka meminta wang keselamatan daripada Doktor Fikri . Apabila mendapati bahawa Doktor Fikri tidak membawa wang . Mereka memarahinya dan mengugut supaya membawa wang esok .

BAB 7 :
Perhimpunan khas telah diadakan di dewan . Pengetua sekolah Puan Hamidah telah merotan Narius , Jamadi dan Jais di khayalak untuk memberikan amaran kepada semua murid agar tidak melakukan peras ugut di sekolah .

BAB 8 :
Keesokan harinya , Doktor Fikri berkunjung ke perpustakaan sekolah , dia terserempak dengan Narius , Jamadi dan Jais . Mereka menyindirnya supaya tidak menunjuk-nunjuk tetapi Doktor Fikri terus membaca buku di perpustakaan . Di dalam kelas , Cikgu Wahad membuat pemeriksaan secara mendadak kerana ramai yang melapor mereka bahawa mereka kehilangan buku , dompet dan pen di perpustakaan . Terdapat buku , dompet dan pen yang mahal di dalam beg Doktor Fikri ketika memeriksa begnya . Seluruh kelas tergembar kerana tidak menyangka bahawa murid baru ialah pencuri . Cikgu Wahad mendakwa Doktor Fikri mencuri , lalu memanggilnya ke pejabat kaunseling . Doktor Fikri menafikannya tetapi tidak dapat membela diri lalu membisu . Cikgu Wahad mengambil keputusan untuk memberitahu ayahnya . Seluruh sekolah tergempar kerana kes Doktor Fikri . Dayang Mahani , Surianti dan Aziz tidak mahu berkawan dengan Doktor Fikri kerana berasa kecewa dan marah . Hanya Josy seorang sahaja yang masih bertegur sapa dengan Doktor Fikri kerana mempercayainya . Dia turut mendengar rintihan . Sejak itu Doktor Fikri kelihatan sayu kerana semua rakannya mendakwa dia sebagai panjang tangan .

BAB 9 :
Sukan tahunan sekolah diadakan secara meriah .

BAB 10 :
Penyertaan dalam rumah Tun Ismail tidak disokong oleh anggota rumah sukannya . Josy yang merupakan ahli Bulan Sabit Merah memberi semangat kepadanya . Doktor Fikri berlari dengan selaju-lajunya untuk membuktikan keupayaan kepada rakannya tetapi langkahnya semakin perlahan dan bernafas pantas sehingga jauh ketinggalan . Walaupun jauh ketinggalan , Doktor Fikri tidak berputus asa dan masih meneruskan pelarian untuk ke garisan penamat . Hanya berapa langkah lagi , dia jatuh pengsan . Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah segera mengusungnya ke khemah rawatan . Ibu Doktor Fikri mendekati dan bercadang untuk membawanya pulang ke rumah . Ketika Doktor Fikri mencari basikalnya , dia terkejut kerana basikalnya telah hilang . Jeritan jauh kedengaran .

BAB 11 :
Semua murid perkatakan peristiwa itu . Rakannya masih mengata bahawa memang padan kerana panjang tangan telah dicuri panjang tangan dan masih mendakwa Doktor Fikri memang suka menunjuk kebolehan walaupun tidak mampu seperti menyertai lumba lari .

BAB 12 ;
Doktor Fikri berasa kecawa kerana basikal baru yang dibeli dengan wang simpanannya telah dicuri . Dia berasa tidak tenteram atas kejadian demi kejadian yang menimpahnya . Lebih-lebih lagi kawan baiknya Josy akan berpindah sekolah. Apabila termenung di bawah pokok , Cikgu Wahad memanggilnya dan memberitahu bahawa basikalnya telah dijumpai dan pencuri telah ditahan di balai polis . Cikgu Wahad berasa malu kerana pernah mendakwa Doktor Fikri mencuri di perpustakaan .

BAB 13 :
Doktor Fikri berasa gembira lalu menceritakan hal itu kepada ibunya . Setelah ayahnya pulang dia pun meminta ayah ke balai polis . Ketika di balai polis , Doktor Fikri melihat Narius menangis dalam lokap dan ayahnya tidak mampu memberi wang jamin untuk mengeluarkan Narius . Doktor Fikri berasa simpati terhadap keluarganya yang miskin lalu meminta ayahnya menjamin Narius . Pihak polis terkejut terhadap tindakan Doktor Fikri dan bapanya kerana Narius telah mencuri basikalnya . Narius berasa segan dan terharu kerana dia pernah menganiaya dan menfitnah Doktor Fikri tetapi Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan membantunya .

BAB 14 :
Apabila melihat Doktor Fikri bergaul mesra dengan Narius , Jamadi dan Jais di sekolah . Dayang Mahani , Sanin , Surianti dan Aziz berasa kecewa . Mereka beranggapan bahawa Doktor Fikri telah dipengaruhi oleh murid jahat . Surianti berpendapat bahawa mereka ada tanggungjawab untuk menyelamatkan Doktor Fikri daripada terjerumus ke lembah hina. Mereka pun berbincang untuk menyelamatkan Doktor Fikri daripada bergaul dengan murid jahat .

BAB : 15
Narius , Jamadi dan Jais meminta maaf dengan pelajar Tinggatan Dua Mawar mengatakan bahwa mereka telah mencemarkan nama baik mereka dengan memasukan barang curian ke dalam beg Doktor Fikri . Semua rakan terharu dengan kemuliaan doktor Fikri dan selama ini mereka telah salah paham terhadapnya .

BAB : 16

Setba di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu , Doktor Fikri tidak sabar untuk menjumpai rakannya . Dia menceritakan pengalamannya di jepun kepada rakanrakannya sambil memaparkan album foto .

BAB : 17
Teringat Fujiyama , Doktor Fikri bercadang untuk mendaki gunung Kinabalu . Ibu dan bapanya juga setuju . Setelah memohon cuti di pejabat , Cikgu Saiful memberitahu bahawa mereka akan bertolak keesokan harinya . Doktor Fikri telah meminta ayahnya membeli jeket dan sarung muka .

BAB : 18
Mereka sekeluarga bertolak di Taman negara Kinabalu . Mereka terpesona terhadap permandangan yang indah dan udara yang dingin . Pada malam itu , mereka tinggal di chalet .

BAB : 19
Akibat terlalu sejuk , mereka tidak mandi dan teruskan pengembaraan mereka . Tidak lama kemudian mereka berasa letih , tercungkap-cungkap , penat , dan terpaksa melangkah pelahan dan rehat kerana lutut yang sakait . Dengan pelan sekali , mereka sampai jua di tengah-tengah lereng Gunung Kinabalu , iaitu Panalaban pada waktu senja . Ketika itu , banyak pelancong sudah berada di rumah rehat . Cikgu Saiful menerangkan bahawa mereka perlu bertolak pada awal pagi sebelum ditedungi kabus yang tebal dan boleh mengakibatkan kesesatan .

BAB : 20
Ketika pukul 4 pagi , udara terlalu sejuk dan Doktor Fikri mendapati bahawa dia telah jauh ketinggalan oleh pendaki yang lain . Dalam kegelapan itu , dia hanya dapat mengesan lampu picit yang agak jauh . Dia berasa cemas dan takut kerana mendapati dia telah sesat . Tiba-tiba dia terlihat cahaya merah yang hilang wujudnya . Dia menuju ke sinar itu . tiba-tiba dia terlihat seekor naga . Dia berlari sekuat-kuatnya kerana takut dimakan oleh naga itu . Belum sempat menjadi mangsa naga itu , dia telah terhumban ke dalam gaung .

BAB : 21
Jeritan Doktor Fikri mengejutkan semua penghuni di rumah rehat itu . Rupa-rupanya dia hanya bermimpi dan terjatuh dari katil . Doktor Fikri memberitahu ibu-bapanya tentang mimpi ngeri itu . Ayahnya menyuruhnya masuk tidur semula kerana masih awal lagi . Puan Halipah bergurau bahawa Doktor Fikri bukan jatuh ke gaung tetapi jatuh bawah katil . Mereka bertiga turut ketawa .

PEWATAKAN NOVEL DI SEBALIK WAJAH :

Watak sampingan Cikgu Saiful

Cikgu Saiful merupakan suami Halipah dan ayah kepada Doktor Fikri. Dia merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Tuaran, Sabah. Bagaimanapun dia telah meletakkan jawatan sebagai guru dan berkhidmat di sektor swasta. Cikgu Saiful juga merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia amat sayang akan anak tunggal mereka, iaitu Doktor Fikri. Dia sentiasa mengambil berat pelajaran dan kehendak anaknya. Cikgu Saiful juga mudah insaf akan kesilapannya. Contohnya pada mulanya, dia tidak percaya bahawa bayi yang balar itu adalah cahaya matanya. Setelah ditegur oleh doktor, dia segera insaf akan kesilapannya lalu menerima hakikat tersebut. Dia meminta maaf kepada bayi itu atas kezaliman dan bersyukur atas anugerah Tuhan itu.

HALIPAH :

Halipah ialah isteri kepada Cikgu Saiful dan ibu kepada Doktor Fikri. Dia ialah seorang suri rumah tangga.
Halipah bersifat penyayang. Dia amat sayang akan suami dan anaknya, Doktor Fikri. Dia sentiasa membekalkan makanan kepada anaknya ke sekolah. Halipah juga seorang ibu yang mengambil berat pelajaran anaknya. Contohnya setiap pentang dia pasti memeriksa buku latihan Doktor Fikri dan menemani anak membuat latihan. Dia berjaya memupuk tabiat membaca kepada anaknya. Halipah juga seorang yang mesra. Ketika kawan sekelas Doktor Fikri datang ke rumah mereka, Halipah melayani mereka dengan mesra. Makanan dan minum segera dihidangkan.

JOSY
Seorang pelajar perempuan di Kelas Dua Melati. Dia merupakan seorang yang mudah bergaul mesra dengan orang lain. Dia sanggup pergi ke Kelas Dua Mawar untuk berinteraksi dengan pelajar baru, iaitu Doktor Fikri.
Josy juga bersikap setia kawan. Dia menaruh kepercayaan yang sepenuh kepada Doktor Fikri ketika Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Dia sentiasa menasihati Doktor Fikri atas kejadian tersebut.

DAYANG MAHANI, SURIANI, SANIN DAN AZIK


Mereka merupakan kawan baik kepada Doktor Fikri. Mereka tidak memandang serong terhadap Doktor Fikri yang merupakan budak balar. Mereka telah banyak memberikan bantuan kepada Doktor Fikri.

Bagaimanapun, mereka turut tidak mempercayai Doktor Fikri seperti murid lain apabila Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Mereka juga mencurigai kawan yang baru ini.

NARIUS
Narius merupakan murid Tingkatan Empat. Dia berasal daripada keluarga yang miskin dan ayahnya telah manakala adik-beradiknya banyak. Narius bersifat nakal dan bertindak ganas. Dia dan rakannya, Jais dan Jamadi merupakan gengster di sekolah mereka. Mereka sentiasa memeras ugut pelajar yang baru seperti Doktor Fikri. Dia bersikap menaruh dendam terhadap orang lain. Setelah menyangka bahawa Doktor Fikri yang melaporkan kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh pengetua, mereka sanggup menganiaya Doktor Fikri dengan memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Bagaimanapun, akhirnya dia telah insaf akan kesalahan setalah dibantu oleh Doktor Fikri dan Cikgu Saiful dengan membayar wang ikat jamin dari lokap. Sejak itu, dia menjadi kawan baik Doktor Fikri. Dia memohon maaf kepada semua pelajar Kelas Dua Mawar kerana telah mencemarkan nama baik kelas mereka .

CIKGU WAHAB
Cikgu Wahab merupakan seorang guru disiplin. Dia merupakan seorang yang bertanggungjawab. Dia bersikap serius ketika berhadap dengan pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Bagaimanapun, dia turut bersikap timbang rasa. Contohnya dia membuka pintu pagar dan membenarkan Doktor Fikri yang lewat ke sekolah kerana tidak tahu waktu persekolahan sekolah barunya.

LATAR TEMPAT DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH


Hospital Ratu Elizabelt, Kota Kinabalu
Peristiwa yang berlaku di latar tempat ini ialah Cikgu Saiful berasa cemas ketika berada di luar bilik bersalin. Dia berdoa agar anak dan isteri akan selamat setelah agak lama isteri dihantar ke dalam bilik bersalin. Di situ, dia bertemu dengan seorang doktor Melayu yang bernama Doktor Fikri yang berbudi bahasa dan alim sehingga dia berhasrat untuk menamai anak yang bakal dilahirkan itu sebagai Doktor Fikri. Yang terpenting ialah anak Cikgu Saiful dan Puan Halipah telah melahirkan seorang anak balar di hospital itu. Penulis itu menggambarkan satu latar masyarakat dalam latar tempat ini, iaitu masyarakat yang berbilang bangsa, iaitu doktor yang berketurunan India, Melayu dan jururawat yang berbangsa Cina.

RUMAH DOKTOR FIKRI


Rumah Doktor Fikri terletak di 69, Taman Richdar, Menggatal, iaitu sebuah rumah yang berdua tingkat. Rakan sekolah telah mengunjungi rumahnya dan disambut mesra oleh Puan Halipah di ruang tamu. Di bilik bacaan, mereka ternampak banyak buku yang ada di dalam rak. Mereka juga meminjam buku daripada Doktor Fikir. Di belakang rumah Doktor Fikri, dia menanam pelbagai jenis sayur seperti sawi, kacang bendi, tomato, cili dan menternak ayam. Dia telah membawa rakannya mengunjungi kebun sayurnya. Doktor Fikri sanggup mengutip tahi lembu sebagai baja tanamannya. Dia menjual hasil tanamannya di tamu dan menyimpan wang dalam bank
Tempat yang penting dalam latar tempat ini ialah belakang rumah, bilik bacaan, ruang tamu, dapur

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENGGATAL


SMK Menggatal merupakan latar tempat yang terpenting dalam perkembangan plot. Di situ, Doktor Fikri menuntut pelajaran. Dia merupakan pelajar kelas Dua Mawar. Dia mendapat banyak kawan baru, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz. Dia juga menyertai lumba lari 1500 Lelaki B sehingga jatuh pengsan dalam beberapa langkah sebelum garis penamat. Dia sering mengunjungi perpustakaan di sekolah dan suka membaca buku di situ, Bagaimanapun dia turut dianiayai oleh pelajar samseng yang membuat dakwaan bahawa dia telah mencuri pen, buku perpustakaan, dompet dan sebagainya. Antara tempat yang penting di sekolah itu ialah kelas Dua Mawar, pagar sekolah, padang, perpustakaan, dewan, bilik kaunseling

BALAI POLIS PEKAN MENGGATAL


Doktor Fikri dan ayahnya Cikgu Saiful telah ke Balai Polis Pekan Menggatal untuk mengambil balik basikal yang telah dicuri. Di situ, Doktor Fikri telah menjumpai Narius telah ditahan di dalam lokap. Narius menangis kerana ayahnya yang tua tidak mampu mengeluarkan wang untuk mengikat jaminnya keluar dari balai polis. Doktor Fikri segera merayu ayahnya untuk mengikat jamin terhadap Narius walaupun Narius pernah memeras ugutnya, mencuri basikal baharunya dan menganiayainya, iaitu sengaja memasukkan barang yang dicuri ke dalam begnya.

GUNUNG KINABALU
Doktor

Fikri dan ibu bapanya telah menginap di sebuah chalet di Taman Negara Kinabalu. Udara di situ sungguh nyaman malah dingin dan terdapat pemandangan yang mempesonakan, iatu Gunung Kinabalu yang tinggi dan tersergam serta kaya dengan flora yang unik. Ketika tiba di tengah lereng gunung itu, iaitu Panalaban, mereka bermalam di situ dan akan meneruskan pendakian gunung pada keesokan subuh pagi. Bagaimanapun pada malam itu, Doktor Fikri bermimpi dan mengigau sehingga terjatuh dari katil

Latar masa pagi

LATAR MASA DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH

Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah lima orang rakan Doktor Fikri telah datang ke rumahnya pada awal pagi. Mereka membantu Doktor Fikri membungkus sayur-sayuran lalu mengayuh basikal ke tamu untuk dijual.

Selain itu, pada waktu pagi hari kedua belajar di SMK Menggatal, Doktor Fikri menunggang basikal baharunya ke sekolah. Dia terlewat dan pintu pagar telah terkunci. Akhirnya Cikgu Wahad telah memberikan amaran kepadanya supaya tidak lewat ke sekolah lalu membuka pintu untuknya.
Seterusnya, pada suatu pagi, Doktor Fikri dan ibu bapanya bangun dengan awal kerana hendak mendaki gunung. Oleh sebab terlalu sejuk, mereka tidak mandi lalu mengemaskan semua bekalan untuk menaiki sebuah lori ke kaki bukit.

LATAR PETANG :

Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah lima orang rakan Doktor Fikri telah melawat ke rumahnya yang dua tingkat. Mereka telah dibawa ke bilik bacaan Doktor Fikri. Mereka juga mengunjungi kebun sayur-sayuran Doktor Fikri di belakang rumah. Mereka bergurau senda di situ.

Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah sebulan menjelang hari sukan tahunan sekolah, setiap petang Doktor Fikri dan rakan-rakannya akan pergi ke sekolah untuk menjalani latihan sukan. Pada suatu petang, dalam perjalanan ke sekolah, Doktor Fikri ditahan oleh tiga orang pelajar Tingkatan Empat kerana mereka mengugutnya supaya membayar wang keselamatan. Selain itu, pada suatu petang, Doktor Fikri dan ayahnya telah pergi ke balai polis untuk mengambil balik basikalnya yang telah dicuri. Di situ dia ternampak ayah Narius yang tua dan tidak mampu mengikat jamin Narius kerana keluarga mereka yang miskin.

Latar masa malam Peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah Doktor Fikri telah bermimpi ngeri sehingga dia mengigau. Dia bermimpi bahawa dia tersesat jalan ketika mendaki gunung lalu bertempur dengan seorang naga. Untuk mengelakkan serangan naga dia terjatuh ke gaung. Akibatnya dia menjerit sehingga menjagakan ibu bapanya.

NILAI-NILAI MURNI DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH


Rajin Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku. kasih sayang Kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka. Tabah Doktor Fikri merupakan seorang pelajar yang tabah. Dia sabar menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada murid yang lain. Sedia memaafkan Doktor Fikri mengamalkan nilai sedia memaafkan dan tidak menaruh dendam terhadap orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius yang meletakkan barang dicurinya ke dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan memaafkan Narius malah meminta ayahnya mengikat jamin terhadap Narius kerana terlibat dalam kes kecurian.

Simpati Doktor Fikri bersikap simpati terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua dan tidak mampu mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera meminta ayahnya menghulurkan bantuan. Bertanggungjawab Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga pesakit dengan mesra. Hal ini terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan nazar kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga menjalankan tugas dengan amanah. Selain itu pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah. Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin dengan tegasnya. Berjimat cermat Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat. Dia sentiasa membawa bekalan emaknya ke sekolah daripada berbelanja di kantin untuk menjimatkan wang. Gigih Nilai gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Ketika menyertai acara lumba lari 1500 lelaki B, dia tidak berputus asa walaupun lututnya sakit dan berasa sukar bernafas. Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat. Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya tidak berpatah semangat untuk meneruskan pendakian walaupun berasa penat, sejuk, susah bernafas serta kaki yang sakit.

PENGAJARAN DALAM NOVEL DI SEBALIK WAJAH

Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain. Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya Doktor Fikri sedia memaafkan Narius yang pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya membantu Narius keluar dari lokap polis dengan membayar wang ikat jamin.

Selain itu , kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita. Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat dan membawa bekalan ibu ke sekolah tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai seribu ringgit di bank. Dia dapat membeli basikal barunya dengan wang simpanan sendiri.
Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri. Terdapat pengajaran tentang ibu bapa harus menerima kelahiran anak yang tidak sempurna dari segi fizikal. Tamsilnya pada mula Cikgu Saiful sukar menerima bayinya agak berbeza dengan bayi yang lain, anaknya ialah anak balar. Bagaimanapun atas nasihat doktor, dia telah menyesal atas sikapnya dan sedia menerima bayi yang cacat dari segi kulit.

Ahli Kumpulan : - Fazierra - Farhah - Elviana Rachel Chua - Eric Yong

You might also like