You are on page 1of 6

Nuramina (2011). Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan http://nuraminamyblog.wordpress.com/2011/12/19/pendidikan-pemulihan-danpenggayaan/.

Dilayari pada 1 Mac 2012

PENDIDIKAN PEMULIHAN KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Suatu pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran di dalam bilik darjah iaitu yang belum berjaya menguasai kemahiran selepas proses pengajaran guru dalam kelas.

Aktiviti pemulihan ini terbahagi kepada 2 peringkat selepas kelemahan suatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian: Kelas Biasa: murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran dalam aktiviti pemulihan. Kelas Khas: murid yang gagal dalam kelas biasa.

RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN 1. Membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka 2. Program pemulihan di sediakan agar masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi.

3. Dapat member banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan atau individu.

CIRI-CIRI PELAJAR PEMULIHAN 1. Yang tidak bermotivasi untuk belajar 2. Yang tidak mempunyai idea tentang cara belajar 3. Lebih mudah berputus asa 4. Lebih mudah mengganggu persekitaran 5. Lebih mudah ragu-ragu 6. Cepat lupa 7. Kurang cerdas dalam pemikiran 8. Belajar secara lambat 9. Mundur 10. Pencapaian akademik yang tidak tinggi 11. Kekurangan sosial 12. Kerencatan akal

Modul Pemulihan SABK


http:/ kukung2010.21classes.com/.../Modul_Pemulihan_

Dilayari pada 3 Mac 2012

1.2.5 Contoh Masalah Murid Pemulihan

1.2.5.1 Kemahiran Lisan Kosa kata yang terhad Menggunakan dialek Menggunakan bahasa ibunda Lemah dalam kesantunan berbahasa Gagal mematuhi arahan Lemah ingatan pendengaran

1.2.5.2 Kemahiran Membaca B daripada dua suku kata Membaca secara berlagu Lemah ingatan penglihatan Tidak faham bahan yang dibaca Sukar membuat hubung kait Tidak dapat membuat urutan Masalah disleksia: [kail] [kali], [dada] dibaca [baba] Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih Keliru pada huruf yang hampir sama: b d , m, w Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah: a A, b

1.2.5.3 Kemahiran Menulis Tugasan Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk Salah ejaan Kosa kata yang terhad Aliran pemikiran tidak lancar Lupa format penulisan Lemah dalam penyampaian idea Ayat yang tidak gramatis Lemah dalam penggunaan tanda baca

a. Daripada maklumat di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda.

b. Cuba kaitkan masalah murid pemulihan (kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis) dengan seorang murid anda. Catatkan kelemahan murid anda itu.

Selamat mencuba!

Cikgu Fais (2012). Kaedah Pengajaran Pemulihan http://www.cikgufais.net/tag/pemulihan-khas/. Dilayari pada 9 Mac 2012

Bahan Bantu Belajar


January 1, 2012 Bahan Bantu Mengajar No comments

Bahan ini merupakan bahan yang dibekalkan oleh pihak Unit LINUS PPD Petaling Perdana, Selangor Darul Ehsan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif Unit LINUS ini menyediakan bahan-bahan ini untuk sekolah rendah di PPD Petaling Perdana. Bahan ini merupakan bahan bercetak seumpama cetakan kain rentang dan sesuai digunakan untuk murid LINUS dan Pemulihan Khas.

You might also like