You are on page 1of 21

Rambut

Apa itu rambut??


Salah satu anggota badan yang berada di atas kepala. Bagi orang Asia, kebanyakkan rambut mereka berwarna hitam kerana pigmen yang dihasikan ialah berwarna hitam begitu juga warga Eropah. Iklim juga memainkan peranan dalam warna rambut seseorang.

Ciri-ciri Rambut Sihat


BAGI setiap wanita, rambut adalah mahkota yang sangat berharga. Kerana itu kesihatannya harus selalu terjaga. Untuk merealisasikanya, salah satu perkara yang dapat dilakukan ialah dengan merawat rambut. untuk memastikan kesihatan rambut tetap terjaga, untuk merawatnya tidak hanya dilakukan hanya sekali, tetapi juga harus ada rawatan khusus yang dilakukan secara berkala agar hasil yang diperolehi memuaskan hati anda. Seperti yang diajar di dalam Cosmopolitan, terdapat beberapa penunjuk yang boleh dikategorikan sihat, di antaranya:

Sesuaikan dengan jenis rambut


Rambut sihat untuk jenis ikal dapat dilihat lebih kembang. Rambut sihat dapat diperolehi dengan tidak menggunakan pelbagai jenis pencuci rambut yang berlainan dan tidak sering menukar warna rambut. Potongan rambut yang sesuai dengan bentuk wajah di bahagian bawah menjadikan rambut yang anda tampak lebih sihat dan menjadikan penampilan menarik.

tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut juga boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda. Mata sikat hendaklah tidak terlalu rapat dan tajam kerana ia boleh mencederakan kulit kepala dan pembukaan liang akar rambut. Elakkan penggunaan syampu yang banyak kandungan bahan kimia, terutama bahan pengawet sintetik iaitu amonia dan silikon kerana sebatian ini boleh mempercepatkan kerosakan akar rambut. Jika boleh elakkan kekerapan mewarnakan rambut. Jika terpaksa, gunakan bahan pewarna tanpa sebatian amonia, silikon dan raksa. Sementara itu, ketika sapuan dilakukan, pastikan bahan pewarna tidak terkena kulit kepala.

Sementara itu, ketika sapuan dilakukan, pastikan bahan pewarna tidak terkena kulit kepala. Usah terlalu kerap menyikat rambut. Urut kulit kepala dengan jari bagi melancarkan aliran darah. Jangan mencuci rambut menggunakan sabun kerana kebanyakan sabun mengandungi sodium hidroksida, begitu juga dengan syampu kategori 2 dalam 1, sebaliknya pilih syampu lembut yang bebas amonia dan silikon

Gambar rambut

Rambut beruban
RAMBUT yang beruban adalah salah satu proses normal bagi seseorang manusia. Tiada sesiapa pun yang boleh menyangkal fakta ini. Sesetengah orang akan mengalami keadaan ini pada usia yang meningkat tua, bagi sesetengah yang lain pula mendapati rambut mereka beruban pada usia yang awal. Mengapa boleh berlaku begitu? Apa sebenarnya yang mempengaruhi warna rambut dan apa pula yang menyebabkan rambut kita cepat beruban?

Faktor-faktor
Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun. Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.

Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh. Faktor-faktor lain : Kajian yang dijalankan oleh J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati bahawa perokok akan mengalami 4 kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban!

Rambut gugur
Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 - 6 tahun Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 - 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.

Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari? Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat. Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari. Namun begitu, ada juga yang gugur secara tidak normal

Faktor-faktor
Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti: Sakit yang serius Pembedahan besar Selepas bersalin Masalah hormon Penyakit kelenjar tiroid Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus (gangguan kepada sistem pertahanan badan seseorang individu. Badannya akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri.) Kesan sampingan ubatan seperti Ubat Antikogulasi(pencairan darah) (warfarin) Ubat merawat kanser (kemoterapi) Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral) Ubat anti-kemurungan

Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal? Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat

Tips penjagaan rambut


Mengelakkan rambut gugur a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi. b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Menghilangkan kelemumur
a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Sebelum mengakhiri pembentangan


RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung RAMBUT KERINTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah. RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu. RAMBUT HALUS/LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah. RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang. RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan. p/s: malas sikat rambut RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri. TIADA RAMBUT - macam mana nak kate ye....kesian. RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN - itu rambutan

SEKIAN, TERIMA KASIH :]

Bibliografi
Rambut. (n.d) . Retrived August 25, 2010 from http:// www.kebersihan.com.my \rambut.mht Tips penjagaan rambut. (n.d) . Retrived September 28, 2010 from http:// teratak maya.com.my \Math\ Teratak Maya Tempatku Lepak.mht Rambut beruban dan botak. (n.d) . Retrived August 28, 2010 from http://exploring math.com.my \mode.mht Personaliti dan rambut. (n.d) . Retrived August 28, 2010 from http:// nordalilah.blogspot.com.my .mht

You might also like