You are on page 1of 40

PEMBANGUNAN

EKONOMI
DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA

1
Liputan Kuliah
4.1 PENGENALAN

4.2 KONSEP MODENISASI

4.3 MODENISASI DI MALAYSIA

4.4 ISU-ISU UTAMA EKONOMI

4.5 KESIMPULAN
2
Pengenalan
• Hubungan timbal balik antara pembangunan
ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

• Alat analisis :
– modenisasi
– pembangunan ekonomi
– pembangunan politik

3
KONSEP MODENISASI
• Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara
berencana atau tidak berencana.

• Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau


perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

• Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan)


adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan
ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum
suatu perubahan dilaksanakan.

• Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu


pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
4
Pembangunan Ekonomi:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Sasaran pembangunan ekonomi : masyarakat
industri.

• Kaedah pembangunan ekonomi ;


– Pembangunan teknologi.
– Pembangunan pertanian.
– Industrialisasi.
– Urbanisasi.

5
Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

• Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal


hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat
daripada dua revolusi besar :
– Revolusi Perancis (politik feudal)
– Revolusi Industri (ekonomi).

• Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke


dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

6
Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
• Persoalan modenisasi dapat ditinjau
daripada dua sudut :

– Sudut falsafah :
• Kemajuan / Teori Evolusi

– Sudut praktikal :
• Kemajuan Eropah Barat
• Revolusi Industri
7
Matlamat modenisasi
di Eropah Barat
• Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.

• Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi


sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.

• Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara


untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran
negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah
perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan
ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).
8
‘Penjajahan’
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
• Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi
dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah
Barat.
• Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan
menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta
mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang
diperlukan.
• Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir
dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika
dan Asia.
• Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan
pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan
pasaran secara berterusan. 9
‘Penjajahan’
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
• Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai
“ketinggalan”.

• Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih


maju dan moden.

• Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa


masyarakat bukan Eropah Barat yang “ketinggalan” harus
mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah
Barat.

• Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau


mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat
Eropah Barat dianggap sebagai “underdevelopment”.

10
Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pembangunan ekonomi dan politik di negara
Eropah Barat telah menjadi model atau contoh
bagi pembangunan ekonomi dan politik di
negara-negara membangun.

• Dua proses yang tampak serupa walaupun


sebenarnya tidak sama:
– Pemodenan; berencana.
– Pembaratan; tidak berencana.

11
Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara
Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai
contoh bagi pembentukan negara.

• Ada dua aspek utama yang ditiru :


– Aspek politik :
– Model negara-bangsa dan demokrasi politik.
– Peranan PBB

– Aspek ekonomi :
– Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi.
– Peranan MNC, World Bank & IMF
12
Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pembangunan boleh diertikan sebagai
perubahan yang terarah, mungkin dalam bentuk:
– mengembangkan kepercayaan masyarakat,
– dalam pola-pola sosial mereka,
– dalam erti material.

• Pembangunan boleh difahami sebagai


perubahan sosial dan pertumbuhan ekonomi
yang terancang yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan.
13
Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana
dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia
memasuki ‘zaman peradaban global’.

• Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang


menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan
bersama:
– Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan
komunikasi yang secara fizikal.
– Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang
diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi.
– Pengaliran modal yang besar.
14
Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan
ekonomi global adalah golongan kapitalis.

• Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan


dirinya melampaui batas negara dengan cara
– mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi.
– mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran
kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta
yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi
secara jarak jauh.

• Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan


proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran
kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan
ekonomi antarabangsa.
15
Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara
baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga
akhirnya dinamakan sebagai globalisasi.

• Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak


menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.

– Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah


PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik
berjalan di seluruh dunia.

– Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah


golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations
(MNC) atau transnational corporations.

16
Luar Eropah:
‘Pemodenan’ atau ‘Pembaratan’
• Pengalaman di negara-negara membangun
memperlihatkan bahawa pemodenan dan
pembangunan ekonomi dan politik di negara
Eropah Barat telah menjadi model atau contoh
untuk mengorak langkah ke arah pemodenan.

• Lazimnya, dengan bantuan agensi


antarabangsa, proses pemodenan ekonomi
dijalankan secara berencana dan langkah-
langkah yang diambil pula disesuaikan dengan
keadaan di dalam negara tersebut.
17
MODENISASI DI MALAYSIA
• Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan
kehadiran kolonial Inggeris.

• Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah Perang


Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk
melakukan pembangunan politik dan pembangunan
ekonomi.

• Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan


kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan
pelbagai perubahan dan penyesuaian.
18
Modenisasi Di Malaysia

 Komponen Ekonomi
– Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran
atau matlamat pembangunan ekonomi dengan
mewujudkan sebuah masyarakat industri.
 peringkat awal pembangunan ekonomi lebih
ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur
ekonomi, pembangunan pertanian dan industri
gantian-import.

 Komponen Politik
 Isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting
lantaran kepelbagaian yang wujud
19
Hubungan Etnik
dalam konteks Modenisasi Malaysia
• Komponen ekonomi adalah penting dalam
konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada
zaman kolonial atau pasca-kolonial.

• Kolonial Inggeris : komponen ekonomi penting


untuk membangunkan ekonomi negara
mereka.

• Malaysia : pembangunan ekonomi untuk


kepentingan ekonomi dan landasan pembinaan
negara-bangsa.
20
Acuan Ekonomi Malaysia:
Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti

• Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya


melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris.

• Perubahan alam sekitar utk pertanian.

• Pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks


sebagai sokongan kepada industri asas.

• Division of labour mengikut kumpulan etnik.

• Modal mengikut kelompok etnik, modal asing dan


sebagainya.

21
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
Demografi, Politik dan Ekonomi
• Etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek
demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik
Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain.

• Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa


yang menjadi majoriti ditentukan oleh kuantiti hak milik
kekayaan.

• Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti

• Ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan


ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.
22
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
• Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah
kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina
kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan
peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun
dari segi sosial, politik dan ekonomi.

• Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya


memperkenalkan institusi ’perancangan pembangunan’
di Persekutuan Tanah Melayu.
– Rancangan lima tahun di Soviet Union dan India
– Marshall Plan di seluruh Eropah.

23
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
• Draft Development Plan (1950-1954).
• First Five-Year Tanah Melayu Plan (1955-60).
• Second Five – Year Tanah Melayu Plan (1961-65).
Rancangan Malaysia Pertama (1966-70).
• Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975).
• Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980).
• Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985).
• Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).
• Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996).
• Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
• Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2006).
• Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).

24
Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
• Pada tahun 1960an dan 1970an, pembangunan ekonomi sudah
diarahkan kepada perindustrian dan pertanian.
– Penubuhan FELDA, FELCRA dan MARA.

• Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih


diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar
Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.

• Kini, pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi


ICT dan K-ekonomi.

• Dasar-dasar awam yang digubal bersifat top-down untuk


melengkapi apa yang sudah direncanakan dalam Rancangan
Malaysia.

25
ISU-ISU UTAMA EKONOMI
• Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan
ekonomi berkait rapat dengan isu sosial
terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan
agihan pendapatan menurut golongan etnik.

• Beberapa isu penting :


– Antara Pertumbuhan dan Agihan
• antara kelas sosial yang berbeza.
• antara kelompok etnik yang berbeza.

– Antara Equality dan Equity


26
Antara Equity dan Equality
• Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di
kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan
Malaysia.

• Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan


bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-
undang.

• Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan:


“kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh
Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap
warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan
atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang
atau dalam pekerjaan”.

• Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera


– rujuk SEJARAH MALAYSIA 27
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
• Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris
menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah
bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang
perbezaan ekonomi antara kelompok etnik.

• Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang


kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan
ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok
etnik lain.

• Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3%


daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua
keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar
dan 14% di kawasan bandar.
28
Kadar Pendapatan Purata
Kaum
Kemiskinan (% ) Keluarga Sebulan (RM)

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 392.00

India 39.2 304.00

Lain-
44.8 813.00
lain

Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970


29
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
• Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970
pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan
ketidakseimbangan.

• Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan


meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik
India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.

• Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan


jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India
sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.

• Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam,


pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu
meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain
kelompok sebanyak 1.2 %.

30
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
• Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
– mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
– menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

• Antara matlamat DEB ialah menyusun semula


pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham
Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 %
menjelang tahun 1990.

31
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
• Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosial,
ekonomi dan projek pembangunan :
– Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
yang menganggur.
– Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
– Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor
yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih
lumayan.
– Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok
etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara
wilayah.
– Memodenkan kehidupan di luar bandar.
– Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
Bumiputera.
– Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan
komposisi kelompok etnik di Malaysia.
– Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan
lain-lain. 32
Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:

Bahasa
Bahasa kebangsaan
Pendidikan

Sains
BI?

Ekonomi
BI?
33
Globalisasi , Ekonomi Malaysia
dan Hubungan Etnik
• Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun
1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses
globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak
aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar
liberalisasi kewangan.

• Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga


menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia
mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan
pada tahun 1997-1998.

• Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi


terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
34
Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
• Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik tolak
daripada penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai
Islamic Bank di Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB)
di Arab Saudi pada tahun 1975.

• Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut, penubuhan


institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia berlangsung
dengan pesat antara tahun 1976 hingga 1985.

• Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran bertindak


menukarkan sistem perbankan konvensional kepada sistem
perbankan Islam.

• Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut,


masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan
menubuhkan bank Islam sebagai alternatif kepada bank
konvensional.
35
Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
• Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam di
Malaysia, pada tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta Bank
Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983, Akta Takaful 1984 dan
diikuti dengan penubuhan Bank Islam Malaysia.

• Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia


terhadap perbankan Islam sangat positif sehingga membawa
kepada pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip
Islam dan lain-lain pengantara kewangan,
– Syarikat-Syarikat Takaful,
– Pasaran Modal Islam,
– Ekuiti Modal Islam,
– Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam,
– AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia)
– BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).
36
Dasar Penswastaan Dalam
Konteks Hubungan Etnik
• Dasar Penswastaan pada tahun 1983.

• Melibatkan peralihan beberapa kepentingan


atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta.

• Penswastaan ialah konsep yang bertentangan


dengan pemiliknegaraan (nationalization).

37
Industri Otomobil Nasional
dan Penglibatan Etnik
• Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah
pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir
Mohamad memulakan program Industri Otomobil
Nasional.

• Selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur.

• Sebahagian daripada Rancangan Perindustrian


Negara, yang bertujuan untuk meningkatkan
pencapaian perindustrian negara.

• Menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu


dalam sektor perindustrian umumnya dan industri
automobil dan pengedaran automobil khususnya.
38
Industri Otomobil Nasional
dan Penglibatan Etnik
• Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional
berjalan dengan baik, pihak kerajaan mengamalkan
dasar melindungi industri automotif negara melalui
beberapa mekanisme, seperti duti eksais dan beberapa
insentif lain.

• Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia


telah mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN),
digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi
dan persaingan global.

• Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif


Negara ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi
yang mapan.
39
KESIMPULAN
• Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua
hal yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling
menentukan antara satu sama lain.

• Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang


mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan
pembangunan ekonomi Malaysia.

• Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif


dalam konteks hubungan etnik.
– kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi.
– penyusunan semula masyarakat agar kedudukan
sosioekonomi antara etnik adalah seimbang

• Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses


perpaduan terus berlangsung.
40

You might also like